Saturday, July 7, 2012

siri appointment HSNZ KT: kisah makcik ada cancer

selasa lepas aku g unit SOPD, Hospital sultanah nur zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan susulan tiroid. masa dok menunggu nombor giliran, aku memang dah bawak tugasan, so that aku tak de lah buang masa menunggu. aku bawak report student FYP.. leh la aku baca dan check mana patut. So tak adalah buang masa sembang2 ngan orang lain... hehe tapi dah lama dok baca report tu, bosan la pulak.. so aku said bye bye la jap dan mulalah mata menerawang kiri kanan.. opsss.. mata ternampak kat satu pasangan kilauan emas ni.. pakcik dan makcik.. tak perasan lak aku.. punyalah dekat mereka duduk ngan aku.. satu barisan kerusi je. bisik pun boleh dengar.. yg membuatkan aku terharu ialah bila nampak pakcik tu gosok dan urut tangan wife nye.. aku tengok makcik tu macam dlm kesakitan je, jadi duduknya pun serba tak kena.. tapi pakcik tu cool je sambil cuba tenangkan makcik tu.. bila dapat peluang sembang, aku pun tanyalah kat makcik tu "makcik sakit apa?". Kata makcik "sakit cancer".. breast cancer rupanya.. sebelah dah buang.. pastu ada kencing manis lagi.. Ya Allah.. kecut perut aku mendengarnya.. aku tengok makcik tu jalan pun tak boleh laju sangat.. tapi aku nampak kecekalan makcik ni.. tambah pulak dapat sokongan yang padu dari suaminya... beruntung betul makcik tu.. suaminya masih cakna dan masih bersama-sama mengharungi kehidupan dan cabaran di hari tua.. harap-harapnya semua pasangan akan terus bersama macam tu.. akan terus berada di sisi waktu sakit dan waktu senang, selagi hayat dikandung badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!