Showing posts with label Cabaran Langsing Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Langsing Shaklee. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

ke Gym la pulok..

Atas kesedaran yang maha tinggi dan semangat juang ingin kurus yang terlalu membuak-buak, maka akak dan 2 lagi kawan akak berpakat pegi gym..

so dah 4 minggu kami gi gym.. akak dah turun kilos gitus.. seronok sangattttttt... tak terkata apa-apa dah.. 


apa yang penting istiqamah.. ye betul!

Raya dengan shape baru nanti...yesssssss..

Sunday, March 2, 2014

Cara terbaik minum cinch shaklee.. memang delicious!

Kalau ada yang minum cinch shaklee, tapi hanya kacau dalam gelas je, memang akan nampak la saki-baki tak sempat larut dalam air kan.. hmm... x best gitu tau..

so, sebab akak hanya nak makan yang terbaik dan best gitus, akak campurkan cinch shaklee tu  dengan susu segar dan blend...

Hasilnya? terbaek gitus... nak kurus kan? so jom kurus cara sihat dan cara delicious gitus.. nanti lambat kurus? ello... biar lambat asal selamat ok.
 

Friday, February 7, 2014

Langsing dengan Vitamin C? Ye ke? Ye..


Ye ke boleh langsing ngan Vitamin C? Boleh dik! 

Bukan akak yang cakap, memang banyak artikel/majalah yang cakap macam tu.. akak ni bukan pakar pemakanan yang nak mengaku ini itu kan..   hihihi.. akak ni ahli akademik jadi setiap apa yang diperkatakan akak akan cari fakta bagi menyokong maklumat tu. Seronok kalau baca maklumat yang ada fakta hasil dari penyelidikan atau pengalaman ni, sebab kita rasa maklumat tu boleh dipercayai. Kalau maklumat tu macam bagus sangat tapi tak tahu rujukan asal, pun boleh mendatangkan kekeliruan kan. Yang nyata, sebarang maklumat yang datangnya dari kita, maka kita kena bertanggungjawab terhadap kebenaran atau kesahihannya. Betul tak? Jadi kalau ada yang nak menuduh-nuduh orang tu, pastikan cari maklumat dulu, barulah boleh berhujah dengan sebab-musababnya kan..

ok, jom back to business!

Apa itu Vitamin C? Apa kelebihan Vitamin C?
(Sumber

Vitamin C adalah vitamin larut air yang tidak dapat disimpan dalam jumlah yang besar di dalam badan. Lebihannya akan dibuang melalui pembuangan air dari badan kita. Vitamin C penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tulang, gigi, kulit dan tisu-tisu badan. Jadi, kita perlu mengambil vitamin c dalam pemakanan kita setiap hari.

Vitamin C berfungsi untuk:
  • meningkatkan penyerapan zat besi dan sumber tumbuh-tumbuhan
  • membantu mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser dan penyakit kronik lain
  • melindungi dari jangkitan dan menjaga sistem imun yang sihat

Sebab bagus sangat Vitamin C ni kan, jadi akak bagi abe nik makan vitamin C lepas  pembedahan abe nik untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman.



Mana nak dapat sumber vitamin C ni? 

Ada banyak sumber buah-buahan dan sayur-sayuran yang dapat memberikan vitamin C ni. Buah lemon memberikan sumber vitamin C yang sangat baik.



Apa kehebatan lemon ni?  

Lemon boleh menguruskan badan! So, kiranya diet lemon la kan.


Tak caya?

 Jom baca!

Sumber: Mingguan Wanita, 21-27 Jun 2013, Bil 1544 , ms 74

  

 Artikel di atas menyarankan mereka yang nak kurus ni supaya melakukan perkara berikut:

  • jangan ambil nasi atau sumber makan dari gandum selama seminggu. Hanya tambahkan jus lemon ketika makan menu berat seperti sayur-sayuran dan lauk-pauk. Ini adalah proses detoks.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Elakkan makanan berempah dan bersantan.
  • Boleh ambil lemon beserta madu kerana kombinasi kedua-duanya menjadi antioksidan yang berkesan dan sangat efektif untuk membantu menurunkan berat badan melalui pembakaran lemak.

Bagaimana cara nak minum jus lemon ni?

Mudah je. Sediakan 1 gelas air suam. Hiris lemon dan perah lemon ke dalam air suam tu. Kemudian minum! 

Dan pastikan pengambilannya SETIAP PAGI ye! Ramai yang bagi nasihat sama.. Doktor Oz yang popular tu pun suruh amalkan lemon jus ni. Doktor Hamid Arshat pun bagi petua sama.


 

Bergantung kepada badan masing-masing, selepas minum jus lemon ni, proses pembuangan lemak akan berlaku. Jadi bersedia untuk kurus!

Betul ke berkesan?

 Tak percaya? Akak pun sedang mencubanya dan rasai keberkesanannya. ooo, sapa lagi selain akak? ops.. yelah akak bukan artis kan.. tak popular kan.. ahaks.. ok ok.. akak sedar..

ok ok.. jom kita tengok artis luar negara lah.. jangan tak tau, model Heidi Klum dan artis Jennifer Anniston pun amalkan diet lemon ni untuk kurus!


Ada lagi tak cara lebih mudah untuk kurus?

Dah tentu ada dik. Ambil la Vitamin C dari Shaklee. Akak pun ambil Vitamin C Shaklee.

Hanya ambil 1 tablet setiap pagi dengan air suam. Itu aje!




Macam tak percaya? Cari kebenarannya dengan mencuba dan mengalaminya sendiri! Jom sama-sama kurus!

Nak order? Boleh sms je. Nak tahu harga?


Monday, February 3, 2014

Khasiat Lemon - Sumber Vitamin C!



Sumber: Mingguan Wanita, 21-27 Jun 2013, Bil 1544, ms.74


Khasiat Lemon:
  •  baik untuk perut - Minum jus lemon secara teratur dapat meringankan masalah pencernaan

  •  perawatan kulit - Lemon menjadi ubat antiseptic semulajadi yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit

  • Perawatan gigi - Jus lemon segar yang dititiskan pada gigi yang sakit boleh membantu menghilangkan rasa sakit gigi

  • Pulihkan jangkitan tenggorok - Minum jus lemon boleh membantu memulihkan jangkitan tenggorok dan tonsil akibat bakteria

  • Menurunkan berat badan - Minum air hangat yang dicampurkan lemon dan madu boleh membantu mengurangkan berat badan.

  • Mengawal tekanan darah tinggi - Kandungan kalium yang tinggi di dalam lemon boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi, mual dan menenangkan fikiran.


Jadi  nak mendapat khasiat lemon seperti yang dinyatakan di atas, bolehlah pergi mencari lemon di kedai sekarang! Kemudian, selepas basuh lemon tu, potong dan perahkan ke dalam air suam.



 

Rasa tak yakin untuk menyempurnakan misi minum jus lemon ni? Ada cara yang lebih mudah!

Ya. Tablet vitamin C dari Shaklee! Hanya ambil 1 tablet dan telan. Kemudian minum air suam. Itu je.






Cubalah. Kalau kita tak cuba kita tak tahu. Pengalaman orang berbeza-beza.

Nak tahu harga? Nak order? Boleh je.



Thursday, January 16, 2014

Kata Lecithin dan Alfalfa boleh kuruskan badan... tapi napa makin gemuk ea?

Atas faktor ingin berkongsi dan mendapatkan testimoni melalui pengalaman diri sendiri, akak telahpun mencuba suplemen Shaklee Lecithin dan Alfalfa yang dikatakan mampu menyumbang kepada proses menguruskan badan seseorang.


 

Camana makan?

Alfalfa ni makannya 10 biji sehari dan Lecithin ni 6 biji sehari. Jadinya selepas makan akak ambik 
  • Alfalfa 5 biji pagi dan 5 biji malam
  • Lecithin 3 biji pagi dan 3 biji malam

OK.. so patutnya kalau dalam 2-3 minggu tu dah boleh lihat penurunan kan.. masalahnya, tak dak la pulak penuruna.. tapi kenaikan ada la.. makin bertambah berat akak dik oii!



sampai semua seluar jeans pun dah tak muat u..




Jadinya, tersangatlah ingin tahu kenapa lak boleh jadi macam ni? Dah makan produk yang boleh menguruskan badan tapi badan tak kurus pun. Kenapa? Mengapa?


Rupanya akak terlepas pandang beberapa fakta nih..
  • Cara makan suplemen yang betul
  • pengambilan makanan (diet) yang betul
 
 ooo  patutlah.. so caner cara makan yang betul? Nanti akak share dalam next entry. Tungguuuu..

 




 





Thursday, December 26, 2013

Dulu gemuk sekarang kurus langsing.. tapi flabby?


errr.. kebetulan tengok kat TV ada citer pasal weight loss nih..

So this lady nak lose weight, dulu berat dia around 300 paun..


dalam masa 9 bulan kot, dengan hanya melakukan exercise dia berjaya kurus tapi terlalu banyak flabby skin yang ada sampai dia kena buat operation untuk buang semua flabby skin tuh..



dan sekarang ni this lady tersangatlah slim.. jeles gituh.


tapi kalu kurus lepas tu kena wak operation, maunya kita pikir 2-3 kali nak wak exercise kan..

so, lebih baik kita pikirkan cara yang lebih mudah sket.. tapi sihat dan berkesan dan selamat..

Banyak testimoni pasal set langsing Shaklee.. boleh google kat internet..

JOM


with



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...