Wednesday, May 8, 2019

Akhirnya doktor sahkan daku ada fibroid! huhuhu



Jadinya lepas tulah kak izang teru menerus mencari maklumat lanjut pasal fibroid nih.

Tujuannya adalah untuk menghilangkan fibroid ni. Tanpa menjalani pembedahan. Sebab nya ada juga rakan wanita yang dah buang fibroid tapi akhirnya fibroid tumbuh semula... dan beliau dah bedah sebab fibroid ni kali ke 3 dah.. huhuhu.


Wednesday, April 10, 2019

Testimoni positif pengguna Youth Shaklee skincare

Kak izang memang pengguna tegar Youth. Sejak bulan Oktober 2018. Memang pakai set lengkap dah sekarang ni.



Memang puas hati sangat pakai Youth ni tau. Dah lah selamat, berkesan pulak! Tak ke idaman semua wanita. kan kan.

Jom kita tengok testimoni mereka yang dah menggunakan Youth ni. Ke semuanya mendapat kesan yang positif.

Sumber












Bulan April 2019 ni Shaklee ada offer tau. Menarik sangat. Khas buat ahli baru sahaja. Dapat beli set Youth Shaklee dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.




So apa uoll dapat ye? Dapat Youth Welcome Set yang mengandungi produk berikut:
1. Youth Luminous Gel Oil CLEANSER
2. Youth Perfecting Skin TONER
3. Youth Age Defense MOISTURIZER - SPF 50
4. Youth Advanced Renewal NIGHT CREAM

Harga retail bagi set ini ialah RM 850. Tapi bila dah jadi ahli, boleh beli dengan harga RM 680. Tapi April ni Shaklee bagi offer sangat berbaloi untuk ahli baru. Harga lagi rendah iaitu pada RM 612!


Jadi, jom kita mula menggunakan Youth skincare!

Boleh ode ngan kak izang sekarang. Wasap je 019 9695787.





Tuesday, April 9, 2019

Kenapa BADAN PERLU DETOKS!!!


Sumber: Shaklee

Jerebu” (pencemaran udara) meningkatkan risiko rakyat Malaysia diserang penyakit semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.

Lima Saluran Utama Toksin yang perlu diberikan perhatian

1. PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.
2. UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.
3. AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.
4. TUBUH BADAN
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.
5. GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

TUBUH BADAN MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA


Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.

PARU-PARU - membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.
SISTEM LIMPA - beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.
BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.
SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.


DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS


Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks? Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!
Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda. 

Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.

Jom detoks badan anda hari ini juga!

#JomDetox






Sunday, March 17, 2019

Berdiet ikut jenis darah. Yang boleh makan dan yang patut dielakkan!

Mungkin dah ramai yang telah berdiet tapi hasilnya tetap mengecewakan. Nak tahu sebabnya?

Mungkin ada kaitannya dengan jenis darah dan jenis makanan. Ada makanan yang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai darah jenis tertentu.. dan ada juga jenis makanan yang perlu dielakkan.

Mengetahui perkara penting ini akan memudahkan uoll merancang menu diet. Elakkan makanan yang boleh meningkatkan berat badan dan lebihkan makanan yang boleh menurunkan berat badan.




Jom kita tengok jenis makanan yang disarankan untuk uoll yang nak turunkan berat badan.



  • Darah jenis O: Lebihkan seafood, daging merah, brokoli, rumpai laut, bayam, minyak zaitun. Elakkan gandum, jagung, kobis, bunga kobis dan produk tenusu.
  • Darah jenis A: Lebihkan seafood, sayur, nenas, minyak zaitun dan soya. Elakkan produk tenusu, gandum, jagung and kecang panjang.
  • Darah jenis B: Lebihkan sayuran hijau, telur, hati dan teh licorice. Elakkan ayam, jagung, kekacang, bijan dan gandum.
  • Darah jenis AB: Lebihkan tofu, seafood, sayuran hijau dan rumpai laut. Elakkan ayam, jagung, gandum dan kacang panjang.





Jadi jom cuba ikut apa yang disarankan dan tengok sendiri adakah ianya betul-betul berhasil atau tidak.





Tuesday, March 12, 2019

Kenangan kereta MyV

Mac 4, 2019

Kisahnya, adik kak izang pinjam kereta. Nak hantar kawannya naik bas pulang ke Kelantan. Adik kak izang sorang lagi pun ikut sekali menemani.

Dipendekkan cerita...kat highway menghala ke Paka.. mereka terbabit dalam kemalangan. Kereta yang dipandu adik hilang kawalan. Berlanggar dengan divider tengah jalanraya. Hentakan sangat kuat sehinggakan airbag keluar...

Syukur syukur syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Allah melindungi mereka. Syukur alhamdulillah. Cumanya adik yang duduk kat belakang memang tak pakai seatbelt.. jadi beliau mengalami pendarahan di kepala..ditahan di wad sehari dan dibenarkan pulang.

Apa pun, syukur alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segala urusan yang berkenaan dan berkaitan dengan keperluan yang perlu diuruskan.

Terima kasih juga kepada pengguna jalanraya yang sudi menghulurkan bantuan menemani mereka bertiga dari awal sehingga ambulan datang. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan pahala dan keberkatanNya.

Bagi kak izang, di atas ketiadaan kereta MyV yang dialami dan dirasai ketika ini, semoga Allah menggantikannya dengan kemudahan yang lebih baik. InsyaAllah Amin.


Inilah gambar kereta yang sempat dirakam di tempat kejadian.














Saturday, March 2, 2019

Penghidap tiroid WAJIB BACA: Tiroid Detox

Minggu lepas kak izang berpeluang bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat berada dalam satu majlis bacaan Yasin. Tujuan diadakan majlis bacaan Yasin pada hari itu adalah untuk memohon kesejahteraan dan kesihatan buat rakan-rakan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan yang kritikal. Semoga Allah menyembuhkan kak Jana dari kanser yang dihidapi. Kesembuhan juga dipohon buat semua termasuklah seorang lagi staf yang sedang menderita penyakit tiroid.

Penyakit datang tanpa mengira siapa tanpa mengira tempat dan masa. Itulah ujian yang diberikan Allah. Mungkin juga itu adalah asbab untuk Allah memberikan pahala kepada kita yang perlu berusaha untuk mencari kesembuhan ke atas penyakit yang dihidapi.



Berbalik kepada penyakit tiroid ini, kepada mereka yang sedang berhadapan dengan penyakit hipotiroid, ini ada maklumat menarik mengenai kelebihan mengamalkan detox.

Nasihat yang diberikan adalah:
  • Elakkan mengambil makanan yang dapat memberikan keradangan seperti gula, gluten dan produk tenusu.
  • Tingkatkan pengambilan makanan bernutrisi seperti ikan dan banyakkan buah-buahan dan sayuran. 
  • Amalkan sup tulang yang kaya dengan asid amino yang tinggi iaitu Glycine dan Proline. Ianya penting untuk membantu hati membuang toksin dari badan.
  • Amalkan suplemen.

Pesakit juga sangat disarankan untuk hanya mengambil makanan berasaskan organik dan minum air bertapis. Ada banyak website yang menyalurkan maklumat mengenai resepi detox bagi penghidap tiroid.




Sepanjang program Detox, anda disarankan untuk mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Makan mengikut menu diet yang betul.
  2. Minum air secukupnya.
  3. Ambil suplemen detox yang bagus
  4. Pastikan pembuangan toksin berlaku (elakkan sembelit)
  5. Rujuk pakar nutrisi dan doktor yang arif dalam aspek detox

Antara makanan yang disarankan untuk mereka yang ingin memulakan program Detox ialah


Mana nak dapatkan semua tu? ha.. inilah yang kak izang nak citer.

Semua tu boleh diperolehi secara mudah dengan set Detox Shaklee. Shaklee dan sediakan untuk kita. Tinggal kita ambil je tablet tu dan telan. Semudah A B C. Inilah dia set Detox yang mengandungi makanan terbaik untuk membuang toksin dari badan.


Tapi sebelum anda melakukan program Detox, ada baiknya anda mendapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar. Sertailah program Detox yang terbukti memberikan maklumat yang tepat dan diberikan oleh pakar nutrisi yang terlatih.

Program Detox Shaklee merupakan satu program Detox yang sangat sistematik dan telah berjaya mengumpul testimoni yang positif dari peserta yang menyertainya.

Pada ketika entri ini ditulis, program Detox yang dijalankan oleh kumpulan LAT family telah pun melaksanakan program Detox 5.0.

Program Detox 6.0 akan berlangsung tidak lama lagi. 

Jom join sama-sama.

Hubungi kak izang 019-9695787  untuk join group ni.


Wednesday, February 27, 2019

Produk Shaklee mahal la... Ye ke?

Bila dengar harga produk suplemen Shaklee sekian sekian, ramai customer yang macam mengeluh.. kata mereka harga mahal la.. tak mampu lah..


Memanglah mahal kan.. dah produk bagus kan.

Macam kereta jugak. Kereta BMW ngan kereta lain.. memang jauh sangat beza harganya kan.



Tapi kualitinya.. masyaAllah.. terbaik!

Tapi gitulah... kita ni kan.. berkira sungguh bila nak melabur pasal kesihatan.. tapi langsung tak berkira bila nak beli barang-barang keperluan lain..

Sedangkan kesihatan tu sangat sangatlah tak ternilai harganya kan..



Jadinya kak izang nak bagitau lah.. Shaklee ni ada menawarkan produk pada harga mampu milik kepada semua golongan.

Kalau rasa mampu, boleh beli suplemen yang harga RM 400 ke atas. Shaklee ada Vivik yang berharga RM 475. Kesannya sangat sangatlah superb! Kenapa? Sebab Vivix ni sangat tinggi dengan antioksidan yang mampu sampai ke tahap membaiki sel-sel rosak! Banyak sangat testimoni kebaikan Vivix kepada pesakit yang kena serangan strok yang berjaya sembuh dengan lebih cepat.



Itu Vivix. Suplemen Shaklee paling mahal.

Shaklee juga ada suplemen yang harganya bawah RM 60! Ye ke? Iyeee. Murah dan mampu milik kan. Ini senarai suplemen Shaklee mampu milik:



Dan ada beberapa suplemen Shaklee yang berharga bawah RM100, antaranya:

Masih lagi rasa mahal? Tepuk dada tanya selera!

Yang sedang berkira-kira nak beli suplemen boleh contact 0199695787.







Monday, January 28, 2019

Ada apa dengan ESP dan Cinch Shaklee?

Sejak berdiet jaga makan ni, memang kak izang meminimakan makanan semampu mungkin. kikikihh

Jadinya.. bila dah kurang makan ni... kak izang mencari alternatif la.. contohnya..kena makan protein banyak kan.. jadi kak izang bertukar kepada suplemen protein.

Dan sekarang inilah dia favourite kak izang!


ESP 

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat




Cinch




Makan dengan bijak, Shake dengan sihat. Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat tersebut. Jika anda ingin menurunkan berat anda dengan berkesan, inilah caranya. Cinch® Shake Mix adalah minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.


Jom! Jaga kesihatan!

Nak cuba ESP dan Cinch Shaklee? Boleh hubungi kak izang 0199695787. Nanti kak izang ajar awak cara pengambilannya.









Wednesday, January 23, 2019

CoQ10 dan Vivix dan Penuaan: Apa kaitannya?

Penuaan... semua orang mengalami proses penuaan.. penuaan menyebabkan perubahan ketara kepada fizikal badan.. contohnya penuaan akan menyebabkan kedutan pada wajah..dulu muka tegang.. bila dah makin berusia maka akan kelihatanlah kedut di kulit wajah..

Ya.. semua orang mengalaminya..

Cepat atau lambat je.

Boleh ke kita lambatkan proses penuaan ni? jawapannya BOLEH.

Dengan mengamalkan COQ10 dan Vivix.

COQ10 dapat memperlahankan proses penuaan.

Penuaan merupakan proses kompleks yang melibatkan kemerosotan secara progresif dalam prestasi organ-organ.
Potensi untuk Co Q10 memperlahankan proses penuaan ini adalah amat besar memandangkan peranan Co Q10 dalam penjanaan tenaga sudah pun diterima dengan meluas.
Sistem tenaga yang cekap boleh membantu memperlahankan kemerosotan dalam badan yang berlaku akibat proses penuaan.
Di samping itu, Co Q10 juga merupakan sejenis antioksidan yang berkuasa. Lokasinya di mitokondria, tempat di mana tenaga dan radikal-radikal bebas dijanakan, terbukti sangat berfaedah dalam mencegah kerosakan DNA mitokondria yang mungkin secara langsung akan mengurangkan pengeluaran tenaga.

Vivix adalah produk anti-penuaan yang terhebat.

Vivix bertindak dengan 4 mekanisme penuaan sel iaitu:
1. Melindungi dan membaiki DNA seterusnya Vivix melindungi DNA daripada kerosakan 
2. Menyelaras genetik seterusnya membantu melambat penuaan sel.
3. Meningkatkan pengeluaran tenaga sel dengan pembentukan mitokandria baru (mitokandria ni adalah penjana tenaga dalam tubuh).  
4. Memperlahankan proses penuaan (AGE – advanced glycation end products)
Jika AGE banyak sangat dalam badan boleh menyebabkan kerosakan sel. Jadi ramuan dalam Vivix 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol mampu melambatkan pembentukan AGE.
Bagaimanapun Vivix bukan sekadar mempunyai resveratrol, malahan ia 10 kali ganda lebih berkuasa berbandingnya disebabkan campuran polifenol.

JADINYA....

Amalkan 2 produk penting ni hari ini.




Jom ode sekarang!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!