Showing posts with label Refleksi Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Pemimpin. Show all posts

Sunday, October 7, 2018

Mentor dalam bisnes Shaklee melalui kumpulan LAT

Kali ni kak izang nak share ngan korang perjalanan kak izang dalam bisnes Shaklee ni. Kali ni dalam aspek sentuhan oleh Mentor.

Kadang tu bila kita berjalan bersama kumpulan, kita akan lebih merasa keseronokannya berbanding dengan berjalan keseorangan kan.




Ini mentor-mentor kak izang, master Anah dan Master Ira dalam organisasi LAT.











Doakan kejayaan kak izang dalam bisnes Shaklee ni ye. 

Terima kasih yang sudi mendoakan! Kak izang juga doakan awak diberi kejayaan sepertimana yang awak impikan ye.


Saturday, September 1, 2018

Yes! Rank Supervisor Ogos 2018!

Alhamdulillah! Naik pangkat dari Distributor kepada Supervisor! 

Joined Shaklee July 2018 sebagai distributor, Ogos 2018 dapat jadi supervisor. Wah! Memang riak betul lah rasa! Sebab tak pernah rasa kan.. feeling tu lain macam je..haha... kakakaka..




Dan ini adalah berkat bantuan usaha dan suntikan semangat tak putus-putus dari mentor hebat sifu Anah.



Thank you a zillion times!

Yang nak join Shaklee, jom! Boleh wassap 0199695787.






Tuesday, November 11, 2014

Kisah teladan.. pertukaran jabatan

Akak berpikir jauh bila dengar berita ni...

Ada satu orang ni yang dipindahkan kr jabatan lain.. pangkat masih sama.. pangkat tertinggi dalam jabatan.. so  bila ditukarkan ke agensi lain pangkatnya masih lagi sama..

Dan dikabarkan juga bahawa sepanjang pemerintahannya ramai sangat staf yg tidak puas hati dengan pentadbirannya yang mengamalkan sikap pilih bulu dan tidak konsisten dan tidak adil dalam membuat keputusan.. kebanyakan keputusannya dipertikaikan oleh staf kerana tidak mengambilkira kebajikan staf..

Dan dikabarkan juga yang beliau naik ke jawatan tertinggi itupun disebabkan campurtangan politik yang hebat.. dengan kehebatannya mencantas peluang orang lain... hmmm..

Jadi apabila dimaklumkan beliau akan ditukarkan ke agensi lain, maka beliau telah membuat keputusan drastik dengan turut menukarkan staf di bawah pentdbirannya ke bahagian lain.. dengan harapan keadaan akan jadi kucar kacir apabila staf yang tahu mengendalikan tugas telah ditukarkan ke bahagian lain...

Hmm... amatlah sedih bila akak dengar kisah ni... semua pembaca dah boleh agak betapa keladaknya hati orang macam ni.. nilah dikatakan perjuangan peribadi kan.. biar puas hati sendiri.. tanpa memikirkan akibat dan kemungkinan lain kepada keseluruhan pencapaian organisasi..

Malulah kan.. patutnya sebagai pemimpin beliau mempamerkan sikap penuh tanggungjawab.. berintegriti tinggi.. namun sungguh sayang..

Bukan senang nak jadi pemimpin yang dihormati dan disegani atas sikap kepimpinan yang bertanggungjawab kan...

Sama-sama muhasabah diri..

Saturday, October 4, 2014

Prmimpin muslim versus pemimpin bukan muslim

Terjemahan alQuran.

1. Larangan menjadikan pemimpin dari kalangan orang bukan muslim.

2. Larangan meninggalkan golongan muslimin dan mengikut golongan kafir.

Akak lupa la pulak nk tulis surah brp juz berapa.. sori. Next time akak tulis lebih detail..

Tuesday, September 23, 2014

UPSR: di sebaliknya... macamana kalau...

Akak tumpang sedih la berikutan kejadian peperiksaan upsr yang terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan ke tarikh lain.

Terlalu banyak implikasinya ekoran perbuatan tak bertanggungjawab individu yang tidak berintegriti ni.

Kalau orang yg bertanggungjawab ni seorang guru makanya perlu dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Biar jadi teladan kepada orang lain. Kepimpinan melalui teladan!

Kesian kepada pelajar.. hebatnya tekanan yang mereka terima.

Kepada mak ayah pun sama.. memang tertekan dengan situasi ni.

Banyak isu yang perlu diungkai...

Kalau katakan pada tarikh baru peperiksaan nanti ada pelajar yang tak datang menduduki peperiksaan, disebabkan sakit.. atau berada di luar negara seperti menunaikan haji bersama keluarga.. jadi macamana ye? Sedangkan peperiksaan upsr terdahulu dah dibatalkan. So camana ngan resultnya?

Semua dah jadi 'bbolokk sarokk'.. kucar kacir...

Ntah lah..

semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua.

Monday, September 15, 2014

Menghormati Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Negara

Akak nak komen pasal budak yang cari pasal dalam isu perlembagaan raja-raja melayu nih..

1. Kepada sapa2 pun kalau NOT YOUR BUSINESS maka tak yah lah buka mulut masuk campur..

2. Fahamkan. Setiap negara di dunia ni.ada undang2 tersendiri. Semua org kena hormat. Macam pergi rumah org. Kena hormat dan patuh kepada peraturan tuan rumah tu kan..

3. Negara Malaysia negara berpelembagaan..mempunyai Agung sebagai Ketua Negara. Kena tau tu.

3. Kat England pun ada raja. Tak de la pulak rakyat dia memperlekehkan raja2 diaorg. Orang kita..hmm..

4. Fahamkan sejarah Melayu dan Undang- undang Malaysia. Ada banyaaaakkk sangat perkara yang kita tak tahu. Yg kita ambik mudah.. tapi ketahuilah.. semuanya termaktub di dalam undang2 negara.

Melayu janganlah mudah lupa. Peringatan untuk kita semua. Kalaupun bukan untuk kita mungkin untuk anak cucu kita.

  Anak kecil main api....
  Terbakar hatinya yang sepi.....
   .......

   Akulah penyair
   yang turun dari gunung...
   Beratus tahun ..
   Telah ku duduk di situ....

Sunday, August 31, 2014

Kemerdekaan dan kita...

Pagi ni akak awal2 lagi dah bukak tv.. tgk perarakan.. dan yg paling ditunggu ialah lagu2 tu.. nak nyanyi bersama.. ni lagu feberet akak..

..merah membara semangat waja..

Tahun ni ada kelainan. Siap ada upin ipin nyanyi lagi.. oklah.. budak2 mesti suka.. mak2 budak takde la excited sangat hehe..

Dan disebalik keghairahan anak2 muda menyambut kemerdekaan, harapnya sambutan dibuat di atas penghayatan penuh kesedaran terhadap peri pentingnya perjuangan nenek moyang dan pemimpin terdahulu... sehingga memungkinkan kemerdekaan mutlak diperolehi..

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar..

Wednesday, August 20, 2014

Cenderahati raya dari MB Terengganu

Penghujung bulan puasa lepas, kami berbuka puasa kat losong. jadi mak dan ayah ada bagitau MB bagi cenderahati.. 

ada kuih raya.. tat nenas lak tu.. feberet akak.. time kasih YB.

sorilah.. ambik gambo pun tersenget-senget hehe..


kat rumah mak akak kat kolaberang plak, ada YB Tg Putera bagi cenderahati jugak kat rakyat kolaberang.

tima kasih YB!

Sunday, July 6, 2014

Betul ke Hang Tuah wujud? Kalau ye di mana keturunannya?

Hang Tuah.. benarkah Hang Tuah wujud? Akak pernah menulis artikel mengenai Hang Tuah iaitu A Reality Check on Hang Tuah: Seeing is Believing (Buletin dalaman - sila emelkan akak kalu nak baca) dan di sini.

Sekali lagi pertanyaan akak, ye ke Hang Tuah tu wujud? 

Ramai yang ragu-ragu dengan status kewujudan Hang Tuah. Yelah, kalau betul Hang Tuah ada, napa sekarang ni tak de pun orang yang namanya mula ngan nama Hang? Patutnya Hang tu kira macam nama keturunan la kan.. hmmm. 

Tup-tup ada pulak yang ngaku waris keturunan Hang Tuah.. camana tu? Caner nak sahkan.. mende dah jadi sejarah dah.. dah tak de orang yang dapat sahkan perkara ni..hmm..

Sumber imej: Metro Ahad, 24 Feb 2013


Saturday, May 24, 2014

Pemimpin Terengganu.. yang berilmu dan beremosi

Dalam usaha menenangkan pergolakan emosi rakyat tranung ekoran dari kisah hebat politik negeri yang baru saja bermula, akak tertarik hati jugak la nak share ngan korang satu visual ni.. ni akak terima dari group whatsup akak..

Senyum sinis dibuatnya.. anyway, terima kasih kepada mereka yang sanggup bersusah payah menyediakan visual sebegini, sebab kadang-kadang terselit juga kisah tersirat disebalik gambar visual tersebut..

 

errr..kenapa Dato Seri Ahmad Said dikatakan pemimpin beremosi? hmmm... yang ini korang kena tengok dan dengar sendiri, baru boleh buat penilaian.. sebagai contoh, akak dah tengok klip perbahasan di antara beliau dan seorang pemimpin pembangkang sewaktu dalam sidang dewan.. hmm...

Tuesday, May 13, 2014

Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said letak jawatan - Sejarah Politik Terhebat Terengganu pun bermula!

2-3 hari ni Negeri Terengganu dah panas pasal isu perletakan jawatan Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said. Banyak la citer-citer politik yang kita dengar.. macam-macam spekulasi..








 

DUN Terengganu rasmi bubar, Ahmad Said sah di DUN Kijal !!

Dan akhirnya semalam dalam berita, sah perletakan jawatan tersebut. Jawatan Menteri Besar Terengganu akhirnya diserahkan kepada YB Razif.

Oleh kerana itu apa yang mustahak adalah kestabilan politik. Kita ...

Dan hari ini, berita-berita sensasi dan kontroversi pun mula heboh diperkatakan.. 

Bermula dengan kenyataan Dato Seri Ahmad Said yang menjadi calon Bebas..

diikuti dengan YB Ghazali..

dan diikuti pula dengan YB Rosli..

Maka iklim politik negeri Terengganu amatlah panas sekarang.. ditambah pula dengan kemarau yang berpanjangan, maka amat tidak mudah untuk menangani krisis-krisis dalaman yang sedia ada..

Akak bukan orang politik dan akak tak minat politik.. tetapi politik la yang menentukan kuasa pemerintahan negara..

Makanya, kalau dilihat dari segi statistik kerusi-kerusi DUN skrg ini, amatlah ketara sokongan berbelah bagi rakyat.. kenapa?

Ketika ini, seperti yang dimaklumkan dalam berita tadi, jumlah kerusi ialah
  • 14 BN
  • 14 PAS
  • 1 PKR
  • 3 Bebas
Jumlah kerusi yang sama antara BN dan PAS menentukan kerajaan yang perlu ditadbir urus secara bersama..


tapi kalau ada 1 kapal dan 2 nakhoda, tak ke masalah.. takut la jugak jadi kapal titanic ke.. kan.. aduhai..


Andai ramai lagi wakil rakyat yang membebaskan diri dari BN camana ye nanti ye?
Mungkin kahn akan ada pilihanraya sekali lagi? mungkinkah.. seribu satu persoalan..

Memang akan jadi sejarah terhebat la!

Apa pun, pastikan sejarah yang dicipta tu yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara dan bukan kepada perjuangan peribadi harapnya.



Tuesday, May 6, 2014

ke Melaka - Hari Pekerja

Hari Kamis, 1 Mei 2014 hari pekerja.. cuti.. jadi kami bergerak ke melaka.. tengok anak sedara.

Kat hiway, fuhhh... mat2 motor punye le ramai.. macam2 gelagat.. semua nak tunjuk hebat.. memang dasat lah.. gaya bebas.. freewilly.. sume ada.. jiwa muda kan..

Sunday, April 20, 2014

Orang Islam sendiri bantah laungan azan! Masya Allah.... ketahui citer sebenar..

Rupa-rupanya ada citer sebenar disebalik laporan polis ni..

Dikatakan pakcik ni yang memang merupakan seorang kariah kat masjid tu dah pun tegur mengenai bunyi speaker yang terlalu kuat.. tapi tak diendahkan oleh AJK masjid..

sudahnya pakcik ni buat report polis..

isunya, kalau dah ada AJK masjid, kenapa AJK masjid tak ambik cakna hal2 macam tu ye?

Apa salahnya kalu diperlahankan sket volume speaker tu ye? 

Islam itu indah.. Islam itu cantik..  dah keindahan dan kecantikan terletak dalam semua aspek kehidupan.. faktor bertimbangrasa, menerima teguran, memikirkan kesan baik kepada semua ahli masyarakat adalah aspek yang indah dan cantik yang diajar Islam.

Sama-sama kita ambik iktibar.

********** entri sebelum ****

Seorang ahli Pas seumur hidup membuat laporan polis membantah laungan azan ketika waktu Subuh di masjid berdekatan rumahnya.

Masya Allah.. ada jugak orang Islam macam ni.. kalau tengok rupa, bukanlah budak umur 2 tahun, tapi orang kata, "rumah kata pergi kubur kata mari.."

Kalau ye pun terlalu kuat, patutnya pergi je lah bagitau kat AJK masjid mintak pelan kan sket speaker kat masjid tu.. ni sampai report polis,.. alangkah kurang bijak dan kurang waras pemikirannya.. sedangkan kita selalu dengar, berapa ramai orang yang merasa sangat syahdu apabila mendengar laungan azan subuh.. sangat indah bunyinya.. tak de yang boleh ganti dengan lagu-lagu lain masa subuh tu.. lagi satu, tak sampai 5 minit pun.. hmmm..

Jadi sama-sama kita muhasabah diri, sanggup ke kita membantah laungan memuji Allah? masya Allah.




Friday, April 18, 2014

Jerebu yang tak habis-habis dan Pasukan Bomba

Ekoran dari jerebu yang tak habis-habis kat kawasan Dungun ni, akak dengar cerita yang pasukan bomba telah dikerahkan tenaga mereka untuk mengawal keadaan api agar tidak merebak ke tempat lain..

dan mereka ni terpaksa berkerja siang malam.. sampai ada yang mengadu tak cukup tido..

Kata Prof Muhaya, orang yang kerja sebagai ahli bomba memang orang yang senang dapat pahala sebab kerjanya menolong orang. 

Jadi, wahai pasukan bomba, kami berterima kasih di atas segala bantuan yang telah diberikan yang memungkinkan kami berada dalam keadaan yang selesa. Jasa baik kalian semua hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekali lagi, terima kasih.





image dari carian google

Wednesday, April 2, 2014

LELAKI DAN KEMEJA SUTERA - Orang Islam tau tapi buat2 tak tau

"Cetek ilmu agama menyebabkan kebanyakan LELAKI MELAYU ISLAM di negara ini terus memakai batik sutera tulen walaupun menyedari pemakaian itu salah di sisi agama Islam."

ok.. tapi kan, mufti pun pakai sutera.  jadi camana tu? sememangnya LELAKI tidak boleh memakai sutera, hanya untuk wanita sahaja.

so macamana pula ngan sutera tulen dan bukan tulen? Walaupun dikatakan sutera sekarang dicampur dan bukannya tulen 100%, namun disebabkan sifat sutera itu sendiri lembut, hanya sesuai untuk wanita, maka LELAKI tidak patut memakainya

ini memerlukan kekuatan dalaman si pemakai itu sendiri, dan kesedaran yang kuat. Ada yang tak boleh kalau tak pakai sutera sebab yelah.. kelas atasan kan... tapi berhati-hati kalau sutera tulen.. nanti berdosa pulak bila pakai tambah2 lagi bila bawak sembahyang kan.

Jadi adik2 akak2 makcik2 yang suka beli baju sutera sedondon ngan cik abe tu, kena la ambik cakna ye.. jangan sebab nak menunjuk2 ai dosa pulak dapat..

Sumber- HarianMetro Jumaat 21 Feb 2014

Tuesday, April 1, 2014

Prof. Diraja Ungku Aziz

Cendekiawan Terbilang Tanahair


http://irs-hursaini.blogspot.com/2011/09/gambar-kata-kata-prof-ungku-aziz.html



Monday, March 31, 2014

Guru-guru, PBS, Menteri dan Pendidikan Negara

Akak tertarik ngan isu pasal PBS ni.. dan terpanggil nak berkongsi maklumat di bawah..

"Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan" - Datuk Seri Idris Jusoh

https://www.facebook.com/sgmmalaysia


Photo: Kepincangan Menteri ~ DS Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS. Mari kita lihat undian ini.

Mahu Mansuh: Lebih 16,000 undian

Mahu Teruskan: Kurang 1,000 undian

Komen Admin:
Admin sedang bangunkan sistem undian secara rasmi. InsyaaAllah esok akan dimuatnaik. Takut-takut menteri kata undian ini tidak rasmi...kan..kan.. 󾌲


Mereka yang mahukan PBS dimansuhkan telah ditukarkan serta-merta!


Photo: Kepincangan KPM ~ Bila ajak berbincang, apa yang kita dapat? Tindakan ke atas guru.

Siapa yang tidak mahu berbincang dan siapa yang mahu berbincang?

Sudah terlambat. Mansuh tetap #MansuhPBS!

Kementerian Pendidikan Malaysia Sinar Harian Malaysiakini Harakahdaily China Press Utusan Malaysia Astro AWANI


Pertukaran guru-guru terbabit dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri.


Photo: Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana mengambil berat kepada rakyat.

Esok, Presiden SGMM boleh bekerja dengan senang hati tetapi surat penarikan semula masih tiada? Yang ada hanya masih surat pertukaran?


Aiiii... jadinya, mana satu yang betul ni?


Jom dengar apa kata Prof Ungku Aziz!




Kata orang tua-tua, " batu yang sentiasa bergolek manakan dapat mengumpul lumut."

Kata orang muda, "buat apa nak kumpul lumut? buang masa je.. "

Hakikatnya, kalau sesuatu perkara tu sentiasa je diubah-ubah, macamana nak dapat kesan yang optimum?

err.. tapi relevan ke peribahasa tu ngan isu pendidikan ni ye.. err.. urmm..hmmm

Sunday, March 23, 2014

Model seksi pun jadi calon wakil rakyat

MetroAhad 23 Mac 2014

Macam2 hal... pelik pun ada kan.. kalau dulu utk pilih ketua atau wakil rakyat, seseorang tu dipilih disebabkan kebijaksanaan dan kepimpinannya.. ketua yg bijak dan boleh memimpin dgn adil dan saksama memang lah jadi pilihan semua orang tak kira kat mana.. kat india ke kat london ke kat africa ke kan..

Tapi skrg ni wakil rakyat boleh la pulak dipilih dari artis.. yg seksi lagi.. hmmmm

Monday, March 3, 2014

Budi bahasa budaya siapa? Kisah guru dan anak murid

Diceritakan yang cikgu menegur pelajar dan natijahnya, pelajar memprotes cikgu tersebut. Semua kemudahan ICT terkini digunakan untuk memalukan cikgu dengan memaki-hamun dan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

hmmmm...

Sumber: HarianMetro 21 Feb 2014
 

Dulu, pelajar2 cukup menghormati cikgu. Mungkin jugak zaman dulu, cikgu2 memang mengajar dengan nawaitu yang betul. Sekarang ning ntahlah.. ada cikgu yang memang langsung tak minat jadi cikgu pun akhirnya jadi cikgu.. kalau yang sebelum ni tak minat tapi akhirnya berminat takpelah... tapi ada yang sampai sudah tak minat.. tengok muka pelajar pun dah naik menyampah.. kerjanya komplen memanjang..

Lepas tu bila time hari guru tau pulak terima banyak hadiah dari anak murid, senyum jugak. Tapi ada juga yang siap buat lagu untuk anak murid nyanyikan masa hari guru, lagu yang kononnya nak bagitau cikgu2 lah kerjaya yang paling sibuk sekali kat dunia ni.. errr jangan tak tau.. akak pernah tengok ngan mata kepala akak sendiri tau.. ada satu lagu yng sepatutnya budak2 kelas nyanyikan sekelas untuk buat persembahan hari guru. Guru kelas siap ubahsuai lirik lagu.. akak nak postkan je gambo kertas lirik lagu yang akak capture ituhari, tapi atas sebab2 tak nak memanjangkan perkara ni akak rasa tak payahlah..

cuma dalam lirik tu akak masih ingat ada tertulis 

"cikgu sekarang bukan cikgu yang dulu
dulu cikgu sekarang hanya kuli..."

alahai cikgu2 sekelian, kita semua ni kuli..

bersyukurlah kita jadi kuli sebab, dengan jadi kuli kita ada gaji.

Bersyukurlah.. anda berada di tangga kerjaya yang sangat baik dari kerjaya sesetengah pekerjaaan lain.

 Apa-apa pun, mak ayah!
DIDIK ANAK MENGHORMATI GURU!


Dan GURU-GURU,

Pelihara profesion perguruan yang sentiasa dihormati sepanjang zaman ini. Guru yang baik akan sentiasa dikenang oleh anak murid. 

Sebab itulah kita kata - Guru, jasamu dikenang!
 

Wednesday, February 26, 2014

Bila aku kaya.. hari-hari hari raya... yang kaya raya di Malaysia

Sumber- HarianMetro 21-2-2014

10 Terkaya di Malaysia

Bila dah kaya jangan lupakan golongan miskin ye. Sebab Allah bagi kekayaan tu ada tujuannya. Supaya orang kaya menolong orang miskin.

Orang miskin lak sebenarnya membantu orang kaya. aikk camana nak bantu kalau miskin? Bila dah orang kaya bantu orang miskin dari sudut yang boleh meringankan beban kewangan atau kesulitan orang miskin ni, maka nanti orang miskin ni akan berdoa semoga Allah memberi rahmat kepada orang kaya ni. Barulah orang kaya dapat pahala. Bukan ke lagi banyak pahala lagi bagus sebagai jaminan masuk syurga?

Bagi orang kaya yang sentiasa membantu orang miskin, Allah jualah yang mampu membalas segala kebaikan mereka.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...