Showing posts with label Kisah Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Kisah Akhir Zaman. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Orang Islam sendiri bantah laungan azan! Masya Allah.... ketahui citer sebenar..

Rupa-rupanya ada citer sebenar disebalik laporan polis ni..

Dikatakan pakcik ni yang memang merupakan seorang kariah kat masjid tu dah pun tegur mengenai bunyi speaker yang terlalu kuat.. tapi tak diendahkan oleh AJK masjid..

sudahnya pakcik ni buat report polis..

isunya, kalau dah ada AJK masjid, kenapa AJK masjid tak ambik cakna hal2 macam tu ye?

Apa salahnya kalu diperlahankan sket volume speaker tu ye? 

Islam itu indah.. Islam itu cantik..  dah keindahan dan kecantikan terletak dalam semua aspek kehidupan.. faktor bertimbangrasa, menerima teguran, memikirkan kesan baik kepada semua ahli masyarakat adalah aspek yang indah dan cantik yang diajar Islam.

Sama-sama kita ambik iktibar.

********** entri sebelum ****

Seorang ahli Pas seumur hidup membuat laporan polis membantah laungan azan ketika waktu Subuh di masjid berdekatan rumahnya.

Masya Allah.. ada jugak orang Islam macam ni.. kalau tengok rupa, bukanlah budak umur 2 tahun, tapi orang kata, "rumah kata pergi kubur kata mari.."

Kalau ye pun terlalu kuat, patutnya pergi je lah bagitau kat AJK masjid mintak pelan kan sket speaker kat masjid tu.. ni sampai report polis,.. alangkah kurang bijak dan kurang waras pemikirannya.. sedangkan kita selalu dengar, berapa ramai orang yang merasa sangat syahdu apabila mendengar laungan azan subuh.. sangat indah bunyinya.. tak de yang boleh ganti dengan lagu-lagu lain masa subuh tu.. lagi satu, tak sampai 5 minit pun.. hmmm..

Jadi sama-sama kita muhasabah diri, sanggup ke kita membantah laungan memuji Allah? masya Allah.




Saturday, April 19, 2014

Mayat di tepi jalan.. kenapa?

Satu lagi mayat ditemui di tepi jalan, di Bukit Minyak, Pulau Pinang.



Kenapa agaknya mayat diletakkan di tepi jalan? Sebabnya mudah:

  • untuk elakkan dari menanggung kos pengkebumian mayat.
yelah.. nanti nak kena upah orang gali kubur, nak mandikan dan uruskan mayat.. nak bayar kos kain putih lagi... jadi jalan paling mudah ialah letak kat tepi jalan.. panggil polis tolong uruskan..

Kalau berkafan macam ni mestilah mayatnya orang Islam kan.. sekarang pikirkan diri kita.. mahukah kita apabila dah tidak bernyawa lagi nanti, diletakkan di tepi jalan macam tu? tentu tidak kan.. nauzubillah..

Sama-sama kita muhasabah diri, semoga apabila saat Allah memanggil kita nanti, ahli keluarga dan/atau jemaah yang uruskan jenazah, dapat uruskan jenazah kita sebaik-baiknya dan selayak-layaknya sebagai seorang Islam... dengan doa dan talkinnya...


Saturday, April 12, 2014

Macam-macam manusia ni.. Ada jugak nak jadi setan

Sumber: HarianMetro 13 Feb 2014


Sumber
 


Gila: Manusia Nak Jadi Syaitan (sumber)

Lelaki ‘syaitan’
London: Seorang bekas pengawal keselamatan sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik yang menyakitkan untuk menjadikannya kelihatan seperti “syaitan.”
Dengan imej lidah bercabang, gigi taring tajam dan tanduk di dahi, Diablo Delenfer, 43, yang berasal dari Kent, kini kelihatan seperti Lucifer yang menakutkan.
Delenfer yang menggelar dirinya ‘artis pengubahsuaian tubuh’ kini berusaha untuk memasang implan besi yang dilekatkan dengan skru pada tengkorak kepalanya bagi mendapatkan imej syaitan bertanduk yang lengkap. 
Memandangkan ‘pengubahsuaian tubuh’ tidak dibenarkan undang-undang United Kingdom (UK), keseluruhan pembedahan itu dilakukannya tanpa bius.
 
Ya Allah, macam-macam pemikiran manusia ni.. apa yang diaorng pikir ye.. kena buat kajian mengenai pemikiran golongan ni..

 

Ya Allah, Kau jauhkan kami dari syaitan yang direjam. Kau tunjukkanlah kami jalan kebenaran yang membawa kami ke syurga-Mu Ya Allah.

Tuesday, March 25, 2014

Bila kita dah tinggalkan dunia.. apa harapan kita terhadap anak yang ditinggalkan?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Apabila telah mati seorang manusia, maka putuslah amalnya kecuali 3 perkara:

1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya


(Riwayat Muslim) 


Terpikir jugak, andai kita dah tiada di dunia, adakah anak kita akan doakan kita sepertimana ketika ini setiap hari kita doakan ibubapa kita?

"Ya Allah, jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa mendoakan kami. Semoga dengan doa mereka dapat mempercepatkan perjalanan kami ke syurga-Mu ya Allah. Amin."

Monday, March 24, 2014

Kembali kepada Allah

Tazkirah:

Ekoran peristiwa MH370, terlalu banyak coretan dan pandangan yang diterima dari orang ramai, dari pihak pengurusan kerajaan hinggalah ke pihak bawahan.. bahkan budak kecik umur 5 tahun pun siap boleh cerita pasal misteri kehilangan MH370 ni.. 

Disebalik segala kontroversi dan cerita2 misteri alam, mari kita sama2 muhasabah diri... merenung diri akan kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia.

Pada logik akal, memang amat mustahil kapalterbang yg sebegitu besar boleh hilang dan tidak dapat dijumpai dengan segala teknologi canggih di dunia ni. TAPI semua kejadian yang berlaku adalah KEHENDAK Allah dan dalam kekuasaan Allah. Kita semua adalah hamba-Nya. Jadi sebagai hamba, kita mestilah redha dengan ketentuan-Nya.

Memang terlalu senang untuk bercakap kan.. ye.. kita ni manusia, manakan mungkin kita sentiasa senyum dan pasrah apabila diuji dengan pelbagai dugaan. Kita semua pernah dan sentiasa mengeluh, menangis merenung nasib diri, menginsafi diri dan sebagainya... dan itu semua adalah perkara yang membawa kepada kebaikan kita sebenarnya... memberikan kita harapan untuk berusaha ke arah pembentukan diri yang lebih baik lagi.. Allah ingin mengajar kita sesuatu.. sesuatu yang kita tidak tahu.. 

Dikatakan, apabila kita seorang yang pembengis, Allah uji kita dengan situasi2 yang mencetus kepada tindakan emosi bengis kita.. dan yang sebenarnya, Allah uji kita sedemikian supaya kita sedar keadaan diri yang tidak sempurna, seterusnya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sama-sama kita mendidik diri ke arah minda yang positif.

MetroAhad 16 Mac 2014
 

Dalam artikel di atas, diceritakan kisah akhir zaman.

1- Akan datang kemarau yang panjang
2- Orang benar dikatakan berbohong dan orang berdusta dikatakan benar
3- Orang khianat diberi amanah dan orang yang amanah dikatakan khianat

Sama-sama muhasabah diri.
 

Friday, March 7, 2014

Masa tua.. berapa nilai RM yang kita ada?

 Membaca artikel "Berapa RM hari tuaku" seperti yang dipaparkan di bawah cukup menginsafkan akak. Ianya mengingatkan kita bahawa akan tiba satu hari di mana kita nanti berada di hujung usia.. keseorangan.. anak-anak sudah dewasa.. sudah mempunyai keluarga sendiri.. kita? sendirian meneruskan hidup. Itu hakikat kehidupan.

 Sumber- HarianMetro 28 Feb 2014

Dan apabila kita sudah tua, mungkin kita berharap pada sokongan dan bantuan anak2.. yelah.. kita dah berkorban banyak untuk anak2 takkan lah masa kita tua mereka langsung tak nak jaga kebajikan kita..

Itu kata kita.. hakikatnya.. setiap keluarga mempunyai tanggungan dan tanggungjawab masing2.. sebagai ibu bapa tentunya kita pun tidak sanggup untuk menyusahkan anak2 kan.. jadi hakikatnya, kita tidak boleh bergantung harap dan serahkan tanggungjawab pada mereka bulat2..

 

Jadinya, apa yang perlu kita buat sekarang ni?

Kita perlu fikirkan hari tua kita nanti.. mulakan simpanan hari tua.. sedikit2 lama2 jadi bukit.. pastikan juga kita ada rumah untuk berteduh nanti. seboleh-bolehnya nama kita lah.. jadi orang lain tak boleh ganggu kita kan..

Bagi yang mampu, mungkin boleh laburkan dalam sebarang bentuk simpanan lain yang boleh memberikan manfaat di hari tua nanti.. tapi yang penting, perlu ada
  • rumah untuk tinggal
  • sumber kewangan untuk menampung kehidupan seharian
Sama-sama muhasabah diri!

Wednesday, March 5, 2014

Bila hati dipalingkan dari rahmat Allah..

Dah akhir zaman ni kan macam2 perkara yang mengancam keimanan berlaku..

Sebagai seorang Islam, wajib kita mengutamakan Allah dalam segala hal. Sebab Allah yang menjadikan kita.. menjadikan seluruh alam ni..Jadi sebagai seorang islam, wajib kita beriman kepada Allah yang satu.

Makanya apabila kita mempertikai kewujudan Allah makanya itu adalah syirik yang boleh membawa kepada murtad.

Sama-sama kita ambik iktibar. Kita tidak selamanya hidup. Sampai masanya, kita akan mati. Selepasmati, ke mana kita? Sama-sama muhasabah diri.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua.
 
Sumber: HarianMetro 21 Feb 2014

Tuesday, March 4, 2014

Kisah wanita dan barbie

Ada jugak manusia yang nak jadi patung! Tak suka jadi manusia...

Yang paling tak masuk akal bagi mereka yang waras ialah, selain dari melakukan pembedahan mengubah bentuk tubuh badan sebab nak jadi macam patung barbie, wanita ni juga buat terapi untuk kosongkan otaknya. Dalam erti kata lain, wanita ni tak nak ada akal fikiran. Nak jadi macam patung barbie tu..

Mungkin wanita ni belum tau lagi macamana rasanya kalau dah jadi macam patung - tak bernyawa.

Kalau dah tak bernyawa, satu sen pun pelaburan yang dah dibuat ke atas tubuhbadannya tidak memberikan manfaat kepada dirinya kan..

manusia.. oh manusia.. macam2.

Sama-sama ambik iktibar!

Sumber: HarianMetro 21 Feb 2014

Wednesday, February 26, 2014

Bila aku kaya.. hari-hari hari raya... yang kaya raya di Malaysia

Sumber- HarianMetro 21-2-2014

10 Terkaya di Malaysia

Bila dah kaya jangan lupakan golongan miskin ye. Sebab Allah bagi kekayaan tu ada tujuannya. Supaya orang kaya menolong orang miskin.

Orang miskin lak sebenarnya membantu orang kaya. aikk camana nak bantu kalau miskin? Bila dah orang kaya bantu orang miskin dari sudut yang boleh meringankan beban kewangan atau kesulitan orang miskin ni, maka nanti orang miskin ni akan berdoa semoga Allah memberi rahmat kepada orang kaya ni. Barulah orang kaya dapat pahala. Bukan ke lagi banyak pahala lagi bagus sebagai jaminan masuk syurga?

Bagi orang kaya yang sentiasa membantu orang miskin, Allah jualah yang mampu membalas segala kebaikan mereka.
 

Tuesday, February 25, 2014

Ilmu itu penting untuk membezakan yang boleh dan tak boleh

Sumber- HarianMetro 23 Feb 2014
 
 
Apa yang korang tengok dari gambar kat atas? Seorang wanita menjadi imam kepada sekumpulan makmum lelaki. Di mana? di Amerika.
 
Soalnya bukanlah pasal TEMPAT. Sebabnya, baik di Amerika, di India, di China ataupun di Malaysia, memang TAK BOLEH wanita jadi imam.
 
Kenapa TAK BOLEH? Sebab dah HUKUM kata tak boleh.
 
Tapi BOLEH sekiranya wanita itu menjadi imam kepada sekumpulan wanita lain.
 
Jadi kita kena berbalik kepada AlQuran dan Hadis untuk rujukan. Bukan boleh main ikut perasaan je kan. Ditakuti nanti sesat dan lari akidah. Nauzubillah.
 
 

Monday, February 24, 2014

Trend seluar dedah punggung - cantik tak ....?

Bukan main dasyat nye budak2 skrg ni ye.
 
Sumber- HarianMetro 23 Feb 2014
 
Dah tak tahu dah apa yg boleh pakai apa yg tak boleh pakai.. suka2 hati je pakai kan..
 
kita nak nasihatkan apa ye? camana kita nak nasihatkan kalu mak ayah diaorng pun tak larang?
 
Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah supaya dapat mendidik anak dan keturunan kita dari apa jua perkara yang dilarang Allah. Amin. 
 
Dan sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk-Nya kepada kita semua. 
 
Selepas baca artikel kat atas, difahamkan lelaki pun ada pakai seluar singkat kat punggung so kalau duduk boleh nmpak spender lan.. dah kantoi ada lelaki yg pakai g-string.. ouchhhhh!
 

Sunday, February 23, 2014

Rumah makin mahal, takde tempat tinggal, Hidup dalam sangkar?

Sumber: HarianMetro 15 Feb 2014

Di Hong Kong beginilah keadaannya kini. Golongan kurang mampu terpaksa tinggal dalam sangkar. 

Bukan free tapi masih jugak kena bayar sewa pada kadar HK$1500 @RM646. Sewa sebuah apartmen ialah HK$16000 @RM6800 sebulan. Wow! Mahalnya.

Itu kira negara maju tu.. kita kat Malaysia macamana la nanti ye kita esok-esok dah tua .. nak tumpang anak2 takut nanti membebankan diaorng kan.. jadi camana ye. banyak dah kisah anak2 tak nak jaga mak ayah bila mak ayah dah tua..

 

So apa mak ayah kena buat sekarang ni ye? kena bersedia. Mak ayah kena beli 1 rumah khas untuk cadangan hari tua nanti. Kalau mampu beli banyak rumah, nanti kalau anak dah besar kalau diaorng nak duduk rumah tu mintak diaorng bayar sewa kan kan.. er kejam tak kejam tak.. hihi

Jadi bagi mak ayah yang masih lagi menyewa tapi mampu beli rumah sendiri, maka carilah rumah. kecik pun takpe.. janji rumah sendiri. bukan rumah sewa. sekarang ni kita segar dan kuat lagi bolehlah kerja.. cari duit nak bayar sewa rumah.. esok-esok bila dah sakit, sewa rumah pun takboleh bayar macamana kan.. nanti kena halau tuan rumah.. mana lagi nak pergi.. kalau rumah sendiri takde sapa boleh halau kan.

sekarang ni pun kerajaan dah macam-macam usahakan agar semua golongan ada rumah kan.. jadi kena tanya-tanya kan agensi2 yg berkenaan bagi yang sedang berusaha dapatkan rumah.

Jom kita ambik iktibar!

Friday, February 14, 2014

Tanda kasih ibu... kisah teladan

Pedoman dan peringatan buat kita semua sebagai ibubapa.

Sekarang ini di mana-mana sahaja, banyak cerita yang kita dengar mengenai ibubapa yang dihantar dan ditinggalkan terus di rumah-rumah orang tua. Mereka ada anak, tetapi tuntutan kehidupan dan komitmen rumahtangga lebih dipentingkan, lalu menyebabkan ibubapa yang tua akhirnya dianggap sebagai beban keluarga.

Ada ibubapa yang dilayan seperti orang gaji atau pengasuh anak. Ibarat menumpang kasih anak. Itu tak masuk lagi bab sakit pening.

Jadi, lebih mudah hantar ke rumah orang tua. Yang sedihnya, seperti yang dilaporkan oleh HarianMetro, sebuah rumah orang tua yang baru menghentikan operasinya telah meninggalkan sekumpulan orang-orang tua di rumah yang telah ditinggalkan. Sanggup mereka meninggalkan warga emas tu. Kalaulah tidak diselamatkan oleh orang yang lalu-lalang yang kebetulan terdengar suara tangisan warga emas ni, tak tahulah. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kita sebagai anak, setelah pelbagai pengorbanan ibu, sanggup kah kita ketepikan kasih sayang mereka sekelip mata begitu sahaja? Ingatlah perintah Allah dalam Surah Luqman ayat 14. 




Cerdikpandai mengatakan dunia ini bulat dan 'what goes around comes around'. Maksudnya, apa jua perbuatan kita yang kita lakukan balasannya akan kita terima juga. Kalau kita berbuat jahat kepada ibubapa, mungkin anak2 pun berbuat yang sama kepada kita. Jadi kalau kita hantar ibubapa ke rumah orang tua ketika di zaman ini, tak mustahil anak2 berbuat perkara sama kepada kita akan datang.

Mereka kata seotang ibu boleh menjaga 10 orang anak. Tapi belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu.

 Sumber : MetroAhad, 9 Feb 2014
 

Dan kasih seorang ibu akan sentiasa berada bersama-sama anaknya, walau diperingkat usia manapun.

 Sumber: HarianMetro, 8 Feb 2014
 

 SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU!

Sama-sama muhasabah diri. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat kasih sayang Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...