Thursday, January 31, 2008

General line - tak de fungsi!

aduh geramnye.. kata general line, abis tu kenapa la bila call tak ada orang angkat? lagi lah jabatan kerajaan lak tu.. tenshengnye.. dlm setengah jam call, langsung tak ada respon. Kata kalau jabatan kerajaan, kalau dengar ringin tone 2 kali dah kena angkat, tapi ni usahkan 2 x, 10 kali call manjang tak berjawab.. kalau tak de hal penting tak de nya kita nak pegi tepon saje-saje kan.. geramnyeeeeeeee..

Monday, January 28, 2008

Nasib anak tunggal

semalam aku sebak sungguh...

anakku cerita, 'mami, tadi ustazah tanya siapa kat sini tak ada adik beradik, tak ada abang kakak, tak ada adik, tak ada saudara kat sini? Adik pun angkat tangan.. mami nak tahu tak? adik sorang je yang angkat tangan. Orang lain tak angkat..sebab ada adik, ada abang..semua orang tengok adik.. ada kawan adik sorak kat adik, dia kata Durra tak ada adik beradik, kita ada..' aku lihat matanya berkaca, airmatanya mengalir.. sebak sungguh hatiku masa tu. Rupanya budak pun faham.. aku terus peluk anakku. Aku pun sedih.

Sambungnya lagi, 'lepas tu ustazah tanya nak adik tak? adik jawab tak nak..' Tapi aku dapat bayangkan bagaimana perasaan anakku masa dalam kelas..

Cuma aku bagitau, 'sesetengah orang kat dunia ni memang ada yang sorang-sorang, ada yang ada adik , ada kakak .. ada yang tak ada. Tapi Durra ada mama, ada papa kan.. ada Adam (anak saudaraku)..' Durra diam.. lepas tu dia menjawab, 'mami kalau kita dapat adik, dapat adik kembar best jugak kan.. dapat 2 orang'.. aduh..kaget aku kejap..

Tuesday, January 22, 2008

Kisah keropok lekor: kat mana kepok lekor sedap?

dah balik Ganu ning memang sepuas hatinya ku makan kepok lekor.. lain tempat aku tak cari, tapi kesukaan aku ialah yang dekat kelulut, depan rumah rehat Terengganu yang pagarnya warna purple.. situ memang dijamin best! Lain-lain tempat biasa je.. ni pendapat peribadilah.. tapi bukan aku je, malah ramai dah yang setuju denganku.. sebab tu tempat tu sentiasa ramai orang..

kalau kat Losong tu memang lah terkenal tapi tak sama dengan yang ni.. yang ni lagi lagi lagi best!

So aku bawak balik kasi kawan-kawan yang inilah.. berat gilo masa bawak naik bas tu..naik kebas tangan2.. tapi demi kawan kan.. tu pun selected friends je... haha.. aku kat rumah suka potong kecik2 pastu masuk fridge, then fry on demand lah.. senang kan..

Kisah di hospital

sampai depan HKT kami tak berlengah terus pergi melawat ayah.. alhamdulillah, kesihatan ayah dah semakin baik. cuma kesihatan ibu je yang agak kurang baik, kakinya sembab.. yelah sebab tidur atas kerusi, memang tak selesa lah.. kesian mak.. tapi yelah, nak buat macamana..

Di katil berhampiran kelihatan seorang lelaki terbaring.. mukanya dan badannya aku nampak penuh lebam akibat bergaduh.. tak ada waris pun kat situ.. tangannya diikat.. aku diberitahu yang lelaki tu terpaksa diikat tangan sebab dia cuba nak buang semua wayar yang berlilit kat badannya.. dari tadi aku asyik dengar lelaki ni dok panggil oarng yang lalu lalang 'tolong bawak makanan kat saya.. saya lapar ni..' tak ada orang yang berani.. makanan dah ada disediakan atas tray tu tapi beliau tak dapat ambil sebab tangan diikat.. waktu tengaharinya aku diberitahu nurse yang suapkan.. tapi petangnya tak de pun nurse datang.. nurse sibuk.. kesian lak.. masa aku keluar pukul 7 petang tu nurse masih tak datang suapkan.. cuma tadi je adikku suapkan pisang.. kesian punye pasal.. aku dapat tahu yang lelaki ni kena rompak dan dibelasah, dijumpai oleh orang awam di dalam longkang dan dihantar ke HKT oleh polis. hmm..macam-macam...

Dan di hujung katil sana ada seorang anak muda lingkungan umur 30an.. ditemani maknya.. dah berhari-hari maknya menemani.. tapi yang tak sedapnya, mamat ni siap maki hamun lagi maknya.. depan-depan orang lagi... hmm.. apa punya orang lah..ntahlah..

Sebenarnya melawat orang sakit kat hospital ni dituntut sebab dari situ kita boleh buat pemerhatian.. dan perbandingan, bersyukur yang kita dianugerahkan kesihatan yang tak ternilai oleh Allah.. ''Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara.. sihat sebelum sakit..'

Terima kasih Ya Allah di atas anugerah kesihatan yang Kau Limpahkan kepada ku.

Kisah bas express: Pemandu kurang sopan

Masa pulang ke Ganu dengan bas Konsortium, aku tensheng betullah dengan driver bas ni.. memang kurang ajar, tak ada kesedaran sivik langsung. Ada ke dia boleh hisap rokok.. asapnya sampai satu bas, tapi penumpang tak kata apa lah kan.. nantikan tak pasal-pasal kena jalan kaki kan, naya lak.. 3-4 kali jugak le.. itulah pertama kali aku naik bas yang drivrnya hisap rokok dalam bas yang dipandunya..

Bukan tu saje, boleh pulak dia meludah ke luar tingkap sesuka hati.. waduh,.. memang biadap betul. memang confirm kena lah kat kereta yang lalu lalang tu.. chit!

Satu lagi kisah makcik ngan pakcik ni, dah tua dah, lingkungan 70an.. so masa berenti kat Hentian rehat tu, makcik pakcik ni tak makan sebab takut lambat,.. so bila sampai kat Hentian Kuantan, mereka nak gi turun makan.. pastu apa lagi, drebar tu cakap, 'La, bak pe dok g makang takdi masa berenti tu? Susoh lah gini pokcik.. sini tempat turun orang naik orang je pokcik'.. sian pokcik mokcik tu.. so, ingatkan driver ni nok berenti le kat Tempat makan kat Cendor tu, tak de pun, ye berenti kat kedai makan kat Tebing Tembah.. kurang selesa la sket situ.. dengan kemudahan tandas dan surau yang kurang bersih.. tapi doh drebar ni berenti situ, nok wak guana, turun je lah pokcik ni.. tapi pokcik ni gi sembahyang dulu, jadik bila pokcik ni siap sembahyang orang lain ramai yg naik bas doh.. jadi pokcik ni bungkus makanan je.. sian lak aku tengok.. nak dijadikan citer, drebar ni alihkan bas ke depan sket, mokcik yang tak turun tu mulalah menjerit, 'ada lagi dok naik weh.. tunggu.. tunggu..' Tau apa jawab drebar ni? 'Taulah mokcik weh..alah.. dok tinggal nye..'

Tapi bas ni kurang prihatin lah sket pasal kebajikan penumpang.. Tak macam Trans dan Sani express, berenti kat Hentian 2 kali, 1 untuk makan, 1 lagi untuk sembahyang.. jadi penumpang tak berkejar.. sekali lagi kat Cendor..baguslah..

Diceritakan juga yang bas Sani express ni bagus gak.. ada drebar yang taraf pakcik ni, memang dia jaga betul penumpang.. kalau ada penumpang perempuan yang dok sorang-sorang kat seat belakang, dia akan alihkan ke depan..bagus, drebar prihatin.. alasannya kadang-kadang kat belakang tu macam2 perkara boleh berlaku yang dia tak nampak.. memanglah, banyak citer yang kita dah dengar pasal pasangan muda-muda ni..

Kisah bas express: pasal harga tiket

beberapa hari lepas aku pulang ke kampung menjenguk bapa yang berada di hospital selepas menjalani pembedahan.. aku bertiga naik bas express. Kebiasaannya aku naik bas Trans, tapi kali ni ingat nak tukar angin sket, so masa balik ke Ganu aku naik Konsortium, masa pulang ke sini aku naik Sani Express.

Harga tiketnya berbeza sebanyak seringgit, yang satu RM 32, satu lagi RM 33 seorang. Kanak-kanak pun dikira sama macam dewasa. Tapi kalau naik Trans, kanak-kanak separuh harga. hmm, kurang-kurangnya baru aku tahu.

Monday, January 14, 2008

Kongsi tak kongsi

tadi masa balik sekolah pagi, anakku bagitau, 'mami, ada kawan adik nak mintak air yg adik bawa, dia lupa bawak air dia'. Aku terus tanya, 'adik jawab apa?'. Kata anakku, 'adik bagitau mak saya tak bagi share.. jadi dia tak mintak lah.'. Alamak, terpana aku kejap. Memang aku dah pesan kat anak aku jangan share minuman ngan orang lain.. kot2 dia tak gosok gigi ke, ada sakit mulut ke.. itulah alasan aku.

Nak bagi serba salah, tak bagi serba salah.. macamana ye?

pemandu wanita brutal

aku tensheng giler petang tadi..

masa ambil anak balik dari sekolah agama tadi, aku park kete kat seberang jalan. Jalan tu lak 2 hala dan aku park kete kat sebelah kanan jalan bukan sebelah kiri jalan. Kebiasaannya masa balik sekolah memang kebanyakan makbapak parking macam tu, lepas anak masuk kete ke, terus blah lah. Setakat ni tak de masalah pun.

Tadi nak dijadikan citer, masa aku dah bagi signal nak masuk ke tengah jalan, ada la makcik brutal ni yang parking mengadap kete aku. Masalahnya, makcik bengong ni terus pandu ke depan sampai rapat kete aku.. time tu lak memang kete banyak jadi susah sket nak masuk ke line tengah, makcik bengong ni datang makin rapat, pastu siap bagi hon lagi.. kalau dia sorang-sorang mau aku keluar kete maki sket, mintak bawak bersabo .. tapi dia 2 orang, so punya le susah aku nak keluar, sipi-sipi je nasib tak kena bumper ket dia, dah bengong sangat jadik pembuli jalan.. aku ingat makcik tu ingat jalan tu to'ki dia punye kot.. nak je aku sumpah makcik pembuli tu jadik.. jadik apa eh.. kalau jadi kayu ngan batu, nanti makin makcik tu tak de perasaan lak.. ha, jadik daun kering tepi jalan, so boleh kena lenyek-lenyek gitu, takpun kalau aku boleh sumpah makcik tu jadi tak betul, so nanti time dia bawak kete tak ingat jalan sesat sampai mana-mana, biar dia lak kena hon manjang macam tu, baru aku rasa lega.. adil la tu kan..

lepas perasaan, biasalah kan..

Saturday, January 12, 2008

My PhD StudyLog is here!

Finally, after several clicks I managed to bring into existence another blog I named it 'My PhD StudyLog'.

Not trying to be too ambitious and at the same time will stick to mind to be as secretive as I should be, the blog will witness the bittersweet memories throughout my study.

Feel free to visit the link provided at the top left corner of this page, who knows u might find it useful in particular to those who are preparing to enter the 'postgraduate world'. Welcome!

Friday, January 11, 2008

Why do I keep on writing 'misc' in this blog?

some (bypassers) may say the things I wrote here as nonsense.. yea, whatever! As I said earlier, my blog my diary, it's all about me and life about me! and perhaps about others of interest to me.

well, the answers to the above Q are:
1- wanna be a great writer? then write a lot. Likewise, wanna be a great speaker? speak a lot right? and yes, it comes with practice.

2- I read somewhere in a motivational book that suggests us to 'control our attitude'. The author calls it 'The Frustration Journal'. He writes, "Review what is frustrating u. Identify whether it is fear, insecurity, regret or guilt. Identify your feelings, when did it occur, what occurred, what is your reaction?" According to the author, that is one way of letting out your mixed feelings so u will become more in control of yourself.

so to me, blogging is a way of expressing my opinions, my feelings etc. If people wanna read, they are welcome.. if they find the contents are worth sharing, it's my least contribution then..

phd studylog: Jan 2008

pasal study lak... skrg ni dah masuk sem 2. Progress ku masih lagi according to my timeline. Cuma nak kena prepare untuk presentation bulan 2 ni kat IPSIS.

Now I am in the process of creating another blog for the sole purpose of my study, as to discriminate between 'pressure' and 'leisure'..haha.

bila hari minggu...

dah hujung minggu ni maka kerja membasuh baju sekolah kasut sekolah pun bermula. Memandangkan aku bimbang tak sempat nak pantau pakaian anak setiap hari, maka untuk memaksimumkan kecekapan (cewah) aku siapkan 5 pasang baju sekolah untuk sekolah pagi dan 5 pasang untuk sekolah petang. tudung pun 5 set sebab kat tudung kena letak lencana jadi kena asing-asing. Kasut 3 pasang so ada backup 1 kasut kalau kasut lain tak sempat kering.

so sekarang ning aku tak perlu berkejar-kejar basuh baju dan gosok baju.. cuma hari ahad lah penat sket sebab kerja menggosok baju sekolah. Bab basuh kasut sekolah je yang aku lemah sket, nak mintak anak basuh kesian lak.. tapi nanti-nantilah aku suruh. So aku masuk mesin basuh je lah kasut sekolah pun, masukkan dalam bekas kain tu lepas tu nah, jemur je.. mudah dan senang.

Thursday, January 10, 2008

Wanita Hari Ini TV3

Hari ni cuti Awal Muharam. so sambil-sambil buat kerja mana patut sempat lah menonton TV, kebetulan ada rancangan WHI pagi tadi..

Bila dah meluangkan masa menonton tu, rasa menyesal lak. Sebabnya, skop tajuk yang dibincangkan ialah isu perceraian, tetamu jemputan adalah Ustaz Sukri (orang Ganu tu), Nash dan Pn Ziela Jalil. Pengacara lak Safinaz dan Ifa Raziah. Masa perbincangan ngan Ustaz Sukri tu oklah, tapi masa dengan 2 artis lagi tu, pengacara nampak macam terlalu beria-ia nak tahu kisah peribadi 2 artis ni.. pasal kes perceraian Nash dan pasal hubungan dengan madu Ziela Jalil.. ai, takkanlah nak cerita biar satu Malaya tau kot. Siap pengacara cakap 'saya mintak maaf, saya kena tanya jugak dalam WHI ni..'. nasib la artis ni pandai bercakap.. 'itu kes mahkamah'.

hmmm, pada pendapat peribadi ku, boleh ditanya hal peribadi tapi kena ada caranya.. aku suka bangat cara kendalian program oleh Wardina.. dia ada banyak fakta dan cara mengawal situasi perbincangan pun bagus..

Wednesday, January 9, 2008

Kisah perokok tegar

Waktu mudanya beliau begitu kuat bekerja. Rokok menjadi peneman buat melepaskan lelah. Dan apabila menjangkau usia tua akhirnya lelah jugalah menjadi teman selepas rokok. Beliau sudah beberapa kali dimasukkan ke wad kerana penyakit lelah. Ironinya, selepas bebas dari lelah, dengan sembunyi-sembunyi beliau masih lagi mengambil rokok. Katanya 'tak sedap mulut'..tu ok lagi.. kekadang bila ahli keluarga suruh berenti menyedut asap rokok beliau kata "mana ada orang mati sebab hisap rokok?" Orang sakit jantung tu sakit bukan sebab rokok kan? macam-macam lah.. orang tua kan, nak dinasihat lebih-lebih kang, merajuk lak susah.

Merokok membahayakan kesihatan tapi ada doktor yang hisap rokok.. tu yang musykil tu.. ntahlah... mungkin jugak doktor tu memang tahu ada ubat yang boleh diambil oleh perokok agar kesan sampingan rokok tu tiada. Macam nilah, sekarang ning ibu-ibu mengandung pun dah tahu trick sebelum pergi buat check-up kat spital. Kalau ada darah tinggi, darah rendah ke diaorang tahu nak makan apa 1-2 hari sebelum pergi checkup.. ntah betul ke tidak tak dapat lah dipastikan..

Sembang-sembang kaum bapa: Pasal kerja

Tempat: Perkarangan sekolah

Bapa A: Saya ambik cuti 3-4 hari ni, tengok anak sekolah. Kerja kat Terengganu, 2-3 minggu sekali datang Shah Alam.

Bapa B: Saya kebetulan cuti seminggu. Kerja saya lain sikit. 1 minggu kerja 1 minggu off. Kerja kat Terengganu jugak. Family kat sini.

Bapa C: Saya pun kerja kat Terengganu, Family semua kat sini. Ni malam ni nak kena balik Ganu. Sebulan kat Ganu barulah balik sini. Pastu pergi lagi sebulan. Macam tulah..

hmmm... moral of the story? banyak.. pk pk..

Apabila pelajar tahun 3 berpuasa sunat

Masa menemani anakku makan semasa waktu rehat tempohari, di meja berhampiran ada 2 orang pelajar sedang sibuk menulis buku. Aku kemudiannya bertanya, "Awak tak makan ke?" Jawab pelajar tu, "Saya puasa hari ni"..ya Allah, bagusnya.. kata orang, sejuk perut ibu mengandung.. Bandingkan dengan orang dewasa.. bulan puasa pun ada yang tak puasa wajib ini kan pulak posa sunat dalam bulan biasa...

pasal sekolah anak

alhamdulillah, tadi anakku dah pun dapat buku teks kat sekolah (sek agama- petang).. so oklah tu..

harapanku, semoga ketiga-tiga pihak iaitu pihak ibubapa, guru dan murid akan sama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memertabatkan ilmu dan memperkasakan generasi masa hadapan ni

Monday, January 7, 2008

kecekapan guru dan sekolah dipertikai

seperti yang dijangkakan, buku teks anakku bagi sekolah petang (sekolah agama) masih belum diterima.. sedangkan bagi kelas lain ada pelajar dah terima dah. Dan tadi menurut anakku, cikgu kelasnya kata 'buku teks tak cukup, jadi kamu kena tunggu'. Geramnya aku dengan sekolah ni.. apa, sekolah tak tahu ke jumlah murid banyak mana? habis tu nak tunggu sampai bila? sampai setengah tahun ke baru dapat buku teks? tak ada perancangan langsung lah sekolah ni.. yang jadi mangsa murid-murid lah kan... walaupun bagi cikgu ni perkara kecik, tapi kalau operasi dan pengurusan sekolah masih di tahap tak memuaskan, macamana lah kita nak berbangga dengan slogan sekolah spt 'sekolah cemerlang negara gemilang'.., generasi pelajar cemerlang gemilang terbilang..

'Sekolah ni memang bagus', ramai yg bagitau kat aku macam tu. Mungkin bagus dari segi modul dan kurikulum kot. Dari segi urus tadbir dan kepuasan pelanggan masih lagi kurang. Jadi apa sumbangan ibubapa kepada sekolah ye.. hmmm...

maka rutin hidupku pun berubah

anak dah sekolah ni, mak nak kena bangun awal pagi.. kalau sebelum ni ada ketikanya tidurku hanyalah selepas subuh, sekarang ni tak lagi.. tak boleh lagi.. jadi sekarang ning aku bangun seawal 5.45 pagi, jadi sempatlah buat sarapan untuk anak.. eh, itupun sarapan yang memang paling mudah lah.. menu yang ada ialah roti bakar, paun, bijirin ataupun cucur adabi.. nasi lemak kalau sempatlah..kira kalu berjaya siapkan tu pencapaian cemerlang lah untuk pagi tu.

Dalam bab bangun awal siapkan makan ni aku tabik spring lah kat kawan aku, Zah ngan Kak Azmah.. pukul 5 setiap hari dah bangun siapkan makanan kat dapur.. memang aku kagum betullah ngan diaorg..

so, skrg pukul 7.10 pagi aku dah kena hantar anak sekolah pagi.. pastu gi ofc..kul 12.30 ambik, kul 2.15 ptg hantar ke sekolah agama, kul 5.30 gi ambil.. lepas tu makan malam.. pastu lepas maghrib gosok baju.. mlm studi sama anak.. pastu tido .. itulah cycle nye nanti.. barulah aku tahu sibuknya apabila anak dah sekolah ni. Dulu bila dengar je kawan2 yang cakap 'letih lah.. pagi nak kena hantar anak 2-3 tempat.. pastu ambik yang ni, hantar yang tu..'

Pada ibu-ibu superwoman ini, aku kagum bangat ngan diaorang..

Kisah murid dan kedudukan dalam kelas

Masa anakku nak masuk kelas aku dah pesan, 'nanti adik duduk barisan tengah, barisan depan atau barisan ke dua atau ke tiga.. jangan duduk belakang, nanti tak nampak apa yang cikgu tulis.. kurang dengar apa yang cikgu cakap.. jangan duduk tepi tingkap, nnti asyik tengok orang lalu lalang...' rupanya itu jugalah yang ibu-ibu lain bagitau anak mereka..

nak dijadikan cerita, ramailah yang berebut tempat duduk kat depan.. ada tu siap campurtangan dari mak.. (bapak biasanya tak endah mende-mende macam ni).

ni kisah benar. Hari pertama sekolah anaknya diatur duduk kat depan.. oklah.. esoknya ada murid lain duduk kat tempat anaknya.. jadi mak ni cakap kat budak tu 'eh awak duduk kat mana semalam? duduk kat tempat awak semalam, ni tempat xx ', begitulah lebih kurang. habis apa nak buat, mak dah pesan, nanti duduk kat depan tau.. maka berebutlah budak-budak tu.. anakku duduk line tengah, oklah tu.. asalkan dia selesa oklah..

Sembang ibu-ibu: Kisah bibik

Bila dah mula bersekolah ni, bukan anak je yang dapat kawan baru, mak bapak pun dapat kawan baru jugak. Sembang-sembang dengan ibu-ibu ni memang best, banyak citer.

Mengenai bibik, kata seorang ibu ni, 'orang gaji ni macam kereta lah... bagi sesetengah kaum ibu, tak ada kereta patah kaki jawabnya.. tapi bila kereta meragam, lagilah pening kepala.. macam-macam ragam. '

Kisahnya, bibik ni anak tunggal dari Indonesia. Hampir setiap hari maknya dariu Indonesia tepon, sampai majikan naik rimas. Bibik ni bukannya orang susah pun, dia cuma melarikan diri dari suaminya.. So nak dijadikan citer, dah 5 bulan berada di sini bibik ni dah mula bosan. So, memikirkan implikasi yang mungkin secara tak langsung akan membahayakan anaknya, beliau pun membri kata dua kepada bibik tu. Boleh blah hanya selepas bayar balik duit yang dah dihabiskan oleh majikan untuk mendapat beliau daripada agen.

Diringkaskan citer, bibik ni tak jadi balik dan agen pun hantar pergi kat majikan lain. Nak tahu? Setiap hari bibik ni tepon majikan lama mintak diterima balik.. Tapi bila pikir banyak kali, majikan lama cakap 'sorilah.. dulu u jugak nak blah kan.. blah lah.. ' dapat majikan baik bibik pulak buat hal. Majikan lama memang baik, siap makan pun diajak sama. Kat majikan baru, memang langsung bibik tak diberi muka. Kata majikan baru tu, 'jangan bagi muka, nanti mereka naik kepala, mereka lupa diri tak akan kenang budi'. Sejauh mana kebenarannya tak tahulah ..

Tapi bukan senang kan nak cari bibik yang betul-betul boleh diharap kan.. apa yang dipaparkan oleh media beberapa hari lepas pasal bibik bagi anak majikan makan najis, campur simen dalam botol susu, memang melampau lah.. ntahlah... ibu-ibu memang sentiasa dilema dalam bab ni..

Sunday, January 6, 2008

Hang Tuah and Hang Li Po: What do they have in common?

hmm, yes.. they share the same 'Hang'!

Who is Hang Tuah? A visit to the link www.answers.com/topic/hang-tuah gives the following..

"Hang Tuah was born in Kampong Sungai Duyong, Malacca, to Hang Mahmud and Dang Merdu Wati. His interest in religious knowledge and skill in the art of self-defense became apparent at a young age, and he was said to be inseparable from his four childhood friends: Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir and Hang Lekiu. "

and who is Hang Li Po?
"Hang Liu (Chinese: 汉丽宝) was the fifth wife of Malacca's Sultan Mansur Shah (reigning from 1456 to 1477). It is disputed whether such a person exists due to the fact that she was never recorded as a princess in the Chinese court Emperor Yongle of the Ming Dynasty in the Ming Chronicles.

According to Malay Annals (Sejarah Melayu), the sultan dispatched Tun Perpatih Putih as his envoy to Ming (China) and carried a letter to the Emperor, it was mentioned that Hang Liu was sent to Malacca to be the bride of the Sultan. Li Po came to Malacca along with 500 other female attendants, many attendants later married officials serving Mansur Shah as Li Po married the sultan after she accepted the conversion to Islam. After their marriage, the sultan built a palace for Li Po and her attendants were given a permanent home at Bukit Cina which serves as a cemetery for the local Chinese. Princess Li Po became known as Hang Li Po when she was awarded the honorific "Hang" by the sultan of Melaka.

It is notable that the two main sources of Hang Tuah's life differ yet again on the details of his life. According the Hikayat Hang Tuah, it was Hang Jebat who avenged his friend's death, only to be killed by the same friend, but according to Sejarah Melayu, it was Hang Kasturi. The Sejarah Melayu is the more historical account, but the Hang Jebat story, as the more romantic tale, remains more popular."

So u see, those stories we've heard from our history teachers could be tales.. people from multiple generations made up stories and added in their own versions.. all with different different stories.. It was never proven that Hang Tuah had come from Malacca. Some claimed that Hang Tuah came from China, together with Hang Liu. I guess if we have many Hang s from China then it could be true that Hang Tuah came from China. Some said there was no Hang Tuah from Malacca due to the fact that no one inherited the name Hang in Melaka.

So guys, this leads us to a very very important point here. To prove something it has to be accompanied with some sort of evidence. of what kind? of course the documentation! document what you have, what you see today because what you see today may be in different view tomorrow. It will be called 'history' and not tales since you can prove it with your evidence.

Don't wanna write? Take videos then!

apa sumbangan ibu bapa kepada sekolah?

keratan akhbar Metro Ahad 6 Jan 2008, "... Menteri Pelajaran meminta ibu bapa supaya tidak hanya pandai melenting meluahkan perasaan marah mereka jika diminta bayar lebih untuk pendidikan anak-anak mereka, sebaliknya menanya diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada pihak sekolah."

Jawapan mudah dan logik ialah, "sumbangan paling besar ialah anak kami iaitu pelajar sekolah! Bayangkan, kalau tak ada pelajar, tak adalah guru yang diperlukan untuk mengajar pelajar, tak adalah bangunan sekolah yang baru kan!"

Tapi memanglah ada segelintir ibubapa seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran, yang tidak pernah hadir mesyuarat PIBG, tidak pernah ambil tahu hal ehwal persekolahan anak..

Ni kisah betul.. keluarga belah suamiku ramai yang jadik cikgu, jadi bila berkesempatan berjumpa tu adalah citer-citer. Termasuklah citer ibubapa yang tak pernah bayar yuran sekolah anak.. anaknya ada 2 orang kat sekolah tu.. dah banyak kali pesan kat anak mintak ibubapa bayar tapi tak ada respon. Nak kata tak berkemampuan tak jugak, sebab pernah cikgu pergi ke rumah, tengok kereta ada 2 biji, pakai KIA lagi. Kereta impot tu. Kekadang heran lak kan.. Maksudnya kat sini, masih ada segelintir ibubapa yang memang tak ambil hal langsung pasal sekolah anak.. yang dia tahu cuma hantar anak ambik anak..

Cuma itulah, bila bercakap pasal yuran ni, yelah pasal duit kan.. memanglah semua orang berkira bukan sahaja ibubapa, semua orang. Ni isu yang sentiasa dibahaskan saban tahun.. tahun depan pun sama, tahun lepas pun sama... cuma harapan ibubapa ialah pihak terlibat sama-sama cari formula yang terbaik dalam penyelesaian isu nih.

Friday, January 4, 2008

hari ke 2 sekolah

tiba kat sekolah pagi ingatkan aku nak hantar je dan terus balik. Tapi bila masuk kat dalam sekolah tengok ada perhimpunan. so aku tunggu lah kejap. Dengarlah jugak cikgu berucap. terkejut jap bila cikgu tu cakap ' bila kamu nak ke tandas, jangan lah balik ke rumah..' pelik lak.. rupanya ada kes pelajar yang balik rumah nak ke tandas, maklumlah rumah nye memang depan sekolah!

dan makluman akhir dari cikgu ialah 'Mohon kerjasama ibubapa agar tidak mengiringi anak-anak ke kelas..' hah, cikgu dah sound dah.. so lepas anak aku masuk kelas, aku pun blah.

tengahari aku datang ambil, masa dalam kereta dia tunjukkan kertas yang cikgu bagi.. maknanya dah belajar dah tu. oklah. bagus!

petangnya bila sampai kat sekolah petang dan nak turun kereta, anakku tanya 'mami ngan papa tungu adik kat kelas ye' Aku cakap 'mana boleh, nanti cikgu marah... nanti mami datang balik lah..' terus je dia menangis. heran lak aku.. so terpaksa lah iring masuk kelas.

sampai kat kelas dia tak nak lepaskan tanganku lagi.. jadi terpaksa lah duduk kat dalam kelas tu sementara tunggu cikgu datang. Bila cikgu datang aku pun bangun nak keluar. Anakku menangis lagi. Memang heran betul aku, semalam elok-elok je.. Masa bersembang ngan kak Marina (dia pun hantar anak kat sekolah pagi dan petang yang sama) barulah aku tahu. Rupanya masa waktu rehat kat sekolah pagi tadi, dia sorang-sorang. Dia tengok kat kantin ada mak bapak yang temankan anak, jadi diapun tercari-carilah.. bila tak de, sebak lah dia. Lagilak disebabkan ramai orang kat kantin tu, dah tak ade tempat duduk, jadi dia tak makan pun bekal. kesian anak aku. memang aku dah bagitau 'waktu rehat nanti mami ngan papa tak ada'. Aku lak, bila tau anak tak makan bekal, rasa sedih betul. Satu, sebab dia tak dapat makan. Dua sebab punya la awal aku bangun masak nasi lemak pagi tu, dia tak sempat makan. Sedih jap aku.

so, bila tangisan dah berenti, aku pun nak lah keluar dari kelas tu, tup tup dia menangis lagi. Tapi cikgunye lak tak ada pun tunjukkan inisiatif nak mula mengajar ke.. asyik kira duit yuran,. So aku pegi tanya, 'hari ni boleh dapat jadual ngan buku teks tak?' Katanya, 'nanti sempat boleh dapat hari ni, kalau tak sempat Isnin nanti'. Masa aku pergi ke luar kelas, nampaklah kelas depan tu.. kelas tu dah ada buku teks dah atas meja cikgu, tunggu nak diagihkan kat pelajar je. Cikgunye pun dah mula mengajar alif ba ta.. budak pun dah mula menulis. Cikgu kelas ni pulak, tak habis-habis lagi dok kira duit. Sampailah waktu rehat, pukul 3.30 ptg. Habis rehat, aku ngan ibu-ibu yang lain naik ke kelas, tengok2 cikgu tu masih lagi tak setel kira duit.

Dah letih berdiri, aku ngan sorang ibu tu (pregnant lagi) turun bawah kat kantin. Sambil tunggu tu kami sembang2lah.. dah nak sampai waktu balik kat pukul 5.20 ptg kami naik semula ke atas. Bila pergi tengok kat kelas tu, ya Allah, cikgu tu masih lagi dok kira duit! Kami ni tengsheng giler.. kelas lain dah dapat buku teks, dia masih lagi tak habis-habis kira duit. Ada sorang ibu tu bagitahu, dia duduk kat kelas dari masa rehat sampai sekarang. Katanya cikgu tu langsung tak peduli pelajar kat dalam kelas. budak nak berlari ke nak apa ke dia tak kisah langsung. Ada pelajar siap berguling dan bermain kat belakang kelas lagi. Pun dia tak kisah. Menurut ibu tu lagi, ada pelajar yang pegang gunting sambil bermain ngan pelajar lain. Ibu tu risau betul, tapi cikgu tu langsung tak heran pun. Asyik ngan kira duit lagi.

2 orang ibu tadi tu guru sekolah jugak, mereka pun naik heran bagaimana cikgu tu boleh biarkan kelas lepas tu tak peduli keadaan pelajar. Aku ngan yang lain masih lagi tak faham, kenapa la lama benor cikgu tu dok kira duit.. kenapa cikgu kelas lain dah siap boleh bagi buku teks, dah boleh siap mengajar tapi cikgu nih masih lagi dok kira duit yuran. Aku cuba faham tapi memang memang tak dapat memahami perkara ni sampai sekarang!

Bila nampak aku kat situ anak aku pun terus angkat beg keluar dari kelas. Diikuti dengan pelajar lain. Masalahnya cikgu tu tak kata apa-apa pun, entah-ntah dia tak sedar pun budak dah keluar, sebab nya kami tengok dia masih lagi duduk kat meja tu, kira duit. Mungkin jugak dia susun duit ikut nombor siri kot!

Aku bagi tau kat suami nak pindahkan ke kelas lain.. kata suamiku, sebagaimana nama kelas tu lah.. 'sabar..sabar..' so aku nak tengok minggu depan lak macamana...

Perkhidmatan gunting rambut RM18

Semalam saya ke kedai gunting rambut kat Kompleks PKNS Shah Alam.. semasa gunting tu sempatlah saya bersembang dengan owner salon yang gunting rambut saya. Katanya semalam lagi lah ramai orang, tak menang tangan dibuatnya.. secara tak langsung memang kedainya di antara pilihan orang ramailah.. pastu katanya, mak2 datin pun selalu datang situ (oo patut mahal).

Kebetulan masa tu ada perempuan bercakap dengan beliau memanggilnya mama, so tahulah saya itu anak perempuannya.. ceritanya, beliau ada 4 anak, 1 je perempuan. lepas SPM, terus dihantar anak perempuan ni pegi kursus kat Clara International dan tempat lain lagi untuk dapatkan kepakaran dalam bidang gunting rambut nih.. dan anak lelaki beliau baru je kawin minggu lepas, buat kat hotel GB lagi.. wah, memang gunting rambut ni bukan sikit buat duit, banyak tuh..

Jadi rasanya kalau ada anak-anak yang memang tak minat belajar, bagilah kursus kemahiran kat diaorang. Bidang perkhidmatan ni boleh buat banyak duit.., tukang gunting rambut, tukang jahit, baby sitting, macam2 lagilah..

Thursday, January 3, 2008

Sekolah kebangsaan yang efisyen

Pada pendapatku, pengurusan S K Seksyen 7 ni bagus dan tersusun. Untuk Tahun 1, hari Orientasi pelajar 30 Disember. Buku teks pun dapat hari tu. Dan sebelum tarikh tu parents dah boleh beli buku tulis. 1 Jan 2008 pegi bayar yuran pendaftaran. Jadi 3 hb tu guru dah terus mengajar, parents takde lah sibuk nak uruskan itu ini.. baguslah. Berjaya elakkan kesesakan.

Berlainan dengan sekolah petang ..( Sekolah Agama Seksyen 3) . Pada 3hb tulah, pelajar datang, masuk kelas. Masa tu jugaklah parent datang nak bayar yuran. Masa aku masuk ke kelas tu cikgunya dah ada dan barisan parents nak bayar yuran pun punyelah panjang. Sampai kat luar kelas. Nak selesaikan setiap proses bayar yuran tu punye le lama giler.. adalah setengah jam sorang parent. Tu yang duduk dan terus bayar, tak masuk lagi yang duduk dan tanya itu ini, ada yg sampai 1 jam baru bangun. Dah lah tu, cikgu tu sorang je, setiap bayaran dia kena bukak 3 resit. Aku tengok cikgu ni memang aku naik angin lah. Nak je aku cakap kat dia ' meh saya tolong cikgu'. Tapi suami aku cakap 'sabar..sabar..' mentang-mentanglah kelas ni nama 1 SABAR. Untuk sesi petang dipanggil 1 SABAR, dan sesi pagi dipanggil 1 REDHA. jadi memang kena sabar dan redha je lah aku petang tu.

Masa tiba giliran aku sengaja aku cakap 'adoi letihnya kaki berdiri...' Tau lak cikgu tu cakap 'maaf ye..' ok ah tu.. aku tanya' boleh tak lepas ni aku bawak balik anak aku terus'.. katanya 'bolehlah.. sebab tak sempat nak ajar apa hari ni selagi bayaran yuran belum selesai'. So oklah, lepas selesai urusan bayaran aku pun balik. Masa tu dah pukul 4 lebih dan ramai lagi parent yg dok tunggu masa tu.. hishhh..

Anak balik sekolah

Waktu anak balik sekolah, aku dah tunggu dah kat pagar sekolah. Dah bagitau dah 'mami tunggu kat depan sekolah tau.. tunggu mami kat situ, jangan keluar dari pagar sekolah.. tunggu mami, jangan ikut orang lain.. bla bla..'

Lama aku tunggu barulah nampak.. aku tengok mukanya sedih, baru lepas me nangis kot.. cepat-cepat aku pergi ke arahnya, tanya kenapa menangis. Katanya 'adik tengok mami tak de kat sana jadi adik nangislah..' Sana tu maksudnya, kat dewan.. dia tengok ramai parents yang tunggu kat situ..

So oklah.. habis bab sekolah pagi.

Hari pertama anakku ke sekolah

hari pertama anakku ke sekolah, aku pun ikut ke sekolah.. tiba kat sekolah, pelajar kena beratur ikut kelas masing-masing. Kat sekolah tu sesi pagi hanya untuk pelajar Tahun 1, 5 dan 6. so cikgu pun bagilah taklimat.. kami mak bapak ni menonton jelah.. bila cikgu tanya, 'ada sapa-sapa rasa nak pitam tak?' Ada lah yg angkat tangan, pelajar Tahun 1. bila tengok kawan dia angkat tangan, ada pulak kawan-kawan lain yang ikut angkat tangan, kat 10 orang lah jugak.. aku rasa memang diaorang tak faham pitam tu apa kot.. lepas tu dengar angkat tangan, apa lagi..

bila dah pelajar masuk ke kelas nih, mak bapak pun apa lagi, masuk gak lah dalam kelas. ada yang tukang aturkan kedudukan anak kat kelas tu.. 'duk sini, jangan duk situ.. nanti cikgu tak nampak.. nanti tak dengar..' macam-macam lagi lah.. aku lah, janji anak aku boleh tempat duduk kira oklah tu..

ada yang menangis, biasalah kan..

ada mak bapak yang keluar masuk kelas 9-10 kali, melampau tuh,.. kira aku ok lagi, cuma 5-6 kali je, hik hik. anak aku pun ok je.. lepas bagi pesanan-pesanan yang entah ke berapa ratus kali, aku pun blah lah.. tapi ramai lah lagi mak bapak yang tunggu tepi tingkap.

Pukul 9.40 pg aku datang balik sebab time tu rehat. nak tengok anak gi kantin. Aku dah bekalkan anakku ngan roti bakar (tupun kira hebat lah jugak pencapaian pagi tu, sempat buat roti bakar). Masa kat kantin tu, ya Allah yang ada kat tempat duduk tu bukannya budak, mak bapak yang conquer. tapi, oklah tu, faham la kan, first day.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!