Wednesday, November 30, 2016

Minda Gen Y dengan teknologi..

Macam-macam...

Nampak sangat la minda kelas bawah kan... buat lawak kurang cerdik..hmmm...

Tuesday, November 29, 2016

Minda kelas atasan dengan minda kelas pertengahan.. ngan minda kelas bawahan...

Kata Eleanor Roosevelt..

Minda kelas atasan keluarkan idea
Minda pertengahan pikir nak buat event je
Dan
Minda bawahan asyik pikir pasal orang lain..

So.. next time orang dok sibuk cakap pasal kita kan.. maka dah tahu dah minda bawahan..so tak yah la layan kan..kan..

Monday, November 28, 2016

Ke Kenyir Dam

Melawat stud praktikal di Stesen Janakuasa HidroElektrik Kenyir.

Wah.  Bukan senang nak masuk kat situ...

Dapat la tengok lebih dekat dan belajar caner sistem operasinya..

Beruntung stud tu dapat belajar banyak.. bagus.. bagus.

Thursday, November 24, 2016

Mentaliti seorang ibu yang pembunuh

Seorang ibu dan teman lelakinya bersubahat membunuh anak lelaki berusia 2 tahun.

Hmmmm... sanggup seorang ibu membunuh anak... yg berusia 2 tahun.. yg masih perlukan belaian mesra seorang ibu.. 2 tahun.. umur seorang bayi yang mencuri perhatian semua orang.. gelagat bayi.. siapa la yang tak terhibur kan..

Tapi.. sanggup didera dan dibunuh..

Kejamnya kan.

Kanak-kanak melayu.  Tentunya ibunya juga seorang melayu.. tentunya juga seorang Islam.

Seorang Islam.. apakah dibenarkan membunuh anak sendiri? Nauzubillah... betapa berdosanya...

Sedangkan seorang ibu wajib memberi makan minum kepada anaknya... dah tanggungjawab kan.. dapat pahala..

Tapi kenapa lebih mudah memilih menjadi pendosa..

Hmm..

Sama-sama kita muhasabah diri.

Tuesday, November 22, 2016

Kejatuhan ringgit...

Yang diviralkan...

RINGGIT MALAYSIA SUDAH TIDAK DITERIMA DI SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM
Mulai hari ini Arab Saudi menolak Ringgit Malaysia..
Berkemungkinan Indonesia juga akan mengambil langkah yg sama.
Untuk makluman kpd yang hendak menunaikan Umrah. RM sudah tak diterima untuk tukaran di Mekah.
Makluman terkini saya terima dari Dato' Daud Che' Ngah dlm kursus Umrah semlm 19.11.2016 (Sabtu) berita yg baru di terima dari jemaah umrahnya di Mekah, kita di nasihat kan membawa duit dlm nilai Rial atau US Dollar tunai yg telah ditukar trlebih dahulu di Malaysia. Kerana money changer di sana tidak mahu menerima Ringgit Malaysia...sekian utk makluman jemaah Group Umrah kita.

Sunday, November 20, 2016

Solat dhuha

Copy paste.

*HUTANG DHUHA*
Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil   (melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...������
In shaa Allah... Aku sampaikan berita

Friday, November 18, 2016

Nasihat untuk semua orang Islam

Fikirkan kata-kata ini..

Jaga solat
Berzikir
Bersedekah

Renung-renungkan bersama.

Thursday, November 17, 2016

Petua kulit wajah gebus mulus

Memang lumrah wanita kan.. sentiasa mencari macamana cara nak cantik.. kan..

Jom tengok petua ni..

Tuesday, November 15, 2016

Wira terbuang.. perjuangan yang dipandang sepi...

Semua tahu negara kita Tanah Melayu pernah dijajah. Oleh penjajah British.. dan banyak juga ancaman dari dalam seperti ancaman komunis.

Ketika itu ramai rakyat yang bangkit menentang penjajahan.. menentang pemberontakan.... orang kampung.. orang bandar.. petani.. polis.. mereka bangkit atas semangat nasionalisme...

Mereka sanggup menggadai nyawa mempertahankan kedaulatan tanahair.. ada yang meninggal dunia.. tak kurang yang hilang upaya...

Itu dulu...

Sekarang.. pejuang seperti mereka ada yang sudah pergi meninggalkan kita.. dan ada yang masih berada dengan kita.. cumanya.. kehidupan mereka perlukan pembelaan ketika ini..

Merekalah yang sepatutnya disanjung..

Patutnya mereka ini yang perlu diberi tanah... rumah.. untuk mereka habiskan baki kehidupan dengan selesa...

Ini tidak...

Menang satu pingat olimpik dah dapat segala-gala dah... kannnn...

Besar ke jasa mereka? Berbanding dengan pejuang kemerdekaan dulu yang putus tangan putus kaki..

Apa pun.. kita akur.. semua ada sumbangannya..

Tapi janganlah melampau-lampau kan.. meluat pulak rasanya..

Buka mata.. selami jiwa..

Monday, November 14, 2016

Dobi layan diri

Ari ni gi dobi layan diri... uishhhh... ramai jugak orang... yelah.. musim hujan.. tak de tempat nak jemur.. kira terpaksa la kan...

$5 sekali cuci.. $5 jugak sekali kering.. tapi kalu tak kering.. tambah lah duit... 50 sen 5 minit..huhu...

Hmm.... boleh tahan la jugak belanja kat dobi nih.. hihi

Sunday, November 13, 2016

Kita, Ibu bapa dan syurga

Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibubapa... kerana masih dapat berbakti kepada mereka.. dapat mencari redha mereka... redha ibubapa dapat membawa kita ke syurga.

Dan doa kita ibadat kita keikhlasan kita menjaga ibubapa tiada tertanding dengan apa yang mereka telah lakukan sewaktu kita kecil..

Sayangi ibubapa.

Ayuh. Sama-sama mengumpul pahala berbakti kepada ibubapa. Sama-sama menuju ke syurga.

Saturday, November 12, 2016

Mahu ke Melayu mengemis di tanahair sendiri?

Tentulah jawapannya tidak!. Tidak sama sekali.

Tapi percaya tak? Apa yang berlaku ketika ini di dalam dunia melayu kita sangat tidak selari dengan apa yang kita mahukan.

Kita mahukan bangsa Melayu yang kuat dari segala segi. Agama, sosio-ekonomi, politik dan segalanya. Kita mahukan Melayu yang berjaya dengan sumbangan yang dapat diiktiraf oleh anak bangsa.

Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Perpecahan disebabkan perbezaan ideologi politik.. perselisihan faham disebabkan perkara remeh... dan banyak lagi faktor lain yang kita orang Melayu boleh pikir sama-sama.

Jangan nanti kita asyik terleka.. hingga menyebabkan kita Melayu tertinggal ke belakang.

Bila Melayu dan juga Bumiputera jauh ke belakang... apa akan jadi? Bangsa lain menguasai... natijahnya? Kita diperintah.. dijajah... mau ke kita?

Tepuk dada tanya selera!

Thursday, November 10, 2016

Kenaikan harga dan pesta kaut untung...

Hmmm...

Isu kenaikan harga barang memang senantiasa berlaku.. bukan hanya di Malaysia tapi di luar negara pun sama.

Kita maklum dan akur.. sebagai rakyat... terpaksa la kan...

Tapi apabila ada agenda jahat menipu rakyat dan membebankan pengguna, makanya kita sebagai rakyat haruslah rasa sakit hati kan.

Bayangkan kalau barang untuk rakyat malaysia diseludup kepada negara jiran. Kesannya rakyat kita sendiri terkesan dengan kekurangan bekalan... apabila bekalan kurang, sedangkan permintaan tinggi, naiklah harga barang tu kan...

Dan ada pulak peniaga tak jujur yang sembunyikan bekalan dengan niat untuk kaut untung lebih..

Apa pun, kita diberi akal fikiran oleh Allah Taala untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Cuma kita nak la kerajaan dan orang suruhan kerajaan yang bekerja untuk kerajaan yang ditugaskan untuk membantu rakyat dapat la melakukan kerja dengan betul.. dengan penuh tanggungjawab.. dengan penuh amanah.

Jangan lah disebabkan gelap mata dengan wang yang disogokkan sebagai balasan menyalahguna kuasa yang diberi, ada yang tak kisah jadi penguatkuasa yang korup dan tidak beramanah.

Yang jelas, kita kena beringat.. apa yang kita buat akan dibalas. Walau sekecik kecik perbuatan.. walau sekecik kecik niat.

Ingat Allah. Ingat pahala. Ingat dosa. Ingat syurga. Ingat neraka.

Sama-sama muhasabah diri.

Tuesday, November 8, 2016

Kenapa kena didik generasi sekarang dengan bekalan ilmu...

Kata pepatah Cina,

Kalau nak survive untuk 1 tahun
Maka tanam lah padi untuk dapatkan berasnya

Kalau nak survive untuk 10 tahun
Maka tanam lah pokok

Tapi kalau nak survive untuk 100 tahun
Maka ajarlah anak-anak dengan ilmu pengetahuan.

Logik tak? Tentulah sangat logik kan.

Sunday, November 6, 2016

Selamat menduduki SPM 2016

Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan tepat dan jawapaanya menepati kehendak soalan.

Ada doa khusus untuk pelajar.

Jom sama-sama baca.

Saturday, November 5, 2016

Jom berzumba

Berzumba lak kita..

Bermula Rabu lepas akak dah join kelas aerobic. Ada la ala ala zumba gitu... maklumlah kalu zumba betul betul memang tak terkejar lak kami ni yang dah 4 series nih.. step pun lum ingat lagi.. gelak je memanjang.. hihi..

Kelasnya setiap Ahad hingga Rabu.

So kita tengok lah.. dalam 2 bulan ni... ada transformasi ke tidak.. hihi..

Friday, November 4, 2016

Rakyat Malaysia kaki makan dan kuat membazir

Ye ke?

Hmmmm.... subjektif sangat la isu ni.

Bagi kami kat kampung memang tak de pembaziran makanan. Kenapa? Ai.. kami ada bela ayam kampung. Jadi makanan yang tak habis diberi kepada ayam-ayam tu... licin lah.. so tak de la membazir.

Apa pun, di peringkat diri kita sendiri, kita cuba didik diri supaya prihatin dengan isu pembaziran makanan ni.

Syukuri nikmat Tuhan. Bersederhana dalam kehidupan.

Wednesday, November 2, 2016

Pandangan depan rumah.. sebelum dan selepas

Sebelum dan selepas.

Sebelum dicat dan dipasang gril.

Bilik tuisyen belum siap lagi nih.. slowly slowly.. hehe

Tuesday, November 1, 2016

Jangka hayat rakyat Malaysia meningkat

Harian Metro 1/11/2016

Rakyat kita dijangka hidup lebih lama.

Secara puratanya kita dapat hidup sehingga umur 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 pada tahun 2000.

Kalau sebelum ni jangkaan hayat ialah setakat umur 65 tahun sekarang ni dah bertambah lah 14.9 tahun lagi pada tahun 2016.

Hmm....kadang-kadang kita rasakan kita akan sentiasa hidup kan... tidak akan mati  kan..

Tapi itulah.... apalah gunanya hidup sampai 100 tahun andai kita mengabaikan tanggungjawab kita kan.. tanggungjawab terhadap Allah, terhadap ibubapa.. keluarga..agama..  bangsa.. tanahair...

Sama-sama muhasabah diri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!