Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Petanda tsunami di Sabah?

Lambakan ikan di Lahad Datu Sabah mengundang pelbagai persepsi. Banyak yang mengaitkan fenomena ini dengan petanda datangnya musibah seperti yang berlaku di Acheh. Betul ke?

Kita tak tahu. Segala yang ada di alam ini milik Allah dan di dalam kekuasaan Allah. Segalanya dipinjamkan kepada kita. Selebihnya, kita berserah kepada Allah.

Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan kita di mana sahaja kita berada, selamat di dunia dan selamat di akhirat.


29 Dis 2013

Saturday, December 21, 2013

Muhasabah kesan dari banjir besar pantai timur Disember 2013


Beberapa petikan dari bloggers yang akak perolehi hasil dari random websurfing - kredit, kredit

" Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini."

" Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 22,040 orang malam ini berbanding 22,706 orang pada sebelah petang. "





Bagi mereka yang mengalami kesan banjir tersebut, diharapkan agar kita perbanyakkan sabar.. merenung diri, mengingati Allah dan bersyukur. Kenapa bersyukur? sebab apa yang berlaku ada hikmahnya.. kita mungkin belum nampak lagi hikmahnya tu sebab kita masih lagi dihambat rasa kesal dan sedih atas kemusnahan harta benda yang berlaku ekoran kejadian banjir tu kan..

Hakikatnya, kita wajib bersangka baik dengan Allah.. ujian ini yang terbaik Allah bagi... Kalau Allah bagi kat kita semua apa yang Allah bagi kat tempat lain tu macam taufan Katrina ke.. taufan Haiyan ke, mungkin ada anggota keluarga kita yang tak bersama ngan kita kan.. mungkin juga kita keseorangan kat dunia ni.. mungkin juga kita dah tak de kat dunia ni.. mungkin hanya anak kita sorang je yang ada.. banyak kemungkinan yang tak akan habis... jadi bersyukurlah..

Dan jom kita pandang ke depan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita selepas ini... segalanya milik Allah kan.. semoga apa yang Allah beri kepada kita dapat memberi kesedaran kepada kita semua sebagai makhluk Allah di mukabumi ni. betapa kerdilnya kita kan..

Akak terpanggil untuk berkongsi rasahati sebagai muhasabah diri kesan dari peristiwa banjir itu hari.

Pertamanya di penempatan banjir..Ni gambaran yang diperolehi di sini


Pusat pemindahan pun naik air!



Banyak bentuk Bantuan yang diperlukan.. seperti:
  • makanan dan air minuman
  • pampers bayi, wanita dan orang dewasa
  • kemudahan rapi diri - sikat, bedak bayi
  • peralatan perubatan - minyak angin, minyak gamat, cool fever
  • pakaian untuk semua golongan, tuala, seluar dalam lelaki/perempuan
  • sabun mandi, berus gigi, ubat gigi
  • selimut, tilam, tikar
  • beg /plastik sampah
  • tong sampah
  • barang permainan kanak-kanak
  • penyapu
  • selipar
  • kerusi malas buat golongan yang ada penyakit/warga emas

Alhamdulillah banyak bantuan yang datang dari segenap lapisan masyarakat yang prihatin dan dari segenap ceruk rantau.. semoga agihan bantuan dan sumbangan dibuat dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kepada yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan harta benda semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada anda sekeluarga.




Namun ada juga beberapa kes yang perlu diberi perhatian yang melibatkan aduan orang ramai.. harapnya kita juga jangan asyik mengadu je nakkan keselesaan tanpa mahu berkompromi dengan orang lain kan.. kena jugak pikir pasal orang ramai yang lain kan..


Aduan yang patut diberi perhatian
sini, kredit



  • kenderaan yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan dikatakan menjadi punca bantuan makanan tidak dapat disalurkan dengan lebih cepat ke destinasi yang diarahkan..


Gambar: DTR Ai ~ Keadaan di simpang 3 permatang badak. Kesian tdo di jejantas je

info & pic ~ mokhzani pielangbikers wazup group


  • Ada juga yang bersikap tamak dan tidak prihatin di atas kesulitan yang dialami orang lain. Orang macam ni memang ada di mana-mana. Sekurang-kurang Allah dah tunjukkan perangai busuk dia secara terang-terangan.. jadi next time kita beringat, tak payah berkawan dengan orang macam ni. Allah Maha Adil. orang tamak ada balasannya.



  • Bantuan yang ditunggu tak datang tapi Allah permudahkan juga urusan memindahkan pesakit jantung.



  • sesama sendiri pun ambik kesempatan.. pertolongan diberi mengharapkan bayaran. tiada lagi keikhlasan untuk mendapatkan pahala Allah.. masyaAllah.




  • tempat penempatan banjir bercampur lelaki dan perempuan.. jadi pengurusan pusat penempatan perlu lebih peka..


Bundaberg flood evacuation centre


Yang boleh dipraktikkan di pusat penempatan kita pada masa akan datang, 

  • penyediaan kemah - dengan adanya kemah ni, lebih privasi terutama mak2 yang menyusukan anak, yg ada anak dara

 kredit, kredit





  • mungkin juga boleh diletakkan kain buat pemisah di antara satu keluarga dengan 1 keluarga yang lain seperti di sini


FLOOD SURVIVORS. Residents affected by flooding due to heavy rains exacerbated by Tropical storm Maring (Trami) set up inside a basketball gym serving as an evacuation center in the town of Calumpit, Bulacan, August 22, 2013. Photo by AFP/Ted Aljibe
  • baju-baju sumbangan digantung dan ditunjukkan secara terang-terangan, kemas tergantung siap dengan hanger lagi untuk kemudahan mangsa banjir yang memerlukan. (foto di bawah kredit- kelab caknaalam UiTM Terengganu)


Displaying IMG-20131217-WA0007.jpg

dan bukannya dilonggokkan sambil orang-orang mencari dan memijak-mijak pakaian2 tu.




Seboleh mungkin kita mahu supaya kerajaan mempunyai pelan dan perancangan penempatan banjir yang lebih efisyen untuk keselesaan orang ramai.. mungkin kita cepat membandingkan tempat kita dengan di negara lain yang lebih maju seperti di Jepun atau di Thailand..

kredit

Jepun dan Thailand



Thailand


Selepas apa yang berlaku, akak pasti Majlis Keselamatan Negara akan lebih praktikal dalam mencari kaedah terbaik menguruskan permasalahan penempatan bencana alam.

Walaupun kita masih belum mampu untuk menguruskan kemudahan penempatan banjir secekap dan sebaik di negara lain, tapi BERSYUKURlah sebab kita LEBIH BAIK dari mereka yang berada di tempat lain

Evacuated flood-affected villagers sit with their animals as they travel to a safe place

BERSYUKUR kerana kita masih lagi selamat di bumi Allah ini


BERSYUKUR kerana kita masih ada KELUARGA di sisi 



Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar














Rujukan dan kredit gambar:
semua gambar perolehi hasil dari carian google image 

Monday, December 9, 2013

Alamak. Banjir la pulak..

Dungun 10 Disember 2013

Dari semalam ke pagi ni hujan tak berenti-renti.. suspen gak..tengok kat luar rumah, aduhai, depan garaj dah ada air kat buku lali dah.. bila check rupanya longkang dah penuh ngan air.

Kat beranda luar rumah, tempat letak kerusi makan, air dah banyak dah.. letak kain lap pun kejap je serap air.. banyak lagi air kat atas lantai tu.. bocor atapnya.. aduhai.. x dapat nak kata apa-apa dah.. yelah.. reda je.
 

lamari buku pustaka mini kat luar pun dah bergenang ngan air dah.. semua buku kat rak dah kena air yang turun dari atap yang bocor.. reda je..
 

 wahai izang.. ni kira oklah lagi.. cuba ko tengok orang kat kemaman tu.. nampak bumbung je tau.. erhmm.. be thankful.. 

ampunkanlah dosa kami ya Allah. 
Permudahkanlah urusan kami dan bantulah kami. 
Tunjukkanlah jalan keluar dari segala apa jua kesulitan kami dengan cara yang Kau kehendaki menurut penilaianMu ya Allah.
 

Thursday, December 5, 2013

Citer banjir 2013

Jom tengok gambo pasal banjir nih.. sebenarnya terlalu banyak.. ni kira yg terpilih je lah..

Wednesday, December 4, 2013

Kuala Berang banjir lagi

4 dis 2013

Hujan yg tidak berenti bertemankan guruh telah menyebabkan banjir di kawasan kuala berang.. memang benarlah kata org tua2.. kalu ujan pastu dengar guruh sekali mungkin jadi banjir besar lah.. kira heuristic lah kan..

So back to my story..

Ni gambar kat jalan besar.. boleh nampak sek SKTAI separuh bangunan tenggelam..

Gambo kat bwh lak depan umah mak akak kat kg.. cuba tengok.. mula2 mat apiq sempat lagi main atas jalan.. kejap je lepas tu dah penuh dah air..

Friday, January 11, 2013

Aktiviti wajib selepas banjir

Macam biasalah... selepas banjir kena bersihkan rumah.. kesian kat adik2.. tp nak wak camana. Terpaksa. Aku hanya tolong tengok je. Tak boleh byk bergerak nanti mak marah.
Aku berpantang mcm org bersalin je. Makan bubur nasi. Tu je yg boleh makan. Yg lain kena pantang terutamanya yg goreng2. Takut bernanah nanti kat jahitan tu. Tu pun aku makan biskut dan roti pun aku rasa gatal2 sket kat kerongkong. Mungkin biskut tu ada berminyak kot. Er yelah.. mentega kan. O lupa lak.

Wednesday, December 26, 2012

sebelum sampai ke bukit tok bat

ingatkan dah ok dah. depan ada lagi. yg paling besar lak tu. xleh redah redah lagi. kena patah balik jugak jawabnya. tutup terus jln. air laju lak tu.

 so hari ni xdang sampai kat bukit tok bat.

nasib la boleh tumpang  rumah cikde kat taman kirana ni.



k

sikit agi nk sampai tapi...

25 disember 2012
dah nk smpai kuala berang dekat kedai zuki maju berhampiran KIST kena mengharungiair... redah je sekali lg

lepas tu nak smpai kat bukit mustaja tu yg ada  tabika tu tengok rumah2 dah separuh je nampak

h

Tuesday, December 25, 2012

banjir lagi

dari kuantan ke hiway  jerangau kira lega la bila dah lepas.. sampai kat kist masih kena mengharungi air banjir. waja redah jugak. walaupun lepas tu waja jadik kurang sihat. huhu.

dah musim banjir



sepanjang jalan ada byk tempat yg naik air kat jalan tu tp masih bole lepas la
kereta.. ada gak yg leh lepas. tp nasib baik la ada lori pickup. boleh la seberang. bayar 30 tambang tuk 1 kete. oklah tu. usahkan 30 inggit 60, 100 inggit pun aku byr. janji blh sampai

tapi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...