Friday, May 16, 2014

Sakit di payudara - sebelah sahaja... adakah ianya tanda-tanda awal kanser payudara?

Bila doktor check dan bagitau tak ada lumps ataupun benjolan, akak rasa legaaaa yang amattttt sangattt... segala bayangan-bayangan ngeri kanser payudara akhirnya lenyap. alhamdulillah. syukur sangat.

kata doktor, kalau ada benjolan tu kemungkinan besar tanda-tanda kanser payudara. dan benjolan tu pulak tak sakit. oo ye ke.. pastu payudara boleh bengkak dan kemerah-merahan disebabkan sel-sel kanser dah sekat saluran darah/limfa... oooo gitu.

tapi walaupun tak ada pada masa ini, adakah ianya tanda-tanda awal kanser payudara? nauzubillah.

kita cari maklumat lagi..

APA YANG MENYEBABKAN SAKIT HANYA DI SEBELAH PAYUDARA DAN BUKAN KEDUA-DUA PAYUDARA?


 
Bukan gambar akak ye. Sumber imej - carian google


Kebanyakan sakit di payudara pula boleh dikelaskan kepada sakit kitaran (cyclic) dan bukan kitaran (non cyclic).
Sakit kitaran (cyclic)
- disebabkan oleh perubahan hormon yang biasanya dialami oleh wanita sebelum kedatangan period.
Bukan kitaran (non cyclic)
- disebabkan oleh rasa sakit di sebelah payudara seperti di sebelah kiri.

Sakit di sebelah kiri payudara boleh jadi disebabkan oleh:
  • costochondritis
  • mastalgia

costochondritis
Terjadi disebabkan tulang rawan yang terletak di antara tulang rusuk anda menjadi radang apabila bergeser dengan tulang dada yang akhirnya menyebabkan sendi berhampiran membengkak.

mastalgia
10 peratus wanita mengalami sakit mastalgia lebih 5 kali setiap bulan yang disebabkan oleh perubahan hormon.


Jadi, kepada semua wanita - adik-adik, akak-akak, makcik-makcik, kalau ada rasa sakit di payudara, cepat-cepat pergi jumpa doktor. Sebab? sebab kita kena ambik tahu pasal diri kita, kenapa jadi itu ini, baru lah kita boleh ambil tindakan atau rawatan susulan kan.

Bagi diri akak, apa yang akak nak buat sekarang ialah buat diari sakit ni. nak kena tulis bila rasa sakit, tulis pemakanan yang mungkin boleh mencetuskan rasa sakit dan sebagainya yang berkaitan, supaya akak boleh tengok corak kesakitan tu macamana.. jadi baru boleh bincang ngan doktor dengan lebih terperinci sekiranya keadaan memerlukan kan..

wokeh..

Sumber maklumat:
http://www.ehow.com/facts_6140134_causes-pain-under-left-breast_.html
http://www.ehow.com/about_5471928_causes-sudden-pain-breast.html
http://www.ehow.com/about_6171184_mastalgia-symptoms.html
http://www.buzzle.com/articles/breast-pain-in-one-breast.html
http://www.webmd.com/hw-popup/fibroadenoma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!