Monday, December 3, 2018
Wednesday, December 10, 2014
Mesin buat roti .. senang nya..
dan yang bestnyer.. kawan akak tu siap jamu kami makan roti lagi..sedap bangat.. sebiji macam yg beli kat Rotiboy..
rupanya Ida ni siap ada mesin uli doh.. boleh buat roti.. dan macam-macam roti boleh buat.. wah.. teruja pulak akak nak beli..
kata Ida, dia beli kat Cosway.. dalam lingkungan RM300 gitu..
nilah rupa mesin tu yang akak copy gambarnya dari sini
kalau anak-anak suka makan roti makanya mak-mak memang kena cari pembuat roti ni..
bukan apa.. lebih baik buat sendiri kan.. kebersihan pun terjamin.. di samping air tangan mak.. berkat tu..
sebenarnya kita ni kan.. bab nak mengadun menguli tu la yg leceh tu kan.. so dah ada mesin ni.. jom kita buat sendiri roti-roti yg anak kita suka makan tu.. anak suka ibu gembira.. kan kan..
Sunday, November 30, 2014
Makan-makan ngan best friend
Semalam 29 hb akak ngan zah, best pren akak makan kat kuala dungun.. zah beria ajak sebab katanya nak belanja akak sekeluarga..
so kami 2 keluarga menjamu selera kat medan ikan bakar.. kata je ikan bakar tapi malam tadi ikan bakar tak de.. kata adik tu rempah ikan bakar habis.. mak ai.. boleh lak habis.. tapi menu lain ada la.. ikan masak 4 rasa.. masak stim.. sotong goreng.. semua ada..
Alhamdulillah.. tqtq zah dan riyad. Semoga Allah menambah rezeki dan mempermudahkan segala urusan.. amin.
Monday, November 17, 2014
Kisah budu ngan cendol
Tadi abe nik citer.. dan citer ni citer benar.. fakta dan bukan auta..
Kata abe nik, ada kisah dua kanak-kanak mati selepas makan budu dan makan cendol.. masa tu maknya keluar rumah jap.. tapi dah sediakan nasi dan ada lauk budu.. balik je maknya tengok kedua-dua anaknya dah terlentang.. berbuih mulut.. jadi maknya bingung.. tak tau apa sebenarnya berlaku..
Bila maknya periksa.. tengok kat dalam peti ais, cendol dah luak.. maknanya anaknya dah makan cendol tu.. jadi maknya test la. Dia ambik budu.. gaulkan ngan nasi... pastu campurkan nasi tu ngan cendol. Kemudian dia bagi ayam makan.. kejap lepas tu ayam menggelupur dan dot dot dot..
Kemudian bila diberitahu kpd orang lain, ada yg mengakui perkara ni..
Apa sebabnya ye.. ikutkan budu takde bahan lain kan selain dari ikan dan garam..
Cendol pulak dibuat dari beras pulut dan ada letak kapur.. mungkinkah kapur penyebab keracunan pada makanan tu?..
Wednesday, October 1, 2014
Jangan makan makanan segera.. tapi boleh makan sekali sekala je SEBULAN
Kata pakar senaman dan kesihatan Kevin Zahri, makanan segera tak bagus untuk semua orang.. sebab makanan nya tak de banyak zat pun. Yang banyak ada ialah kalori dan minyak je.. jadi kenalah hadkan pengambilan makanan segera ni..
Tapi itulah... yg segera tulah yg paling disukai.. sebab mudah dan senang didapati..
Dan semua orang tau MEROKOK tidak bagus utk kesihatan.. tapi kenapa masih hisap rokok?
Kita sedar dan kita faham.. tapi kita tidak dapat mengawal situasi dan kehendak kita..
Jom kita kuatkan semangat dan tingkatkan disiplin diri.. mulakan pengambilan pemakanan yg sihat je..
Kesihatan kita tanggungjawab kita!
Wednesday, September 17, 2014
Bagi penggemar tegar minuman Coke dan cola
Asid dan alkali penting dalam kehidupan manusia. Hakikatnya pengasidan mempercepatkan proses pereputan dan alkali pula menghalang pereputan berlaku.
Lebihan asid dalam badan menyebabkan banyak penyakit.. antaranya gout, sakit sendi dan sebagainya.
Dan tau tak.. sekiranya anda minum setin coke maka anda perlu minum 32 gelas air hanya untuk meneutralkan balik jumlah asid dalam badan. Hmmm
... dasat tu kan.. bayangkan kalau kita pulak jenis yg tak suka minum banyak air.. tapi suka minum coke.. berapa banyak kerosakan yang kita dah tempah kat anggota dalaman badan kita..
Pikir pikirkan. Kesihatan kita tanggungjawab kita.
Sunday, September 14, 2014
Makan nasi arab kat cyberjaya.. sedap ke?
Pada 15/8/2014 yg lepas akak sefamily ngan kakak ipar pergi makan nasi arab kat cyberjaya.. ala.. nasi arab yg femes tu.. kat jalan teknorat..
Fulamak.. punye le ramai org.. sampaikan kena tunggu giliran untuk duduk kat meja.. tapi ada la sistem giliran tu.. oklah..
Menunya adalah nasi arab je lah..
Sedap tak? Well.. terserah kepada citarasa dan selera masing2.
Secara peribadi akak lebih suka nasi minyak ayam merah kalu nak bandingkan ngan nasi arab.. atau nasi lemak ayam ke hehe..
Bukan citarasa akak la.
Tapi kurang2nya da try la nasi arab tu.. dah tau la rasanya camana.
Tuesday, August 19, 2014
Carbonara di hari raya
Thursday, August 7, 2014
Grand Continental Kuala Terengganu - Servis FnB yang TERBAIK!
Sunday, July 20, 2014
Tauhu sumbat paling best dan terbaikkk..dari chef nik
- bersihkan tauhu. dan potong tiga segi. goreng tauhu.
- belah tengah-tengah tauhu tadi dan keluarkan sedikit isi tauhu. kenapa? sebab nanti nak sumbat isi ikan..
- pastu isi ikang dan tauhu ditumbuk bersama-sama. letakkan sedikit garam dan kalu suka letak la serbuk perasa.
- pastu sumbat isi ikan yg dah ditumbuk tadi dalam tauhu tu.
- kemudian goreng.
- siap untuk dimakan.Nak lebih sedap cicah lah ngan sos ye.


Saturday, July 12, 2014
Makan-makan terbaik bila berkursus
Friday, July 11, 2014
Menu makan masa berkursus.. memang besttt
Monday, July 7, 2014
Menu masa bengkel - makaroni bakar
Thursday, June 26, 2014
bila chef nik masuk dapur.. ikang dan sotonggg bakar
Thursday, June 12, 2014
Steamboat Duyung.. nama je gah..
Sunday, May 25, 2014
Kuih pau inti daging kucing?????
Wednesday, April 23, 2014
Semua dok jaga badan skrg nih.. makan oat je?
Tuesday, March 11, 2014
Halal kah makanan yang kita makan?
Sunday, March 2, 2014
Cara terbaik minum cinch shaklee.. memang delicious!
Thursday, February 27, 2014
Angin dalam badan? Gastrik? Cara terbaik nak keluarkan angin dari badan
Berhati-hati.
- sendawa atau terkentut
- sakit/senak dalam perut



Sebelum makan ubat-ubatan kimia yang macam-macam untuk hilangkan angin, cubalah cara di atas dulu ye.
Semoga membantu.
Sumber gambar: carian google dan koleksi peribadi




