Thursday, December 24, 2009

Mohamad bin Bidin (1945-2009)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah kenyataannya.

Pada 20 Disember 2009, jam 6 petang, ayah pergi meninggalkan kami semua. Paling membuatkan aku sedih, aku tidak berada di sisi ayah sewaktu saat kematiannya. Ketika itu aku dalam perjalanan ke Shah Alam kerana keesokannya ada perjumpaan dengan penyelia. Perjalanan ku terhenti di Temerluh apabila menerima panggilan dari mak. Perasaan sebak, sedih, kesal datang bercampur-gaul. Kami teruskan perjalanan balik dengan tangisan.

Sebenarnya, aku bertolak dari rumah menuju ke Shah Alam lebih kurang jam 2.45 ptg. Sebelumnya aku sempat menyuap ayah rojak timun yang ku buat sendiri atas permintaan ayah. Ku lihat ayah begitu berselera benar makan. Dan ketika hendak keluar rumah, sempat aku berjumpa ayah. Ketika melangkah turun, aku sempat melihat ke arah ayah dan ku lihat ayah masih lagi memandang. Aku anggap ianya perkara biasa...

Aku sampai ke rumah lebih kurang jam 10 mlm. Aku masuk untuk melihat jenazah ayah. Sunguh aku merasa teramat sedih dan hiba apabila melihat ayah. Malam itu, kami adik beradik hanya dapat menemani ayah dengan bacaan Yasin.

Ya Allah, Kau ampunkanlah semua dosa ayah, Kau cucurilah rahmatMu ke atas roh ayah, dan tempatkanlah ayah ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

Ayah, semoga ayah tenang di sisiNya.

Al-fatihah.

Friday, October 2, 2009

Masa ayah kat ICU

masa mula-mula dimasukkan ke hospital KT ayah agak kritikal.. terus diletakkan kat dalam ICU.. ni kali kedua ayah masuk ICU.. sedih sangat bila tengok ayah.. dengan wayar yang berselirat di badan.. memang aku dan adik2 yang lain menangis.. tak sanggup tengok keadaan ayah.. masa tu memang doa merupakan kekuatan kami..

kebetulan ketika ada kebakaran berlaku kat sepital KT, ayah masih kat wad tu.. time tu aku dah balik rumah.. bila dengar sepital terbakar kat wad sama level ngan ICU hati ni punyalah risau giler.. kebetulan mak pun ada kat sepital temankan ayah.. aku tepon sepital tak de yang angkat.. mangkuk betul.. tensyen giler lah masa tu.. kebetulan adik lelaki ku dalam perjalanan ke sepital.. lega akhirnya bila diberitau masa kebakaran tu ayah dah pindah ke wad lain.. wad 8. yang terbakar tu wad 4 ke 5 ntah...fuh.. lega betul..

ceritera di hospital

bila gi sepital macam-macam yang kita dapat perhatikan.. yang paling menginsafkan bila melihat orang lain dalam keadaan kesakitan.. kita alhamdulillah diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Alllah SWT. kat sepital jugak kadangkala menjadi medan pertemuan yang tak disangka-sangka.. masa ayah kat sepital, aku jumpa 2-3 orang jiran di kawasan perumahan yang memang berdekatan.. ada jiran yang melawat mertua yang sakit jantung, ada jiran yang menunggu suami yang koma kat dalam ICU...

ada cerita 2 orang madu bersatu hati menunggu suami di wad... ada cerita orang besar syarikat minyak yang sakit dan memohon bantuan bagi meringankan kos rawatan penyakitnya.. ikut logik dah orang besar mestilah simpanan pun besar kan.. tapi itulah... salah 1 syarat untuk mohon bantuan ialah pihak terbabit akan datang buat tinjauan ke rumah.. nak tengok layak ke tidak.. dah kalau rumah besar kereta besar memanglah x layak kan.. tapi hakikatnya rumah besar kereta besar tu semua diperolehi ketika si suami masih sihat.. jadi masa sakit ni dah x boleh kerja masa ni lah perlukan bantuan.. itulah yang dipertikaikan oleh si isteri.. so.. tak taulah tu...

itulah... bagi kita mungkin boleh dibuat teladan dan pengajaran.. kita memang x tau bila nak sakit kan.. semua orang x nak sakit.. tapi ye lah...

bapak masuk sepital lagi

sebelum posa itu hari, ayah masuk sepital untuk yang ke berapa kali (dah banyak kali).. mula2 masuk kat sepital KB pastu ke sepital KT.. lama la jugak dok kat sepital.. bulan posa pun ayah kat sepital.. so seminggu sebelum raya kami sekeluarga buat lah permohonan bawak ayah pulang ke rumah.. ye lah sapa nak gi beraya kat sepital kan.. sebenarnya ayah terpaksa bergantung dengan peralatan oxigen.. setiap 5 minit mesti nak kena sedut oxygen.. doktor bagitau peralatan oxygen tu harganya RM6K. Terdiam gak kami.. so ayah tunggu permohonan untuk dapatkan bantuan oxygen dari salah sebuah agensi kerajaan ni.. sampai sekarang x da berita apa-apa pun... akhirnya tanpa peralatan oxygen tu ayah keluar dari hospital dengan perasaan yang agak kecewa walaupun telah dijanjikan akan dapat bantuan tu dalam masa hanya beberapa minggu... tapi nak wak camana..nasiblah kat rumah dah ada set peralatan nebulizer (ayah mengidap asma yang agak kronik).. jadi sekarang ni ayah bergantung sepenuhnya dengan nebulizer tu lah.. tapi semputnya memang tak dapat dijangka.. tapi itulah... nak wak camana.. dan aku pun ada asma jugak.. tapi dah kurang kena asma attack.. cuma inhaler sentiasa ada la kat dlm beg..

generasi X...

ada sekali tu aku dapat 1 call... "eh.. saya dah culik mak awak.." tergamam aku kejap.. bukan apa.. suara dalam talian tepon tu agak akulah budak tu dalam lingkungan 12-14 tahun.. bila aku sergah "apa awak cakap? cuba cakap sekali lagi.." dia ulang mende sama .. pastu terus letak tepon. lepas tu? lepas tu aku terus la tepon mak kat kampung.. ok je.. tak de apa-apa.. celaka betul lah budak ni.. main2 betul.. hmm.. budak x de mak bapak memang macam tu kot... generasi X la tu.

Tuesday, July 14, 2009

Produk HPA

Teruja dengan produk-produk HPA.. ada ais krim, ada air minuman ala coke and pepsi.. ada ayam dan daging organik.. ada sos.. macam-macam ada.. dan paling penting semuanya HALAL. Dah tak was-was lagi... kalau sebelum ning makan ais krim pun rasa macam musykil...ada dengar gak org cakap.. kalau ais krim yg mahal sket tu tak halal... macam2 yg orang cakap tu lah yg menyebabkan was-was.. tapi kali ni dah tak was-was dah..

Wednesday, May 13, 2009

berat badan ideal.. boleh dapat ke..

of late ni, aku kekadang sakit kat bahagian lutut... kebetulan masa pergi kat klinik jumpa kat Azmah.. bila mengadu pasal sakit lutut ni, kata kak Azmah, memang dia pun dulu rasa macam tu jugak.. aku tanya pasal apa ye? aku bimbang la jugak pasal sakit gout.. kot-kot lah.. mengejutkan bila kak Azmah jawab, "terlebih berat badan..".. baru aku tersedar .. betullah tu kot.. gi jumpa doktor.. mengadu mende yang sama.. bila doktor tanya pasal berat badan, kira BMI, rupanya aku ni dah melepasi ideal weight.. bukan sekilo dua... bukan belas-belas kilo... malu nak bagitau.. terlebih-lebih kilo rupanya.. camna ni... patut la itu hari masa terjumpa student, ada yg memang tak sayang mulut terus je cakap, "eh, puan, kenapa puan nampak besar sekarang?".. tak boleh jadi nih.. nak kena beli Jusmate 5 ni.. kalu bersenam lambat kan.. sebelum ni ada gak buat yoga, tapi bila yoga dah diharamkan, berenti la.. tu yg berat bertambah-tambah.. hish.. kena puasa ni..

x-Temple Reunion

Pujian patut diberikan kepada Mar di atas kesudian beliau menjadikan re-union ini satu kenyataan... ramai yang datang .. dari utara ke selatan timur ke barat... dari sarawak pun ada.. cemerlang Mar... tapi aku lak xjadi datang.. terkilan gak.. dah lama x jumpa member lama.. x pe.. nanti leh tengok gambo semua yg datang kat facebook.. nanti next year lah kita jumpa, InsyaAllah..

Monday, May 11, 2009

lagi kisah guru

hmm.. nampaknya kisah guru yang dilontarkan mendapat input yang menarik dari mammy.. terima kasih mammy.

Bukannya niat saya nak melepaskan geram kepada kaum guru, saya yakin setiap guru seharusnya mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab yang mereka sememangnya berada di profesion perguruan disebabkan mereka mempunyai sumbangan yang penting demi kemajuan anak bangsa, demi kemajuan negara. Cuma, adanya segelintir guru yang 'tergelincir' dari landasan etika perguruan menyebabkan kita terpaksa merujuk kepada peribahasa 'nila setitik rosak susu sebelanga'.

Saya penuh yakin, semua guru berada di sekolah disebabkan minat dan kecintaan mereka yang mendalam akan peri pentingnya pendidikan kepada anugerah Tuhan dan pemimpin masa depan. Namun, tidak dapat kita nafikan ada segelintir dari mereka yang menjalankan tugas ibarat melepaskan batuk di tangga. Banyak kali kedengaran ayat-ayat sebegini keluar dari mulut cikgu-cikgu muda (kebetulan di depan saya), 'aku jadik cikgu ni sebab tak dapat keje lain.. janji ada keje.. ada gaji.' Memang terperanjat jugak apabila mendengar ni, tetapi itulah kenyataan. Sememangnya ada di kalangan guru-guru yangmelihat kerjaya guru ini seperti kerja-kerja lain. Macam buat filing... boring buat kerja filing boleh berenti jap, gi shopping ke... bila ada mood, sambung balik keje..

Satu lagi, saya agak terkilan dan masih lagi terkilan bila seseorang guru bercakap seperti ini, 'kang aku dah kata jangan bising.. mung ni...' Bagi saya lah... sememangnya it's natural ... pelajar-pelajar sekolah rendah ni aktif.. kalau diaorang duduk diam je.. tanya sepatah jawab sepatah, maksudnya ada yang tak kena ngan pelajar-pelajar ni.. So seorang guru sepatutnya belajar untuk menguasai kelas dan menghidupkan suasana yang dikehendakinya..bukannya marah dan memaki hamun pelajar.. kesannya amatlah negatif. Be in control wahai guru.

Sempena 16 Mei yang akan menjelang ni, saya dengan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Guru kepapda semua Guru. Dan kepada para guru yang mendidik dengan penuh wawasan dan memberikan komitmen tidak berbelah bagi kepada pelajar-pelajar, tiada hadiah yang lebih baik selain doa semoga kehidupan guru diberkati, diberi ketenangan dan rezeki yang melimpah oleh Tuhan yang Maha Pengasih. Semoga keikhlasan didikan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada pelajar-pelajar semua termasuklah anak saya dibalas dengan keihlasan dan kasih sayang yang akan diberikan kepada anak-anak para guru... seperti kata pepatah Inggeris, 'what goes around comes around'.

Thursday, March 19, 2009

kisah anak dan handphone

handphone sememangnya satu keperluan.. kemestian bagi yang dewasa tapi keperluan yang tidak dapat ditidakkan oleh golongan kecil..

kisah guru sekolah

sekali tu anakku bagitau.."tadi ada cikgu cakap dalam kelas macam ni..'kalau sapa-sapa buat bising AKU kenyet.. kalau ada yang berjalan ke sana ke mari AKU jemur tengah panas.. MUNG dengor dok..".. sedih bila cikgu cakao macam tu... kita hantar anak untuk mendapat didikan yang baik.. tup-tup cikgu yang mendidik tu tak terdidik dengan betul... macamana anak murid akan jadi? kot ye pun cikgu-cikgu sume, kalau korang jak GARANG sangat, berpada-pada lah dalam percakapan tu.. bila budak-budak tak suka, ni memberi kesan pada emosi mereka... aku dengar cerita sampai ada ramai mak bapak yang tukarkan anak mreka dari sekolah tu ke sekolah lain.. sepatutnya cikgu tu yang ditukarkan.. pelik... dah banyak aduan diterima pasal cikgu tu, tapi tak ada tindakan.. sebab tulah ramai IBUBAPA tak nak hadir mesyuarat PIBG... sebab ianya akan jadi macam NATO...-no action talk only!.. kata telus.. tapi tak dikotakan...

kepada cikgu-cikgu semua, tolonglah... mintaklah ikhlas dalam mendidik... kita ni semua makan gaji... tugas mendidik.. jadi didiklah dengan ikhlas.. semoga anak kita nanti pun dididik dengan sebaiknya.. kata orang ''what goes around comes around.." hidup ni macam roda.. sentiasa berpusing... pikir-pikirkanlah wahai cikgu.. cikgu kalau nak dihormati murid, kenalah hormatkan murid dulu... mungkin sebab tu lah banyak kes pukul cikgu kot.. cikgu ngan anak murid sama 'bekeng'... kena lah buku ngan ruas..

satu lagi, kesan buruk yang diterima oleh murid ialah mereka jadi takut kat cikgu tu.... ini kesan yang tidak elok sebab emosi dah terganggu.. sentiasa dalan ketakutan.. ada cikgu siap bagitau "kalu mung royat ke mok ayoh mung, siap mung..".. ada ke patut... jadi murid ni akan simpan untuk dirinya sendiri.. sampai besar... masuk sekolah menengah.. masuk u.. tak berani nak luahkan pendapat kat orang lain... tak pro-aktif.. so macamana kita nak majukan generasi kita? alahai cikgu... KECEMERLANGAN GENERASI AKAN DATANG MEMANG TERLETAK DI BAHUMU CIKGU! kena sentiasa didukung!..

so, tolong la cikgu... berkomunikasi lah dengan elok dengan murid2 ni... tahun 1-6 ni memang kritikal sebab mereka lebih mudah mengikut kata cikgu..nak melentur masa nilah.. kalau dah diserapkan dengan kata2 negatif, bukankah itu tidak adil? tidak sepatutnya berlaku..

lagi lak, cikgu ni antara golongan yang kerap naik gaji.. so, mungkin itu disebabkan rezeki yang diberikan kepada cikgu2 yang memang berdedikasi dan bertanggungjawab.. dan dikongsi oleh semua cikgu-cikgu yang ada.. patut bersyukur dan lebih menyayangi murid2.. BUKANNYA MEMAKI mereka..

kisah sedih...

sebenarnya aku tak nak ceritakan.. tapi sekurang-kurangnya niatku hanyalah sebagai panduan dan teladan sesama kita..

ada saudaraku yang baru melahirkan anak.. kena operate lak.. tup-tup, lepas 15 hari bersalin dan kena masuk hospital.. sebab berurut.. dah dinasihatkan supaya jangan berurut, tunggu la sampai habis pantang, tapi si suami tak reti.. katanya, air susu tak ada.. jadi kena berurut... last2 isteri masuk sepital sebab urat semua kembang... memang aku tumpang marah lah kat suami dia tu... ingat semua orang yang bersalin tu ada air susu ke? ada yang sampai ke sudah tak de kuar susu... siap boleh cakap kat anak, "abah kena kerja kuat.. nak kena beli susu..." kurang cerdik betul lah... dah tanggungjawab ko kan..

tu kisah 2 minggu lepas ... lepas 30 hari bersalin, suami ni pulak boleh tolak isteri ni dari tangga.. sampai tergolek-golek isteri ni jatuh.. dari 6 anak tangga.. yang tu memang melampau.. dah tolak tu siap cakap ceraikan isteri... memang melampau... lepas tu hipokrit.. menangis.. menyesal.. hah... kenapa la Tuhan jadikan manusia macam ni... bini dalam pantang boleh ditolaknya.. kot ye pun ko nak ceraikan bini, tak yah tolak... ko ceraikan je la... dibuatnya mati ke. apa ke.. anak ko sapa nak jaga? tak berpikiran luas betullah lelaki ni..

dah cerai lepas tu telefon suma orang bagi tau tak sengaja tolak lah.. apa lah.. aku agaklah.. kalau lelaki ni bunuh orang pun dia akan cakap macam tu.. mintak maaf lah.. tak sengaja bunuh.. mungkin tu dialog skema dia kot.. aku buat kesimpulan memang lelaki ni gila... sebab kalau dia siuman dia akan berpikir lebih waras... kata lelaki ada 99 akal.. tapi ntah lah.. manalah diletakkan akal2 tu semua.. musykil aku..

so, aku dah nasihatkan isteri tu.. tak payah pikir yang dah lepas... pikir masa depan.. macamana nak besarkan anak.. lelaki macam tu tak layak jadi suami.. tapi yelah kesian gak tengok... orang lain baru dapat anak suami isteri sama2 gembira.. tapi nak buat camana.. nasib masing2 memang berbeza..

hmm... ntahlah.. aku doakan yang terbaik untuk semua wanita...

suka duka kisah kehidupan

banyak yang berlaku sepanjang blogku membisu... banyak sangat.... nantilah aku citerkan sket sket... ada kisah sedih.. kisah kecewa.. kisah gembira.. macam-macam.. tulah yang dinamakan kehidupan kan.. kalu sedih manjang tak adil lak.. kalau happy je, macam mustahil tak de masalah lak... kena ada warna....warna-warni kehidupan..

Thursday, February 12, 2009

dapat anak sedara baru

tahun baru, dapat anak sedara.. oklah, anakku bukan main suka lagi.. yelah.. tumpang gembira la.. tapi baby kuar ikut sliding door... kena operate.. kesian aku tengok adik pompuan aku tu.. jalan pun punya la pelan.. dah la tu, bila jalan kena pegang perut.. aku yg tak sakit pun rasa sakit sebab tengok dia macam tu.. kesian betulla..

orang kata, kalau bersalin normal, sakit sekali tu je, bila tengok baby kuar, hilang rasa sakit.. aku setuju.. kalau bersalin buat operation ni, sakitnye berganda-ganda... hmm..

time-time anak aku buat hal, aku memang guna kisah beranak tu lah,.. susahnya nak bersalin.. sakit la.. apa la.. ha, baru terdiam.. pastu mula lah anakku datang peluk... ha.. tau x pe..

kisah mat le.. (jgn marah mat le..)

baru beberapa bulan lepas jumpa mat le.. sapa mat le?.. x-student.. orangnya hensem.. tapi yang membuatkan aku menulis pasal mat le ni bukan apa... sebab aku suka dengan pasangan kekasih ni.. mat le dan buah hatinya... kenapa aku suka lak? sebab buah hatinya pun x-student ku.. hahaha... cikgu memang sukalah... hmm dah terbau kuat dah nasi minyak nih..

ohh diariku...

bz sket.. nak update blog pun dok dang.. tapi banyak betul citer.. nanti lah tulis.. banyak kisah kehidupan utk jadi panduan dan pedoman..

Friday, January 2, 2009

bestnyer cuti!

During the month of Dec 2008, I took the opportunity to rest .. rest.. and rest...mind and soul.. how relaxing..

The last Dec, I had the raya gathering, my daughter's bday celebration.. not to mention the full day house cleaning.. really enjoy Dec... in spite of rainy season..

and.....A wake-up call by my supervisor made me awake... really awake.

wake up izang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!