Showing posts with label Refleksi Hujung Nyawa. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Hujung Nyawa. Show all posts

Monday, October 15, 2018

WAJIB BACA: Risiko penyakit tiroid: Jangan biarkan ianya tanpa rawatan! Kesan simptom dari awal

Anda berkemungkinan menghidap gangguan hormon tiroksin? Adakah anda mempunyai benjolan seperti ini? Kalau ye, anda menghidap hipotiroid maka anda perlu membaca sehingga ke akhir entri ini.


Terdapat 2 jenis gangguan tiroid iaitu hipotiroid dan hipertiroid. Bagaimana untuk memastikan anda tergolong dalam golongan mana satu? Anda mestilah membuat ujian darah dan doktor akan merumuskan samada anda berada di dalam golongan yang menghidap hipertiroid atau hipotiroid.

Entri kali ini adalah mengenai penyakit hipotiroid iaitu satu keadaan di mana badan kekurangan hormon tiroksin.

Sebagai seorang pesakit hipotiroid, kak izang mempunyai pengalaman tersendiri dalam hal ehwal rawatan hipotiroid ni. Kak izang dah pun menjalani pembedahan buang hormon tiroksin sebelum ini dan sekarang ni bergantung kepada pil hormon tiroksin sintetik yang perlu diambil sebiji setiap hari selama hayat dikandung badan.




Jadi, kak izang boleh memberi nasihat dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan korang apabila melibatkan hipotiroid ni.

Sebelum tu, kenalpasti diri sendiri samada anda ada mengalami simptom di bawah:



Dikatakan juga bahawa golongan wanita lebih berisiko menghidap penyakit berkaitan gangguan tiroid ni.



Sebagai pesakit hipotiroid, memang kita perlu menganalisa sendiri badan kita. Untuk memastikan keperluan nutrisi mencukupi. Sebab tu kena lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap 3 atau 6 bulan sekali. Untuk semak samada keperluan nutrisi badan kita ni cukup ke tidak.

Jadi pengambilan suplemen vitamin dan mineral sangat penting untuk menampung kekurangan nutrisi badan. Ada banyak suplemen yang dapat membantu pesakit hipotiroid. Pengambilan suplemen dapat membantu pesakit menangani gangguan hormon tiroid yang dapat menyebabkan penyakit auto-imun dan keradangan.




Bagi pesakit hipotiroid, suplemen yang dapat membantu mengekalkan keperluan nutrisi badan ialah:

  • Vivix: membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
  • Vitalea: membekalkan multivitamin lengkap kepada pesakit. Merupakan sumber iodin (punca hipotiroid dikaitkan dengan kekurangan iodin). Vitalea menambahkan keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif), membantu penghasilan tiroksin T4 (hormon tiroid tidak aktif) dan proses penukaran T4 kepada T3
  • Vita E: mengandungi selenium semulajadi yang membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipertiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vita e membantu mengurangkan antibodi ini. Vita E juga membantu memerangi radikal bebas.
  • Vita C: menyokong sistem imun kepada pesakit hipotiroid
  • Bcomplex:  berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
  • Ostematrix: Vitamin D membantu dalam rawatan penyakit berkaitan auto-imun. 



Apa akan jadi sekiranya hipotiroid ini dibiarkan? 

Sekiranya dibiarkan, risiko yang dihadapi pesakit ialah seperti berikut:
1) pesakit boleh koma disebabkan kadar hormon tiroksin yang terlampau rendah
2) penyakit jantung, lemah fikiran, masalah kesuburan dan masalah saraf
3) kanser tiroid

Jadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera!











Tuesday, September 18, 2018

Kanser Tiroid: Punca Wanita Sedang Hamil Ini Meninggal Dunia

Semalam dikejutkan dengan berita kematian seorang isteri yang sedang mengandung 3 bulan, anak sulung.. telah meninggal dunia akibat kanser tiroid. Sebelum ni tak ada sakit apa.. tapi akhirnya bila doktor check, kanser dah merebak banyak.. dah tahap kritikal dah.. akhirnya membawa maut.




Kita turut berdukacita. Semoga Allah mengampunkan dan menempatkan arwah di dalam golongan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.


Masa akak mula-mula check tiroid kat hospital, doktor ada bagitau, jika tidak dirawat, pesakit tiroid berkemungkinan mendapat kanser tiroid. Memang menakutkan.. kanser kot.. kita dengar kan.. kanser ni .. sel-sel kanser kejap je membiak.. merebak.. sedar sedar.. dah rosak semua sel..


Apakah Kanser Tiroid


  • Kanser tiroid bermula apabila sel kelenjar tiroid menjadi tidak normal, membesar tanpa kawalan, dan membentuk jisim tisu yang dinamai ketumbuhan atau tumor.
Disenaraikan di bawah ini adalah beberapa faktor yang mungkin meningkatkan risiko kanser tiroid, namun tiada siapa yang tahu akan penyebab sebenar kanser tiroid.
  • Terdedah kepada sinaran: Individu yang terdedah kepada aras sinaran yang tinggi dijangka lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid daripada individu lain. Satu sumber sinaran yang penting ialah rawatan yang menggunakan sinar-X. Misalnya, seseorang yang selalu menggunakan sinar-X secara diagnostik walaupun dengan dos sinaran yang rendah, meningkatkan risiko mengalami kanser tiroid.
  • Jantina: Perempuan lebih terjejas dengan kanser tiroid daripada lelaki. Di Semenanjung Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Statistik Kanser Malaysia - Data dan Angka, Semenanjung Malaysia, 2006, perempuan adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid berbanding lelaki.
  • Keturunan: Jenis kanser tiroid tertentu mungkin diwarisi.
  • Umur: Kanser tiroid boleh berlaku pada mana-mana kumpulan umur, tetapi lebih cenderung selepas usia 30 tahun, dan risiko meningkat pada individu yang lebih tua.
  • Iodin tidak mencukupi dalam diet: Kelenjar tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Kita boleh mengurangkan risiko jika iodin dijadikan salah satu daripada ramuan makanan kita. Makanan laut ialah contoh makanan yang mengandungi iodin.
  • Sejarah goiter pada diri atau keluarga: Goiter ialah nodul benigna (tumor bukan-kanser) tiroid. Individu yang mengalami goiter berkemungkinan mengalami kanser tiroid.
Jika seseorang mempunyai satu faktor risiko atau lebih, ini tidak bermakna bahawa dia akan mendapat kanser tiroid. Kebanyakan individu yang mempunyai beberapa faktor risiko tidak mengalami kanser tiroid. Walau bagaimanapun, yang jelasnya ialah kanser tiroid tidak berjangkit.
Simptom 

Sumber Sumber
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;
  • Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
  • Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
  • Nodus limfa bengkak terutama di leher.
  • Sukar menelan atau bernafas
  • Sakit pada tekak atau leher.
Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.


Akak pun dah buat rawatan buang tiroid ni. Akak ada hypotiroid. Dan sekarang ni bergantung sepenuhnya dengan sintetik hormon tiroid. 

Yang penting sekarang ni kan.. kita wanita kan.. kena pergi buat medical checkup. Kalau ada yang tak pernah buat tu, pergilah buat.. baru boleh tahu apa-apa yang tak kena dalam sistem badan kita.




Yang sedang mencari rawatan alternatif untuk kanser, boleh usahakan dengan amalkan Vivix Shaklee. Antioksidan dalam Vivix mampu menghalang sel kanser dari merebak.



Berusahalah demi kesihatan yang lebih baik supaya kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih tenang. Dengan kesihatan yang lebih baik, insyaAllah kita dapat beribadah dengan lebih sempurna.

019-9695787


Monday, November 17, 2014

Kisah budu ngan cendol

Tadi abe nik citer.. dan citer ni citer benar.. fakta dan bukan auta..

Kata abe nik, ada kisah dua kanak-kanak mati selepas makan budu dan makan cendol.. masa tu maknya keluar rumah jap.. tapi dah sediakan nasi dan ada lauk budu.. balik je maknya tengok kedua-dua anaknya dah terlentang.. berbuih mulut.. jadi maknya bingung.. tak tau apa sebenarnya berlaku..

Bila maknya periksa.. tengok kat dalam  peti ais, cendol dah luak.. maknanya anaknya dah makan cendol tu.. jadi maknya test la. Dia ambik budu.. gaulkan ngan nasi... pastu campurkan nasi tu ngan cendol. Kemudian dia bagi ayam makan.. kejap lepas tu ayam menggelupur dan dot dot dot..

Kemudian bila diberitahu kpd orang lain, ada yg mengakui perkara ni..

Apa sebabnya ye.. ikutkan budu takde bahan lain kan selain dari ikan dan garam..

Cendol pulak dibuat dari beras pulut dan ada letak kapur.. mungkinkah kapur penyebab keracunan pada makanan tu?..

Thursday, October 2, 2014

Kes pelajar sekolah maut akibat jatuh dari atas siling

Pertama kali dengar berita ni kat tv semalam akak rasa sedikit sedih.. sebab gambaran yg diberikan dari ulasan berita ialah pelajar ponteng dari menghadiri kelas. Jadi biarlah jadi pengajaran kpd pelajar2 lain.

Ari ni abe nik share 1 berita dari whatsup beliau. Dikatakan pelajar ni pelajar yg baik dan rajin ke surau. Arwah ni pula adalah anak yatim yg tinggal bersama nenek.

Diceritakan pula bahawa ketika kejadian, arwah diejek oleh rakan sekelas kerana arwah ni miskin.. tidak mempunyai kelengkapan alatulis yg lengkap.. jadi ada rakan yg menyembunyikan kotak pensil arwah kat atas siling tu.. camana disembunyikan tak tau le.. dicampakkan ke camana tak pasti..

Jadi arwah kemudiannya panjat siling sebab nak ambik balik kotak pensil beliau.. dan ditakdirkan arwah jatuh dari siling dan terus maut.. dengan tangannya erat memegang kotak pensil tersebut.. masyaAllah..

Seandainya ini adalah kejadian sebenar maka amatlah menyedihkan.. dibuatnya lagi neneknya kurang upaya dan hanya bergantung kpd arwah utk hidup.. masyaAllah..

Kejadian ini sepatutnya membuka mata kita seluas-luasnya.. kita kena ada kesedaran utk faham tentang aturan karma kehidupan.. jadi kita kena buat sesuatu..

1. Kita kena sedarkan anak2 kita yg orang miskin bukan utk diejek.. mereka perlu dibantu kerana dengan membantu mereka yg memerlukan barulah kita mendapat pahala. Dengan pahala sajalah kita boleh mendapat syurga Allah.

2. Sedarkan anak2 kita yg miskin kaya itu kuasa Allah. Dan dunia ini ada pasang surutnya. Jangan merendah-rendahkan org lain. Nanti akan ada harinya bila kita memerlukan bantuan san merekalah yg datang membantu.

3. Sedarkan diri kita sendiri. Andai kita ini org yg sangat berkemampuan yg diberi rezeki oleh Allah sehinggakan kita mampu utk membantu orang di luar negara sana.. kita dapat melancong ke sana ke mari.. kita tiada masalah.. maka mungkin sekarang adalah saat yg sesuai utk kita muhasabah diri..  carilah mereka di luar sana yg tidak berkemampuan.. bantulah mereka supaya sama-sama dapat kebaikan.. org2 yg baik.. mereka tidak akan meminta.. mereka cekal.. mereka redha dan pasrah dgn kehidupan.. carilah mereka.. bantulah mereka..

Semoga Allah memberikan rahmatNya yang berterusan kepada kita semua. Amin.

Saturday, September 13, 2014

Bersediakah kita untuk meninggalkan dunia buat selama-lamanya?

Berkesempatan menyelami hati seorang ibu.. yang sudah mempunyai cucu dan cicit..

Hati orang tua memang sensitif. Lagi2 la bila time sakit pening... bila anak2 tak datang menjenguk dan bertanya khabar...

Hmm.. katanya lagi.. kalau dia meninggal nanti, anak-anak tak perlu bimbang pasal duit untuk menguruskan jenazah beliau. Dia dah sediakan dan ada simpan kat dalam rumah... dia tak nak susahkan sorang pun anak-anaknya.. alahai...sedih pulak dengar.. pengajaran bagi kita semua anak-anak.. sentiasalah calling calling lah mak ayah..

Wednesday, September 10, 2014

Nenek warga emas mati dengan tangan terikat

Innalillahi wainnailaihirojiun.

Ya Allah. DariMu kami datang dan KepadaMu kami kembali.

Akak sedih sangat bila dapat tahu perkara ni sebab memang akak pernah tengok la nenek ni. Masih lagi gagah menjalankan kerja seharian.

Kejamnya mereka yang melakukan pembunuhan ni. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya agar mereka yang bersalah akan ditangkap dan dihukum dengan segera.

Ya Allah. Jauhkanlah kami dari segala keburukan dan dekatkanlah kami kepada segala kebaikan. Kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin.

Saturday, July 19, 2014

Sekiranya ingin membantu keluarga arwah..

Akak bersama kumpulan kecil akak Kumpulan Cakna Komuniti mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada pembaca-pembaca yang ingin menyumbang kepada keluarga arwah.

Untuk pengetahuan, arwah merupakan salah seorang pelajar di bawah tanggungjawab akak di mana akak adalah Penasihat Akademik beliau... dan sepanjang mengenali arwah, beliau merupakan seorang yang ceria dan mudah berkerjasama.. pendek kata semua yang mengenali beliau akan memberikan pendapat yang positif mengenai arwah... masyaAllah...pencapaian akademik arwah juga sangat membanggakan.. 

dan untuk pengetahuan semua juga, keluarga arwah tinggal di PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar) di Kemaman dan kedua ibubapanya menoreh getah untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Kedua ibubapa arwah menaruh harapan yang sangat tinggi kepada arwah kerana arwah adalah satu-satunya anak mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. dan kini mereka tidak dapat berharap lagi..

Andai ada pembaca di luar sana yang ingin membantu keluarga arwah, boleh hubungi akak. Sekiranya ingin menderma boleh bankin ke dalam akaun akak di bawah, letakkan rujukan arwah Azurawani untuk rujukan akak.


Jumlah yang terkumpul akan diberikan kepada keluarga arwah. InsyaAllah. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini.


Friday, July 18, 2014

Kisah kematian dan petanda mimpi.... perkongsian dari ibubapa arwah..

Kak nak berkongsi dengan pembaca semua pasal petanda kepada kematian.. jangan salah sangka pulak ye.. anggap lah perkongsian ini sebagai satu aspek ilmu pengetahuan..tak lebih dari itu.. lagi pula semua ilmu yang ada kat dunia ni milik Allah, dan Allah Maha Berkuasa dalam memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.

kata orang, kalau kita bermimpi gigi patah, maka alamatnya ada keluarga terdekat yang akan pergi meninggalkan kita. Walaupun mimpi tu hanyalah mainan tidur, tetapi petunjuk yang diberikan kepada kita tidak kira masa, masa kita terjaga.. masa kita tidur.. bila-bila masa Allah boleh bagi petunjuk..


cuma dah katanya mainan tidur, jadi antara percaya dengan tidak je la kan..

tapi kan, rasanya bukan sorang je yang ada mimpi gigi patah yang membawa kepada berita kematian, ada ramai lagi antara kita yang pernah bermimpi perkara yang sama dan tak lama kemudian kita mula percaya kepada kebenarannya.. mula menerimanya sebagai satu petanda yang hampir pasti.

Semasa pergi melawat keluarga arwah, ibubapa arwah bercerita tentang petanda-petanda yang ada pada arwah, juga petanda yang mereka alami sebelum pemergian arwah.

Menurut kedua ibubapa arwah, arwah merupakan seorang anak yang baik. dan ibunya perasan yang kebelakangan ni, bila lepas sembahyang, arwah akan duduk berdoa lebih lama. dan arwah juga sentiasa berpesan kepada ahli keluarganya mengenai pentingnya menjaga solat... Allahu Akbar.

Mengenai mimpi pula, 

  • adik arwah bermimpi keluar ulat dari mulutnya..
  • ayah arwah bermimpi giginya patah
Manakala ibu arwah bermimpi 2 perkara:
  • beliau bermimpi arwah berkahwin di mana arwah dan pasangannya memakai baju serba putih.. masyaAllah.
  • beliau juga bermimpi menarik baju suaminya dengan orang lain. baju itu merupakan baju kesayangan suaminya iaitu ayah arwah.. di dalam mimpi tersebut, walaupun beliau mencuba merebut kembali baju tersebut namun akhirnya baju itu terlepas juga dari pegangannya.. rupanya itu petanda beliau suami isteri akan kehilangan anak yang paling disayangi...

Memang mimpi itu mainan tidur... tapi sama-sama kita ambil iktibar buat renungan bersama.. setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya.. Allah Maha Berkuasa.




Thursday, July 17, 2014

Budak mati dipukul ibu tanpa henti

HarianMetro 28 Mei 2014

Terasa sedih yang amat bila membaca berita pasal kanak-kanak berumur 6 tahun yang meninggal akibat kesan deraan ibu kandung. MasyaAllah. Apabila kasih sayang sudah tiada lagi ibu kandung pun sanggup membunuh anak...

Sunday, July 13, 2014

Menziarahi keluarga arwah azurawani

Hari ni 13 Jul 2014, akak ditemani oleh rakan seperjuangan, kaksu dan echah pergi menziarahi keluarga arwah untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Sebelum sampai ke rumah arwah akak dah tepon dulu ibu arwah utk confirmkan direction. Allah mempermudahkan urusan kami, akhirnya sampai kami ke rumah keluarga arwah.

Mendengar kisah2 arwah melalui kedua orang tuanya membuatkan hati akak begitu pilu. Akak tahankan airmata janganlah meluncur jatuh.. cepat2 je akak cari tisu.. kesat airmata yang bertakung di hujung mata... yg hanya menunggu masa je nak gugur..huhuhu.. sedih.. melihat ayah arwah yang tertunduk menahan sedih apabila berbicara pasal arwah.. tambahan pula arwah adalah anak sulungnya yg sangat rapat dengannya....

Kata ibunya, arwah anak yg sentiasa senyum dan ringan tulang.. semua orang sukakannya.. dan mereka suami isteri masih lagi sentiasa terkenangkan arwah.. untuk memujuk hati, mereka lebih senang menganggap arwah sedang belajar di kampus.. akak faham perasaan mereka.

Dan kedua ibubapa arwah masih lagi tidak dapat membayangkan bagaimana nanti suasana pada hari raya nanti.. mengingatinya sudah menggambarkan kesedihan teramat kedua ibu bapa arwah.

Semoga Allah memberikan kekuatan mental yang bukan calang2 kepada keluarga arwah dan semoga Allah menempatkan arwah ke dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Wednesday, July 9, 2014

AlFatihah buat pelajarku - Azura

Pada 2 Julai lepas akak dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang pelajar diploma akak. Innalillah.. arwah kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah beliau.

Sampai sekarang ni akak masih teringatkan arwah. Orangnya cukup baik, lemah lembut dan bertanggungjawab.

 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Saturday, June 28, 2014

yang tua dan yang lupa..

hmm... camana ni ye.. umur dah tua tapi masih lagi ke kedai judi..

memang 'old habit dies hard', susah nak buang tabiat yang dah lama sebati dalam diri kan.. aduhai...

alangkah baiknya kalau jalannya terhegeh-hegeh tapi laluannya adalah ke masjid kan..


Friday, June 27, 2014

Rumah orang tua.. wahai anak.. dunia itu bulat..

Rasa tersentuh la pulak hati bila baca artikel "Golongan profesional sanggup hantar ibu bapa uzur ke rumah jagaan percuma".. mak ayah hantar anak2 belajar tinggi-tinggi, bila mak ayah dah tua, mak ayah lak dihantar ke rumah kebajikan.. 

 

Nak buat camana kan.. golongan profesional kena kerja.. kos sara hidup tinggi kan.. mana nak jaga anak lagi.. nak jaga mak ayah lagi .. kan.. hmm.. begitulah.. bijak pandai ada mengatakan " sorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga sorang anak kan.."

jadi mungkin sekarang ni kalau ada mak ayah yang sangat berkemampuan, buatlah satu tabung ke satu yayasan ke, pusat jagaan ke.. yang boleh diduduki sambil menghabiskan masa tua nanti.. fisabilillah kan.. mungkin boleh buat satu perancangan pengurusan supaya segala perbelanjaan boleh tanggung sampai 10 tahun ke.. so kalau ada mak-ayah2 yang nak join menghuni pusat jagaan tu yang sekarang ni berkemampuan, bolehlah mintak bayar dulu kan.. join membership.. kalu tak nak duduk kat pusat jagaan tu pun tak pe, nanti boleh disedekahkan kepada penghuni lain kan.. bila dah berumur ni, tak de lain yang kita pikir, hanyalah dah banyak ke amalan kita? 

banyak yang berlaku di sekeliling kita yang menyebabkan kita berfikir macamana la kita ni sebagai mak ayah akan meniti usia di hari tua nanti.. kita kena bersedia dari sekarang kan... tak boleh mengharapkan anak-anak nak jaga kita kan.. dah tanggungjawab kita mendidik mereka, bila mereka dah besar dan beranak pinak, dapat menjalani kehidupan sebagai muslim dan muslimah, itu sudah cukup bagi kita sebagai mak ayah kan.

jom muhasabah diri.



Monday, May 26, 2014

Mangsa cangkul maafkan perbuatan anak

Walaupun kepalanya dihentak dengan cangkul oleh anaknya, seorang bapa masih sanggup memaafkan perbuatan anaknya...

macamana seorang anak tergamak memukul seorang ayah sendiri?

kenapa seorang anak boleh tak terpikir betapa berdosanya melakukan kekejaman kepada ibubapa? bukan ibubapa sahaja malah sesama manusia..
 
dosa manusia memang tak nampak... bukan macam kena cat kat baju kan.. kalau kena cat senang nampak.. cat warna hitam ke warna merah ke.. cepat nampak.. 

andai manusia nampak dosa seperti mana manusia nampak suhu termometer tu.. memang kecut perut la jawabnya kan.. makin tinggi suhu termometer tu makin banyak dosa.. makin banyak dosa makin cepat nama naik kat paling atas masuk ke pintu n****a.. nauzubillah hi min zalik.

kita ini makhluk yang alpa kan.. kita ambik pengajaran dan iktibar.

harian metro 14 Mei 2014
 

Semoga Allah sentiasa memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya yang membawa kita ke jalan kebenaran dan jalan ke syurga-Nya. Amin.


Thursday, May 22, 2014

Kisah sepital- kecuaian pihak hospital HSNZ Kuala Terengganu

Ni kisah akak nak kongsi pasal kecuaian pihak yang bertanggungjawab dalam urusan kelahiran di bahagian bersalin, HSNZ Kuala Terengganu.

Sedih sangat bila fara share gambo kakaknya sedang memangku anaknya yang hanya sempat berada di dunia selama 3 hari..

Kisah ni kisah yang klise.. ibu yang sedang menanggung kesakitan yang amat tapi tidak dipedulikan oleh jururawat yang sepatutnya menjaga kebajikan dan keperluan ibu-ibu tersebut. Dalam kes ini, saat melahirkan sudah sampai tapi masih tiada lagi bukaan.. jadinya sepatutnya pembedahan adalah jalan penyelesaiannya.. tapi disebabkan tiada tindakan cepat dari pihak hospital, ibu dibiarkan menanggung kesakitan .. dan rahim ibu sudah tidak mampu lagi menyimpan bayi.. sehinggakan bayi sudah lemas di dalam perut ibu..

Seandainya langkah-langkah sewajarnya diambil dengan lebih cepat, berkemungkinan besar perkara ini tidak sampai jadi macam ni.. sampai kehilangan nyawa bayi... dan sekiranya lambat bertindak mampu meragut nyawa kedua-dua bayi dan ibu.


 

Dan difahamkan, ini bukanlah kali pertama kes seperti ini berlaku. MasyaAllah. Telah terlalu banyak kes-kes yang berlaku disebabkan kecuaian manusia.. disebalik kewujudan mesin-mesin yang berteknologi tinggi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh pihak hospital, namun tindakan sambil lewa diambil.. natijahnya, kehilangan nyawa ibu.. kehilangan nyawa bayi..

dan dalam kes kritikal seperti ini, ada ibu-ibu yang sudah tidak dapat mengandung lagi.. dan ini memberi kesan yang amatlah besar kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan..

Dalam setiap hal yang melibatkan manusia, perasaan kemanusiaan amatlah penting.. makanya hubungan kemanusiaan perlu diwujudkan dan diselaraskan kepada kewajaran dan kesesuaian dalam memberikan pertolongan yang sebaiknya kepada sesama manusia. 

Sebagai manusia biasa, seringkali kita akan mengucapkan syukur apabila segala urusan kita dipermudahkan Allah. Dan kita juga akan mengucapkan terima kasih dan turut berdoa yang baik-baik kepada mereka-mereka yang telah turut sama membantu kita.. di sini, tentunya sebaliknya yang kita ucapkan kan...

Dan dalam perkara kecuaian sebegini, apa yang patut dilakukan? nak salahkan siapa? Tak perlu salahkan sesiapa.. kena lihat balik proses atau prosedur pengurusan wad bersalin tu.. pihak pengurusan mesti perbaiki sistem sedia ada supaya pengurusan wad bersalin menjadi lebih baik dan lebih cekap.

Tiada guna melaung-laungkan slogan pembangunan modal insan sana sini andai di saat kelahiran seseorang insan, kita kekurangan keinsanan untuk menyediakan perkhidmatan yang menandakan kita ini sesungguhnya seorang insan yang kaya dengan sifat belas dan ehsan sesama manusia!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...