Showing posts with label Kisah bekas Penagih. Show all posts
Showing posts with label Kisah bekas Penagih. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

Sedekah melalui ebook

Seorang hamba Allah, A memerlukan sumbangan dan sokongan para pembaca demi kelangsungan perjalanan hidupnya. Kehidupannya penuh berliku dan beliau sedang bangkit demi melangkahkan kaki ke jalan yang lebih baik.

Akak sentiasa berusaha untuk membantu A. Dan akak juga memohon para pembaca yang dermawan agar dapat menyedekahkan BACAAN ALFATIHAH buat A, niatkan supaya A berubah ke arah kebaikan. Semoga niat yang baik diterima Allah dan mendapat pahala, pahala menyeru manusia berbuat kebaikan yang amatlah mulia disisi Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan A mendekatkan diri kepada Allah melalui jihad ilmu agama.
Sebagai satu cara akak untuk bantu A, akak akan mula menjual ebook yang akak tulis sendiri. Hasil jualan ebook ini nanti akan digunakan bukan sahaja untuk bantu A, malah berpeluang untuk bantu golongan lain yang memerlukan. Dengan izin Allah.
Jadi seandainya pembaca ingin membantu, bolehlah membeli ebook nukilan akak nanti ye. Nanti akak maklumkan perkembangan mengenai ebook akak.
 

Saturday, March 23, 2013

Minat membaca - kisah A

A sangat minat membaca.. hampir semua jenis genre buku dibacanya.. dan ini adalah sebahagian kecil dari koleksi buku yg dibeli dan dibaca.. cuma buku novel je A tak beli.. dia banyak beli buku genre agama..

Sunday, March 3, 2013

Sumbangan anda amat dihargai

Online banking ternyata memudahkan manusia..

Terima kasih kepada insan2 yang telah menghulurkan sedekah buat A. Sumbangan anda amat bermakna buat A. Sama2 kita bantu A supaya A dapat sesegera mungkin menempatkan dirinya di tempat mengaji/pondok yang sangat dihajatinya. Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada semua yang telah membantu merealisasikan impian A.

Dan sekiranya ada yang ingin menyumbang dan juga ingin supaya diadakan tahlil buat arwah ahli keluarga, dialu-alukan juga berbuat demikian. Boleh emelkan kepada saya ( izangganu@gmail.com) nama arwah yang akan saya forwardkan kepada ustaz nanti.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

 "Apabila seorang anak Adam mati maka putuslah amalnya
kecuali tiga perkara :
sedekah jariah,    atau
ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain      atau
 anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
 

Saturday, March 2, 2013

Hidup ini sebuah perjalanan

Minggu lepas kat kampung ada kenduri kawin.. M.. sebenarnya M ni bekas penagih. tapi itulah kenyataan "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

M sekarang ni sudah bersih dari dadah.. berkat sokongan keluarga.. Keluarga itu penting. So mulai dari sekarang, jangan pandang hina kepada mereka ini.. mungkin yang terbaik kita lakukan ialah memberi sokongan setakat yang mampu dan berdoa kepada Allah supaya Allah membukakan hati dan memberikan nur agar mereka mampu bangkit menuju jalan kejayaan sebagai hamba Allah yang dikehendaki Islam.

Perkembangan A

Sejak beberapa tahun yang lalu A telah dan sehingga kini menjalani sesi rawatan di hospital daerah di sini. Setakat yang aku tahu A sudah tidak terbabit dengan najis dadah.

Bercakap mengenai pekerjaan, A sebelum ini bekerja dalam kerja2 pembinaan rumah. Sekarang pun sekiranya ada permintaan beliau akan melakukan kerja-kerja walaupun permintaan boleh dikatakan kurang. Jadi sebab itulah A melakukan kerja mencari bahan2 terbuang untuk dijual semula.

Jadi pembaca yang budiman, marilah kita bantu A. Beliau ada kesedaran untuk memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik tetapi peluang dan faktor kewangan menjadi halangan ketika ini.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, A tersangat ingin belajar agama di salah sebuah pondok di Kelantan. Jadi apa kata kita sama-sama usahakan agar tercapai hajat A. Kita bantu permudahkan hajat orang semoga hajat kita dipermudahkan Allah.

Saya akan sentiasa update perkembangan A dari masa ke semasa.

Thursday, February 28, 2013

Menghulur bantuan mencari pahala

Ingat lagi pasal si A yang aku ceritakan sebelum ni? Kisahnya, A hanya ditahan kat lokap 3 hari je.. sebab tak bersalah.. dia ingatkan barang2 semua tu orang dah tak nak.. sebab bangunan tu sebenarnya dah dirobohkan.. so dia pun carik la apa2 yang boleh dijual balik.. tapi yelah.. nak buat macamana kan..

Berbalik kepada A ni... dia sebenarnya amat minat nak belajar kat pondok. Pondok agama kat kelate nun. Pernah disuarakan.. tapi sebab keluarga ada kekangan kewangan dan komitmen lain jadi terpaksa dilupakan keinginan si A ni..

jadi kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu A ni, amatlah dialu-alukan.. Memandangkan A ni suka membaca, dan membaca tu memang perkara yang bagus.. sekurang-kurangnya dia melakukan sesuatu yang berfaedah.. Si A ni, sekiranya ada buku baru 4 biji satu hari pun dia akan baca.. sanggup tak tidur..

jadi ada baiknya kita membantunya mencapai hajatnya untuk belajar agama di pondok. Semoga kita pun mendapat pahala membantu orang yang menuntut ilmu.  Justeru, kepada pembaca semua yang ingin membantu bolehlah menyedekahkan sumbangan kalian kepada A, melalui akaun saya:











12051371753525 ( Norizan )



InsyaAllah, saya sebagai pemegang amanah akan menyampaikan sumbangan tesebut kepada pihak pengurusan pondok nanti bagi menyelesaikan urusan2 berkaitan sepanjang pengajian A nanti. Segala keperluan A akan dipantau dan disediakan hasil dari sumbangan pembaca sekalian. Kita sedia maklum bahawa pengajian apa pun memerlukan kos yang perlu ditanggung oleh pihak yang ingin belajar.

Kepada yang ingin bersedekah bagi pihak ibu bapa, niatkanlah supaya pahala menuntut ilmu yang akan dilalui oleh A nanti sampai kepada kedua ibu bapa kalian. Semoga sumbangan kita semua mampu menyempurnakan usaha murni ini, Semoga usaha kita semua akan diberkati Allah SWT.


Thursday, January 31, 2013

Andai itu takdirnya

Semalam datang berita yang si A ditahan dan sekarang berada di lokap di P.M. Sebabnya mencuri besi buruk.. tak pasti macamana dan apa yang dilakukan sehingga tertangkap tu...
Kali ni dah masuk beberapa kali dah si A berada di lokap... sebelum ni atas sebab dadah. Lepas tu nampak usahanya untuk keluar dari ketagihan.. kemudian berjinak dgn jual besi buruk ni.. mungkin besar cabaran untuk berubah.. yelah.. kalau diikutkan orang biasa yang merokok pun punyalah susah nak berenti rokok.. hebat cabarannya...
Sayang sungguh.. si A ni kalau betul2 berubah alangkah bagusnya.. seingat aku A ni kalau bab sejarah dan pengetahuan am memang tak de boleh bohong dia.. dia banyak tahu.. sebab dia suka baca. Tanyalah juga pasal hukum hakam agama memang boleh dihuraikan... tapi sayang.. lemah dengan dadah...
Semoga A diberi hidayah oleh Allah agar dibukakan sepenuhnya hati A untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan diri. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...