Sunday, October 19, 2014

Citer Ubat batuk

Biasanya untuk batuk, ada 2 jenis ubat batuk yg klinik bagi.. dalam bentuk cecair dan dalam bentuk tablet..

Rasanya hampir semua orang dah boleh bayangkan caner rasa minum ubat batuk klinik tu.. urgghh.. pahit dah tentunya kan..

Jadi apa kata kita berenti mendera diri... hehehe... dah tahu tak suka makan ubat batuk pahit maka dah tiba masanya utk ambik ubat batuk yg tak pahit... ha.. ada madu lagi.. manis..

Jom carilah ubat batuk hurix dengan madu.. memang membantu melegakan batuk..

Friday, October 17, 2014

Dengar ubat je dah muntahhh... uwekkk..

Bila dah sakit... dah gi jumpa doktor.. dah bawak balik ubat... dah kena makan ubat.. barulah tahu apa perasaannya..

Tadi akak sampai dah termuntah bila abe nik tanya ,"dah makan ubat belum?"

Dengar je ubat, ntahlah... terus naik loya yang amat.. terus muntah.. sebab apa? Sebab dah boleh rasa ubat-ubatan tu... pahitnya camana.. eyakkk.... kita yg tua ni pun dah tak lalu nak telan ubat-ubat pahit tu.. hmmm.. apatah lagi anak-anak.. kan.. kesian diaorg kan..

Kalu ada ubat yg manis takpe la jugak kan..

Jadi sapa-sapa yg tak lalu makan ubat tu kan... akak faham..

Apa kata kita minum air mineral banyak-banyak... itu adalah ubat paling mujarab. Akak pun sedang mendisiplinkan diri minum air mineral byk-byk..

Raja dan rakyat.... apa citer

Ekoran dari tindakan Tengku Mahkota Johor (tmj) menendang tiang bendera di penjuru padang malam semalam sebagai meraikan kemenangan perlawanan bolasepak di antara johor dan terengganu, ramai pihak terkejut dengan sikap tersebut.

Action speaks louder than words!

Bagilah berjuta-juta alasan pun .. tapi ramai melihat tindakan tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang dapat mempengaruhi kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin. Kata rakyat biasa, seorang pemimpin seorang raja perlu bersifat tenang dalam menerima apa jua keputusan yang datang. Walaupun nak meraikan kemenangan...

Ntahlah.. mende dah jadi.. semua orang kena ambik iktibar..

Walaupun ada banyak citer tertutup pasal dunia bolasepak yg kita rakyat biasa tak tau, yg pasti rakyat juga mahukan ketelusan dan keadilan bagi semua pihak..  setakat kes hanya 100 tiket je dikhaskan buat penyokong terengganu semasa perlawanan baru-baru ning, tidaklah menjadi kehairanan kerana perlawanan disiarkan kat tv secara langsung.. cuma.. itulah.. daripada beribu-ribu.. 30 ribu.. tempat kat stadium tu hanya 100 tiket je bagi kat ore ganu.. itulah yg dikabarkan.. ye ke..

Kalaulah semua orang boleh bersifat professional dan rasional dan bukannya emosional..

Apa yg boleh diharapkan rakyat ialah supaya institusi beraja prihatin dengan kesan ekoran dari tindakan yg dapat menimbulkan bibit-bibit ketidakpuasan hati sesama rakyat..

Anpuan tuanku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...