Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Al Quran. Show all posts

Saturday, October 4, 2014

Prmimpin muslim versus pemimpin bukan muslim

Terjemahan alQuran.

1. Larangan menjadikan pemimpin dari kalangan orang bukan muslim.

2. Larangan meninggalkan golongan muslimin dan mengikut golongan kafir.

Akak lupa la pulak nk tulis surah brp juz berapa.. sori. Next time akak tulis lebih detail..

Wednesday, March 5, 2014

Bila hati dipalingkan dari rahmat Allah..

Dah akhir zaman ni kan macam2 perkara yang mengancam keimanan berlaku..

Sebagai seorang Islam, wajib kita mengutamakan Allah dalam segala hal. Sebab Allah yang menjadikan kita.. menjadikan seluruh alam ni..Jadi sebagai seorang islam, wajib kita beriman kepada Allah yang satu.

Makanya apabila kita mempertikai kewujudan Allah makanya itu adalah syirik yang boleh membawa kepada murtad.

Sama-sama kita ambik iktibar. Kita tidak selamanya hidup. Sampai masanya, kita akan mati. Selepasmati, ke mana kita? Sama-sama muhasabah diri.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua.
 
Sumber: HarianMetro 21 Feb 2014

Tuesday, February 25, 2014

Ilmu itu penting untuk membezakan yang boleh dan tak boleh

Sumber- HarianMetro 23 Feb 2014
 
 
Apa yang korang tengok dari gambar kat atas? Seorang wanita menjadi imam kepada sekumpulan makmum lelaki. Di mana? di Amerika.
 
Soalnya bukanlah pasal TEMPAT. Sebabnya, baik di Amerika, di India, di China ataupun di Malaysia, memang TAK BOLEH wanita jadi imam.
 
Kenapa TAK BOLEH? Sebab dah HUKUM kata tak boleh.
 
Tapi BOLEH sekiranya wanita itu menjadi imam kepada sekumpulan wanita lain.
 
Jadi kita kena berbalik kepada AlQuran dan Hadis untuk rujukan. Bukan boleh main ikut perasaan je kan. Ditakuti nanti sesat dan lari akidah. Nauzubillah.
 
 

Wednesday, January 1, 2014

Azam Tahun Baru 2014


Yea.. tahun baru azam baru. walaupun ada azam tahun lepas yang belum terlaksana, tapi menanam azam itu perlu. Ibaratnya menetapkan sasaran atau KPI yang perlu dicapai pada akhir tahun nanti. Tujuannya tidak lain adalah untuk memperbaiki diri dan kehidupan ke arah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


So tahun 2014 ni nak letak azam apa ye?

Azam ada banyak aspek yang boleh meliputi kehidupan peribadi, keluarga dan kerjaya. Ketiga-tiga aspek kehidupan tu pula berkait juga dengan aspek lain iaitu ekonomi dan sosial contohnya yang boleh dikembangkan lagi kepada aspek kewangan dan perhubungan. Tidak lupa juga secara langsung akan turut berkait dengan aspek agama kerana itulah juga yang sebenarnya kita perlu sandarkan. Setiap niat bersandarkan kepada agama Islam kan. Contoh mudah ialah, azam nak jadi kaya dengan memiliki pendapatan 500 ribu sebulan kemudian nak kawin dan nak tubuhkan satu yayasan untuk membantu golongan yang memerlukan. Tengok.. kan ke setiap azam tu ada hubungkaitnya dengan aspek-aspek lain?

So kalau nak senaraikan setiap satu azam yang merangkumi setiap aspek memang confem tak akan mampu dicapai oleh setiap manusia yang normal.

Tapi masih lagi kena berazam kan?

ok ok.. jom berazam..


  • azam dalam kerjaya - 
  • azam dalam perhubungan dan kekeluargaan - 
  • azam dalam kewangan -
  • azam dalam perniagaan -
  • azam dalam rukun islam - 


Azam dalam rukun Islam? Ye.. Solat, puasa, zakat... jom kita semua berazam. Semoga kita mampu dan berusaha agar

  • setiap saat mengingati Allah di kala senang atau susah
  • setiap hari solat di awal waktu. 
  • setiap hari solat dhuha
  • setiap malam bangun tahajud
  • setiap isnin dan kamis puasa sunat
  • setiap 6 bulan khatam alQuran
  • setiap pertolongan yang kita berikan diibaratkan sedekah kerana Allah.


Mulakan dengan bersyukur kepada Allah.




Jom sama-sama mendidik diri.




Saturday, December 21, 2013

Muhasabah kesan dari banjir besar pantai timur Disember 2013


Beberapa petikan dari bloggers yang akak perolehi hasil dari random websurfing - kredit, kredit

" Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini."

" Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 22,040 orang malam ini berbanding 22,706 orang pada sebelah petang. "





Bagi mereka yang mengalami kesan banjir tersebut, diharapkan agar kita perbanyakkan sabar.. merenung diri, mengingati Allah dan bersyukur. Kenapa bersyukur? sebab apa yang berlaku ada hikmahnya.. kita mungkin belum nampak lagi hikmahnya tu sebab kita masih lagi dihambat rasa kesal dan sedih atas kemusnahan harta benda yang berlaku ekoran kejadian banjir tu kan..

Hakikatnya, kita wajib bersangka baik dengan Allah.. ujian ini yang terbaik Allah bagi... Kalau Allah bagi kat kita semua apa yang Allah bagi kat tempat lain tu macam taufan Katrina ke.. taufan Haiyan ke, mungkin ada anggota keluarga kita yang tak bersama ngan kita kan.. mungkin juga kita keseorangan kat dunia ni.. mungkin juga kita dah tak de kat dunia ni.. mungkin hanya anak kita sorang je yang ada.. banyak kemungkinan yang tak akan habis... jadi bersyukurlah..

Dan jom kita pandang ke depan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita selepas ini... segalanya milik Allah kan.. semoga apa yang Allah beri kepada kita dapat memberi kesedaran kepada kita semua sebagai makhluk Allah di mukabumi ni. betapa kerdilnya kita kan..

Akak terpanggil untuk berkongsi rasahati sebagai muhasabah diri kesan dari peristiwa banjir itu hari.

Pertamanya di penempatan banjir..Ni gambaran yang diperolehi di sini


Pusat pemindahan pun naik air!



Banyak bentuk Bantuan yang diperlukan.. seperti:
  • makanan dan air minuman
  • pampers bayi, wanita dan orang dewasa
  • kemudahan rapi diri - sikat, bedak bayi
  • peralatan perubatan - minyak angin, minyak gamat, cool fever
  • pakaian untuk semua golongan, tuala, seluar dalam lelaki/perempuan
  • sabun mandi, berus gigi, ubat gigi
  • selimut, tilam, tikar
  • beg /plastik sampah
  • tong sampah
  • barang permainan kanak-kanak
  • penyapu
  • selipar
  • kerusi malas buat golongan yang ada penyakit/warga emas

Alhamdulillah banyak bantuan yang datang dari segenap lapisan masyarakat yang prihatin dan dari segenap ceruk rantau.. semoga agihan bantuan dan sumbangan dibuat dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kepada yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan harta benda semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada anda sekeluarga.




Namun ada juga beberapa kes yang perlu diberi perhatian yang melibatkan aduan orang ramai.. harapnya kita juga jangan asyik mengadu je nakkan keselesaan tanpa mahu berkompromi dengan orang lain kan.. kena jugak pikir pasal orang ramai yang lain kan..


Aduan yang patut diberi perhatian
sini, kredit



  • kenderaan yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan dikatakan menjadi punca bantuan makanan tidak dapat disalurkan dengan lebih cepat ke destinasi yang diarahkan..


Gambar: DTR Ai ~ Keadaan di simpang 3 permatang badak. Kesian tdo di jejantas je

info & pic ~ mokhzani pielangbikers wazup group


  • Ada juga yang bersikap tamak dan tidak prihatin di atas kesulitan yang dialami orang lain. Orang macam ni memang ada di mana-mana. Sekurang-kurang Allah dah tunjukkan perangai busuk dia secara terang-terangan.. jadi next time kita beringat, tak payah berkawan dengan orang macam ni. Allah Maha Adil. orang tamak ada balasannya.



  • Bantuan yang ditunggu tak datang tapi Allah permudahkan juga urusan memindahkan pesakit jantung.



  • sesama sendiri pun ambik kesempatan.. pertolongan diberi mengharapkan bayaran. tiada lagi keikhlasan untuk mendapatkan pahala Allah.. masyaAllah.




  • tempat penempatan banjir bercampur lelaki dan perempuan.. jadi pengurusan pusat penempatan perlu lebih peka..


Bundaberg flood evacuation centre


Yang boleh dipraktikkan di pusat penempatan kita pada masa akan datang, 

  • penyediaan kemah - dengan adanya kemah ni, lebih privasi terutama mak2 yang menyusukan anak, yg ada anak dara

 kredit, kredit





  • mungkin juga boleh diletakkan kain buat pemisah di antara satu keluarga dengan 1 keluarga yang lain seperti di sini


FLOOD SURVIVORS. Residents affected by flooding due to heavy rains exacerbated by Tropical storm Maring (Trami) set up inside a basketball gym serving as an evacuation center in the town of Calumpit, Bulacan, August 22, 2013. Photo by AFP/Ted Aljibe
  • baju-baju sumbangan digantung dan ditunjukkan secara terang-terangan, kemas tergantung siap dengan hanger lagi untuk kemudahan mangsa banjir yang memerlukan. (foto di bawah kredit- kelab caknaalam UiTM Terengganu)


Displaying IMG-20131217-WA0007.jpg

dan bukannya dilonggokkan sambil orang-orang mencari dan memijak-mijak pakaian2 tu.




Seboleh mungkin kita mahu supaya kerajaan mempunyai pelan dan perancangan penempatan banjir yang lebih efisyen untuk keselesaan orang ramai.. mungkin kita cepat membandingkan tempat kita dengan di negara lain yang lebih maju seperti di Jepun atau di Thailand..

kredit

Jepun dan Thailand



Thailand


Selepas apa yang berlaku, akak pasti Majlis Keselamatan Negara akan lebih praktikal dalam mencari kaedah terbaik menguruskan permasalahan penempatan bencana alam.

Walaupun kita masih belum mampu untuk menguruskan kemudahan penempatan banjir secekap dan sebaik di negara lain, tapi BERSYUKURlah sebab kita LEBIH BAIK dari mereka yang berada di tempat lain

Evacuated flood-affected villagers sit with their animals as they travel to a safe place

BERSYUKUR kerana kita masih lagi selamat di bumi Allah ini


BERSYUKUR kerana kita masih ada KELUARGA di sisi 



Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar














Rujukan dan kredit gambar:
semua gambar perolehi hasil dari carian google image 

Wednesday, July 31, 2013

Hina Islam? Dah jiwa sakit nak wak camana

Semenjak dua menjak ni dah makin menjadi-jadi kes hina menghina Islam ni..
Dulu kes hina bendera malaysia.. tak de la sampai mamat tu kena penjara ke apa ke... yelah.. apalah sgt kot setakat ko hina bendera tu kan.. pastu hina lagu negaraku.. lagi sekali.. tak de la seingat akak sampai ada kes tangkapan dan penjara dibuat..
Skrg ni kes hina islam masa bulan puasa.. kalau xde la jugak jadi kes ke mahkamah ke.. tak taulah.. esok lusa citer lain la pulak.. orang tak takut nak hina islam sebab tak de penguatkuasaan undang2 yg ketat kot.. x nmpak pengajaran kat org ramai kot..
Orang2 yg hina islam ni pun satu.. dah jiwa sakit bawak2 la berubat.. kalu jiwa sakit hati pun sakit kan.. kalu hati dah sakit camana nak suburkan dan sihatkan jiwa kan.. dah keras hati dah..
Apa pun dik.. kalau kita ni org islam.. maka adalah satu perkara yg tak masuk akal apabila kita sendiri yg hina agama kita sendiri sedangkan kita tahu agama islam adalah agama yg terbaik utk kehidupan manusia di dunia dan menjadi jaminan syurga Allah di akhirat kelak.
So bila kita mati nanti kan dik.. orang islam jugak la yg uruskan mayat kita dik woii.. so takyah lah ko dok hina2 ni.. buat dosa je. X faham maksud dosa dan pahala ea.. kesian.. kesian..
Ya Allah.. ampunkanlah dosa kami semua.

Friday, June 21, 2013

Akibat persendakan Tuhan

Sebagai seorang Islam sememangnya wajib bagi kita menjaga akidah kita dengan memberi perhatian kepada perbuatan dan percakapan kita..

Teringat filem Isi Neraka lakonan Salleh Kamil.. dalam filem tu ada 2 dialog yg akak rasa sangat bahaya bila diucapkan oleh seorang Islam. Dalam filem tu Salleh Kamil berdialog

1. " aku nak kau cakap yang agama Islam ni KARUT"

2. "MANA TUHAN?"
(Sejurus diucapkan.. Salleh Kamil tenggelam ditelan bumi.. dalam citer ni la..)

Bagi akak.. sebagai seorang Islam sepatutnya tak boleh kita melafazkan dialog sedemikian rupa dengan penuh penghayatan pulak tu.. boleh tergelincir akidah..

Dan kesan daripada tu difahamkan selepas dari insiden tu Salleh Kamil kena strok.. alhamdulilah beliau sempat bertaubat..

Kadang2 tanpa sedar kita boleh berbuat dosa kan.. waima kita sediakan 1001 alasan pun.. bila bab ketuhanan ni janganlah main2. Takut nanti bila gelincir akidah boleh sebabkan kita terkeluar dari keislaman kita. Kalau dah keluar dari Islam makanya kita dah murtad.. dah kafir kan.. bila kita meninggal nanti macamana ye.. orang kafir tak masuk syurga. Nauzibillah.

Akak bukanlah orang yang selayaknya utk memberi nasihat sebab akak sendiri pun banyak dosa. Kita manusia kan. Semestinya tak lari dari berbuat kesilapan samada kita sedar ataupun tidak sedar. Tapi Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Semoga masa depan kita lebih terarah kepada jalan yang dirahmati Allah. Sama2 kita nasihat menasihati.

Thursday, June 20, 2013

Berhati2 dgn packaging yg ada ayat Quran

Alhamdulillah.. banyak produk kt pasaran sekrg ni dah ke arah perubatan Islam yg menggunakan ayat2 quran..tapi sebagai umat islam kita kena jugak ambil cakna ye perkara2 yg mungkin kita tak sedar tapi maha penting utk kita jaga..

Secara logiknya bilaa dah beli produk dan dah habis guna kotak dan botol ru dibuang ke dlm tong sampah kan.. chop... cuba tengok betul2.. kan ada ayat quran kat botol dan kotak tu.. mana boleh dibuang ke dlm tong sampah macam campak puntung rokok je? Ayat quran tu kan.. kena hormat la.. so kena kumpulkan dan bakar..

So didik diri kita akan tanggungjawab ni.. kena ambik tahu perkara ni.. jangan ambik mudah.

Yg buat packaging tu takkanlah tak sedar perkara ni.. kalau orang islam mesti tau.. Melainkan BUKAN ORANG ISLAM..

AlQuran untuk manusia.. untuk kita..

Besarnya pahala kepada mereka yg berusaha menganjurkan majlis ilmu seperti ni..

Marilah kita sama2 mengajak diri mendekati alQuran.. satu hari nanti Allah akan angkat alQuran dari mukabumi ni naik ke langit.. dah tak de tulisan alQuran nanti.. masa tu kalau kita baru nak cari kitab Quran memang dah terlambat dah..

Ya Allah.. dekatkanlah hati kami kepadaMu. Janganlah Kau palingkan kami dari rahmatMu walaupun sesaat.

Monday, May 13, 2013

Zaman Dakwah Nabi - Transformasi Kota Mekah

Menginsafkan.. dulu Nabi Muhammad naik  bukit turun bukit nak berdakwah.. kat Mekah sekarang semua tempat boleh jalan kaki atas batu marmar..



Ref

Sunday, May 5, 2013

Melihat keliling Memuhasabah diri



Merujuk kepada peristiwa lepas mengenai perempuan Melayu yang tidak tahu berapa surah ada dalam alQuran, disalin dari sini


Berapa surah dalam Al-Quran?

Aku tengok dalam Sejuta Ringgit Money Drop. Ada satu soalan.
Ketika ini, pasangan perempuan melayu dan lelaki india ni pilih kategori surah. Dah tahu soalan ni mungkin susah dan korang tak mahir. Apa pasal pilih yang ini? Haiya..Okeh. Soalannya berbunyi begini..

Ada berapa surah dalam Al-Quran?
A. 3
B. 91
C. 120
D. 114


Bagi yang dah tahu jawapannya, memang tahulah. Tapi secara LOGIK, kalau korang ni memang PERNAH baca Al-Quran dan pernah belajar agama atau tak FAIL dalam mata pelajaran Pendidikan Islam masa kat sekolah dulu, korang memang boleh jawab soalan ini dengan mudahnya.
Of course bagi yang rasa tak tahu pasal benda ni atau pandang remeh tentang isu ini..memang ramai yang tak tahu. Secara jujur, memang aku sedih jugak bila minah ni tak tahu. Sudahlah partner dia adalah orang india. Memang sah-sah tak tahu. Jadi, harapan disandarkan pada perempuan ini. Aku tahu dia tak tahu. Mungkin dia pernah belajar, tapi dia terlupa. Tapi benda pelik macam ini..aku tak rasa susah nak ingat.

Tiga surah sahaja? Ok, pilihan A memang salah 100%. Pilihan B yang dipilih oleh perempuan tersebut. Terus 840 ribu itu hilang dari tangan perempuan ini kerana aku tahu, secara logik memang surah dalam Al-Quran lebih dari seratus. Mustahil bawah seratus. Jadi, pilihan tinggal C dan D. Tinggal 120 dan 144. Jadi, kalau korang teka, mesti cari yang PELIK kan? Jadi, 90% akan pilih 114.
Ya. 114 surah adalah jumlah surah yang ada dalam Al-Quran.

** Aku tak kata perempuan tu tak pandai ke apa. Benda macam ini, fakta dan seharusnya WAJIB kita tahu. Itu kitab pegangan umat Islam. Buah tangan yang sangat berharga dari Allah. Takkan benda senang inipun kita nak lupakan?


Itu yang berlaku sekarang.. kalau kita ibubapa Melayu Islam ini masih lagi alpa dengan keadaan sekarang yang lebih bersifat kepada materialistik dan hedonisme semata-mata, tidak mustahil akan datang ada lagi peristiwa yang lebih 'memalukan' kita mungkin berlaku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...