Showing posts with label detox. Show all posts
Showing posts with label detox. Show all posts

Tuesday, April 9, 2019

Kenapa BADAN PERLU DETOKS!!!


Sumber: Shaklee

Jerebu” (pencemaran udara) meningkatkan risiko rakyat Malaysia diserang penyakit semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.

Lima Saluran Utama Toksin yang perlu diberikan perhatian

1. PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.
2. UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.
3. AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.
4. TUBUH BADAN
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.
5. GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

TUBUH BADAN MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA


Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.

PARU-PARU - membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.
SISTEM LIMPA - beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.
BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.
SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.


DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS


Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks? Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!
Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda. 

Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.

Jom detoks badan anda hari ini juga!

#JomDetox






Saturday, March 2, 2019

Penghidap tiroid WAJIB BACA: Tiroid Detox

Minggu lepas kak izang berpeluang bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat berada dalam satu majlis bacaan Yasin. Tujuan diadakan majlis bacaan Yasin pada hari itu adalah untuk memohon kesejahteraan dan kesihatan buat rakan-rakan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan yang kritikal. Semoga Allah menyembuhkan kak Jana dari kanser yang dihidapi. Kesembuhan juga dipohon buat semua termasuklah seorang lagi staf yang sedang menderita penyakit tiroid.

Penyakit datang tanpa mengira siapa tanpa mengira tempat dan masa. Itulah ujian yang diberikan Allah. Mungkin juga itu adalah asbab untuk Allah memberikan pahala kepada kita yang perlu berusaha untuk mencari kesembuhan ke atas penyakit yang dihidapi.



Berbalik kepada penyakit tiroid ini, kepada mereka yang sedang berhadapan dengan penyakit hipotiroid, ini ada maklumat menarik mengenai kelebihan mengamalkan detox.

Nasihat yang diberikan adalah:
  • Elakkan mengambil makanan yang dapat memberikan keradangan seperti gula, gluten dan produk tenusu.
  • Tingkatkan pengambilan makanan bernutrisi seperti ikan dan banyakkan buah-buahan dan sayuran. 
  • Amalkan sup tulang yang kaya dengan asid amino yang tinggi iaitu Glycine dan Proline. Ianya penting untuk membantu hati membuang toksin dari badan.
  • Amalkan suplemen.

Pesakit juga sangat disarankan untuk hanya mengambil makanan berasaskan organik dan minum air bertapis. Ada banyak website yang menyalurkan maklumat mengenai resepi detox bagi penghidap tiroid.




Sepanjang program Detox, anda disarankan untuk mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Makan mengikut menu diet yang betul.
  2. Minum air secukupnya.
  3. Ambil suplemen detox yang bagus
  4. Pastikan pembuangan toksin berlaku (elakkan sembelit)
  5. Rujuk pakar nutrisi dan doktor yang arif dalam aspek detox

Antara makanan yang disarankan untuk mereka yang ingin memulakan program Detox ialah


Mana nak dapatkan semua tu? ha.. inilah yang kak izang nak citer.

Semua tu boleh diperolehi secara mudah dengan set Detox Shaklee. Shaklee dan sediakan untuk kita. Tinggal kita ambil je tablet tu dan telan. Semudah A B C. Inilah dia set Detox yang mengandungi makanan terbaik untuk membuang toksin dari badan.


Tapi sebelum anda melakukan program Detox, ada baiknya anda mendapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar. Sertailah program Detox yang terbukti memberikan maklumat yang tepat dan diberikan oleh pakar nutrisi yang terlatih.

Program Detox Shaklee merupakan satu program Detox yang sangat sistematik dan telah berjaya mengumpul testimoni yang positif dari peserta yang menyertainya.

Pada ketika entri ini ditulis, program Detox yang dijalankan oleh kumpulan LAT family telah pun melaksanakan program Detox 5.0.

Program Detox 6.0 akan berlangsung tidak lama lagi. 

Jom join sama-sama.

Hubungi kak izang 019-9695787  untuk join group ni.


Tuesday, January 8, 2019

Nak kuruskan badan cara SELAMAT dan BERKESAN? Jom join Program Detox kami

Malaysia mempunyai penduduk gemuk yang teramai di Asia Tenggara! Ya. Penduduk yang obes!

Percaya tak?

Inilah faktanya.


Dan jangan tak tau...obesiti boleh menurunkan jangka hayat kita sehingga 14 tahun!

Maksudnya apa?

Maksudnya kan.. umur kita makin pendek.. Kalau jangkaan jangka hayat penduduk Malaysia adalah sehingga 65 tahun, alih-alih dah kurang 14 tahun. Maknanya hanya boleh hidup setakat umur 51 tahun je.

Itu jangkaan la kan.. walaupun begitu, kita ni kan.. kena la jugak cakna kesihatan kita kan.. jangkaan ke tidak.. kita kena cakna diri sendiri.

Kalau dah memang diri gemuks.. maka kena la berbuat sesuatu kan.

Memang cabaran betul la kalau kita nak kurus ni kan... macam-macam.. 

💥 ada yang jenis tak boleh tinggal nasi.. 
💥 ada yang kuat mengunyah.. 
💥 ada yang tak suka telan suplimen..
💥 ada yang tak boleh kalau tak de geng
💥 ada yang dah banyak tahun cuba kurus tapi tak jugak kurus










Tak pe.. tak pe..

tarik nafas.. kita kembali ke dunia nyata!

First step! Terima kenyataannya. Semak keadaan diri sendiri dulu.

Cuba check BMI masing-masing. awop kat mana ye..



Sebab kak izang pun sedar diri kan.. jadinya kak izang pun memang kena cakne diri. Kena buat sesuatu.



Kena detox badan. 

Mungkin ada yang nak tau kenapa kena detox badan. Jom dengar penjelasan pakar. Boleh klik kat link ni: 





Jadi kak izang join Program Detox group MAF yang akan bermula 15 Jan ni.





Yang bestnya.. program Detox ni dibuat ala-ala contest gitew.. siap ada hadiah lagi tau!




Jadi, kalau awop nak join, jom join Program Detox kami.

Dan kami menggunakan suplemen Shaklee sepenuhnya dalam program kami. Jadi silalah berhubung dengan kak izang ye untuk order suplemen dan join Program Detox ni.

Inilah salah satu testimoni kejayaan Program Detox kami.



Jom join Program Detox kami sekarang!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...