Showing posts with label suplemen. Show all posts
Showing posts with label suplemen. Show all posts

Sunday, December 2, 2018

Dah sampai barang Shaklee.. yes!

Yes.. akhirnya dah sampai barang yang diorder dari Shaklee. Ada banyak sangat suplemen yang kak izang ode untuk customer kali ni.







Sempat juga kak izang selit order 2 produk ni - Fresh Laundry Concentrate dan Soft Fabric Concentrate. Untuk kak izang basuh baju gi kerja... hehe..






Ada yang nak oder produk Shaklee ngan kak izang? Silakan hubungi kak izang 0199695787.




Sunday, November 18, 2018

Hipertiroid - Keperluan suplemen untuk menyokong sistem imun

Jadual dan diet pemakanan bagi setiap pesakit adalah berbeza. Bergantung kepada keperluan dan isu kesihatan yang dialami pesakit.

Bagi pesakit tiroid , pakar mencadangkan pengambilan suplemen iaitu Vitamin D, Omega3 dan antioksidan glutathione untuk menyokong sistem imun.

Supplements like vitamin D, omega-3 fish oils, and glutathione are powerful immune modulators, which means that they can help support your immune system. Vitamin D has been shown to help regulate the immune system. Omega 3 fish oils help to reduce inflammation in your entire body. Glutathione is your body’s most powerful antioxidant, which can help reduce inflammation and improve detoxification.

Terdapat juga kaitan di antara tiroid dan kegagalan jantung. Jadi pakar seperti Dr Sinatra mencadangkan pesakit mengambil suplemen CoQ10.


Jadi, jangan dibiarkan. Amalkan CoQ10 hari ini juga.

Hubungi kak izang.




Saturday, October 27, 2018

Risiko sekiranya penyakit tiroid tidak dirawat: Jangan biarkan!

Anda berhadapan dengan simptom gangguan hormon tiroid? Jika tak pasti, cuba semak. Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah?




Bagi pesakit tiroid spesifiknya yang menghidapi simptom hipotiroid, dalam kebanyakan kes, doktor akan melakukan pembedahan membuang nodul yang bermasalah yang dikhuatiri akan membawa kepada kanser tiroid.

Jadi sekiranya anda mengalami simptom seperti di atas, sebelum memulakan sebarang pengambilan ubat-ubatan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan tahap kesihatan anda. Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengetahui dengan spesifik mengenai kandungan T3 dan T4 yang berkaitan dengan hormon tiroksin anda.

Bagi mengekalkan kesihatan pesakit hipotiroid, di samping ubatan yang akan diberikan oleh doktor, anda sangat digalakkan untuk mengamalkan pemakanan suplemen. Pengambilan set hipotiroid yang dicadangkan adalah suplemen dari Shaklee.




Mungkin ramai yang tertanya-tertanya.. bahaya sangat ke gangguan tiroid ni? hmm.. semua penyakit bermula dengan simptom mudah.. simptom kecil je.. bila dibiarkan akan melarat kan. Ambik contoh luka.. jika luka dibiarkan tanpa rawatan, tanpa disapu ubat antiseptik, luka akan bernanah.. kuman berjangkit ke tempat lain.. merebak dan akhirnya mungkin menjadi keadaan yang boleh memudaratkan.

Samalah juga dengan penyakit gangguan tiroid ni. Jika dibiarkan tanpa rawatan, perkara berikut berkemungkinan besar berlaku:

1) depresi
2) penyakit jantung
3) koma
4) daya ingatan yang berkurangan
5) mengalami myxedema  yang boleh membawa maut


Rawat diri! Hargai kehidupan!

Jom kongsi dengan kak izang sekiranya anda berhdapan dengan masalah hipotiroid. Kak izang sendiri berhadapan dengan hipotiroid sehingga pernah melakukan pembedahan membuang tiroid. Jadi kak izang memerlukan tambahan suplemen untuk memastikan nutrisi yang mencukupi setiap hari.



019-9695787




Tuesday, October 16, 2018

Pesakit Hipotiroid: Kenapa perlu ambil suplemen penting ni?

Dalam entri kak izang sebelum ni, kak izang ada tulis kenapa penghidap hipotiroid perlu ambik suplemen

Mungkin ada yang tanya adakah pengambilan suplemen membantu dalam rawatan tiroid ni? Ya. Pengambilan suplemen sangat membantu meningkatkan fungsi hormon tiroksin.

Dr Axe, seorang doktor pakar terkenal dalam bidang perubatan chiropractic dan pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan suplemen dibawah. Ini juga selari dengan pandangan pakar yang lain yang turut menyenaraikan faktor-faktor yang dapat  mempengaruhi fungsi tiroid.



9 suplemen yang sangat dicadangkan pakar untuk diamalkan oleh pesakit hipotiroid ialah:


Mana nak cari suplemen yang mengandungi hampir kebanyakan suplemen di atas seperti yang dicadangkan pakar?

Shaklee, pengeluar produk suplemen tersohor dunia telah melakukan banyak penyelidikan yang berterusan dalam memastikan setiap produk suplemennya adalah SELAMAT, BERKESAN dan TERJAMIN.

Setiap satu produknya diuji dalam kajian klinikal yang melibatkan jangkamasa yang panjang dan dilaporkan oleh jurnal-jurnal perubatan terkemuka.

Dalam rangkaian produk suplemen Shaklee, bagi pesakit hipitiroid, anda sangat disarankan untuk mengambil suplemen berikut:

1) Vita-lea Iron Formula
2) B-Complex


Vita-lea Iron Formula
Menyokong kesihatan optimum. Nutrien penting untuk kesihatan dan kesejahteraan optimum.
Vita-Lea adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.
Fakta pemakanan yang terkandung dalam Vita-lea adalah seperti berikut, di mana pengambilan Vita-lea ini mampu mencukupkan 5 keperluan nutrisi pesakit melalui suplemen

1) zinc
2) magnesium
3) iodin
4) selenium
5) zat besi




B-Complex

Kajian menunjukkan 40% pesakit yang mengidap hipotiroid tidak mendapat vitamin B12 yang secukupnya.
Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.
Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.
Kekurangan vitamin B yang kritikal akan menyebabkan kemurungan





Vita-E complex

Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat di mana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua.

Kekurangan vitamin E akan menyebabkan gangguan 'adrenal gland'.

Jadi, kepada semua pesakit hipotiroid, ambil cakna mengenai keperluan vitamin bagi mencukupkan zat nutrisi yang terkurang dari badan kita.

Kesihatan kita tanggungjawab kita!





Thursday, October 11, 2018

WAJIB BACA: Kenapa Pesakit Hipotiroid Perlu Ambik Suplemen

Sapa yang menghidap hipotiroid memang akui yang tanpa bekalan suplemen yang secukupnya, badan akan rasa letih dan tidak bermaya.

Ada sorang kawan tu bagitau, sampai tahap dia jalan pun dah macam orang sakit Parkinson!

Pesakit hipotiroid ni, lebih-lebih lagi yang dah buat operation buang tiroksin tu, memang wajib ambil suplemen.

Suplemen ni terdiri dari vitamin dan minerals.

Jadi, suplemen apa yang perlu ambil ye? Sumber, sumber 

1) Iodin

2) vitamin B

3) Selenium

4) Zinc

5) Tyrosine

6) Vitamin D



Ada banyak suplemen yang dapat membantu pesakit tiroid ni.



Bagi pesakit hipotiroid anda boleh amalkan suplemen berikut:

  • Vivix: membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
  • Resveratrol dalam Vivix membantu mengawal metabolisme, penuaan dengan memperbaiki enzim SIRT1
  • Berkeupayaan mengaktifkan mitogen yang mengaktifkan protein kinase (MAPK), enzim P53 serta penfosforilan, seterusnya membantu mencegah pertumbuhan sel dalam papilari dan folikel kanser tiroid.
  • Membantu meningkatkan fungsi tiroid dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan enzim sirtuin (SIRT1), phosphatidylinositol, fosfat dan kinase yang akhirnya memberikan kesan baik ke atas metabolisme.
  • Membantu menormalkan sistem imun (tiroid berkait rapat dengan penyakit autoimun – SLE)
  • Membantu memperbaiki tenaga pada peringkat sel (mitokondria)
  • Membantu mengurangkan keradangan dan mencegah keradangan




  • Vitalea: membekalkan multivitamin lengkap kepada pesakit. Merupakan sumber iodin (punca hipotiroid dikaitkan dengan kekurangan iodin). Vitalea menambahkan keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif), membantu penghasilan tiroksin T4 (hormon tiroid tidak aktif) dan proses penukaran T4 kepada T3
  • Vita E: mengandungi selenium semulajadi yang membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipertiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vita e membantu mengurangkan antibodi ini. Vita E juga membantu memerangi radikal bebas.

  • Vita C: menyokong sistem imun kepada pesakit hipotiroid



  • Bcomplex:  berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid

Ada banyak testimoni positif amalan mengambil suplemen di atas ni.





Jom awop, tingkatkan kesihatan diri kita ni melalui pengambilan suplemen secara berterusan. 

Hanya kita je yang faham keadaan diri kita. Kan kan.

Yang nak ode suplemen ngan kak izan boleh mesej kak izan - 019-9695787. Kita boleh bincang harga terbaik.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...