Showing posts with label Refleksi Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Tazkirah. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Kisah Sang Belalang di dalam Balang...

Masa bersembang ngan mr g ituhari ada la mr bagi kiasan citer belalang ni..

Kiasan ni mr g keluarkan bila dia cadangkan akak jogging naik bukit bauk tu..hehehe.. akak cakap la yg akak tak bersedia.. tak tau larat ke tidak naik sampai ke puncak tuh..hehe.. memikirkan panjat bukit yang cantik bertar sampai ke atas tu pun akak dah mengeluh.. usahkan nak suruh panjat bukit.. memang no no la kan... hehehe.. yelah sebab tak pernah naik bukit bauk sebelum ni kan.. so macam-macam alasan la bagi hehe..

Bila dengar alasan akak tu yg terus mr g bagi kiasan citer belalang tu..

Bukan citer nujum pak belalang ye..

Citer mr g,.. jeng jeng jeng..

Ada seekor belalang ni.. kena tangkap dan dikurung dlm sebuah balang. Balang tu kemudiannya ditutup.. jadinya.. belalang kan memang suka lompat-lompat.. dah namanya pun grasshopper kan... so belalang tu pun melompat-lompat la sebab nak keluar.. tapi setiap kali lompat memang tak lepas la.. hanya sampai kat penutup balang tu je.. dah boleh bayang kan..

Kemudian penutup balang tu dibuka.. supaya belalang tu dapat keluar.. tapi kali ni, belalang tu lompat cumanya tinggi lompatan tu hanyalah sampai ke tudung balang.. sebab sebelum ni belalang ni lompat pada ketinggian yang sama.. jadi sebab dah biasa, belalang ni pun lompat macam biasa la.. hanya sampai kat penutup balang.. walaupun penutup balang dah tak ada..

Akak faham.. mr g nak bagitau akak pasal orang kita kita ni yg sentiasa ada "limiting belief". Jadinya bila kita dah dalam keadaan zon selesa dan dah biasa dalam keadaan tu, kita tak akan keluar dari zon selesa tu.. kita tidak akan mahu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa tu..

Hmm. Got it?

Monday, March 24, 2014

Kembali kepada Allah

Tazkirah:

Ekoran peristiwa MH370, terlalu banyak coretan dan pandangan yang diterima dari orang ramai, dari pihak pengurusan kerajaan hinggalah ke pihak bawahan.. bahkan budak kecik umur 5 tahun pun siap boleh cerita pasal misteri kehilangan MH370 ni.. 

Disebalik segala kontroversi dan cerita2 misteri alam, mari kita sama2 muhasabah diri... merenung diri akan kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia.

Pada logik akal, memang amat mustahil kapalterbang yg sebegitu besar boleh hilang dan tidak dapat dijumpai dengan segala teknologi canggih di dunia ni. TAPI semua kejadian yang berlaku adalah KEHENDAK Allah dan dalam kekuasaan Allah. Kita semua adalah hamba-Nya. Jadi sebagai hamba, kita mestilah redha dengan ketentuan-Nya.

Memang terlalu senang untuk bercakap kan.. ye.. kita ni manusia, manakan mungkin kita sentiasa senyum dan pasrah apabila diuji dengan pelbagai dugaan. Kita semua pernah dan sentiasa mengeluh, menangis merenung nasib diri, menginsafi diri dan sebagainya... dan itu semua adalah perkara yang membawa kepada kebaikan kita sebenarnya... memberikan kita harapan untuk berusaha ke arah pembentukan diri yang lebih baik lagi.. Allah ingin mengajar kita sesuatu.. sesuatu yang kita tidak tahu.. 

Dikatakan, apabila kita seorang yang pembengis, Allah uji kita dengan situasi2 yang mencetus kepada tindakan emosi bengis kita.. dan yang sebenarnya, Allah uji kita sedemikian supaya kita sedar keadaan diri yang tidak sempurna, seterusnya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sama-sama kita mendidik diri ke arah minda yang positif.

MetroAhad 16 Mac 2014
 

Dalam artikel di atas, diceritakan kisah akhir zaman.

1- Akan datang kemarau yang panjang
2- Orang benar dikatakan berbohong dan orang berdusta dikatakan benar
3- Orang khianat diberi amanah dan orang yang amanah dikatakan khianat

Sama-sama muhasabah diri.
 

Monday, February 3, 2014

Tazkirah- siapa yang pertama kali .....

Sumber- whatsapp peribadi dari rakan2
kalau ditanya siapa yang pertama mencipta telefon, kita dengan mudahnya akan menjawab Alexander Graham Bell. Tapi kalau ditanya sapa yang pertama menulis Bismillah, tiada siapa yang tahu kan..
Jom ambik tahu serba sedikit pengenai perkongsian ini. Kalau ada yang kurang tepat, dimohon supaya dapat diperbetulkan kerana perkongsian sebegini tidak dinyatakan sumber rujukan.
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :    Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :     Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :  Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :   Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :  Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :  Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :  Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin AlAwwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :  Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.

Wednesday, January 15, 2014

Tazkirah: Perasan Tak?

PERASAN TAK ??

  • PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...
  • PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
  • PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
  • PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...
  • PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...
  • PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...
  • PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg TIDAK boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, 

ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3.Mati

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih dan penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan dan  lancarkan segala pekerjaannya..


sumber: dari group whatsapp peribadi

Tuesday, January 14, 2014

Tazkirah Kiamat

Sharing is caring!
 
Sumber dari group whatsapp akak.
 
 
Petanda KIAMAT menurut Agama Islam adalah:
  •           Kemunculan Imam Mahdi
  •           Kemunculan Dajjal
  •           Turunnya Nabi Isa (AS)
  •           Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
  •           Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  •           Pintu pengampunan akan ditutup
  •           Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati
  •           Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  •           Pemusnahan/runtuhnya Kabah
  •           Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  •           Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  •           Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
           
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
 
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
           
          
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
           
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu- ertinya hanya memikirkan duniawi drpda akhirat.         
 
Kerugian meninggalkan solat:
 
          Subuh:         Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:         Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:           Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:      Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya':           Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
         
           
          Nasihat Kubur:          
           
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
           
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM. ..
           
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca  AL-QUR'AN.
           
          4). Aku adalah tempatnya binatang2  yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
           
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
           
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,  bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
           
          7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
           
         
Sama-sama kita muhasabah diri!
 

Sunday, January 12, 2014

Tazkirah: khutbah terakhir Nabi

 Antara petikan dari khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW.. ni akak snap masa tengah nonton TV1.
 
 

Semoga dapat memberikan kita semua keinsafan dan memberikan kita peluang bermuhasabah diri ke arah menjalani kehidupan yang diberkati Allah.


 

Friday, January 10, 2014

Tazkirah: mencari keberkatan

 SHARING IS CARING!

sumber: dari group whatsapp

 'KEBERKATAN YG DICARI' - Petikan dari Ustaz Don Daniyal :

Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, ataupun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber lain kita perlu elakkan drp bercampur dengan darah daging kita.


  • Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu, pun ragu statusnya. 
 
 
Jadi ragu disebabkan - semasa waktu kerja:
  •  guna talian internet pejabat berjam-jam melayan Facebook peribadi, 
  • menggunakan telefon bimbit utk perbualan dan panggilan peribadi dalam waktu bekerja, 
  • lepak-lepak di kafeteria, 
  • ataupun konon keluar jumpa klien, tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
  • Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
 
  • Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. 
 

  • Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
  • Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim perjalanan ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke pejabat.
  • Sengaja lengahkan kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. 
  • Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa - 
  • bukan sebab Allah tak sayang.
 

  • Bukan sebab orang aniaya. 
  • Bukan sebab santau atau kerja jin. 


Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. 

Apabila musibah menimpa, tak perlu tuding jari tapi bertanggungjawablah atas perilaku sendiri." 

Jom muhasabah diri, bersihkan minda, sucikan hati - rezeki diraih diberkati Ilahi.

Wednesday, January 8, 2014

Tazkirah: urusan dunia urusan akhirat

SHARING IS CARING!

Renungan pagi:,

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
 
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah.

tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia


Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
  • Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
  • Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
  • kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
  • kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
  • kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...          

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman

  • apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
  • setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
  • kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
  • ke satu perjalanan yang jauh.
  • yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
 
sesungguhnya mati itu benar. 
Alam kubur itu benar,
Hisab itu benar
mahsyar Allah itu benar
syurga dan neraka itu benar...


Monday, January 6, 2014

Sedekah 1000 pahala


Alhamdulillah dengan izin Allah akak berkesempatan membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan saudara Fathuri Salehuddin. 




 Dalam buku beliau ada catatan ".. sesiapa yang bersedekah dengan ikhlas Allah akan menutup 70 pintu kejahatan."

Dan akak tertarik dengan konsep satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda iaitu sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

 

Jadi, apa refleksinya hasil dari pembacaan dari buku tu?

Selama ni akak tak pernah tahu pun pasal pahala 1000 kali ganda tu. Jadi dah tau ni akak nak kira jap... hihiks.. no no no.. alhamdulillah kerana Allah SWT sentiasa berikan rahmatNya dan dengan rahmat kasih sayang Allah dapat akak berkongsi bersama-sama keluarga, dengan adik-beradik yang lain. Akak masih ada lagi adik yang sedang belajar di IPT jadi alhamdulillah mana yang akak dapat bantu tu akak bantu.

hmm.. tiba-tiba lak akak terpikir untuk bantu pelajar yang lain. jap nak pikir macamana cara.. akak pun nak kumpul pahala.

ok ok.. dah tau dah.

akak rasa nak buat peraduan mengarang lah.. pemenang karangan yang terpilih akak akan bagi RM 50.



Kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di IPT ketika ini, apa kata korang tunggu makluman lanjut dari akak pasal peraduan ni ye. Of course ada kriterianya.. nanti akak pikirkan.

Sapa yang ada adik ke, sedara ke yang sedang belajar boleh lah maklumkan kepada pelajar-pelajar ni supaya boleh make a frequent visit kat blog akak.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...