Friday, November 21, 2008

cuti sekolah.. dan undangan

banyak terima undangan nih.. nak kena pilih memilih yg susah ni.. terbaru terima 2 undangan..1 majlis pertunangan dan 1 lagi majlis kawin..

yang bestnyer, ke empat2 orang ni semua x students ku.. ada x stud kat shah alam bertemu jodoh ngan x stud kat dungun.. tumpang gembira

Wednesday, November 19, 2008

cuti sekolah dan tv

hmm.. cuti sekolah ni... program apa nak buat utk anak ye.. tak yah la kot.. citer kat tv berlambak.. memang mcm tagline tv9 tulah.. dekat di hati..

alkisahnya tv dah rosak sebab dari pagi sampai petang tak henti2 on. pegi hantar baiki, kata mamat tu, tv ni kena berenti kat perhentian jugak.. tutuplah kejap2.. hmm.. kena tunggu seminggu lak utk baiki. muncung jelah jap anakku..

Friday, November 7, 2008

panduan bagus disiplinkan anak

aku berkesempatan bersembang ngan sorang lawyer.. dalam byk2 bab citer, ada 1 yg aku betul2 tertarik.

kata lawyer ni, masa dia sekolah dulu, dia tak dibenarkan main lepas balik sekolah. balik sekolah dia kena buat keje sekolah, pastu pegi sekolah agama.. malam no tv. belajar pastu tido. begitulah rutin sehariannya. tengok tv hujung minggu je.

so sampai skrg pun dia memang tak minat tengok tv. dia suka membaca. walaupun rutin hidup nampak mcm dikawal ketat, tapi LOOK AT WHAT SHE HAS BECOME.

aku ada baca buku Dr Shukri pasal panduan mendidik anak.. pun sama. kata Dr Shukri, 'first thing to do is - NO Television!'.. camner nak buat eh

dah baik demam

dah baik demam nih, aku nye nafsu makan, waduh, bukan main lagi.. dah past weeks dah asyik makan dan makan dan makan.. faberet aku memang mee hoon sup.. itu hari aku makan 3 bungkus sekaligus.. sampailah satu ketika.... ni citer 2 hari lepas. aku terjumpa student dungun kat shah alam nih. kata sorang tu, "mem, nampak betul-betul sihat skrg ning.." wah, terasa betullah aku terlebih sihat.. hai, xleh jadik nih.. kena atur strategy diet nih.

kebetulan masa pegi umah kakak ituhari, ada dia dok promote kan satu botol minuman ni. bagus katanya. kakakku ni dah ada anak 6 tapi badan ok maintain. so aku terpercaya lah.. nama produk ni b******i. so aku pun belilah sebotol. tapi aku rasa macam tertambah pulak nafsu amakan.. risau lak..

masalahnya aku ni kalau tensheng memang kena take a break and makan! baru2 ning memang tensheng gilo sebab buat program tak dapat expected output. tu yang jadi makan banyak tuh..
lepas ni kena diet nasi lah

Thursday, October 30, 2008

baru tahu apa silapnya..

ooo.. baru teringat.. rupanya aku silap makan lah.. aku makan roti yg ada chicken floss tu.. mungkin ye letak belacan bayak sgt kot dalam tu.. aku ning allergic ngan belacan.. terlebih belacan bisa buat aku selsema, batuk dan seterusnya semput..

bila tengah sakit, banyak lah terima kata-kata hikmah, '' tulah. jgn makan tu.. jgn makan ni....'' suami lagi lah.... xabis abis potpet.. tak masuk mak lagi membebel... fuhh.. nak kena pantang makan lah apa lah.. masalahnya aku ni pantang tengok makan, apa nak buat kan.

lepas ni kena betul-betul-betul jaga menu makan la nampak gayanya.. kena makang ikang singgang je lah...

demam lagi...

entah apa silapnya.. kesihatan terganggu lagi.. lepas demam batuk lagi.. lelah kejap.. so skrg ning everyday kena guna inhaler le.. tapi tensheng gak, kerja pun terganggu.

Monday, October 20, 2008

pasal spekmata

dah makin bertambah umur ni mata pun dah semacam je.. rabun jauh bukan, rabun dekat pun bukan.. tapi silau yang tak tahan ni.. time membaca pun kadangkala terganggu dek kerana silau nih.. so, pegi la test mata kat kedai optik ni. mata belah kanan silau memang tinggi.. katanya lah... tengok kat kertas tu nampak lah bezanya.. so dipendekkan citer, sebab x pernah pakai spek, mula2 tu carilah frame.. frame pun mahal..haiya.. rupanya harga frame lain, harga lensa lain.. hmm.. beratus jugaklah abih.. pk balik ada gak rasa nyesal.. 2 kali pk, oklah tu.. ada gak reading spec.. tapi baru dapat tahu.. aku sepatutnya pegi jumpa specialist mata dulu.. hmm tu yang buat nyesal tu.. kalau pegi specialist mata mungkin tak yah guna spekmata tu.. apa nak buat.. what's done is done..

Wednesday, October 15, 2008

penyakit.. apa ubatnya

dah seminggu lebih aku sakit... kena asma.. macam biasa sakit tekak, batuk, demam, lelah, semua pakej sekalilah... time sakit ni efficiency memang low.. apa taknya, bila dah makan ubat lepas tu memang jadik sleeping beauty lah.. dah sakit kan, nak wak camner.. ni semua anugerah Tuhan, reda je la kan. Tu lah sebabnya kita pernah dengar kata-kata hikmah 'ingatlah waktu sihat sebelum sakitmu...' Jadi masa sihat memang kena kerja kuat lepas ni..

Monday, October 6, 2008

hari raya - citer anak

citer 1:

brjumpa ngan sorang rakan baik sewaktu sekolah menengah lagi.. memang every year kitaorng ada reunion, kami 3 org.. tahun ni sorang je dapat jumpa.. sorang lagi balik beraya rumah mentua kat Perak..alkisahnya, rakan ni dah bertahun kawin tapi tak dapat anak lagi.. aku perasan kesedihannya.. kami berkongsi suka duka dan menaruh harapan untuk mempunyai anak secepat mungkin.. makanya, terkeluarlah citer Biodex.. lepas ni nak try Biodex lak.

sebelum tu rakanku ni hampir terambil anak angkat.. tapi Tuhan Maha Kuasa, tak jadik. sebabnya, mula-mula si mak budak tu cakap, lepas dia beranak kat sepital boleh ambik anaknya, cuma bayar bil sepital je. Pastu, siap mintak duit. Rakanku pun bg 200. Katanya tak cukup. Tambah kpd 300. Pastu mintak duit lagi, nak buat downpayment kereta lah.. bila dah lihat lain macam je perempuan tu, kawanku terus surrender.. yelah, kalau dah tahap menyusahkan, tak payah lah.. tapi percaya atau tidak, memang aku ada mendengar sendiri cerita dari sumber yg boleh dipercayai yg memberitahu ada pasangan yang memang suka mengandung lepas tu menjual bayi mereka kepada yg mengharapkan. ribu-ribu jugaklah cengkeramnya.. pasangan ni orang kampung tau..hmm.. macam-macam.

citer 2:

ada sedara yg datang berkunjung raya.. anaknya kecik2 lagi.. ada yg besar u umur 7 tahun kot. budak ni memang tak sayang mulut. bila dia tengok anakku terus dia kata "Eiiii budak gemuk." fuh, terus berapi slurrp aku.. mak bapaknya lak tersengih je.. kononnya lawak lah kot. Time-time tu aku terus sound, "eh apa awak cakap? Awak cakap gemuk ye.. tak baik tau..nanti Tuhan marah.. awak kena mintak maaf tau.." Budak tu diam je lah.. Anakku lah merajuk terus masuk bilik tak keluar-keluar. Aku pun pergilah pujuk anakku, sambil-sambil menangis tu anakku cakap "adik berdoa supaya Tuhan balas apa yg dia cakap kat adik.." oklah tu.

Yang mak bapak tu satu.. dah anaknya kurang ajar macam tu paling kurang pun sound le "eh, kenapa cakap macam tu, tak baik tau." ni tidak, siap bgtau aku . "anak u sensitif ye.." ewah.. kalau org cakap macam tu tak kira budak ke, orang tua ke, semua jadik sensitif.. hmm..

kisah hari raya - kenduri kawin

ada sedara yg buat majlis perkahwinan anaknya hari raya ke 3. yg bagusnya memang semua sanak sedara dapat berkumpul..bestlah jugak.. yg kurang bestnyer walaupun pakai baju raya cantik, terpaksa lah jugak tolong mana-mana patut.

Yang paling tak best bila perancangan tak dibuat dengan teliti.. time tetamu dah tiba time tu lah nak lap pinggan makan.. time nak basuh pinggan time tu lah nak dicari sabun.. ada bebudak yg sepatutnya boleh diharap kutip pinggan makan, basuh pinggan tapi tak de datang tolong.. dok tengok TV dalam rumah.. ada yg melengkor tido.. tu anak tuan rumah sendiri tu.. last2 apa lagi aku pun tolong buat sibuk ala kadar je lah.. lepas makan, kita orang pun blah.. tak kuasa nak habiskan tenaga tolong orang... kita datang jauh2 nak harapkan kita layan tetamu lak, basuh pinggan lagi.. hai hai bai bai lah jawabnya.

'Tolong orang pun ada hadnya.. pesan orang tua-tua: Buat baik berpada-pada.."

setahun sekali - citer raya

hmm, berlalu sudah cuti raya.. seminggu yg penuh keseronokan dan kegembiraan memanjang.. balik kampung beraya kat rumah mak ayah, pastu dengan keluarga mentua.. pastu rumah sedara mara.. tak sempat beraya kat rumah sendiri. Rumah tertutup lah jawabnya.

balik dari kampung masya Allah, jam punya lah teruk.. tu kira dah keluar awal tu.. berenti kat perhentian lak lagi sengsara.. nak masuk tandas pun punya le panjang kena beratur.. kesian kat budak2 la.. terpaksa menahan diri.. media selalu siarkan kenyataan "pengguna tak merancang perjalanan dengan betul.." nak rancang macamana nya? takkan raya kedua dah nak balik kot? sebenarnya jalan masuk ke kl tu yg kena diprbanyakkan.. kalau dari pantai timur, tak kan ikut karak je.. dah sememangnya bilangan kereta sentiasa bertambah setiap hari, memang setiap tahun akan berganda kesesakan.. kalau ada yg balik awal pun bilangannya segelintir je.. hmm nak wak camne.. setahun sekali.

Thursday, September 18, 2008

Tak sabo nak raya wehhh

hmm... dok sabo rasanya nok balikk raya kapong... tapi sekejap je lah cuti..dok dang nok jupe geng dungung - H**, I***, A****, L***, N***, F***.... dan ramai lagi.. bukan setakat dokdang jupe geng, sedaramara pung dok dang abih bilang.. kejap je cuti... hishh, nok cuti je.. pening..pening bangat nih.

Thursday, September 4, 2008

second day posa...

tengahari balik dari sekolah, masuk je dalam kete, anakku bgtau dia dahaga sangat-sangat. oklah, dah tengahari kan... kesian lak..

petang tu ada saudaraku tepon tanya khabar.. saudaraku ni tanyalah anakku, "Durra posa tak?". Anakku jawab, "Posa.".. yang paling aku gelihati bila dia tambah, "posa separuh masa".. haha.. separuh masa tu..

First day posa...

Ni kisah anakku...

First day posa, memang kebetulan hari cuti, jadi memang sukar nak kawal anakku pegi dapur cari makanan.. sahur memang dah bangun.. siap makan sama lagi..bila aku bgtau kena cuba bertahan kurang2nya sampai tengahari, anakku bagi alasan dia tak boleh tahan.. asyik rasa lapar je.. hmm, pass.

Tuesday, August 12, 2008

Word's power

ari tu aku masak.. er.. masak pun aku pilih hari tertentu je.. ehem ehem.... dah masak menu tu aku panggil anakku suruh test rasanya.. sebabnya menu tu anakku yang mintak masakkan.. aku tanya, 'so macamana rasanya? apa yang kurang? masam? manis? masin?' sambil perhatikan gelagatnya.. anakku pandang aku..'mami, ada kurang lah.. kurang sedap!'. aduh..duh..duh...paling terkedu bila dia sambung, 'kalau papa masak lagi sedap!'...oh tidaaakk..

Thursday, August 7, 2008

Kuasa Tuhan

ada sorang sahabat yang telah menjalani operation yang memerlukan beliau menjadi teman ubat sampai akhir hayat beliau. Kata doktor, sahabat ni (sorang wanita) tidak akan dapat pregnant lagi.. memang dia sedih lah tapi kurang2nya dia dah ada anak-anak dah.. aku berkesempatan bertemu dgn sahabatku ini dan terbaru aku dikejutkan dengan berita beliau pregnant. Alhamdulillah.. kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya kan. Aku pun tumpang gembira.

citer budak-budak

kisahnya, anakku akan berpindah sekolah lain tahun depan. Jadi adalah dia bagi tau kat kwn-kwn nye... hari tu, balik je dari sekolah anakku bgtau ada rakan sekelas bagi kertas kat dia.. aku tanya apa yg ditulis.. nak tahu? "Terima kasih kerana awak dah nak tukar sekolah".. aku terkejut sungguh.. aku rasa macam tak percaya lak.. macam2 andaian aku buat.. last2 aku bincang ngan sorang cikgu tadika ni.. kata cikgu ni, 'kadang2 budak2 ni tak tahu lagi nak luahkan perasaan sebenar.. lain yg dia nak bgtau lain yg dia tulis..' hmm.. oklah kot.. aku terima. budak kan.. aku pesan kat anak aku, nanti sebelum pindah sekolah, tak payah bagi hadiah kenangan kat rakan tadi.. cadangnya nak bagi hadiah lah kat sume kawan2 sekelas..

Friday, August 1, 2008

Awas denggi

seram gak dengar kes denggi ni.. terbaru ada sedara yang kena demam denggi.. sedara perempuan, dah kawin, belum ada anak lagi.. masa pegi melawat kat sepital tengok dia sayu je.. lagi sayu bila dia bagitau 'masa time nilah asyik teringat kat mak'..alamak.. aku pun jadi sayu.. apa taknya, mak kita bila kita demam memang susah hatilah dia.. walaupun dah kawin ke.. dah namanya mak kan.. terus sedara tu bagitau, lepas ni dia akan berusaha mintak tukar kat kampung.. dekat dengan mak..hmm.. anak mak.

kedai runcit bas sekolah

dah barang2 serba mahal ni, semua org kena cari pendapatan sampingan.. janji halal.

dah lama aku perasan hal ni.. ada segelintir pemandu bas sekolah yg memang berjualan kat dalam bas sekolah.. macam2lah yg dijual.. yg banyaknya jajang- chickedis- makanan ringan - junk food. Aku tengok budak2 beratur bukan main lagi..

ada gak yang jual aiskrim ngan motorsikal.. aku tengok memang banyak kemajuan lah pakcik ni..dulu pakai motor biasa je.. sekarang ni dah tukar motor baru.. untung banyak tu... masa budak balik sekolah je mesti tak menang tangan.. tapi bukan orang kita.. orang luar memang pandai cari makan.. rezeki kan..

kroni tak kroni

selalu terjadi kan.. sesetengah orang senang je dapat.. org lain punya la susah.. kena beratur.. kena lalui prosedur nilah.. tulah.. tup-tup yg ni mudah je lepas... hmm.. kroni.. kroni.. seronok gak ada kroni kan.. kalau tak de kroni semata-mata berharapkan nasib, ntah bila dapat tak tau lah kan.. tapi itulah.. akhirnya dinamakan rezeki..

Wednesday, July 30, 2008

dah pinjam pulangkan balik

'If it is not yours, then don't take it!'


Geram kan kalau ada yg pinjam barang kita tapi dia tak pulangkan.. time kita nak guna bila kita tanya

Tuesday, July 8, 2008

er...makcik..

2 hari lepas, ada sorang budak perempuan ni panggil aku MAKCIK... blank kejap aku.. takkan tua sangat kot org tengok aku nih... tapi takkan lak kot.. aku rasa aku ngan mak dia lagi tua mak dia dari aku..budak ni lak student kita..

teringat aku satu kisah lucu.. kat tempat kami tinggal tu biasanya ramai students menyewa.. so, ada students tengah cari rumah sewa.. kebetulan memang ada la selang 2 buah rumah kitaorang.. tapi disebab akn budak ni panggil suamiku ' pakcik.. pakcik.. tau tak rumah yg nak disewakan kat area sini?..' bila dengar je budak tu panggil pakcik, terus suamiku bagitau, tak da lah kat sini.. haha.. geram punya pasal...

aku rasa lah, kok ye pun bebudak ni biarlah bertempat.. panggil la 'puan' ke..kalau tak sanggup panggil akak 'encik ke'.. tak le rasa hati sangat.

bukan x sedar diri dah tua tapi panggilan tu rasa kurang professionallah.. ha ha..

Thursday, July 3, 2008

Sudoku oh Sudoku

A friend introduced me this game... it's interesting since one can increase his/her mental abilitity.. it's about logic and reasoning. The next day, i bought for myself the first volume.. wah, that day i really spent half of my day time solving the puzzles.. very interesting... and it has become my daily routine now.. once i get back from office, i definitely will search for Sudoku.

More interesting news is - there is a Sudoku tournament organized somewhere I couldn't remember.. and the grand prize is awesome..so, it's worthy..hmmm.. so practice.. practice..

Tuesday, June 24, 2008

Kad Profil

hmm, ni baru first time aku dengar kad profil nih. alkisahnya sekolah anakku bagi surat.. hari jumaat ning ibubapa/penjaga perlu datang ke sekolah untuk ambil kad profil pelajar.. aku kira sama mcm kad kemajuan lah tu.. jadi masa ibubapa dtg tu mereka boleh bincang tentang prestasi anak2.. bagus lah

zaman dulu tak de mak bapak dtg sekolah utk ambik kad kemajuan.. itupun kadang2 makbapak tak tau pun anak dapat kad kemajuan tu.. kalau ada tanya pun anak kelentong je.. cakap cikgu x bagi lagi..tapi lepas tu tiru sain makbapak..

Friday, June 13, 2008

Denggi di sekolah

Petang kelmarin aku dapat call dari ibu nabilah, kawan durra.. rupanya anaknya kena warded kat hospital sebab denggi.. terkejut aku.. patutlah durra bgtau yg nabilah dah 3 hari tak datang sebab demam. aku lak ingatkan demam biasa lagilah sekarang ning sekolah ada sukaneka.. so ingatkan demam bisa sebab berjemur panas kat padang ke.. masa bercakap dgn mak nabilah, aku teringat soalan yg mula-mula ditanya.. durra demam tak? aku perasan anakku selsema dan tak demam.. kebetulan durra ada di sebelahku..terus aku letakkan tangan kat dahinya.. alamak, demam la sikit.. yg paling buat aku terkejut bila diberitahu yg ada ramai lagi murid yg kena tahan kat wad sebab kena denggi.. dan cikgu sekolah tu pun ada yg kena tahan sama.. wah, ni kes berat nih.. maksudnya bukan kat rumah je kena aedes-free kat sekolah pun sama..

malam tadi aku bawak durra ke demc, buat checkup. ambik darah sekali.. alhamdulillah, negatif. kebetulan nabilah ada di hospital yg sama, jadi kami pun terus melawat nabilah.. alhamdulillah, keadaannya dah stabil dan nabilah nampak ceria macam biasa..

skrg ni kalau demam lebih 2-3 hari memang kena gi jumpa doktor la..

Wednesday, June 11, 2008

Pasang alat jimatkan minyak kereta

zaman minyak naik ni, memang kena banyak buat langkah berjimat..apa2 yg patut lah kan..
aku diberitahu oleh rakan-rakan yg ada alat yg boleh jimatkan minyak.. bukan jimat minyak je, aircond pun lebih ok, enjin pun lebih senyap.. macam2 la lagi.. dah ramai member2 yg pakai dan sume berterima kasih kat dia sebab tunjukkan mende nih.. dia siap tunjukkan alat tu dan nak dipasang kat kereta aku untuk test selama 1 minggu... tapi kebetulan ada masalah sket kat tempat yg nak disambung tu kat kete aku, so tak sempat la aku tengok keberkesanannya..

katanya, masa balik ganu ituhari, dia isi minyak RM 55 je dari Kajang.. aiik.. dari Kajang ke Ganu RM 55? musykil lak aku.. ikut logik, kalau kete Perdana, auto lak, memang tak logik.. aku balik Ganu ituhari pun dah kat RM 100 .. hmm, lepas ni kena beli jugak la kot alat tu..

ujian PKSR Tahun 1

2 hari lepas anakku bawak balik kertas ujian bahasa malaysia.. aku pun tengoklah... dia ada salah kat satu tempat ni.. kat soalan tu dilukis gambar dan ditanya mana satu ejaan yang betul.. yang diberi ialah dua jawapan iaitu PENSIL dan PENSEL. Anakku jawab PENSIL, salah rupanya... yg betul ialah PENSEL... aku agaklah, kalau soalan ni diberi kat org dewasa pun belum tentu dijawab betul kot. cikgu pun satu, kenapa lah bagi soalan-soalan yg meng confuse kan students kan..

So tadi sementara menunggu anak balik sekolah, biasalah aku duduk kat tepi 'jawatankuasa mak-mak bersembang'.. aku terdengar yg sorang mak ni cakap 'betul ke ejaan pensel macam tu ha..? eja STOKIN pun salah.. rupanya STOKING yang betul.. baru tau kan.. ingatkan orang terengganu je yg panggil stoking.. " pulak dah... kiranya orang terengganu la yg sebut dengan betul STOKING ye....

Saturday, June 7, 2008

sukma 2008

bangga bila Terenganu berada di tangga teratas sukma kali nih...

terima anak sedara baru

cuti sekolah baru ning, kami terima anak sedara baru.. baby perempuan beratnya 4.8 kg.. masa dengar berat baby, kami semua terkejut.. kena operate lah.. tapi ada seorang rakan yg anaknya berat 4.7 boleh bersalin normal... aduhhhh.... bila tanya macamana anak boleh besar macam tu, maknya cakap, makan banyak dan suka makan ais.. mungkin berat air kot, sebab sekarang ning baby tu dah muka susut badannya.. masa mula kuar dulu punya la berketul-ketul.. tapi skrg dah susut banyak.. memang berat air tu kot..

bila budak sekolah rendah tak hormat orang tua...

ketika aku sedang bersembang dengan seorang rakan, sorang budak ni yang duduk berdekatan tiba-tiba buleh bangun dan mengajuk-ngajuk percakapan kami.. siap menggoyang-goyangkan bontotnya.. geram jugak tengok.. aku cakap kat budak tu 'kenapa buat macam ni? tak baik tau.." lagi dia kuatkan suaranya mengajuk kami. siap dia jelirkan lidah lagi. .. geram betul aku , ikutkan hati nak aku tampar je.. tapi sabo, anak orang tuh...aku jadik heran.. takkanlah mak bapak tak ajar kot.. kena lah ajar.. apa yg boleh, apa yg tak boleh.. dan paling penting budak kena lah homatkan orang lebih tua.. tak boleh lah kalau seorang budak boleh datang kat orang yg tua lepas tu terus kasi penumbuk gedebuk kat belakang orang tu.. dah kira kurang ajar namanya tuh..

dan ini juga terjadi.. ditengah-tengah orang ramai, seorang budak berkata dengan kuatnya, "mak, muka orang tu macam monyet!". Mengucap panjang aku dengar..

dan apa reaksi anda bila terdengar seorang anak yg baru berumur 5 tahun memanggil ibunya hanya dengan panggilan nama? contohnya nama ibunya siti, anaknya panggil "Siti, aku cakap dengan ko ni.." memang terkedu kan.. so, bila sampai kat sekolah, macamana lah cikgu tak bengang dengan golongan nih... mesti bengang punya.

tujuan aku tulis cerita ni cuma nak ingatkan diriku juga mengenai kesan didikan yg diterima anak-anak dari rumah.. sebab pendidikan bermula dari rumah kan.

what friends are for..

seronoknya bila dapat berjumpa geng masa cuti baru ning.. siap buat bday celebration lagi, walaupun bday sebenar nye belum tiba lagi, tapi kita 'bring forward' the celebration.. so eppy bday in advance to has and izang! best makan kek tiramisu lagi... so, got to catch up with the latest 'what's happening in town' .. thanks to all..

sedih seorang nenek

aku berkesempatan berjumpa dengan nenek yang kupanggil tok.. tok ni kesedihna sebab ada anaknya yang dulu datang menjenguk tapi sekarang dah tak datang tengok dia.. kata tok ni " macam nilah orang tua... bila dah tua dah tak berharga.. ikut suka hati orang nak wak macamana.." aduh, sedih lak aku dengar.. rupanya ada anak yang terasa hati sebab berlaku pergaduhan adik-beradik.. apa lagi kalau tak berebut harta.. ada yg tersisih, tak berlaku adil.. hmmmm harta.. sapa tak nak harta kan? orang gila pun nak harta, apatah lagi manusia biasa yg hidup dalam arus kemodenan yg sekian hari berdepan dengan kenaikan taraf hidup berterusan... ntahlah.. tapi rasanya kalau dibuats ecara adil dan saksama dan tidak pentingkan diri sendiri, tak berlakulah macam ni.. puncanya kena dicari.. kebiasaannya berasal dari sikap mengambil hak orang lain lah.. asalnya mende kecik je.. tapi ada yg sampai berbunuh-bunuh..hmm..

patutla...


hmm.. patutla mamat ni park kete macam tu.. memang tak nak kasi aku park rupanya.. dia park ngam-ngam biar boleh masuk kete kancil dia yang satu lagi.. patut lah.. jahat betul lah manusia macam nih..

dia ingat dia sorang je kot dok kat dunia nih.. hmm.. sombonglah lagi.. tak pe lah.. serah kat Tuhan je.

Friday, June 6, 2008

bila manusia pentingkan diri sendiri

ari ni aku kembali ke shah alam.. yang paling menyedihkan bila time nak park kete, tengok2 kereta tak leh muat sebab ada kereta park di antara 2 parking lot yang aku selalu guna.. siapa lagi kalau mamat yg aku citer dulu tu.. wah, sakit betul hati aku.. nampak betul lah dia ni memang tamak, tak kasi aku park kat situ.. ntah dia ni memang sakit jiwa kot..

aku bagitau kat jiran yg dah lama duk kat situ.. tau apa kata jiran tu? "hah.. memang la izang... dia laki bini tu memang SIAL... akak pun heran, masih ada lagi manusia tak bertamadun macam tu kat dunia ni.. pentingkan diri sendiri..kalau nak tahu, mak bapak dia pun sama.. datang sini menyombong semacam.. langsung tak tegur orang..' rupanya satu keturunan perangai macam tu.. patutlah.. dah ada banyak insiden yang menyebabkan jiran2 lain menyampah kat mamat ni sekeluarga.. hmm..

aku agak, mamat tu memang suka rampas hak orang lain kot.. kekadang mende2 kecil nilah yg kita boleh buat analisa... aku teringat masa aku keje kat satu kompeni dulu, En Zul pernah bagitau.." I tak boleh ambik si A ni jadi partner I sebab semalam masa tengah main golf dia boleh tinggalkan I.. macamana la kalu ada syarikat dengan dia.. lagi kacau.." so, dia pun dah tak layan si A tu..

berbalik kpd mamat dan bini dia yg pentingkan diri sendiri ni, aku berharap sangat agar Tuhan bagi petunjuk kat diaorang supaya lebih prihatin dengan jiran2 dan jgn lah cari masalah.. perkara ni tak kan jadik kalau dia tak datang buat kacau.. tak kacau parking aku... aku bengang betul lah... tapi kalau layan orang gila, nanti kita jadi gila.. kalau tak layan, nyakitkan hati kita sebab dia naik kepala.. hai... dah minyak naik ni aku lak naik minyak.. hmmm..

Cuti sekolah Balik kampung

cuti sekolah ni aku balik ke kampung.. wah.. best betul.. jumpa famili.. jumpa kawan2... seronok sungguh.. banyak citer..

ari ni balik ke shah alam balik..

Monday, May 26, 2008

when small matter matters most

I was really pissed of with this one guy.. He knows that I always park my car at that parking lot, and I know that he has his lot nearby.. the only thing is that I park under the roof and his under the sun. That parking lot is allocated to the tenant at 8th floor but I have confirmed with the tenant that I'll be using the lot since the tenant does not own a car.. and this guy just knowing that that I don't own that lot simply make me really mad. Mad at first, I admit that the parking lot does not belong to me.. but what made me frustated is that 'he knows it'.. if anybody out of nowhere parks there I could have forgiven.. but this guy.. ayoo... pathetic lah.. melayu kuno yang penuh hasad dengki.. imagine, umur muda lagi.. jiwa dah rosak dengan perasaan dengki... kesian..

see? even small matter matters most to some people.. it even matters when the thing plugs directly with your emotion. Sometimes emotions are uncontrollable... tu yg jadik gaduh tu... masalahnya, kita tak cari gaduh ada lak yang sengaja cari pasal.... hishhhh..

Friday, May 23, 2008

cuti awal

hari ni anakku cuti sekolah awal.. semalam aku kena migrain, pagi ni masih lagi 'not fit'.. x sempat nak ngantor.. hari ni kot2 cikgu tak ngajar banyak kot.. cikgu pun tak sabo nak cuti gak kan..yelah tu...

Batu Putih Di Tengah Lautan

Rentetan dari kes batu putih yang memihak kepada singapura, rakyat malaysia tentunya mempunyai reaksi pelbagai.. aku secara peribadi merasa sedih, kecewa dan kesal kerana apa yang secara terang-terangan milik negara bersaksikan fakta sejarah masih lagi boleh dipertikaikan.. mungkin ada yang berkata, 'alah setakat pulau kecik sebesar padang bola budak sekolah tu, apa nak heran?' tapi hakikat sebenarnya lebih dari itu..

aku melihat perkara ini dari aspek pakatan atau kerjasama.. dulu pernah gaduh pasal isu air.. dengar citernya air dari johor yang dibekalkan ke singapura kos nya amatlah tidak munasabah.. tapi nak buat macamana? ada hitam putih yang tertulis, bekalan air dari malaysia perlu dibuat sehingga akhir riwayat dunia..

aku agak dulu-dulu macam ni kot..

S: wahai tuan hamba yang budiman, boleh tak kiranya kita mintak sedikit air buat minum rakyat singapura yang cuma beberapa kerat je nih?
M: boleh, apa salahnya.. ambik lah.
S: jadi berapa bayaran yang dikenakan? maklumlah, kalau mahal tak mampu..
M: ala, kita ni berjiran. ambik je lah.. kalu nak bayar bayar sket je lah.. buat upah orang mengangkut air.. selagi ko perlu pakai air tu, pakai jelah selama mana nak pakai..
S: terima kasih tuan hamba yang budiman..

jadi agaknya begitulah kot permulaan ceritanya.. niatnya nak tolong jiran.. dah banyak dah tolong, tolong bagi air, bagi pasir... tolong buat jambatan.. memang jiran yang baik kan..

dan analogi kes batu putih ni macam ni lak kot.

S: wahai tuan hamba yang budiman, boleh tak kita nak mintak tumpang berteduh kat pondok buruk di hujung sawah di tepi bukit tu.. nampak kosong, tak ada orang guna pun..
M: boleh apa salahnya.. guna ajelah.. lagipun, memang tak de orang guna.. gunalah selama mana nak guna.. tempat tu pun tak ada apa-apa pun...
S: terima kasih, tuan hamba yang budiman..

So, S pun duduklah kat pondok tu.. hari berganti bulan berganti tahun, kawasan tu dah pun membangun dengan pesatnya..

100 tahun berlalu, M dah tak ada.. muncul cucunya C yang melihat kawasan tu sebagai amat berpotensi. C pun pergilah jumpa cucu S..

CM: saya datang nak ambik alih kawasan ni.. sebab ni kawasan datuk saya, dia cuma benarkan awak tumpang je kan.. saya cucunya yang sah, mintak awak berpindah dari sini..
CS: eh, mana boleh.. ni datuk saya punya.. dia dah bangunkan kawasan ni.. mana boleh awak senang2 kata ni awak punya.. semua orang kat sini tahu datuk saya yang bersusahpayah bangunkan tempat ni sampai jadik macam ni..
CM: saya ada bukti yang mengatakan ni datuk saya punya..
CS: saya pun ada bukti kawasan ni datuk saya punya..

hmm.. sudah..

so, moral of the story, kekadang kita kena 'GIVE AND TAKE'.. tapi berpada-pada lah kot.. sometimes when u give too much, they know only to take... and they say, what u give u cannot take back.. nanti 'buruk siku'.. so, be careful of what u give, walaupun bagi pinjam, coz sometimes u'll never take back what u claim as yours...

Friday, May 16, 2008

sambutan hari guru

hari ni sambutan hari guru kat sekolah anakku... so semalam pegi la belikan hadiah untuk cikgu-cikgu.. tadi masa ambik dari sekolah, aku lihat anakku pegang hadiah yg sepatutnya bagi kat cikgu.. la, aku tanya kenapa tak bagi kat cikgu?.. yang ni dah pecah dah... alahai

kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia ni, Selamat Hari Guru, jasamu tetap dikenang. Kepada bekas guru-guruku, terima kasih di atas tunjuk ajar cikgu semua.

Time sekolah rendah dulu, aku paling suka cikgu bahasa inggeris Mrs T.. dia tak pernah marah-marah students.. masa sekolah menengah aku paling suka cikgu Muzammil, sebab dia tu memang sedap mata memandang.. senyum je sokmo.. dan jugak cikgu Shariff.. walaupun cikgu shariff tu bekeng, tapi aku suka masa beliau mengajar.. dalam tegas-tegasnya ada jugak joke kelakar..

my x-Diploma students

semalam ada perasmian makmal baru kat Fak. Pergigian.. VC datang rasmi.. and ada groups of students yg final year projek mereka kira 10 yang terbaik, buat demonstration kat situ.. dapat tahu, Hafeez yang buat game-learning software tu, antara yang terpilih top ten.. bangga woo.

Thursday, May 8, 2008

jemputan kenduri kawin

semalam dapat jemputan kenduri kawin dari rakan sekerja Y***i. hmm.. ikutkan hati memang nak pegi, tapi rasanya tak leh pegi.. sebab dengarnya buat kat Perak.. dan belah lelakinya orang Sabah.. so Y***i, kak izang mintak maaf ye x dapat pegi.. jumpa masa balik Ganu nanti lah.. kami kasi hadiah spesel tau.. er.. si F**a tu bila lak yek? he he jgn mara F***..

Impak - harga barang naik

kami ke pasaraya T***o untuk dapatkan keperluan harian. Seperti biasa kami ke bahagian roti sebab anakku suka satu jenis roti tu.. tengok2 harganya dah naik dah.. sebab harga tepung gandum naik.. beli beras, harga beras naik jugak.. semua naik harga nih..

teringat aku masa kes minyak masak naik harga dulu... masa semua orang dok geram pasal minyak naik harga, ada jugak yang suka. kenapa? katanya sekarang waktunya kita guna minyak kelapa..kira 'back to basic' lah.. minyak dari kelapa yang dibuat dari santan.. dulu aku selalu jugak tengok arwah tok buat minyak tu.. baunya pun wangi.. sekarang aku rasa dah tak de kut orang nak buat minyak tu.. dahlah kena tunggu lama sebelum santan jadik minyak.. ntah lah.. kata this person, minyak masak paling elok ialah minyak kelapa atau kelapa sawit.. bukan minyak kacang soya bukan minyak bunga matahari.. and minyak zaitun pun kalau digunakan untuk masak tak bagus gak.. sepatutnya minyak zaitun tu tak dimasak.. ye ke.. and for info, this person is an expert in child development.. aku memang suka baca her articles..

so aku rasa, looking at a brighter side, kebaikan dari kenaikan harga beras, tepung dan minyak ni ialah, kita kena control makan lah.. dan kita boleh kurus badan.. boleh pakai balik baju yang saiz petite.. kan ..

tensheng bangat nih

aku tensheng betul ari ni.. tadi sepatutnya anakku balik kul 1 sebab ada JQaf.. so aku pun pegi lah dekat kul 1 nak ambik kat sekolah.. tup-tup tengok dia ngan 2 org lagi kawannya tengah duduk bersimpuh atas lantai dekat tempat menunggu tu.. heran lak aku.. rupanya kelas JQaf dibatalkan.. ni kali kedua jadik macam nih... kali pertama dulu anakku menangis sebab katanya aku lewat ambik... yang cikgu ni pun satu, kalau dah batal kelas tu, cakap le awal-awal.. waktu2 kritikal time orang dok berkejar-kejar ambik anak hantar anak sekolah, dia pulak boleh buat macam nih. apa, dia tak bising ke kalau kelas anak dia kena macam ni? mengikut kata anakku dan kawan-kawannya, mereka nampak ustaz ni ada kat kawasan sekolah.. tapi tak masuk kelas.. ni apa keje nih.. macam nilah yg mak bapak jadik bengang gilo nih... bila gi komplen nak cakap ngan guru besar tau pulak kerani kata guru besar tak de lah, keluarlah.. apalah.. hai.. takkan nak tunggu keluar TV kot..

Masalah paling besar yg makbapak risaukan ialah keselamatan anak.. bayangkan.. kalau semua kawan ramai yg dah balik, tinggal dia sorang2 je.. tak ke meraung budak.. hish.. geram betul lah aku... aku taktau lah ustaz tu memang dipaksa mengajar JQaf tu ke atau pun paksa rela ke.. tapi kalau ye pun, ikhlas lah buat keje.. dah namanya pun ustaz kan.. integriti kena le lebih tinggi pangkat dia banding ngan kita yg biasa-biasa nih.. cuma satu je kami mak bapak mintak... kalau rasa nak cancel kelas tu, inform awal.. kurang2nya ada masa budak telefon makbapak ke, mintak datang ambik awal.. aku nak tengok dalam masa 1 bulan ni berapa kali lagi dia nak cancel kelas.. kalau rasa nak main-main, baik tutup jelah kelas tu.. hati makbapak pun tak sakit.. yang mengajar pun boleh balik awal.. kan.. boleh diusulkan.. biar hangat perbincangan kat kabinet... biar semua menteri dapat panggilan hangit!.. ewah-ewah.. melampau nih..

Saturday, May 3, 2008

Oh ibu...

Masa anakku demam itu hari, ibuku datang menjenguk cucunya.. seminggu lebih jugaklah ibuku tinggal denganku sampailah cucunya sembuh dari demam.. Semalam ibuku baru pulang ke Ganu.

Alang-alang ibuku datang, setiap kali aku study, kalau susah je nak faham aku pun bagitau 'mak, susah betul la nak faham nih.. mak tolong doakan sket.. biar mudah faham..' ibuku pun berdoalah.. memang mengada-ngadalah aku.. he he.

kisahnya aku teringat ada sorang mamat ni yg masuk Akademi AlQuran (AAQ) .. masa si Farah AAQ pegi hantar surat bagitau yg mamat ni dapat masuk akademi tu, mamat ni ada cerita, lebihkurang macamnilah.. 'saya sayang mak saya.. kalau saya tengah belajar kalau tak faham saya akan tepon mak saya.. saya cerita kat mak saya.. walaupun saya tahu mak saya bukannya faham pun apa yang saya ceritakan, tapi lepas tu alhamdulillah saya faham..' Itulah.. berkat doa mak kan.

Sunday, April 27, 2008

perihal kosmetik

sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan (walaupun tahu tak cantik mana pung ;) , aku tidak terkecuali membelanjakan sejumlah wang untuk maintain kulit wajah.. terbaru aku guna Tia Amelia... ok jugak produk ni.. paling aku suka krim kunyitnya.. tapi dah lama pakai, rasa bosan lah pulak.. so tengah mencari-cari lah produk lain.. bila baca majalah Mingguan Wanita tu, macam-macam produk kuar.. kat TV pun tak abih-abih promo produk baru..

bila sampai kat satu iklan tu mataku terhenti.. Iklan tu bagitau sapa-sapa nak keluarkan produk sendiri tak ade masalah.. kilang siap sedia keluarkan.. cuma cari nama je.. semua jenis krim ada.. semua macam packaging ada.. terpikir lak aku, patut lah kejap2 ada nama Kosmetik ni.. kosmetik tu.. walhal, datangnya dari sumber yang sama ja.. murah mahal je.. hmmmm..

Aku dapat tahu jugak yang kebanyakan bahan untuk produk kosmetik ni datangnya dari seberang... hmm.. kalau macam tu, aku ingat nak guna Mustika Ratu lah pulak..

Kisah aku dan anakku

Kisah yang sama lagi...

2-3 hari lepas...Bila tengok orang lain ada kakak, abang dan adik.. anakku sekali lagi bagitau, "mami, adik nak adik! Semua orang ada kakak, ada abang.. ada adik.. adik ni sorang-sorang je..'. Aduh, syahdu betul aku dengar.. aku balas. "Nanti bila balik kampung boleh la balik main dengan Adam.. ngan Saliha..' Jawabnya, "Tu adik orang lain! Bukan adik kita. ' Tapi yang paling aku terkejut bangat nye bila anakku jawab, "Adik nak adik yang lahir dari RAHIM mami sendiri!.. ' wah.. kaget gilo aku kejap.. siap aku mintak dia ulang suara lagi.. macam tak percaya aku.. mana dia dapat perkataan tu pun aku tak tau.. mesti dari TV nih..

jalan-jalan hilangkan tekanan

bila anakku dah sihat aku bawak gi jalan-jalan ke Melaka.. melawat kakakku di sana... kebetulan ibuku datang so hujung minggu baru ning kami ke sana.. memang meriah le dengan anak buahku menyambut kedatangan kami ni.. aku lihat anakku punya lah seronok.. yelah, dia sorang-sorang, bila jumpa kawan apa lagi...

akakku memang bagus, sampai je memang selalu tanya.. so, nak makan apa? apa lagi, time tu la boleh mengada skit.. so aku cakap dah lama tak makan rendang ayam... lepas tu terus dia gi beli ayam.. masa aku nak balik dia le paling sibuk dok terkocoh-kocoh kat dapur siapkan rendang bekal.. memang dia pandai masak. Aku? Pun boleh masak... tapi tak berapa mahir.. boleh la untuk masak keluarga sendiri makan..

Monday, April 21, 2008

I'm sick, she sick

Dah hampir seminggu aku demam dan batuk.. hari ni Rabu, anakku pulak demam.. so tak gi sekolah. Aku bawa ke klinik, oklah. Malamnya dia demam lagi.. so makan ubat, letak cool fever tu, ok sket.. pagi kul 6.30 dia mengadu sakit perut.. aku sapukan minyak.. tutp-tup selang 2-3 minit dia muntah.. warna kuning ngan darah sekali keluar.. ya Allah, panik giler aku. Sampai menangis aku.. anakku lak, sambil-sambil muntah tu siap boleh tanya 'Nape mami nangis?' alahai..

So lepas tu aku bawak gi klinik, kira hampir setiap hari jugaklah aku jumpa Dr ni. Ari ni Isnin aku bawak anakku gi klinik lain, to get second opinion... suspected ada sikit asma.. aduh, sedih nya aku.. tapi Dr bgtau not to worry, katanya dia akan bagi antibiotik ni, kebiasaannya dalam masa 2 hari oklah.. hmm..

Monday, April 14, 2008

Tranung kite.. teranungspeak!

seorang rakan memberitahu akan kewujudan blog ni.. bila dah surf rasa seronok lak baca..

To all 'tranung kite', take a look at this.. sure u won't be dissapointed..

http://kecek-kecek.blogspot.com/

Thursday, April 10, 2008

sediakan payung (dan baju hujan) sebelum hujan

tadi masa nak ambik anak balik sekolah, punyalah lebat hujan. Memang lebat sangat sampai susah nak drive, kena betul-betul celik mata luas-luas.. memang kena berhati-hati betul lah.. sampai kat sekolah jam la jugak sebab ada parent yang drive sampai ke dalam kawasan sekolah.. tapi oklah, aku dapat park kat tepi sekolah sementara tunggu anak balik.

Aku tengok ada budak-budak yang basah kuyup, ada tu yang memang sengaja mandi hujan.. tapi yang nak gi sekolah (kelas petang) pun dah basah kuyup kena hujan, macamana nak duduk dalam kelas.. rasanya memang kena sediakan baju hujan dalam beg sekolah... in case masa nak balik sekolah hari hujan, tak ada lah basah beg.. hmmm.. keperluan tu.

Monday, March 31, 2008

Aku punya teman..

Perjalanan hidup dirasakan mudah bila kita mempunyai teman yang sanggup memberi bantuan dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan, di samping sokongan keluarga yang tidak putus-putus. Buat temanku, F dan S, terima kasih kerana membantu dalam urusan pelajaranku.

Monday, March 24, 2008

Tahun 1 dan pencinta wanita

kekadang aku gelihati dengan cerita2 yang diberitahu oleh anakku... dunia kanak2 memang lain betul..

alkisahnya tadi, anakku bagitahu kat dalam kelasnya ada 'Pencinta Wanita'.. terkejut aku.. apanya pencinta wanita tu, setahu aku tu lagu yg budak2 suka. Rupanya, dia nak bagitau ' kat kelas adik ada kawan adik yang bercinta. Si A suka sangat dengan si B dan C. Si A tulis surat cinta..' waduh waduh... aku sampai tergamam kejap.. pandai pulak si A tulis surat cinta ye.. hmm

camana periksa ari ni?

masa ambik anakku dari sekolah tadi, terus aku tanya soalan cepumas 'camana periksa ari ni? boleh jawab tak?'.. tau apa jawabnya.. 'adik tak jawab'.. hah. tak jawab? kenapa lak tak jawab soalan? berdebar kejap aku... sambungnya ' adik dok jawab.. adik tulih.. (adik tak jawab.. adik tulis).. hmmm. fuhhh.

Sunday, March 23, 2008

esok periksa

esok anakku mula periksa penilaian kendalian sekolah rendah.. anok nok preksa mok pulok debo peruk..

kisah kedai makan

tadi aku lalu kat kedai makan yang pernah aku citer dulu.. kedai makan orang kite yang meja makan standard warung walhal kedai punyalah gah.. aku nampak ada iklan kat kedai makan tu - untuk dijual. Secara tak langsung memberi maksud kedai tu kurang laku kot. Mungkin sebab pelanggan tak suka duduk kat kerusi meja 'dok come' kot..

Tuesday, March 18, 2008

Apa ada pada nama..

Nama.. ada nama yang cantik ada yang pendek.. ada yang pelik.. ada yang sampai terbelit lidah nak disebut..

alkisahnya, nama pengantin perempuan ni memang susah lah nak disebutkan.. memang takkan jumpalah satu Malaysia ni nama yang serupa dengan beliau. pelik tapi memang cantik namanya. So, di majlis pernikahan tempohari, kami tersenyum geli hati bila melihat tok kadi tersasul-sasul nak menyebut nama pengantin perempuan. 2-3 kali jugaklah dia cuba tapi tak betul jugak. Kesian lak. Jadi tok kadi ni guna nama pendek kat depan je. Pengantin lelaki memang tak de masalah nak sebut nama pasangannya.. hmm.. Lepas ni mak bapak mungkin kena pikirkan untuk bagi nama yang senang disebut oleh tok kadi masa anak nak nikah nanti...

Wanita dan bunga: A built-in 'chemistry'

Aku sukakan pokok bunga.. tapi balik kampung ituhari aku rasa sedih bila ada pokok bunga yang aku tanam di dalam pasu ada yang sudah tak bernyawa lagi.. sedih jap. Geram pun ada kat orang yang diamanahkan menjaga pokok bunga, tapi biasalah jawapan skema 'doh siram, tapi nok wak guane, ye nok jadi gitu gok'. hmm..

Sebelum ni, setiap pagi sebelum gi kerja aku mesti siram pokok bunga, pastu kalau pokok tu berbunga memang satu kepuasan lah bagi aku... tapi bila pokok tu dah kering, rasa tak seronok lak.. Tak pe, lepas ni aku beli banyak lagi pokok bunga...

Sunday, March 16, 2008

seminggu yang penuh kenangan

hmm.. seminggu di tranung, akhirnya semalam aku pulang semula ke selangor.. mengimbas kembali seminggu yang berlalu membuatkan aku tersenyum sendirian.. kenangan yang penuh warna warni. Ada suka, ada duka..macam-macam lah..

menguruskan majlis perkahwinan ni bukannya mudah.. perancangan perlu teliti dan bukannya dibuat secara 'ad-hoc'. Tambah lagi kalau 'manager' majlis tak ada, memang pening gilo lah..

2 hari sebelum majlis pernikahan adikku, ibuku demam teruk sehingga terpaksa masuk wad di hospital berdekatan. Lantas menjadikan aku betul-betul tak senang duduk.. dahlah ayah pun masih lagi tak sihat, ibu pulak kat sepital. Malam tu pulak ada dibuat doa selamat kat rumah.. panggil orang kampung datang..jadi terpaksalah aku jadik tukang masak terjun.. hentam sajalah.. masak gulai ayam kampung lak tu.. aku bukan pandai masak lak, tapi dek kerana terpaksa.. memang dalam keterpaksaan aku pun masaklah jugak... hmm, bolehlah.. yang lebih mengharukan bila ada juga bagi pujian.. kira oklah jugak aku masak tu..

Wednesday, March 5, 2008

musim cuti dah tiba..bz nye aku tak terkata..

hmm.. cuti sekolah ni kena balik kampung... banyak sebab terpaksa balik kampung.. 1- anak dah merengek lama tak jumpa anak sedara kat kampung.. yelah tak de adik terpaksalah tumpang kasih kat anak sedara aku.. kesian lak kan..; 2- balik tengok mak dan ayah yang sejak 3-4 bulan kebelakangan ni kesihatan asyik terjejas je.....; 3-adik kawin..; 4-adik suami kawin.. bab kawin lak memang makan harilah.. malam ahad yg ni nikah.. malam kamis yg tu lak nikah.. kamis yg ni kenduri.. jumaat yg tu lak kenduri..sabtu sambut menantu yg ni.. ahad ssambut menantu yg tu.. fuhh..

waduh.. paling bz dan yang aku rasakan paling besar sumbangan aku nanti ialah masa adik pompuan aku kawin.. mesti aku jadi orang sibuk..errr.. tukang sibuk lah..sekarang ni pun mak aku asyik tanya kenapa la aku ni balik kampung lambat sangat.. tulah, tak tahulah pulak Jumaat ni nak diistiharkan cuti, kalau tak memang aku dah balik Jumaat.. tapi nak buat macamana kan.. sini pun ada keje gak.. hmmm..

Wednesday, February 27, 2008

Terlepas... yang sepatutnya terkena

semalam masa anak pulang dari sekolah, kebetulan berjalan beriringan dengan rakan sekolah anak dengan maknya... anaknya bagitau tadi kena suntik jarum. Doktor datang kat sekolah. Aku pun tanya anakku samada dia kena suntik ke tidak. Katanya tak. Aku heran, mak budak tu heran, macamana diaorang ni sekelas tapi ada yang kena ada yang tak kena. Aku pun musykil gak. Tapi tak apalah, tak yah lah kot kena suntik... bukan tahun 6 lagi kena suntik BCG.

Rupanya anakku tak kena suntik sebab aku tak sain borang kebenaran. Entah bila masa ada borang tu pun aku tak sedar. Rupanya ada kat dalam buku rekod kesihatan yang diberi masa mula-mula daftar dulu.. Siap ada tulis rawatan imunisasi tahun 1 ada 4: BCG, Double antigen, Titisan polio dan MMR. Alpa lak aku. So, dapatlah surat dari sekolah memaklumkan anakku tak terima suntikan MMR kerana tiada kebenaran ibubapa.. lepas ni kena dapatkan suntikan kat Klinik Kesihatan atau klinik swasta lain..hmm.. tapi anakku kata tak payahlah kena suntik tu.. biar je.. hmm..

Wednesday, February 20, 2008

Mesin vs. Manusia - Multi tasking

kenapa kita guna komputer ye? sebab di samping kemampuan membuat pengiraan yang melampau, komputer jugak boleh buat banyak kerja dalam satu masa.. bayangkan, masa tengah menaip Word dokumen, kita boleh surf Internet, pastu boleh hantar dokumen ke printer lagi..

tapi bila bab kemampuan manusia, aku jadi ralat gak.. takut dan ngeri pun ada... setakat masak sambil nyanyi tu, langsung tak heran kan.. tapi kalau dah tengah pandu kereta tangan main sms, aku naik suspen lak.. dah banyak kali aku tengok pemandu kita nih buat macam tu.. bayangkan, sambil bawak kereta sambil tekan butang handphone hantar sms, sambil tu dengar lagu HotFM, sambil nyanyi lagi... betul-betul boleh sama taraf ngan komputer nih..

Sunday, February 10, 2008

langgar belakang.. nak wak camana?

Minggu lepas, kat roundabout ada kereta langgar belakang kete aku.. kuat la jugak. aduh, tesheng jap. dah gi ke tepi jalan, aku pun keluar le nak gi check belakang kete. mamat tu pun keluar gak dari kete ye. aku tengok ada sket je kemek.. degih sket je. tak de teruk pun. bonet kereta buleh bukak, boleh tutup.. so aku rasa boleh pejam mata je.. aku bgtau mamat tu, tak de apa lah. sket je.. punya la baik aku..

bila bagitau kat suami aku, naik angin le dia.. bla bla bla, banyak tu kemek tu katanya.. aku diam je.. bagi aku satu je ' Allah dah mempermudahkan aku pegi sana sini dengan kete tu. nasib la tak de apa-apa.. setakat kemek sket je, tak yah lah heboh. Kalau mencacatkan penglihatan lain lah.. ni sikit sangatnye.. '

tapi aku tau apa nak buat kalau kete rosak teruk. 1- mintak gantirugi. 2- buat repot polis.

Saturday, February 9, 2008

kedai baru vs kedai mamak

ada sebuah kedai makan baru dibuka kat kawasan ni, kedai orang ganu lak tu. jadi sebab nak bagi sokongan padu kat orang ganu kite, aku pun gi le try makan kat situ.. hmm, dah park kete kat depan kedai u tup tup rasa serba salah lak nak masuk dalam kedai.. kenapa? sebab tengok kerusi meja dia pun macam alahai sedihnya..lot kedai tu memang bangunan baru, tapi kerusi mejanya macam kat warung tepi jalan.. kok ye pun cari le kerusi meja ada kelas sikit kan.. tapi tak pe lah.. tengok lauk lak.. hmm, lauk pun ala kadar je.. rasa nyesal gak gi ke situ.. tapi tak pe ah, nasi kabu ada.. boleh lah.. itupun servis hmm.. kureng.

terpikir gak kenapa kedai mamak selalu je ramai orang.. mungkin sebab kerusi meja kasta tinggi. mana ada kerusi meja plastik. semua besi dan kayu.. lauk banyak, sebut aje, semua ada. Masa tengah order teh tarik pun mamak tu dah boleh cakap 'teh tarik siap..' punye lah cepat kan.. tapi aku dah lama tak gi makan kedai mamak.. macam2 aku pikirkan.. paling utama tahap hygiene lah.. ntah le aku rasa macam.. macam... macam-macam lah.

perlunya piawaian tertinggi dan diyakini

ari tu aku sedang buat keje depan komputer.. pastu, dummmm, bunyi mende meletup.. terkejut giler lah aku. aku tengok skrin monitor dab blank.. aku pun terus off pc. Rupanya plug yang mletup. Plug extension yang biasanya kita guna untuk connectkan cables komputer tu.. bila aku check kat palam 3 pin tu, sampai dah hangit kehitaman.. suspen giler.. bila diingat2 rupanya aku beli extension wire tu kat kedai runcit., pastu tak test.. tapi memang ada cop Sirim.. dah nak kena nak buat camana kan.. sekarang ni monitor dah blank terus.. rosak lah tu.. hmmm, ada je..

Friday, February 1, 2008

Citer anak dan sekolah

tadi anakku citer pasal sekolah petang lagi.. 'adik tak mboh gi sekoloh petang lagilah mami.. adik dok suka. cikgu masuk lambatlah, pahtu ada kawang2 kaca lah.. adik dok suka.. tapi sekoloh pagi adik suka..' aku cuma diam. Sambungnya lagi, 'ada kawan adik hok bereti doh sekoloh petang, ye dok maghi sekoloh doh lah, ada 3 orang bereti..' hmm, aku rasa mesti ada sebab mak bapak berhentikan budak tu.. mesti kes tak puas hati nih..

anak aku siap nangis lagi, nampaknya memang dia betul-betul tak suka.. kalau ada pilihan mungkin aku terpaksa tukarkan ke sekolah agama yang lain.. tapi yuran dah bayar penuh untuk setahun ..nanti kena tanya cikgu dulu, kalu berenti sekarang boleh pulangkan duit yuran yang telah dibayar.. rugi lah nanti kan.. tapi pikirkan pasal anak, aku tak nak berkompromi.. dah kalau persekitaran tak kondusif macamana budak nak suka gi sekolah kan..

satu lagi, memang kesian lah kan, pagi gi sekolah pastu petang pun gi sekolah.. aku tengok pun letih betul budak2 sekarang ning.. tapi kalu dok kat umah kang tengok TV lak memanjang.. nak tak nak baik le hantar gi sekolah kan.. hmm..

Thursday, January 31, 2008

General line - tak de fungsi!

aduh geramnye.. kata general line, abis tu kenapa la bila call tak ada orang angkat? lagi lah jabatan kerajaan lak tu.. tenshengnye.. dlm setengah jam call, langsung tak ada respon. Kata kalau jabatan kerajaan, kalau dengar ringin tone 2 kali dah kena angkat, tapi ni usahkan 2 x, 10 kali call manjang tak berjawab.. kalau tak de hal penting tak de nya kita nak pegi tepon saje-saje kan.. geramnyeeeeeeee..

Monday, January 28, 2008

Nasib anak tunggal

semalam aku sebak sungguh...

anakku cerita, 'mami, tadi ustazah tanya siapa kat sini tak ada adik beradik, tak ada abang kakak, tak ada adik, tak ada saudara kat sini? Adik pun angkat tangan.. mami nak tahu tak? adik sorang je yang angkat tangan. Orang lain tak angkat..sebab ada adik, ada abang..semua orang tengok adik.. ada kawan adik sorak kat adik, dia kata Durra tak ada adik beradik, kita ada..' aku lihat matanya berkaca, airmatanya mengalir.. sebak sungguh hatiku masa tu. Rupanya budak pun faham.. aku terus peluk anakku. Aku pun sedih.

Sambungnya lagi, 'lepas tu ustazah tanya nak adik tak? adik jawab tak nak..' Tapi aku dapat bayangkan bagaimana perasaan anakku masa dalam kelas..

Cuma aku bagitau, 'sesetengah orang kat dunia ni memang ada yang sorang-sorang, ada yang ada adik , ada kakak .. ada yang tak ada. Tapi Durra ada mama, ada papa kan.. ada Adam (anak saudaraku)..' Durra diam.. lepas tu dia menjawab, 'mami kalau kita dapat adik, dapat adik kembar best jugak kan.. dapat 2 orang'.. aduh..kaget aku kejap..

Tuesday, January 22, 2008

Kisah keropok lekor: kat mana kepok lekor sedap?

dah balik Ganu ning memang sepuas hatinya ku makan kepok lekor.. lain tempat aku tak cari, tapi kesukaan aku ialah yang dekat kelulut, depan rumah rehat Terengganu yang pagarnya warna purple.. situ memang dijamin best! Lain-lain tempat biasa je.. ni pendapat peribadilah.. tapi bukan aku je, malah ramai dah yang setuju denganku.. sebab tu tempat tu sentiasa ramai orang..

kalau kat Losong tu memang lah terkenal tapi tak sama dengan yang ni.. yang ni lagi lagi lagi best!

So aku bawak balik kasi kawan-kawan yang inilah.. berat gilo masa bawak naik bas tu..naik kebas tangan2.. tapi demi kawan kan.. tu pun selected friends je... haha.. aku kat rumah suka potong kecik2 pastu masuk fridge, then fry on demand lah.. senang kan..

Kisah di hospital

sampai depan HKT kami tak berlengah terus pergi melawat ayah.. alhamdulillah, kesihatan ayah dah semakin baik. cuma kesihatan ibu je yang agak kurang baik, kakinya sembab.. yelah sebab tidur atas kerusi, memang tak selesa lah.. kesian mak.. tapi yelah, nak buat macamana..

Di katil berhampiran kelihatan seorang lelaki terbaring.. mukanya dan badannya aku nampak penuh lebam akibat bergaduh.. tak ada waris pun kat situ.. tangannya diikat.. aku diberitahu yang lelaki tu terpaksa diikat tangan sebab dia cuba nak buang semua wayar yang berlilit kat badannya.. dari tadi aku asyik dengar lelaki ni dok panggil oarng yang lalu lalang 'tolong bawak makanan kat saya.. saya lapar ni..' tak ada orang yang berani.. makanan dah ada disediakan atas tray tu tapi beliau tak dapat ambil sebab tangan diikat.. waktu tengaharinya aku diberitahu nurse yang suapkan.. tapi petangnya tak de pun nurse datang.. nurse sibuk.. kesian lak.. masa aku keluar pukul 7 petang tu nurse masih tak datang suapkan.. cuma tadi je adikku suapkan pisang.. kesian punye pasal.. aku dapat tahu yang lelaki ni kena rompak dan dibelasah, dijumpai oleh orang awam di dalam longkang dan dihantar ke HKT oleh polis. hmm..macam-macam...

Dan di hujung katil sana ada seorang anak muda lingkungan umur 30an.. ditemani maknya.. dah berhari-hari maknya menemani.. tapi yang tak sedapnya, mamat ni siap maki hamun lagi maknya.. depan-depan orang lagi... hmm.. apa punya orang lah..ntahlah..

Sebenarnya melawat orang sakit kat hospital ni dituntut sebab dari situ kita boleh buat pemerhatian.. dan perbandingan, bersyukur yang kita dianugerahkan kesihatan yang tak ternilai oleh Allah.. ''Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara.. sihat sebelum sakit..'

Terima kasih Ya Allah di atas anugerah kesihatan yang Kau Limpahkan kepada ku.

Kisah bas express: Pemandu kurang sopan

Masa pulang ke Ganu dengan bas Konsortium, aku tensheng betullah dengan driver bas ni.. memang kurang ajar, tak ada kesedaran sivik langsung. Ada ke dia boleh hisap rokok.. asapnya sampai satu bas, tapi penumpang tak kata apa lah kan.. nantikan tak pasal-pasal kena jalan kaki kan, naya lak.. 3-4 kali jugak le.. itulah pertama kali aku naik bas yang drivrnya hisap rokok dalam bas yang dipandunya..

Bukan tu saje, boleh pulak dia meludah ke luar tingkap sesuka hati.. waduh,.. memang biadap betul. memang confirm kena lah kat kereta yang lalu lalang tu.. chit!

Satu lagi kisah makcik ngan pakcik ni, dah tua dah, lingkungan 70an.. so masa berenti kat Hentian rehat tu, makcik pakcik ni tak makan sebab takut lambat,.. so bila sampai kat Hentian Kuantan, mereka nak gi turun makan.. pastu apa lagi, drebar tu cakap, 'La, bak pe dok g makang takdi masa berenti tu? Susoh lah gini pokcik.. sini tempat turun orang naik orang je pokcik'.. sian pokcik mokcik tu.. so, ingatkan driver ni nok berenti le kat Tempat makan kat Cendor tu, tak de pun, ye berenti kat kedai makan kat Tebing Tembah.. kurang selesa la sket situ.. dengan kemudahan tandas dan surau yang kurang bersih.. tapi doh drebar ni berenti situ, nok wak guana, turun je lah pokcik ni.. tapi pokcik ni gi sembahyang dulu, jadik bila pokcik ni siap sembahyang orang lain ramai yg naik bas doh.. jadi pokcik ni bungkus makanan je.. sian lak aku tengok.. nak dijadikan citer, drebar ni alihkan bas ke depan sket, mokcik yang tak turun tu mulalah menjerit, 'ada lagi dok naik weh.. tunggu.. tunggu..' Tau apa jawab drebar ni? 'Taulah mokcik weh..alah.. dok tinggal nye..'

Tapi bas ni kurang prihatin lah sket pasal kebajikan penumpang.. Tak macam Trans dan Sani express, berenti kat Hentian 2 kali, 1 untuk makan, 1 lagi untuk sembahyang.. jadi penumpang tak berkejar.. sekali lagi kat Cendor..baguslah..

Diceritakan juga yang bas Sani express ni bagus gak.. ada drebar yang taraf pakcik ni, memang dia jaga betul penumpang.. kalau ada penumpang perempuan yang dok sorang-sorang kat seat belakang, dia akan alihkan ke depan..bagus, drebar prihatin.. alasannya kadang-kadang kat belakang tu macam2 perkara boleh berlaku yang dia tak nampak.. memanglah, banyak citer yang kita dah dengar pasal pasangan muda-muda ni..

Kisah bas express: pasal harga tiket

beberapa hari lepas aku pulang ke kampung menjenguk bapa yang berada di hospital selepas menjalani pembedahan.. aku bertiga naik bas express. Kebiasaannya aku naik bas Trans, tapi kali ni ingat nak tukar angin sket, so masa balik ke Ganu aku naik Konsortium, masa pulang ke sini aku naik Sani Express.

Harga tiketnya berbeza sebanyak seringgit, yang satu RM 32, satu lagi RM 33 seorang. Kanak-kanak pun dikira sama macam dewasa. Tapi kalau naik Trans, kanak-kanak separuh harga. hmm, kurang-kurangnya baru aku tahu.

Monday, January 14, 2008

Kongsi tak kongsi

tadi masa balik sekolah pagi, anakku bagitau, 'mami, ada kawan adik nak mintak air yg adik bawa, dia lupa bawak air dia'. Aku terus tanya, 'adik jawab apa?'. Kata anakku, 'adik bagitau mak saya tak bagi share.. jadi dia tak mintak lah.'. Alamak, terpana aku kejap. Memang aku dah pesan kat anak aku jangan share minuman ngan orang lain.. kot2 dia tak gosok gigi ke, ada sakit mulut ke.. itulah alasan aku.

Nak bagi serba salah, tak bagi serba salah.. macamana ye?

pemandu wanita brutal

aku tensheng giler petang tadi..

masa ambil anak balik dari sekolah agama tadi, aku park kete kat seberang jalan. Jalan tu lak 2 hala dan aku park kete kat sebelah kanan jalan bukan sebelah kiri jalan. Kebiasaannya masa balik sekolah memang kebanyakan makbapak parking macam tu, lepas anak masuk kete ke, terus blah lah. Setakat ni tak de masalah pun.

Tadi nak dijadikan citer, masa aku dah bagi signal nak masuk ke tengah jalan, ada la makcik brutal ni yang parking mengadap kete aku. Masalahnya, makcik bengong ni terus pandu ke depan sampai rapat kete aku.. time tu lak memang kete banyak jadi susah sket nak masuk ke line tengah, makcik bengong ni datang makin rapat, pastu siap bagi hon lagi.. kalau dia sorang-sorang mau aku keluar kete maki sket, mintak bawak bersabo .. tapi dia 2 orang, so punya le susah aku nak keluar, sipi-sipi je nasib tak kena bumper ket dia, dah bengong sangat jadik pembuli jalan.. aku ingat makcik tu ingat jalan tu to'ki dia punye kot.. nak je aku sumpah makcik pembuli tu jadik.. jadik apa eh.. kalau jadi kayu ngan batu, nanti makin makcik tu tak de perasaan lak.. ha, jadik daun kering tepi jalan, so boleh kena lenyek-lenyek gitu, takpun kalau aku boleh sumpah makcik tu jadi tak betul, so nanti time dia bawak kete tak ingat jalan sesat sampai mana-mana, biar dia lak kena hon manjang macam tu, baru aku rasa lega.. adil la tu kan..

lepas perasaan, biasalah kan..

Saturday, January 12, 2008

My PhD StudyLog is here!

Finally, after several clicks I managed to bring into existence another blog I named it 'My PhD StudyLog'.

Not trying to be too ambitious and at the same time will stick to mind to be as secretive as I should be, the blog will witness the bittersweet memories throughout my study.

Feel free to visit the link provided at the top left corner of this page, who knows u might find it useful in particular to those who are preparing to enter the 'postgraduate world'. Welcome!

Friday, January 11, 2008

Why do I keep on writing 'misc' in this blog?

some (bypassers) may say the things I wrote here as nonsense.. yea, whatever! As I said earlier, my blog my diary, it's all about me and life about me! and perhaps about others of interest to me.

well, the answers to the above Q are:
1- wanna be a great writer? then write a lot. Likewise, wanna be a great speaker? speak a lot right? and yes, it comes with practice.

2- I read somewhere in a motivational book that suggests us to 'control our attitude'. The author calls it 'The Frustration Journal'. He writes, "Review what is frustrating u. Identify whether it is fear, insecurity, regret or guilt. Identify your feelings, when did it occur, what occurred, what is your reaction?" According to the author, that is one way of letting out your mixed feelings so u will become more in control of yourself.

so to me, blogging is a way of expressing my opinions, my feelings etc. If people wanna read, they are welcome.. if they find the contents are worth sharing, it's my least contribution then..

phd studylog: Jan 2008

pasal study lak... skrg ni dah masuk sem 2. Progress ku masih lagi according to my timeline. Cuma nak kena prepare untuk presentation bulan 2 ni kat IPSIS.

Now I am in the process of creating another blog for the sole purpose of my study, as to discriminate between 'pressure' and 'leisure'..haha.

bila hari minggu...

dah hujung minggu ni maka kerja membasuh baju sekolah kasut sekolah pun bermula. Memandangkan aku bimbang tak sempat nak pantau pakaian anak setiap hari, maka untuk memaksimumkan kecekapan (cewah) aku siapkan 5 pasang baju sekolah untuk sekolah pagi dan 5 pasang untuk sekolah petang. tudung pun 5 set sebab kat tudung kena letak lencana jadi kena asing-asing. Kasut 3 pasang so ada backup 1 kasut kalau kasut lain tak sempat kering.

so sekarang ning aku tak perlu berkejar-kejar basuh baju dan gosok baju.. cuma hari ahad lah penat sket sebab kerja menggosok baju sekolah. Bab basuh kasut sekolah je yang aku lemah sket, nak mintak anak basuh kesian lak.. tapi nanti-nantilah aku suruh. So aku masuk mesin basuh je lah kasut sekolah pun, masukkan dalam bekas kain tu lepas tu nah, jemur je.. mudah dan senang.

Thursday, January 10, 2008

Wanita Hari Ini TV3

Hari ni cuti Awal Muharam. so sambil-sambil buat kerja mana patut sempat lah menonton TV, kebetulan ada rancangan WHI pagi tadi..

Bila dah meluangkan masa menonton tu, rasa menyesal lak. Sebabnya, skop tajuk yang dibincangkan ialah isu perceraian, tetamu jemputan adalah Ustaz Sukri (orang Ganu tu), Nash dan Pn Ziela Jalil. Pengacara lak Safinaz dan Ifa Raziah. Masa perbincangan ngan Ustaz Sukri tu oklah, tapi masa dengan 2 artis lagi tu, pengacara nampak macam terlalu beria-ia nak tahu kisah peribadi 2 artis ni.. pasal kes perceraian Nash dan pasal hubungan dengan madu Ziela Jalil.. ai, takkanlah nak cerita biar satu Malaya tau kot. Siap pengacara cakap 'saya mintak maaf, saya kena tanya jugak dalam WHI ni..'. nasib la artis ni pandai bercakap.. 'itu kes mahkamah'.

hmmm, pada pendapat peribadi ku, boleh ditanya hal peribadi tapi kena ada caranya.. aku suka bangat cara kendalian program oleh Wardina.. dia ada banyak fakta dan cara mengawal situasi perbincangan pun bagus..

Wednesday, January 9, 2008

Kisah perokok tegar

Waktu mudanya beliau begitu kuat bekerja. Rokok menjadi peneman buat melepaskan lelah. Dan apabila menjangkau usia tua akhirnya lelah jugalah menjadi teman selepas rokok. Beliau sudah beberapa kali dimasukkan ke wad kerana penyakit lelah. Ironinya, selepas bebas dari lelah, dengan sembunyi-sembunyi beliau masih lagi mengambil rokok. Katanya 'tak sedap mulut'..tu ok lagi.. kekadang bila ahli keluarga suruh berenti menyedut asap rokok beliau kata "mana ada orang mati sebab hisap rokok?" Orang sakit jantung tu sakit bukan sebab rokok kan? macam-macam lah.. orang tua kan, nak dinasihat lebih-lebih kang, merajuk lak susah.

Merokok membahayakan kesihatan tapi ada doktor yang hisap rokok.. tu yang musykil tu.. ntahlah... mungkin jugak doktor tu memang tahu ada ubat yang boleh diambil oleh perokok agar kesan sampingan rokok tu tiada. Macam nilah, sekarang ning ibu-ibu mengandung pun dah tahu trick sebelum pergi buat check-up kat spital. Kalau ada darah tinggi, darah rendah ke diaorang tahu nak makan apa 1-2 hari sebelum pergi checkup.. ntah betul ke tidak tak dapat lah dipastikan..

Sembang-sembang kaum bapa: Pasal kerja

Tempat: Perkarangan sekolah

Bapa A: Saya ambik cuti 3-4 hari ni, tengok anak sekolah. Kerja kat Terengganu, 2-3 minggu sekali datang Shah Alam.

Bapa B: Saya kebetulan cuti seminggu. Kerja saya lain sikit. 1 minggu kerja 1 minggu off. Kerja kat Terengganu jugak. Family kat sini.

Bapa C: Saya pun kerja kat Terengganu, Family semua kat sini. Ni malam ni nak kena balik Ganu. Sebulan kat Ganu barulah balik sini. Pastu pergi lagi sebulan. Macam tulah..

hmmm... moral of the story? banyak.. pk pk..

Apabila pelajar tahun 3 berpuasa sunat

Masa menemani anakku makan semasa waktu rehat tempohari, di meja berhampiran ada 2 orang pelajar sedang sibuk menulis buku. Aku kemudiannya bertanya, "Awak tak makan ke?" Jawab pelajar tu, "Saya puasa hari ni"..ya Allah, bagusnya.. kata orang, sejuk perut ibu mengandung.. Bandingkan dengan orang dewasa.. bulan puasa pun ada yang tak puasa wajib ini kan pulak posa sunat dalam bulan biasa...

pasal sekolah anak

alhamdulillah, tadi anakku dah pun dapat buku teks kat sekolah (sek agama- petang).. so oklah tu..

harapanku, semoga ketiga-tiga pihak iaitu pihak ibubapa, guru dan murid akan sama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memertabatkan ilmu dan memperkasakan generasi masa hadapan ni

Monday, January 7, 2008

kecekapan guru dan sekolah dipertikai

seperti yang dijangkakan, buku teks anakku bagi sekolah petang (sekolah agama) masih belum diterima.. sedangkan bagi kelas lain ada pelajar dah terima dah. Dan tadi menurut anakku, cikgu kelasnya kata 'buku teks tak cukup, jadi kamu kena tunggu'. Geramnya aku dengan sekolah ni.. apa, sekolah tak tahu ke jumlah murid banyak mana? habis tu nak tunggu sampai bila? sampai setengah tahun ke baru dapat buku teks? tak ada perancangan langsung lah sekolah ni.. yang jadi mangsa murid-murid lah kan... walaupun bagi cikgu ni perkara kecik, tapi kalau operasi dan pengurusan sekolah masih di tahap tak memuaskan, macamana lah kita nak berbangga dengan slogan sekolah spt 'sekolah cemerlang negara gemilang'.., generasi pelajar cemerlang gemilang terbilang..

'Sekolah ni memang bagus', ramai yg bagitau kat aku macam tu. Mungkin bagus dari segi modul dan kurikulum kot. Dari segi urus tadbir dan kepuasan pelanggan masih lagi kurang. Jadi apa sumbangan ibubapa kepada sekolah ye.. hmmm...

maka rutin hidupku pun berubah

anak dah sekolah ni, mak nak kena bangun awal pagi.. kalau sebelum ni ada ketikanya tidurku hanyalah selepas subuh, sekarang ni tak lagi.. tak boleh lagi.. jadi sekarang ning aku bangun seawal 5.45 pagi, jadi sempatlah buat sarapan untuk anak.. eh, itupun sarapan yang memang paling mudah lah.. menu yang ada ialah roti bakar, paun, bijirin ataupun cucur adabi.. nasi lemak kalau sempatlah..kira kalu berjaya siapkan tu pencapaian cemerlang lah untuk pagi tu.

Dalam bab bangun awal siapkan makan ni aku tabik spring lah kat kawan aku, Zah ngan Kak Azmah.. pukul 5 setiap hari dah bangun siapkan makanan kat dapur.. memang aku kagum betullah ngan diaorg..

so, skrg pukul 7.10 pagi aku dah kena hantar anak sekolah pagi.. pastu gi ofc..kul 12.30 ambik, kul 2.15 ptg hantar ke sekolah agama, kul 5.30 gi ambil.. lepas tu makan malam.. pastu lepas maghrib gosok baju.. mlm studi sama anak.. pastu tido .. itulah cycle nye nanti.. barulah aku tahu sibuknya apabila anak dah sekolah ni. Dulu bila dengar je kawan2 yang cakap 'letih lah.. pagi nak kena hantar anak 2-3 tempat.. pastu ambik yang ni, hantar yang tu..'

Pada ibu-ibu superwoman ini, aku kagum bangat ngan diaorang..

Kisah murid dan kedudukan dalam kelas

Masa anakku nak masuk kelas aku dah pesan, 'nanti adik duduk barisan tengah, barisan depan atau barisan ke dua atau ke tiga.. jangan duduk belakang, nanti tak nampak apa yang cikgu tulis.. kurang dengar apa yang cikgu cakap.. jangan duduk tepi tingkap, nnti asyik tengok orang lalu lalang...' rupanya itu jugalah yang ibu-ibu lain bagitau anak mereka..

nak dijadikan cerita, ramailah yang berebut tempat duduk kat depan.. ada tu siap campurtangan dari mak.. (bapak biasanya tak endah mende-mende macam ni).

ni kisah benar. Hari pertama sekolah anaknya diatur duduk kat depan.. oklah.. esoknya ada murid lain duduk kat tempat anaknya.. jadi mak ni cakap kat budak tu 'eh awak duduk kat mana semalam? duduk kat tempat awak semalam, ni tempat xx ', begitulah lebih kurang. habis apa nak buat, mak dah pesan, nanti duduk kat depan tau.. maka berebutlah budak-budak tu.. anakku duduk line tengah, oklah tu.. asalkan dia selesa oklah..

Sembang ibu-ibu: Kisah bibik

Bila dah mula bersekolah ni, bukan anak je yang dapat kawan baru, mak bapak pun dapat kawan baru jugak. Sembang-sembang dengan ibu-ibu ni memang best, banyak citer.

Mengenai bibik, kata seorang ibu ni, 'orang gaji ni macam kereta lah... bagi sesetengah kaum ibu, tak ada kereta patah kaki jawabnya.. tapi bila kereta meragam, lagilah pening kepala.. macam-macam ragam. '

Kisahnya, bibik ni anak tunggal dari Indonesia. Hampir setiap hari maknya dariu Indonesia tepon, sampai majikan naik rimas. Bibik ni bukannya orang susah pun, dia cuma melarikan diri dari suaminya.. So nak dijadikan citer, dah 5 bulan berada di sini bibik ni dah mula bosan. So, memikirkan implikasi yang mungkin secara tak langsung akan membahayakan anaknya, beliau pun membri kata dua kepada bibik tu. Boleh blah hanya selepas bayar balik duit yang dah dihabiskan oleh majikan untuk mendapat beliau daripada agen.

Diringkaskan citer, bibik ni tak jadi balik dan agen pun hantar pergi kat majikan lain. Nak tahu? Setiap hari bibik ni tepon majikan lama mintak diterima balik.. Tapi bila pikir banyak kali, majikan lama cakap 'sorilah.. dulu u jugak nak blah kan.. blah lah.. ' dapat majikan baik bibik pulak buat hal. Majikan lama memang baik, siap makan pun diajak sama. Kat majikan baru, memang langsung bibik tak diberi muka. Kata majikan baru tu, 'jangan bagi muka, nanti mereka naik kepala, mereka lupa diri tak akan kenang budi'. Sejauh mana kebenarannya tak tahulah ..

Tapi bukan senang kan nak cari bibik yang betul-betul boleh diharap kan.. apa yang dipaparkan oleh media beberapa hari lepas pasal bibik bagi anak majikan makan najis, campur simen dalam botol susu, memang melampau lah.. ntahlah... ibu-ibu memang sentiasa dilema dalam bab ni..

Sunday, January 6, 2008

Hang Tuah and Hang Li Po: What do they have in common?

hmm, yes.. they share the same 'Hang'!

Who is Hang Tuah? A visit to the link www.answers.com/topic/hang-tuah gives the following..

"Hang Tuah was born in Kampong Sungai Duyong, Malacca, to Hang Mahmud and Dang Merdu Wati. His interest in religious knowledge and skill in the art of self-defense became apparent at a young age, and he was said to be inseparable from his four childhood friends: Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir and Hang Lekiu. "

and who is Hang Li Po?
"Hang Liu (Chinese: 汉丽宝) was the fifth wife of Malacca's Sultan Mansur Shah (reigning from 1456 to 1477). It is disputed whether such a person exists due to the fact that she was never recorded as a princess in the Chinese court Emperor Yongle of the Ming Dynasty in the Ming Chronicles.

According to Malay Annals (Sejarah Melayu), the sultan dispatched Tun Perpatih Putih as his envoy to Ming (China) and carried a letter to the Emperor, it was mentioned that Hang Liu was sent to Malacca to be the bride of the Sultan. Li Po came to Malacca along with 500 other female attendants, many attendants later married officials serving Mansur Shah as Li Po married the sultan after she accepted the conversion to Islam. After their marriage, the sultan built a palace for Li Po and her attendants were given a permanent home at Bukit Cina which serves as a cemetery for the local Chinese. Princess Li Po became known as Hang Li Po when she was awarded the honorific "Hang" by the sultan of Melaka.

It is notable that the two main sources of Hang Tuah's life differ yet again on the details of his life. According the Hikayat Hang Tuah, it was Hang Jebat who avenged his friend's death, only to be killed by the same friend, but according to Sejarah Melayu, it was Hang Kasturi. The Sejarah Melayu is the more historical account, but the Hang Jebat story, as the more romantic tale, remains more popular."

So u see, those stories we've heard from our history teachers could be tales.. people from multiple generations made up stories and added in their own versions.. all with different different stories.. It was never proven that Hang Tuah had come from Malacca. Some claimed that Hang Tuah came from China, together with Hang Liu. I guess if we have many Hang s from China then it could be true that Hang Tuah came from China. Some said there was no Hang Tuah from Malacca due to the fact that no one inherited the name Hang in Melaka.

So guys, this leads us to a very very important point here. To prove something it has to be accompanied with some sort of evidence. of what kind? of course the documentation! document what you have, what you see today because what you see today may be in different view tomorrow. It will be called 'history' and not tales since you can prove it with your evidence.

Don't wanna write? Take videos then!

apa sumbangan ibu bapa kepada sekolah?

keratan akhbar Metro Ahad 6 Jan 2008, "... Menteri Pelajaran meminta ibu bapa supaya tidak hanya pandai melenting meluahkan perasaan marah mereka jika diminta bayar lebih untuk pendidikan anak-anak mereka, sebaliknya menanya diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada pihak sekolah."

Jawapan mudah dan logik ialah, "sumbangan paling besar ialah anak kami iaitu pelajar sekolah! Bayangkan, kalau tak ada pelajar, tak adalah guru yang diperlukan untuk mengajar pelajar, tak adalah bangunan sekolah yang baru kan!"

Tapi memanglah ada segelintir ibubapa seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran, yang tidak pernah hadir mesyuarat PIBG, tidak pernah ambil tahu hal ehwal persekolahan anak..

Ni kisah betul.. keluarga belah suamiku ramai yang jadik cikgu, jadi bila berkesempatan berjumpa tu adalah citer-citer. Termasuklah citer ibubapa yang tak pernah bayar yuran sekolah anak.. anaknya ada 2 orang kat sekolah tu.. dah banyak kali pesan kat anak mintak ibubapa bayar tapi tak ada respon. Nak kata tak berkemampuan tak jugak, sebab pernah cikgu pergi ke rumah, tengok kereta ada 2 biji, pakai KIA lagi. Kereta impot tu. Kekadang heran lak kan.. Maksudnya kat sini, masih ada segelintir ibubapa yang memang tak ambil hal langsung pasal sekolah anak.. yang dia tahu cuma hantar anak ambik anak..

Cuma itulah, bila bercakap pasal yuran ni, yelah pasal duit kan.. memanglah semua orang berkira bukan sahaja ibubapa, semua orang. Ni isu yang sentiasa dibahaskan saban tahun.. tahun depan pun sama, tahun lepas pun sama... cuma harapan ibubapa ialah pihak terlibat sama-sama cari formula yang terbaik dalam penyelesaian isu nih.

Friday, January 4, 2008

hari ke 2 sekolah

tiba kat sekolah pagi ingatkan aku nak hantar je dan terus balik. Tapi bila masuk kat dalam sekolah tengok ada perhimpunan. so aku tunggu lah kejap. Dengarlah jugak cikgu berucap. terkejut jap bila cikgu tu cakap ' bila kamu nak ke tandas, jangan lah balik ke rumah..' pelik lak.. rupanya ada kes pelajar yang balik rumah nak ke tandas, maklumlah rumah nye memang depan sekolah!

dan makluman akhir dari cikgu ialah 'Mohon kerjasama ibubapa agar tidak mengiringi anak-anak ke kelas..' hah, cikgu dah sound dah.. so lepas anak aku masuk kelas, aku pun blah.

tengahari aku datang ambil, masa dalam kereta dia tunjukkan kertas yang cikgu bagi.. maknanya dah belajar dah tu. oklah. bagus!

petangnya bila sampai kat sekolah petang dan nak turun kereta, anakku tanya 'mami ngan papa tungu adik kat kelas ye' Aku cakap 'mana boleh, nanti cikgu marah... nanti mami datang balik lah..' terus je dia menangis. heran lak aku.. so terpaksa lah iring masuk kelas.

sampai kat kelas dia tak nak lepaskan tanganku lagi.. jadi terpaksa lah duduk kat dalam kelas tu sementara tunggu cikgu datang. Bila cikgu datang aku pun bangun nak keluar. Anakku menangis lagi. Memang heran betul aku, semalam elok-elok je.. Masa bersembang ngan kak Marina (dia pun hantar anak kat sekolah pagi dan petang yang sama) barulah aku tahu. Rupanya masa waktu rehat kat sekolah pagi tadi, dia sorang-sorang. Dia tengok kat kantin ada mak bapak yang temankan anak, jadi diapun tercari-carilah.. bila tak de, sebak lah dia. Lagilak disebabkan ramai orang kat kantin tu, dah tak ade tempat duduk, jadi dia tak makan pun bekal. kesian anak aku. memang aku dah bagitau 'waktu rehat nanti mami ngan papa tak ada'. Aku lak, bila tau anak tak makan bekal, rasa sedih betul. Satu, sebab dia tak dapat makan. Dua sebab punya la awal aku bangun masak nasi lemak pagi tu, dia tak sempat makan. Sedih jap aku.

so, bila tangisan dah berenti, aku pun nak lah keluar dari kelas tu, tup tup dia menangis lagi. Tapi cikgunye lak tak ada pun tunjukkan inisiatif nak mula mengajar ke.. asyik kira duit yuran,. So aku pegi tanya, 'hari ni boleh dapat jadual ngan buku teks tak?' Katanya, 'nanti sempat boleh dapat hari ni, kalau tak sempat Isnin nanti'. Masa aku pergi ke luar kelas, nampaklah kelas depan tu.. kelas tu dah ada buku teks dah atas meja cikgu, tunggu nak diagihkan kat pelajar je. Cikgunye pun dah mula mengajar alif ba ta.. budak pun dah mula menulis. Cikgu kelas ni pulak, tak habis-habis lagi dok kira duit. Sampailah waktu rehat, pukul 3.30 ptg. Habis rehat, aku ngan ibu-ibu yang lain naik ke kelas, tengok2 cikgu tu masih lagi tak setel kira duit.

Dah letih berdiri, aku ngan sorang ibu tu (pregnant lagi) turun bawah kat kantin. Sambil tunggu tu kami sembang2lah.. dah nak sampai waktu balik kat pukul 5.20 ptg kami naik semula ke atas. Bila pergi tengok kat kelas tu, ya Allah, cikgu tu masih lagi dok kira duit! Kami ni tengsheng giler.. kelas lain dah dapat buku teks, dia masih lagi tak habis-habis kira duit. Ada sorang ibu tu bagitahu, dia duduk kat kelas dari masa rehat sampai sekarang. Katanya cikgu tu langsung tak peduli pelajar kat dalam kelas. budak nak berlari ke nak apa ke dia tak kisah langsung. Ada pelajar siap berguling dan bermain kat belakang kelas lagi. Pun dia tak kisah. Menurut ibu tu lagi, ada pelajar yang pegang gunting sambil bermain ngan pelajar lain. Ibu tu risau betul, tapi cikgu tu langsung tak heran pun. Asyik ngan kira duit lagi.

2 orang ibu tadi tu guru sekolah jugak, mereka pun naik heran bagaimana cikgu tu boleh biarkan kelas lepas tu tak peduli keadaan pelajar. Aku ngan yang lain masih lagi tak faham, kenapa la lama benor cikgu tu dok kira duit.. kenapa cikgu kelas lain dah siap boleh bagi buku teks, dah boleh siap mengajar tapi cikgu nih masih lagi dok kira duit yuran. Aku cuba faham tapi memang memang tak dapat memahami perkara ni sampai sekarang!

Bila nampak aku kat situ anak aku pun terus angkat beg keluar dari kelas. Diikuti dengan pelajar lain. Masalahnya cikgu tu tak kata apa-apa pun, entah-ntah dia tak sedar pun budak dah keluar, sebab nya kami tengok dia masih lagi duduk kat meja tu, kira duit. Mungkin jugak dia susun duit ikut nombor siri kot!

Aku bagi tau kat suami nak pindahkan ke kelas lain.. kata suamiku, sebagaimana nama kelas tu lah.. 'sabar..sabar..' so aku nak tengok minggu depan lak macamana...

Perkhidmatan gunting rambut RM18

Semalam saya ke kedai gunting rambut kat Kompleks PKNS Shah Alam.. semasa gunting tu sempatlah saya bersembang dengan owner salon yang gunting rambut saya. Katanya semalam lagi lah ramai orang, tak menang tangan dibuatnya.. secara tak langsung memang kedainya di antara pilihan orang ramailah.. pastu katanya, mak2 datin pun selalu datang situ (oo patut mahal).

Kebetulan masa tu ada perempuan bercakap dengan beliau memanggilnya mama, so tahulah saya itu anak perempuannya.. ceritanya, beliau ada 4 anak, 1 je perempuan. lepas SPM, terus dihantar anak perempuan ni pegi kursus kat Clara International dan tempat lain lagi untuk dapatkan kepakaran dalam bidang gunting rambut nih.. dan anak lelaki beliau baru je kawin minggu lepas, buat kat hotel GB lagi.. wah, memang gunting rambut ni bukan sikit buat duit, banyak tuh..

Jadi rasanya kalau ada anak-anak yang memang tak minat belajar, bagilah kursus kemahiran kat diaorang. Bidang perkhidmatan ni boleh buat banyak duit.., tukang gunting rambut, tukang jahit, baby sitting, macam2 lagilah..

Thursday, January 3, 2008

Sekolah kebangsaan yang efisyen

Pada pendapatku, pengurusan S K Seksyen 7 ni bagus dan tersusun. Untuk Tahun 1, hari Orientasi pelajar 30 Disember. Buku teks pun dapat hari tu. Dan sebelum tarikh tu parents dah boleh beli buku tulis. 1 Jan 2008 pegi bayar yuran pendaftaran. Jadi 3 hb tu guru dah terus mengajar, parents takde lah sibuk nak uruskan itu ini.. baguslah. Berjaya elakkan kesesakan.

Berlainan dengan sekolah petang ..( Sekolah Agama Seksyen 3) . Pada 3hb tulah, pelajar datang, masuk kelas. Masa tu jugaklah parent datang nak bayar yuran. Masa aku masuk ke kelas tu cikgunya dah ada dan barisan parents nak bayar yuran pun punyelah panjang. Sampai kat luar kelas. Nak selesaikan setiap proses bayar yuran tu punye le lama giler.. adalah setengah jam sorang parent. Tu yang duduk dan terus bayar, tak masuk lagi yang duduk dan tanya itu ini, ada yg sampai 1 jam baru bangun. Dah lah tu, cikgu tu sorang je, setiap bayaran dia kena bukak 3 resit. Aku tengok cikgu ni memang aku naik angin lah. Nak je aku cakap kat dia ' meh saya tolong cikgu'. Tapi suami aku cakap 'sabar..sabar..' mentang-mentanglah kelas ni nama 1 SABAR. Untuk sesi petang dipanggil 1 SABAR, dan sesi pagi dipanggil 1 REDHA. jadi memang kena sabar dan redha je lah aku petang tu.

Masa tiba giliran aku sengaja aku cakap 'adoi letihnya kaki berdiri...' Tau lak cikgu tu cakap 'maaf ye..' ok ah tu.. aku tanya' boleh tak lepas ni aku bawak balik anak aku terus'.. katanya 'bolehlah.. sebab tak sempat nak ajar apa hari ni selagi bayaran yuran belum selesai'. So oklah, lepas selesai urusan bayaran aku pun balik. Masa tu dah pukul 4 lebih dan ramai lagi parent yg dok tunggu masa tu.. hishhh..

Anak balik sekolah

Waktu anak balik sekolah, aku dah tunggu dah kat pagar sekolah. Dah bagitau dah 'mami tunggu kat depan sekolah tau.. tunggu mami kat situ, jangan keluar dari pagar sekolah.. tunggu mami, jangan ikut orang lain.. bla bla..'

Lama aku tunggu barulah nampak.. aku tengok mukanya sedih, baru lepas me nangis kot.. cepat-cepat aku pergi ke arahnya, tanya kenapa menangis. Katanya 'adik tengok mami tak de kat sana jadi adik nangislah..' Sana tu maksudnya, kat dewan.. dia tengok ramai parents yang tunggu kat situ..

So oklah.. habis bab sekolah pagi.

Hari pertama anakku ke sekolah

hari pertama anakku ke sekolah, aku pun ikut ke sekolah.. tiba kat sekolah, pelajar kena beratur ikut kelas masing-masing. Kat sekolah tu sesi pagi hanya untuk pelajar Tahun 1, 5 dan 6. so cikgu pun bagilah taklimat.. kami mak bapak ni menonton jelah.. bila cikgu tanya, 'ada sapa-sapa rasa nak pitam tak?' Ada lah yg angkat tangan, pelajar Tahun 1. bila tengok kawan dia angkat tangan, ada pulak kawan-kawan lain yang ikut angkat tangan, kat 10 orang lah jugak.. aku rasa memang diaorang tak faham pitam tu apa kot.. lepas tu dengar angkat tangan, apa lagi..

bila dah pelajar masuk ke kelas nih, mak bapak pun apa lagi, masuk gak lah dalam kelas. ada yang tukang aturkan kedudukan anak kat kelas tu.. 'duk sini, jangan duk situ.. nanti cikgu tak nampak.. nanti tak dengar..' macam-macam lagi lah.. aku lah, janji anak aku boleh tempat duduk kira oklah tu..

ada yang menangis, biasalah kan..

ada mak bapak yang keluar masuk kelas 9-10 kali, melampau tuh,.. kira aku ok lagi, cuma 5-6 kali je, hik hik. anak aku pun ok je.. lepas bagi pesanan-pesanan yang entah ke berapa ratus kali, aku pun blah lah.. tapi ramai lah lagi mak bapak yang tunggu tepi tingkap.

Pukul 9.40 pg aku datang balik sebab time tu rehat. nak tengok anak gi kantin. Aku dah bekalkan anakku ngan roti bakar (tupun kira hebat lah jugak pencapaian pagi tu, sempat buat roti bakar). Masa kat kantin tu, ya Allah yang ada kat tempat duduk tu bukannya budak, mak bapak yang conquer. tapi, oklah tu, faham la kan, first day.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!