3-4 hari lepas akak mimpi gigi geraham belah atas luruh.. gigi tu dah reput dah. Memang boleh nampak la kereputannya...
Jadinya mengambilkira segala apa yg berlaku memang ada kaitannya dengan kehidupan akak pun cuba la cari tafsiran mimpi akak ni..
Cari kat mana? Of course cari ngan pakcik gugel la.. hehe..
Dari maklumat yg akak baca sekiranya mimpi gigi patah gigi reput maka firasat mimpi mengatakan akan ada kematian dari keluarga terdekat.
Kalau gigi tu belah atas makanya firasat mimpi mengatakan orang tu lebih berumur dari kita.. kalau gigi bawah makanya orang tu umurnya muda dari kita. Wallahuaklam.
Dan ari ni mak akak dtg rumah ngan adik-adik akak.. datang jalan-jalan.. ari ni akak masak gulai kuning ikan tenggiri dan ayam masak merah ngam ayam goreng. Ngan sambal belacan ngan ulam ngan telur masin.. bestnye bila makan ramai-ramai.
Lepas makan, masa sembang-sembang.. mak cakap dia selalu teringat kat arwah kakak.. huhu..
Pastu akak bgtau la yg akak mimpi gigi akak reput dan tertanggal tu.. kata mak akak hmm ntah dia dah nak pergi la tu.. alahai situ pulak.. dan mak siap bagitau hutang dia ngan orang ni.. orang tu.. alahai... tersenyap jap akak.. sebak sangat rasanya..
Ya Allah, Kau jauhkanlah kami sekeluarga dari segala kejahatan dan Kau dekatkanlah kami kepada segala kebaikan.
Kau berkatilah kehidupan kami sekeluarga dengan rahmat dan kasih sayangMu.
Kau berkatilah dan berilah rahmatMu kedua ibubapaku di atas kasih sayang, didikan dan pengorbanan yang telah mereka berdua curahkan kepada kami adik beradik.
Kau panjangkanlah umur ibuku supaya kami dapat membahagiakannya, mengasihinya dan menjaganya sebaik mungkin selagi kami masih ada di bumiMu Ya Allah.
Ya Allah. Kau perkenanlah. Amin.
Ada apa apa jd tak selepas mimpi gigintu?
ReplyDeleteIya apa jadi
ReplyDelete