Showing posts with label Reflesi Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Reflesi Perniagaan. Show all posts

Wednesday, August 15, 2018

Ada apa dengan Shaklee?


Di mana-mana sahaja sekarang ni produk suplemen Shaklee menjadi sebutan ramai.



Keberkesanan produknya yang disokong dengan kajian berterusan para saintis memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus menggunakan suplemen kesihatan dari Shaklee yang SELAMAT, BERKESAN dan TERJAMIN.


Mereka yang mementingkan kesihatan yang berkualiti akan sentiasa memilih produk kesihatan dan kecantikan yang selamat, yang berkesan dan yang ada jaminan.

Bukan sahaja produk Shaklee sangat berkualiti tinggi, tambahan pula Shaklee turut menyediakan peluang perniagaan kepada ahlinya.






Bukan setakat suri rumah biasa, malah golongan professional seperti doktor, peguam dan sebagainya telah mula melangkah secara serius dalam bidang perniagaan Shaklee ini.

Malah ada yang telah pun berhenti kerja seterusnya menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Shaklee yang kini telahpun menjadi satu perniagaan keluarga.

Yang paling membanggakan, kebanyakan mereka adalah suami isteri yang bersama-sama memberi sokongan kepada pasangan masing-masing.

Di bawah ni dikongsikan sebahagian dari pasangan hebat yang berjaya dalam perniagaan Shaklee ini. Ada yang telah mencapai pangkat tertinggi sebagai Master Coordinator. Nak tahu bonus pada pangkat sebegini? Biasanya mencecah 6 angka. Ada yang sampai 7 angka! SEBULAN! Tak terbayangkan..












Kita? Bagaimana pula dengan kita? Tak nak ke bersama-sama dengan suami atau isteri dalam perniagaan produk Shaklee ini? Dan tak nak ke jadikan perniagaan ni sebagai satu warisan keluarga untuk anak-anak?

Jom kita bersama-sama. Saya pun sedang belajar dari kumpulan mentor-mentor hebat ini!

Nak join? Hubungi 019-9695787. Nanti kita sembang serius.




Friday, July 20, 2018

Jadi Pengedar Shaklee. Kenapa bakal ibu patut pertimbangkan untuk menyertai Shaklee?

Hari ni bermula perjuangan saya sebagai seorang pengedar Shaklee. Ini kali kedua sebenarnya. Tahun 2013 saya telahpun menyertai Shaklee sebagai pengedar. Tapi saya hanya aktif di peringkat awal selama beberapa bulan sahaja. Semangat yang berkobar-kobar telah hilang ditelan masa dan kesibukan seharian. Akhirnya ID pengedar dah expired dah.

Image result for i expired logo

Mungkin ramai yang akan kata.. alangkah ruginya... kan.

Bagi diri saya, tak perlu menyesali apa yang telah berlaku. Tak perlu berimaginasi mengenai "kalaulah...kalaulah.." tak perlu. Saya ambik iktibar dari apa yang berlaku. Hidup ni adalah pembelajaran. Kita belajar dan terus belajar. Itulah kehidupan.

Memang tak dinafikan, mereka yang sangat istiqamah dan tekun dalam bisness Shaklee ni berjaya membuktikan kemampuan yang sangat membanggakan. Ada yang dapat income bulanan mencecah RM 50 ribu hanya selepas 8 bulan berbisness Shaklee. Wow. Memang hebat. Kalaulah ramai orang beroleh kejayaan macam ni, memang boleh sangatlah bantu kerajaan kurangkan kadar pengangguran kan... mereka yang dah ada kerjaya tapi buat bisness Shaklee sampai jadi terlebih kaya raya, mungkin dah sampai waktu untuk berhenti kerja. Bagi peluang kat graduan lepasan universiti untuk berada dalam dunia pekerjaan. Kan...

Kenapa Shaklee?
Jadi saya sebenarnya nak jugak tahu kesahihan peluang yang ada dalam bisness Shaklee ni. Orang kata kalau kita nak tahu kita kena cuba kan. Orang bagitahu kat kita gula tu manis. Tapi selagi kita tak cuba merasa sendiri, kita tak kan tahu bagaimana rasa manis tu. Jadi, inilah salah satu sebab kenapa saya join Shaklee. 

Sebab lain yang paling utama ialah disebabkan oleh produknya yang berkualiti, selamat, terbukti dan dijamin.


Pasal berkualiti, selamat, terbukti dan dijamin rasanya rata-rata pengeluar produk lain pun mewar-warkan perkara sama. Kan.

Tapi Shaklee ada kelebihan. Apa dia? Selain dari brand Shaklee yang telah bertapak kukuh dan terkenal di serata dunia, produk Shaklee turut diuji secara klinikal oleh badan bebas. Hasil kajian juga dikongsi kepada orang awam. Memang terbukti!

Jadi, kita sebagai pengguna, seharusnya lebih percaya dengan produk seperti Shaklee ni. Setiap satu produk melalui proses ujian yang lengkap.

Bukan macam kebanyakan produk tempatan kita.. sapa-sapa boleh jadi pengasas produk. Campur bahan ini bahan itu walla... jadi produk yang all-in-one. Tanpa ada kajian terperinci. Sepatutnya kita kena lebih berhati-hati dengan produk sebegini. Didik diri!



Daftar Baru
Berbalik kepada ID pengedar yang dah expired tadi, saya sebenarnya mempunyai pilihan samada untuk renew atau daftar baru. Saya pilih untuk mendaftar baru. Dari segi analoginya, kita buka buku baru. A fresh new start.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak renew? Ada masalah ke dengan upline sebelum ni? Tidak. Upline saya sebelum ini sangat hebat. Sentiasa beri motivasi. Tinggal lagi saya sahaja yang kurang bertindak. Terima kasih tidak terhingga kepada upline sebelum ini di atas segala perkongsian ilmu yang diberi. Semoga ukhwah kita terus terpelihara dan berpanjangan sehingga hayat dikandung badan. Kepada upline sekarang, terima kasih juga di atas tunjuk ajar yang sedang dan akan diberi.

Jadi, sekarang ni a fresh new start. 

Sebagai Pengedar
Walaupun namanya pengedar Shaklee, tapi saya bukanlah orang yang arif dalam urusan nak ajak orang beli produk. ohh.. saya memang tak reti bab ni. Mereka kata tak pe. Pelan-pelan. Tambahkan ilmu dulu.

Ada pengedar lain yang berkongsi bagitau... tak perlu jumpa orang nak jual produk. Hanya share sahaja kebaikan produk. Ha.. yang itu saya boleh buat. Jadi saya share kisah saya sebagai pengguna produk Shaklee ni. Kalau ada yang berminat nak order ke nak join ke... kiranya itu rezeki lah namanya. Sebab tu ramai upline yang pesan.... dah berkongsi maklumat tu... berdoa dan berzikir banyak-banyak. Supaya Allah bukakan hari mereka yang baca perkongsian tu berminat untuk dapatkan produk melalui kita. Dengan izin Allah jua kan.

Jadi, saya kongsikan maklumat dalam blog saya ni.


Bakal ibu patut join Shaklee
Kenapa saya sangat-sangat sarankan bakal ibu untuk join Shaklee ni? Ada banyak sebab. Paling utama ialah Shaklee ada banyak produk yang meliputi kegunaan untuk ibu dan anak.

Bakal ibu maksudnya ibu yang mengandung. Jadinya ibu mengandung perlukan vitamin suplemen yang cukup sepanjang mengandung. Sangat-sangat penting. Tambah-tambah lagi kalau ibu yang hamil anak seterusnya. Memerlukan zat yang cukup untuk ibu dan anak. Bagi ibu yang berkerjaya lagilah... kena sentiasa bertenaga kan. Jadi perlukan suplemen untuk menambah kesihatan.

Berikut adalah set ibu hamil Shaklee yang dicadangkan.



Ini pula maklumat ringkas setiap produk dalam set kehamilan ni.





Selepas melahirkan anak, ibu-ibu akan mengalami kesan berikut seperti:

  • Kehilangan darah yang banyak
  • Hilang tenaga
  • Kurang tidur
  • Sembelit
  • Keguguran rambut
  • Dan macam-macam lagi
Bagi kita masyarakat Melayu, para ibu kebiasaannya akan menjalani proses berpantang di antara 44 hari sehingga 100 hari. Jadi ibu-ibu perlu mendapat zat yang secukupnya dari pemakanan. Memandangkan menu ibu berpantang sangatlah terhad, jadinya ibu-ibu perlu mendapatkan zat tambahan dari suplemen untuk kesihatan ibu dan anak.
Shaklee menyediakan set ibu bersalin Shaklee yang mengandungi suplemen berikut:



Fungsi set bersalin Shaklee adalah menyeluruh dengan 12 fungsi dalam 1:
  1. Penyembuhan luka selepas bersalin
  2. Membersihkan toksin dari sistem tubuh
  3. Membantu meningkatkan susu ibu
  4. Menurunkan berat badan
  5. Membentuk kontur tubuh menawan
  6. Memberi tenaga berpanjangan
  7. Mencantikkan dan menganjalkan kulit
  8. Memulihkan libido untuk fungsi keintiman
  9. Melindungi rambut dan kuku ibu
  10. Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi
  11. Mengurangkan kesan hitam regangan kulit semasa hamil (stretch marks)
  12. Membantu penghadaman yang baik
Testimoni ibu-ibu yang mengambil set bersalin Shaklee mendapat mereka mendapat kesan sampingan berikut:
  • Badan bertenaga
  • Bangun tidur dengan segar dan tubuh cergas
  • Semakin mudah untuk fokus dengan tugas harian
  • Susu semakin banyak dan pekat
  • Kulit semakin cerah dan parut semakin hilang
  • Kesan positif terhadap hubungan suami isteri
  • Mood semakin terkawal
  • Jarang jatuh sakit
  • Luka sembuh dengan cepat
  • Wajah tidak pucat walaupun baru bersalin.
Dan banyak lagi kesan sampingan positif yang telah dialami oleh ribuan pengguna set bersalin Shaklee. 

Bagi bayi yang baru dilahirkan, kulit mereka sangat sensitif. Jadi ibu-ibu perlu pastikan produk-produk mandian dan losyen bayi adalah selamat digunakan. Terdapat banyak produk di pasaran yang mengandungi bahan kimia yang bertoksin yang membahayakan bayi. Jadi ibu-ibu seharusnya memilih dengan bijak keperluan bayi.

Shaklee menyediakan produk khas untuk bayi yang dinamakan Shakleebaby.

Set Shakleebaby ini mengandungi 3 produk iaitu mandian Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil. Kesemua produk ini adalah selamat kerana ianya:
  • diuji secara klinikal
  • mempunyai pH seimbang
  • hanya mengandungi bahan semulajadi dan organik
  • tidak memberikan alahan
  • diuji oleh pakar pediatrik
  • tidak mengandungi paraben dan bahan kimia lain



Keterangan setiap satu produk adalah seperti berikut yang boleh diperolehi dari laman http://www.shaklee.com.my.




Kesimpulan
Kesimpulannya, bakal ibu yang akan melahirkan bayi tak lama lagi, anda harus merebut peluang menyertai Shaklee apabila anda membuat keputusan untuk menggunakan produk Shaklee. Ada banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee. Di samping mendapat manfaat kebaikan produknya untuk mengekalkan dan menaiktaraf kesihatan, anda juga mendapat berpeluang mendapat pulangan bonus dari pembelian produk Shaklee yang anda lakukan walaupun hanya untuk diri sendiri.

Kalau kesemua 3 set anda gunakan iaitu set ibu hamil Shaklee, set bersalin Shaklee dan set Shakleebaby, kan dah banyak tu...

Hubungi saya di 019-9695787 sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan produk Shaklee. 





















Sunday, August 3, 2014

Baju raya tak siap!

walaupun raya dah lepas, tapi akak terlepas la pulak nak citer pasal baju raya akak yang tak siap.. apa? tak siappp? ha aaa..tak siap.. mesti korang ingat akak hantar lambat kan? oh no.. akak bab2 baju raya ni, awal2 lagi hantar kain kat tailor..

3 hari sebelum raya akak dah tepon tanya.."Bila akak boleh ambik baju raya akak?"

wah.. dia nya citer lagi syahdu.."ala kak.. mintak maaf.. mesin rosak.. ni tumpang jahit kat umah mak.."

mak aii.. nak marah pun tak jadi.. last2 akak bagitau "xpelah kalu gitu.. siapkan baju akak selai dan baju durra selai.. selai sorang.."

aii dia lak boleh sambung "akak tak marah ke?"

ish ish ish.. maunya tak marah.. tapi sebab dah berazam nak cool down dan banyak bersabar kan.. akak cakap "sapa tak marah kalu baju raya tak siap.. marah memang marah.. tapi xpelah.. siapkan jelah ye.."

kalu ikutkan, baju raya akak takdelah grand macam dalam gambo nih..


baju kurung biasa je pung..

so nak dijadikan citer, hari yg akak nak balik kampung tu, hari jumaat, pagi tu akak tanya sekali lagi, da siap ke belum baju raya akak.. tailor message, "kul 2.50 la akak datang ambik.."

hmm... sebab kami balik pun lepas jumaat, jadinya oklah,, akak tunggu..

dah dekat kul 3 akak msg kat tailor, "betul ke dah siap ni? kalau x siap akak tak pegi ambik.. tahun depan la akak ambik.."

tailor message, "kul 3.50 akak datang ambik ye.."

Dah sah kena kelentong nih.. so, akak bagitau kat durra, "takpelah dik, tak pakai baju kurung untuk raya ni.. kita kan dah beli jubah.. kita pakai jubah ye."

sian durra.. sebab nak sangat pakai baju raya warna tangerine tuh.. warna apa tangerine tuh.. ha.. korang cari la sendiri ye..hehe..

so nak sambung citer lagi, kul 4 masa nak kuar rumah dah nak balik kampung ni, tailor message akak, "kak, marilah ambik baju. dah siap.."

ok... cantik.

akak pun pegilah ambik baju raya akak..

sampai sana tailor tanya lagi akak, "mintak maaf kak.. betul akak tak marah ni?"

dengan coolnya akak cakap, "xpelah.. tapi lepas raya ni siapkan semua baju akak ye."

Nak marah pun takleh jugak.. sebab dia je la tailor akak yang sangat flexible, dan sangat bagus jahitannya..

hmm..




Saturday, August 2, 2014

Hari Sabtu yang JAMMM..

Hari ni 2 Ogos, masing2 mak ayah nak hantar anak pulang ke asrama.. dan ramai keluarga dah nak pulang ke rumah masing2.. selepas seminggu berhariraya..

Akak baru je lepas hantar durra. Wah.. dia nye traffic jam tu toksah cakap lah.. sangat2 jam kat durian mas skrg nih..

Apa2 pun, banyakkan bersabar ye.. sambil2 dok dlm jam tu layan lagu raya ye.. sambil2 makan kuih raya..hehe..

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog akak!

Tuesday, July 22, 2014

Citer kuih raya.. tipah tertipu..

Hmm.. nak citer pasal kuih raya.. tipah tertipu tertipu tipu tertipah...huhu...

Kisahnya masa kat bazar tu akak ada beli kerepek pedas.. memang feberet akak la.... 20 hinggit.. x kisah la kann.. dah nk makan.. tapi yg sakit hati jiwa dan raganya kan.. bila nk makan kerepek tu dah liuk..dah tak crunchy.. dah langsung tak rangup.. rupanya dah masuk angin.huhu..

Nasib betul la.. so akak dah doakan bisnes budak pompuan tu lingkup.. kejam x kejam x?

Jadi moralnya ialah
1. Jgn beli kuih raya kat bazar?
2. Sblm jual barang, penjual kena pastikan yg produk jualan dlm keadaan baik.

Saturday, June 21, 2014

Jalan-jalan pasar payang

Masa bengkel seminggu 24-30 Mei 2014 kat Kuala Terengganu baru-baru ning, akak dan team urusetia ada uruskan satu trip ke pasar payang dan masjid kristal, taman tamadun islam.

agak lama dah sebenarnya tak ke pasar payang.. yelah. kita duduk kat dungun, bila balik kampung ari jumaat sabtu je.. jumaat tak banyak gerai bukak.. sabtu lak tersangat jam.. especially musim cuti sekolah..

kebetulan lak masa kami berbengkel tu musim cuti sekolah.. jadi memang jam giles las..


banyak yang dah berubah.. dah banyak bangunan bertingkat yang cantik-cantik.. bangga kejap.. hehe..

datang la ke Terengganu ye.

Saturday, May 31, 2014

Kat klinik. promosi kecantikan..

Masa kat klinik, tengah-tengah menunggu giliran masuk jumpa doktor jadinya akak pun baca-baca la mana-mana yang perlu.. ada promo produk nama Pynocare bagi mereka yang ada masalah pigmentasi..

 

jadinya, sekarang ni dah macam-macam ubat ada untuk setiap masalah kesihatan dan kecantikan.. hanya perlu jumpa doktor je dan tanya.. tinggal lagi masalahnya ialah PILIHAN je.. pilihan ditangan pengguna. pengguna ada bermacam-macam pilihan, samada nak guna ubat-ubatan moden ke, tradisional ke, herba ke, organik ke.. macam-macam..

Sebagai pengguna, kita kenalah buat pilihan yang bijak  kan..

Wednesday, April 9, 2014

Tenggelamnya kapal 'Bahtera Bestari' di Dungun

Sewaktu zaman kegemilangannya, kami sekeluarga memang agak kerap mengunjungi restoren kapal ni yang terletak berhampiran pantai Teluk Lipat... sambil2 makan memang boleh menikmati keindahan malam.. boleh nampak bulan bintang.. yelah.. dah dok atas kapal kan.. umpama belayar di lautan lah..



 Namun, itu adalah sewaktu zaman kegemilangan kapal ni...

 DULU
 Sumber gambar


SEKARANG

hari ni, kapal Bahtera Bestari sudah tidak belayar lagi.. sayang seribu kali sayang.. kerana sebenarnya kapal ni merupakan satu monumen yang menarik di Dungun.. tapi mungkin kerana faktor pengurusan, jadi terhenti operasinya..

dan ketika ini, kapal ni sedang dibaikpulih.. tak tau ke mana destinasi pelayarannya.. tapi harapnya, kapal yang sedang dibaiki ini akan terus belayar dengan cekap, dipandu oleh kapten yang sangat komited dan cemerlang khidmatnya.  

Tuesday, January 7, 2014

Koleksi terbaru ubat kencing manis abe nik


hmm... abe nik skrg ni pantang ada ubat atau rawatan untuk kencing manis, maka cepat le dia beli..

terbaru abe nik beli jussulin. Apa tu? Baca sini untuk maklumat lanjut.




jussulin ni caranya ialah masukkan ke dalam air minuman kita.. jadi nanti jussulin ni boleh buang gula dari minuman tu.. so kiranya tak ambil gula la.. camana ye.. ambik gula tak ambik gula.. err.. akak pun konfius gak.. jom baca info lagi.. ni akak ambik dari sumber

Anda  yang tercari-cari penawar mujarab untuk rawatan penyakit kencing manis (diabetis). Tahukah anda, setiap 10 saat berlaku satu kematian dan setiap 30 saat ada anggota badan yang dipotong akibat kencing manis. Pengidap kencing manis berhadapan dengan  risiko yang lebih tinggi untuk menderita tekanan darah tinggi, Atherosclerosis kegagalan jantung tersumbat, masalah saraf, osteoporosis, kanser, masalah penglihatan, kegagalan buah pinggang, seksual dan penuaan pra-matang. Ramai pesakit mencuba berbagai produk untuk atasi masalah ini. Namun ternyata ia gagal !!. Adakah anda juga alami masalah yang sama seperti mereka?. Jangan biarkan kaki anda dipotong sebelum mencuba produk kami. Hubungi kami sekarang !!.


Kini muncul produk minuman herba anti-gula "Royale Jussulin" keluaran syarikat Hardee Herba Enterprise yang beroperasi di Kajang Selangor. Produk ini semakin hangat di pasaran sekarang. Hebat, kerana dengan produk ini ramai yang telah kembali ceria seperti sediakala. Hanya amalkan meminum sahaja, tiada pantang larang dan tiada lagi halangan untuk anda makan makanan manis yang bergula seperti dahulu. Royale Jussulin diakui telah berjaya mengatasi masalah kencing manis. Khasiatnya telah disahkan oleh pakar perubatan secara klinikal. Sungguh mujarab dan terbukti berkesan. Ramai yang telah mencubanya. Anda bila lagi?. Potong Gula Jangan Potong Kaki !



Minuman warisan turun temurun yang dirumus dari herba-herba terpilih. Jussulin diproses menjadi air minuman yang enak dan baik untuk kesihatan.  Jus ini telah digunakan oleh nenek moyang kita secara tradisional untuk kurangkan kandungan gula di dalam badan. Kajian saintifik menunjukkan bahan yang digunakan dalam jus ini mengandungi antioksida yang bertindak memerangkap radikal bebas yang jadi punca segala penyakit. Ia mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglicemik (turunkan paras glukosa). 

 

Jadi, sekiranya anda telah mencuba pelbagai ubatan lain, yang mungkin mengandungi steroid (dadah) atau bahan sampingan yang beri kesan kepada tubuh dan kesihatan anda...kenapa tidak mencuba Jus ini.. Ia asli, tiada campuran lain... 100% herba asli...itulah kelebihannya.



Sekadar berkongsi maklumat



Saturday, January 4, 2014

Rupanya foodcourt ni dah naiktaraf sistem bayar dan makan

Dah lama tak gi makan kat foodcourt east coast mall ni. So kali ni kami pergi naik ke tingkat 3, nak makan kat foodcourt.. oh ye.. nama foodcourt ni Tropicana.

So macam biasa, sistem yg akak gunapakai ialah, kami pilih meja, akak duduk tunggu.. pastu abe nik dan durra akan pegi ke mana2 stall la beli makanan.

Kali ni durra x ikut sekali ngan abe nik. Durra pegi beli pretzel. So abe nik la pegi cari makanan. Kejap lepas tu abe nik datang kat akak.. muka bengang giles je.. brasap semacam je ko..


Rupanya sistem kat foodcourt tu guna kad.. sebelum beli makanan kt stall situ kena gi topup dulu duit dlm kad tu.  Pastu barulah boleh gi beli guna kad tu kat mana-mana stall. Kalau time nak beli tu duit dlm kad tu x cukup makanya kena topup la dulu kat kaunter depan nun. Bila dah habis makan bawak kad gi kat kaunter dan akan dapat duit baki dari kad tu.. ooh.. 


betulx10 cerewet gituhh..patut le abe nik bengang giles.. Kata abe ni, lepas ni jangan harap la dia datang makan kat tempat ni lagi.. nyusahkan.. alahai.. Tapi kan.. ada kemungkinan sistem yg sama akan diguna pakai di tempat lain.. sebab mungkin pengurusan duit lebih efisyen kot bagi foodcourt nih.. ntah lah.. transformasi foodcourt.. lama-lama nanti org kita dah boleh terima la kan..

dan akak nasihatkan sebelum masuk ke mana2 restaurant atau food court, baca dulu arahan..mungkin prosedur nya berbeza dari kelaziman kita kan.. masalahnya, arahan dok kat belakang dan tepi tiang.. time pelanggan nak kuar mungkin la nampak.. kalu pelanggan masuk ke dalam food court mana nak nampak... ish ish ish..



kesian abe nik.. dan kesihan kat kami jugak.. lepas ni dah tak boleh makan kat foodcourt tropicana lagi dah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...