Sunday, June 20, 2010

Mujo dan Ganu kite

I read this from http://cakrobus.blogspot.com/2006_03_01_archive.html and I find it very interesting that I would like to share with my readers here.

Enjoy reading...

Mujo or mujur in Standard Bahasa means "fortunate" or "lucky". In Terengganu it means more than that.
Mujo is an attitude, a testament to the optimism of the Terengganu folks. I believe that Terengganunese are optimistic.
Mujo encapsulate a philosophy in itself. It means one should thank God that it is not worse.

Time for an illustration.(Cut to a scene of 3 village ladies in their kemban washing clothes by the village well)

Mok Long Selamoh: Guane doh adik mung Mek?(How is your brother Mek?)

Mok Teh Som : Bakpe pulok adik die?(What happened to her brother?)

Mok Long Selamoh: Laaa! Mung dok tau ke Som?(You don't know Som?)

Mok Teh Som : Dok tau setarang kite.(I don't know anything)

Mok Long Selamoh: Adik Mek ni kene langgor loghi kemareng.(Mek's brother was knocked down by a lorry yesterday)

Mek Beso : Bukang loghi Mok Long, beng ikang!(It wasn't a lorry Mok Long, it was a fish van)

Mok Long Selamoh : Mujo bukang lori!(Lucky it wasn't a lorry)

Mok Teh Som : Pah tu? Teghok ke?(Then? Was he seriously injured?)

Mek Beso : Kaki patoh sebeloh......(One leg was broken)

Mok Teh Som : Mujo dok patoh due due(Lucky both legs weren't broken)

Mok Long Selamoh: Tu pong mujo dreba beng dang bghek.(It was lucky that the van driver braked in time)

Mek Beso : Mujo beng tu dok laju..(Lucky the van wasn't going fast..)

(Fade to black)
If both legs were broken, the response would be "Mujo dok pecoh pale"(Lucky the head wasn't cracked).

If the head WAS cracked, the response would be "Mujo dok mapuh"(Lucky he didn't die).

If the worst happened and the brother died, the mujo would still surface. "Mujo lah bukang adik kite"(Lucky it wasn't my brother).

You get the drift.....??? Mujo. A nice word. Adopt it. Embrace it. It will preserve your sanity...

Terengganu dan ICT

bercakap pasal ICT di Terengganu ni memang nampak kepesatan pembangunan ICT dari bandar hinggalah ke pedalaman.. kalau dulu hanya orang kat bandar je yg selalu dok sebut pasal komputer, pasal Internet, sekarang kat kampung aku orang seusia Nenek Wook pun pandai sebut Internet.. bukan setakat sebut je, malah mereka ni memang tahu apa yg dimaksudkan dgn Internet tu.. memang aku bangga betul lah..

2-3 hari lepas aku bersembang dengan suami pasal ICT nilah.. kata suami, ada kawannya dari luar Terengganu bagitau, "Terengganu memang terkenal dengan ICT.. memang hebatlah.. negeri lain tak leh lawan." aku pun heran.. kalau pasal ICT, ikutkan negeri Terengganu memanglah hebat tapi nak dibandingkan dengan negeri Selangor ke pada pandangan aku memang statement tu agak mengelirukan.. aku tanya kat husband, "ai, betul ke.." Dalam sengih sempat lagi suamiku berseloroh, "memang kita ni hebat ngan ICT.. tak caya?"

Rupanya ICT yang dimaksudkan tu ialah IKAN CELUP TEPUNG... wakakakkaka

Wednesday, June 16, 2010

Penderaan bayi -- bukan kat Malaysia je.. kat luar negara pun sama


Membaca 1 paper yg berkaitan dengan researchku membuatkan aku terkejut.. terkejut sebab dalam paper tu ada ditunjukkan gambar seorang nenek MENENDANG seorang bayi.. dasat giler tuh.. memang sakit mental la tu kot nenek tuh..
rasanya nenek tu tgh berangan main bola kot.. ntah2 piala dunia kot masa tu.. ishhh.. dasat betul lah.. hmm.. tulah, tak semestinya lagi berumur lagi banyak pengalaman lagi matang lagi BAGUS.. ada yg lagi hancusss..
papernya aku lupa lah pulak tapi nama author nya Shijie Zhang. boleh surf web kalau nak baca paper tuh..


Friday, June 4, 2010

Cadangan penyelesaian gejala pembuangan bayi, anak luar nikah

dipetik dari (http://pembina.com.my/)

Cadangan Jalan Penyelesaiannya

Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya.

1-Peranan ibubapa
Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Para ibu bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk meraka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi menjadi bubur.

2-Peranan Remaja
Remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.

3-Peranan Masyarakat Awam
Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.

4-Peranan NGO
NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghala-tujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.

5-Peranan Guru dan Sekolah
Guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa aka datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.

6-Peranan Kementerian Pelajaran
Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (GPPKRSK) dengan peruntukan RM 20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi mempastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu-bapa memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya. Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan remaja.

7-Peranan Media
Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Remaja negitu terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar Negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.

8-Peranan Parlimen
Permasalahan salah laku seksual remaja dan belia kini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Isu ini mestilah dibincangkan secara serius di peringkat parlimen tanpa memandang kepada mana-mana latar belakang parti politik. Ahli politik dan ahli parlimen mestilah mengenepikan pandangan peribadi dan kepartian bagi menangani isu nasional ini. Permasalahan remaja dan belia ini adalah agenda bersama yang mesti diperjuangkan oleh semua pihak.

Apa punca terjadinya pembuangan bayi

Punca-punca Kejadian (dipetik dari http://pembina.com.my)

Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media.

Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah.

Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan.

Ada yang menyalahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.

Ada yang mengatakan gejala pembuangan bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja.

Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggung-jawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

Salah siapa












Sungguh sedih kan.. nyawa yg Allah anugerahkan ditamatkan sewenang2nya oleh kudrat manusia.
tapi Tuhan Maha Adil.. Tuhan Maha Kaya.. balasan Allah akan tiba juga. Semoga pelaku2 ini bersedia dengan azab Allah. Orang kata zaman sekarang ni Allah bagi dengan 'segera'.. sesuai dengan zaman kita, semua nak segera.. Nauzubillahi min zalik..

statistik membimbangkan

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010.

Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dipetik daripada: http://pembinakl.com

Thursday, June 3, 2010

umat akhir zaman

kalaulah Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup, baginda tentunya merasa amat kecewa dengan umat baginda di zaman ini.. pelbagai kisah negatif yang berlaku di dalam masyarakat Islam ketika ini..Betapa tidak, setiap hari di dada akhbar, di TV dipaparkan gejala sosial.. kisah bunuh bayi.. anak bunuh mak ayah.. bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit.. setiap hari seramai 83 orang bayi luar nikah dilahirkan.. (rujukan: http://pembina.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=383:83-anak-luar-nikah-setiap-hari-di-malaysia&catid=11:isu-semasa&Itemid=45#comment-459)

sedih.. sungguh sedih.. masa sekolah dulu aku ingat lagi ustaz bagitau.. anak luar nikah tak boleh jadi imam.. kena cari orang lain yg lebih layak.. anak luar nikah tak boleh dapat harta.. anak luar nikah boleh kawin ngan bapa sendiri... tapi semua ajaran2 tu masyarakat skrg dah tak pandang..

kalau dibiarkan memang boleh rosak binasa umat Islam. hilang generasi pelapis ilmuan Islam yang betul2 mengamalkan cara hidup Islam..

Ada jalan penyelesaian ke? Cadangan dari Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin, Timbalan Dekan International Medical UniversitySeremban (dalam link di atas) menyebut banyak pihak terlibat yg dapat membantu menangani perkara ni.

Harapnya kita orang Islam mengambil iktibar dari apa yg berlaku.. bimbang sebab bila dah dewasa anak luar nikah ni akan berkeluarga.. dah stigma dalam masyarakat kita.. apa yg berlaku di luar ajaran agama Islam susah untuk diterima.. tentunya semua ibubapa tidak mahu bermenantukan anak luar nikah.. jadi di sinilah nanti berlaku satu kelompok umat Islam yg mungkin disisihkan... salah siapa? nak salahkan masyarakat ke? salah mak bapak?

Semog Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada orang2 Islam yang sedang berada di dalam situasi menyedihkan ini. AMIN.

time kenduri-- yang paling aku tak suka

seronok gi kenduri kawin nih.. leh jumpa sedara-mara dan leh mengeratkan silatulrahim..

tapi aku paling menyampah bila time nak ambik makanan, lauk dah tinggal sipi2 dah.. ibaratnya kalau gulai daging tu yg tinggal hanyalah kuahnya.. tak de pihak tuan rumah yg jaga bab makan nih.. dah la 2 lauk je, abih tu kalau dah tingal kuah ko nak makan apa? hilang selera lah.. next time memang kalau dijemput pun aku x akan datang lagi la kenduri rumah dia nih.. buang masa dan tenaga.. kata nak mintak tetamu datang meraikan, patutnya hargai lah tetamu yg datang dari jauh.. ni tidak, x berbaloi tetamu datang.. baik gi makan kat kedai.. berbaloi-baloi..

so sapa2 yg nak wak kenduri makan, betulkan nawaitu.. niatnya perlulah untuk sama2 memberi restu kebahagiaan .. tetamu datang bawak restu.. dan tuan rumah dapat restu.. tetamu pulang dengan kekenyangan dan puas hati dgn layanan tuan rumah, mestilah tetamu pulang dgn kebahagiaan kan.. kan ke bagus tu.. sampai 7 keturunan pun tetamu akan bercakap bestnya gi kenduri kat umah si polan tu.. lauk best, layanan bagus.. tuan rumah ok.. didengar dek tuan rumah kan ke bagus tu.. bahagia kan.. niat yg betul... kalau ko kasi org makan pun acuh x acuh je, jawabnya tetamu pun mula la bercakap2 kat belakang.. x nak la macam tu kan..

Tuesday, June 1, 2010

dulu-dulu SRTAI

ada member fb yg upload gambo nih.. gambo masa darjah 1 kot.. or darjah 2 macam tu lah.. sumer muka suci dan bersih je kan.. kurang2nya dapat la aku tengok gambo kenangan masa kecik2.. aku nye gambo masa kecik sume dah x de.. ditelan air bah..

dalam gambo ni ada cikgu fatimah .. dulu cikgu skrg ni rasanya cikgu fatimah dah pegang jawatan penting dalam negeri Trg.
Teka di mana aku...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!