Tuesday, December 30, 2014

Wahai orang-orang yang kaya...

Intipati pengajaran dari Juz 15, Surah al-Isra ayat 16.

Ada sebab dan tujuannya Allah menjadikan seseorang itu kaya atau miskin. Orang yang kaya sangat besar tanggungjawabnya kerana Allah memberikannya kekayaan supaya dapat dikongsi bersama dengan orang-orang miskin dan membantu mereka yang memerlukan. Barulah orang kaya itu mendapat pahala di atas perbuatannya berbuat kebajikan.

Dan orang miskin juga mempunyai tanggungjawabnya yang tertentu. Setiap perbuatan dan usaha merubah nasib kepada kehidupan yang lebih baik diberi ganjaran pahala oleh Allah.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Namun, samada kaya atau miskin seseorang itu, ianya bukanlah kayu pengukur keimanan seseorang. Yang membezakan kita nanti ialah banyak mana pahala yang dikumpulkan sebagai bekalan ke sana nanti. Sayangnya pahala ini tidak dapat kita lihat dengan mata kasar hatta mata halus sekalipun. Kalaulah manusia boleh melihat banyak mana pahala yang dikumpul setakat ini sepertimana manusia mengumpul wang berjuta pastinya berebut-rebut manusia mengerjakan kebajikan. Namun Allah jua yang Maha Mengetahui. Allah berikan petunjuk hanya kepada mereka yang berfikir dan faham akan kewujudan noktah perjalanan mereka nanti. Hanya bagi mereka yang mengetahui.

Semoga kita termasuk di dalam golongan mereka yang sentiasa mengingati Allah. Amin.

Citer selepas banjir...di kuala krai dan manik urai..

Banjir yang melanda Kelantan minggu lepas dikatakan sangat luarbiasa kerana beberapa tempat yang terletak di kawasan tinggi dan selama ini tidak pernah dinaiki air juga terkena tempiasnya. Dua kawasan yang menjadi perhatian kita semua ialah Kuala Krai dan Manik Urai.

Seperti yang dipaparkan oleh media, kedua-dua kawasan tersebut ditenggelami air dengan begitu teruk sehinggakan tingkat 3 sekolah tempat pemindahan pun turut dinaiki air. Air yang naik begitu cepat memaksa sebahagian penduduk berpindah ke kawasan bukit. Ada yang kehabisan bekalan makanan.. sehingga memaksa mereka bertahan dengan minum air hujan sahaja. Ya Allah. Kasihanilah mereka.

Dan setelah banjir reda dan penduduk yang terlibat banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kedukaan mereka bertambah apabila melihat keadaan rumah dan persekitaran tempat tinggal mereka... semuanya ibarat dilanda tsunami.. ada yang tinggal tiang sahaja.. rumah telah hilang dibawa arus air banjir.. tiada apa yang tinggal. Ya Allah..Begitu besar ujian dan cabaran yang dihadapi oleh mereka ini.

Kasihanilah mereka ini yang terlibat dalam bencana alam ini ya Allah. Kau gantikanlah kedukaan mereka dengan kegembiraan dan Kau gantikanlah mereka dengan kehidupan yang lebih baik ya Allah.

Berilah kami semua semua petunjuk dan berilah jalan keluar agar segala kesulitan yang dihadapi dapat diselesaikan mengikut jalanMu ya Allah. Pimpinlah kami ke jalan kebenaran dan berilah kami rahmatMu ya Allah.

Apa yang berlaku ini adalah peringatan bagi kami semua. Dan kami redha ya Allah. Kami mohon ampun di atas segala keterlanjuran kami Ya Allah. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang sentiasa berbuat kezaliman. Oleh itu ampunkanlah kami dan terimalah taubat kami. Amin.

Monday, December 29, 2014

Besarnya pahala golongan ini...

Memang bulan Disember adalah bulan Anggota Tentera Malaysia dan Pasukan Bomba dan Penyelamat. Tugas dan cabaran mereka banyak diuji ketika musim banjir, spt apa yang berlaku ketika ini di mana semua negeri di pantai timur dilanda banjir yang luarbiasa.

Tanpa memikirkan kepentingan diri malah keluarga sendiri, mereka ini berhabisan tenaga untuk membantu orang ramai. Anda semua manusia yang hebat.

Akak sebak bila baca berita mengenai seorang anggota bomba dan penyelamat yg rumahnya ditenggelami air.. sehinggakan beliau terpaksa meminta maaf kepada isteri beliau kerana terpaksa mengutamakan orang lain.. ketika itu beliau terpaksa bertugas membantu penduduk di Kg Raja dan Kuala Jenga yg teruk dilanda banjir.

Begitu juga dengan para doktor dan jururawat yang bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga dalam membantu mereka yang memerlukan. Anda semua manusia yang hebat.

Kepada anggota-anggota polis, pasukan rela dan jpam, anda semua manusia yang sungguh hebat dan menjadi contoh kepada semua.

Akak hanya mampu berdoa supaya orang-orang hebat ini diberikan pahala yang banyak, dipermudahkan segala urusan kehidupan dunia akhirat, diberikan ketenangan zahir dan batin serta diberi kemuliaan sesama makhluk. Terima kasih diatas segala jasa baik dan bantuan ikhlas yang dicurahkan. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Mohon sangat pihak kerajaan memberikan imbuhan yang sewajarnya kepada golongan ini di atas segala usaha, penat lelah, jasa dan tenaga yang telah dicurahkan.

Sunday, December 28, 2014

Waterpark dalam rumah... dalam duka ada suka..

Ada kawan durra hantar gambar.. tengah main air banjir dalam rumah.. ala-ala waterpark gitu.. seronok main air.. mak ayah boleh pantau..

Sementara keadaan air masih terkawal kan..

Bagi kawasan yg dilanda air banjir yg lebih teruk memang kena pindah ke kawasan yang lebih selamat.

Kita amat bersimpati dengan nasib mereka yang sedang dilanda musibah banjir ni. Dan kita berdoa dengan sepenuh keikhlasan dan penuh pengharapan supaya Allah mempermudahkan bantuan segera sampai dan segala kesulitan dapat dimudahkan segera. Sama-sama kita hulurkan bantuan selagi boleh di samping panjatkan doa kepada Allah.

Saturday, December 27, 2014

Tolong.. oghe lapar.. keluhan mangsa banjir..

Ya Allah.. sayunya hati bila membaca akhbar hari ni..

Hari ni Harian Metro 27/12/2014 melaporkan mengenai mangsa banjir yang kelaparan kerana sudah 3 hari bekalan makanan habis..

Akak terus teringatkan kanak-kanak yang sedang kelaparan.. kalau orang dewasa mereka masih boleh menahan lapar.. bagaimana pula dengan kanak-kanak? Aduhai..

Dan dipaparkan juga di dalam berita tersebut bagaimana golongan ibu-ibu di  pusat pemindahan yang bertanyakan tentang keperluan bayi seperti susu tepung dan pampers..

Dapat dibayangkan bagaimana bayi yang tidak mendapat susu akan menangis kelaparan.. aduhai..

Ya Allah. Kau permudahkan bantuan bekalan keperluan disalurkan kepada mereka yang sedang mengharapkan makanan dan keperluan lain agar dapat disegerakan keperluan itu sampai kepada mereka ini.

Kami mohon kepadaMu ya Allah, bantulah kami semua ya Allah kerana hanya Engkau sahaja tempat kami mengadu dan berserah diri. Amin.

Thursday, December 25, 2014

Air di mana-mana... banjir 2014

Pemandangan udara menunjukkan sebahagian besar bangunan hanya kelihatan bumbung berikutan banjir besar di Kuala Krai Kelantan.

Berita banjir merupakan berita yang ditunggu oleh ramai rakyat kita untuk mengetahui keadaan terkini mengenai saudara kita yang terbabit dalam banjir besar ni.

Ekoran dari banjir besar yang melanda, ada yang sampai berkata, "kenapa la jadi banjir ni.."

Hmm.. sabar.. terima hakikat kehidupan kita ini. Semua kejadian di bumi ini adalah urusan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang tidak kita ketahui. Segala apa yang Allah berikan kepada kita sememangnya wajib kita syukuri... samada yang baik ataupun tidak... yang disukai ataupun tidak kita sukai.

Dan boleh jadi yang tidak kita sukai itu bagus untuk kita dan yang kita sukai itu tidak bagus untuk kita. Wallahuaklam.

Dikesempatan masa yang kita ada, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan mengambil peluang bertaubat dan meningkatkan amal kita sebagai bekal ke sana nanti. Allahuakbar.

AlFatihah buat pelajar Muhamad Faizal..

Di saat hati masih sedih memikirkan nasib mereka yang sedang berusaha menyelamatkan diri menghadapi bencana banjir besar yang melanda di Kelantan, Terengganu dan Pahang, akak dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang pelajar, Muhamad Faizal. Faizal kemalangan di dalam perjalanan pulang menemui keluarga di kampung. Motosikalnya hancur.. dan akak sebak bila melihat gambar beliau terbaring di atas jalan.. dengan darah keluar dari bahagian kepala.. Allahuakbar..

Dan beliau disahkan meninggal di hospital.. Innalillah.

Akak tidak pernah mengajar arwah, tapi akak kenal beliau. Dan dari apa yang dimaklumkan oleh rakan-rakan yang lain, arwah merupakan pelajar yang rajin dan sangat bertanggungjawab serta suka membantu sesama rakan. Allahuakbar.

Bayangkan, sebaik mendengar berita kemalangan beliau, beberapa rakan segera meredah hujan lebat dan banjir untuk sampai ke tempat kejadian..

Dan akak dimaklumkan rakan-rakan arwah sangat terkesan dengan kejadian ini.

Tambah pula apabila di fb arwah, seringkali arwah memaparkan mesej-mesej berbentuk tazkirah..

Dan akak sangat sebak apabila membaca salah satu mesej ni.. arwah mengatakan takut untuk tidur kerana khuatir tidak lagi bangun. MasyaAllah..

Ya Allah, Kau cucurilah rahmatMu kepada Muhamad Faizal dan Kau tempatkanlah arwah ke dalam golongan orang soleh. Amin.

Wednesday, December 24, 2014

Sebab kerang... sampai ada yang lupa diri...

Disebabkan kerang yang banyak kat pesisiran pantai dungun, orang ramai mengambil peluang untuk turun ke pantai mengutip kerang.

Memang benar.. ada yang dapat sampai berbakul-bakul.. alhamdulillah. rezeki.. Allah beri rezeki di sebalik deruan kuat ombak dan curahan hujanNya..

Namun, ada juga yang tidak pikirkan keselamatan diri.. walaupun telah ditegur oleh pasukan keselamatan, masih ada yang degil dan sanggup meredah masuk menghala ke laut.. tanpa memikirkan risikonya..

Akak masih ingat semalam bila tengok majalah 3.. bila lihat video tsunami di mana orang ramai yang sedang berjalan-jalan di tepi pantai disapu lenyap oleh ombak besar yang tiba-tiba datang..

Sama-sama kita muhasabah diri.

Kutip kerang pantai dungun

Akak cuti ari ni.. jadi bolehlah sambung keje-keje yg mana terbengkalai tu...

Balik keje satni, abe nik kabo kat pantai macam pesta.. hah? Pesta apa? Pesta kutip kerang.. ramai orang datang kutip kerang kat pantai.. oo..

Lepas sembahyang asar kami pun pergi la tengok kat pantai tu.. rupanya memang ramai orang.. sepanjang-panjang pantai.. Allahuakbar.

Tuesday, December 23, 2014

Hari ni akak buat macaroni cheese.. mudah dan simpel tapi terbaekk..

Dah ujan ujan ni.. nak gi keluar pun males.. jadi cari je apa-apa yg ada kat dapur..

Ada susu.. ada cheesenya... ada macaroni segera.. kira siap la pakej kalu nk buat macaroni cheese tu..

So ni cara akak buat.
1. Masukkan air ke dalam periuk.. segelas setengah ke.. suka hati la.nk banyak mana..
2. Dah agak menggelegak masukkan 2 paket macaroni cheese segera..
3. Dah nak masak macaroni tu masukkan susu segar..
4. Pastu last sekali masukkan cheese dalam tin.. suka hati la nak pekat mana.. akak suka dia berkuah sket..sebab nanti bila dah sejuk sket dia akan kering kan..

Tu dia.. senang dan mudah sangat... dan sedap sangat haha.. tak cayancuba buat..

Kalu nak lagi sedap tambahlah daging kisar ke.. suka hati la nk tambah apa-apa pun.. kita yg nak makan kan.. hehe..

Monday, December 22, 2014

Kisah banjir lagi

Ari ni dari pagi dah mendung dah.. dan lepas tu ujan tak berenti-renti.. ngan angin sekali..

Baru je lepas tengok Majalah 3 kat TV3 pasal tsunami kat Aceh.. masyaAllah..

Pulak tu bila dapat gambar-gambar banjir dalam whatsup yang bertubi-tubi.. memang menggerunkan jugak la hati ni..

Air pasang besar katanya.. jadi kat pasar payang air naik.. kat pantai batu buruk.. kat duyung air naik.. kat dungun.. paka.. kemaman.. semua tempat dah dinaiki air dah.. Allahhuakbar..

Sunday, December 21, 2014

Susahnya mencari tudung labuh.. akhirnya jumpa...

Sekolah dah nak bukak dah.. sekarang ni mak-mak mesti sibuk dok cari kelengkapan dan pakaian sekolah anak.

Utk tahun 2015 ni akak buat 2 helai je baju kurung sekolah durra.. tahun lepas  dah ada 5 pasang baju sekolah.. jadi yg tahun lepas boleh pakai lagi.. cuma sebab tahun baru jadinya nak jugak yang baru kan.. so akak buat la baju sekolah baru...

Cuma tudung je masalah.. susah nak cari yg betul-betul sesuai.. ada tu ukuran tak kena.. ada lak kain yg tak cantik.. so kena upah tukang jahit utk buat tudung..

Tapi itulah.. kekadang lambat siap kan.

So ari ni ronda nya ronda.... cari punya cari... akhirnya dah jumpa tudungnya.. tudung putih sekolah yang labuh..

Setel bab tudung.

Saturday, December 20, 2014

Di Taman Tamadun Islam December 2014


Balik dari Mydin Gong Badak, kami ronda kat TTI jap.. abe nik nk tengok takat air kat situ.. banyak ke tak.. yelah musim banjir ni kan.. nak tahu la jugak kot kot air sungai naik sampai melimpah limpah.. tak de la air naik banyak ngat.. cumanya abe nik kabo sampah sarap banyak yg terperangkap kat bawah.. kat area masjid kristal tu lah.. harapnya lepas ni pihak bertanggungjawab akan dapat mengembalikan kebersihan kawasan masjid kristal ni.

So sempat jugak la kami bergambo hehe..

Friday, December 19, 2014

Sempat main banjir..

Banjir kat kg akak dah pun surut.. jadi adik-adik akak ngan anak sedara dok main air banjir la..

Durra pun excited nk main air.. so dari kuala terengganu kami menghala ke kuala berang.. durra ngan abe nik dah siap pakai seluar track sebab nak main air..

Memang puas hati la durra main air.. kejap je pun.. abe nik temankan..

Akak tak de la nk main-main air ni.. kenapa? Dah nampak lintah sekor berenang-renang... eeeiii... bertempik ko.. tapi alhamdulillah, takde la lintah yg ganggu masa durra main air tadi.. kurang-kurangnya dpt la merasa main air banjir haha..

Thursday, December 18, 2014

Banjir di kampungku...

Hari kamis tghari akak bergerak balik kampung.. akak balik dua kete.. sebab kete myv akak dah siap jadi akak nak hantar la kete adik akak.. so abe nik bwk kete merah.. akak bwk kete kuning..

So smpai kat depan sepital kuala berang lepas je trafik light tu akak panik jap.. napa? Sebab laluan akak tu ada kenderaan yang datang menuju melawan arus.. pastu semua dok bg api liplap lillap.. rupanya dah tak boleh lalu dah kat depan sana.. kat area SKTAI.. air laju.. jadi akak berpatah balik.. pastu berenti kat depan sepital.. tggu abe nik.. abe nik lak nun dia terus pergi sebab nak tengok air takat mana..
Memang air cepat ngat naik..  semua terkejut..

Banyak lagi akak nak citer.. tapi letih pulak menaip.. hehe.. till next entry..

Dinner pelajarku... I had a very wonderful night..


Malam tadi ada dinner student akak.. akak pergi ngan durra je.. abe nik tak pergi sekali.. sebab apa abe nik tak ikut sekali? Sebab malam tadi ada bola.. tapi malaysia kalah.. hehe..

Kalau dinner pelajar ni macam biasalah.. ala-ala festival fashion gitu.. semua diva-diva.. semua cantik-cantik gitu.. seronok akak tengok..

Dan ada persembahan jugak.. memang kelakar betul la persembahan dari group Elfie semalam.. bawak lagu mohabatein lagi.. memang terbaek lah.. akak sampai ketawa tutup mulut.. kenapa tutup mulut? Sebab ketawa luas sangat buka mulut.. takut orang nampak gigi yang dah tak de.. hehe..

Anyway.. memang seronok la tengok pelajar2 akak semalam.. semua happy.. dan tahniah buat sorang student akak yg dapat 'King of the Night'. Tahniah Din. Queen of the Night akak lupa lak nama.. sebab akak tak ajar student tu.. yg Din ni akak kenal sebab akak ajar programming kelas Din.

Tuesday, December 16, 2014

Akhirnya.. myvi ku siap..

Pagi tadi dalam kul 10 gitu abe nik tepon bgtau kete dah siap.. buleh g ambik lah..

So sampai kat bengkel kete tu, abe nik bukak bonet depan.. check sana sini.. pastu abe nik tengok bateri... kot-kot kena tukar ke.. manalah tau kan.. kete punye banyak kat situ.. so tak mustahil bateri kete pun boleh tertukar.. abe nik ni memang kuat daya ingatan.. tanya la pasal sejarah melayu.. sejarah bangsa ke.. semua dalam kepala...siap dia boleh cerita ngan detail lagi..

Anyway.. berbalik kpd citer kete myvi akak.. kiranya cepat la kedai mekanik tu siapkan urusan baiki kete ni..dalam masa 2 minggu boleh siap.. claim insuran pun cepat.. ramai yg bgtau kalu insuran etiqa memang cepat..

Monday, December 15, 2014

Hmmm.. teknologi canggih manggih pun kelaut jugak.. geram.. geramm..

2-3 hari ni akak gerammm.. big G.. kenapa?

Sebab emel akak kena hacked.. pagi tu kemain terkejut gajah akak dibuatnya bila emel rasmi akak ada 10480 dalam inbox.. sampai habis kuota dah... aduiiii..

Yg geramnya bila ada cubaan nak hantar emel keluar ke ntah sapa-sapa ntah.. kata staf dari unit ict akaun akak kena hacked.. spammers berbagai-bagai.. hmm...

Tensheng jap..

Tulah.. bila dah ada teknologi.. ada la pulak orang nk test sejauh mana power ke tak power teknologi tuhh.. so sebab tu lah ada virus la.. macam-macam..

Tapi sebagai user memang kesian la.. terganggu produktiviti semua org.

Sunday, December 14, 2014

Family gathering Dis 2014

Alhamdulillah hari Jumaat lepas kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama dalam satu majlis perjumpaan keluarga abe nik..

Majlis yg dirancang melalui whatsapp akhirnya menjadi kenyataan. Empat generasi keluarga abe nik dapat berkumpul dan menambah erat hubungan kekeluargaan.

Majlis bermula pada sebelah petang selepas asar. Masing masing setiap keluarga bawak makanan dari rumah mengikut konsep potluck. Akak lak dok pikir apa lagi nak bawak.. semua dah bawak makanan.. so akak tak masak pun. Lagi lak akak dah sampai kat rumah mak mentua sebelum kul 12.. jadi akak sekeluarga makan tengahari kat situ.. dengan mak ayah sekali.. so kira tuan rumah la kan.. tak yah masak lah.. hahaha..

Tapi akak beli buah-buahan pastu beli kuah segera rojak madu.. hah ko.. memang kena la... semua disapu licin..

Menu yg ada ialah nasi goreng ayam, macaroni cabonara, trifle, mee goreng, puding, dan sampingan lain macam keropok goreng...

Lepas makan dah maghrib tu kami sembahyang maghrib berjemaah.. abe nik jadi imam. Lepas tu kami baca yasin sama sama di samping mendoakan kesihatan berpanjangan untuk mak ayah dan keluarga. Isyaknya kami berjemaah bersama-sama, kali ni adik abe nik yang jadi imam.

Bila dah ramai anak cucu keliling, mak ayah pun nampak berselera makan. Alhamdulillah. Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih-sayangnya kepada kita semua. Amin.

Saturday, December 13, 2014

Pizzalicious.. memang umph!

Tu dia.. ari ni akak buat pizza lagi.. sebab tak puas hati kualiti rasa pizza semalam..

So akak g mydin KT beli cheese mozarella gitu.. pastu akak campur jugak ngan cheese chedar yg akak dah beli kemarin.. kalu tak guna rugi.. mahal tu.. seketul dah $21 inggit dah.. patutlah pizzahut mahal.. baru tau.. kenapa? Sebab keju mahal.. hmmm..

Bila dah guna mozarrella cheese ni barulah nampak pizza yg betul-betul jadi.. bila tarik ada lah nampak dia nye keju tu .. baru ada nampak macam kena stretch gitu..

Friday, December 12, 2014

Pizzalicious.. (yang tak umph...)

Hari ni akak ngan abe nik buat pizza.. er.. chop.. bukan buat.. sebenarnya roti pizza tu (base) akak beli siap.. cuma akak letak sos ngan topping dia je..

Abe nik dulu ye pernah usahakan pizza dari zan's pizza.. jadi adalah skill tersimpan tu.

Cumanya rasa x umph (jangan la nak bandingkan ngan pizzahut lak. Melampau tuh perbandingan tuh hehe)..

Kata abe ni mesti sebab:
- cheese lain
- kena masak dulu sos dia kot

Betul la.. cari kat internet menang silap pakai cheese.. blogger kata pakai cheese mozarella.. eh lupa eja betul ke tidak..

Pastu kena masak dulu sos dia tu . Oh gitu..

Nanti nk gi barang lain.. esok buat lagi.. jgn putus asa. Kan kan kan..

Thursday, December 11, 2014

GORPIS.. ada di sini...apa itu gorpis.. tak tau? .. hehe..

On the way ke shah alam tempohari, masa lalu kat kemaman akak ternampak signboard tulis gorpis.. akak tanye abe nik.. apo ko bondo tuh.. abe nik pun tak tau..

Tapi bila kami sampai kat tmpat tu kami dah dpt jawapannya..

Nak tau apa dia?

Yes dear... gorpis tu ialah singkatan untuk Goreng Pisang.. haha... kreatif kan diaorg ni..

Wednesday, December 10, 2014

Mesin buat roti .. senang nya..

Petang kelmarin akak pergi melawat kawan, Ida  yang baru dapat baby... punya la dari sehari ke sehari nak pergi tengok baby.. sudahnya, baby dah nak masuk 3 bulan dah..

dan yang bestnyer.. kawan akak tu siap jamu kami makan roti lagi..sedap bangat.. sebiji macam yg beli kat Rotiboy..

rupanya Ida ni siap ada mesin uli doh.. boleh buat roti.. dan macam-macam roti boleh buat.. wah.. teruja pulak akak nak beli..

kata Ida, dia beli kat Cosway.. dalam lingkungan RM300 gitu..

nilah rupa mesin tu yang akak copy gambarnya dari sini

 

 kalau anak-anak suka makan roti makanya mak-mak memang kena cari pembuat roti ni..

bukan apa.. lebih baik buat sendiri kan.. kebersihan pun terjamin.. di samping air tangan mak.. berkat tu..

sebenarnya kita ni kan.. bab nak mengadun menguli tu la yg leceh tu kan.. so dah ada mesin ni.. jom kita buat sendiri roti-roti yg anak kita suka makan tu.. anak suka ibu gembira.. kan kan..

Tuesday, December 9, 2014

Teknologi.. inovasi.. kreativiti..

Masa pegi kat kedai DIY kat plaza alam sentral shah alam ituhari durra ada beli satu kertas ni..

Akak pun tak tau apa gunanya..

Tapi bila tengok durra main kaler-kaler kat atas kertas tu.. conteng-conteng ngan lidi je.. akak jadi seronok tengok hasilnya.. memang cantik lah..

So boleh buat pertandingan mewarna kanak-kanak.. tengok mana lebih cantik.. mana lebih kreatif..

Mesti seronok..

Monday, December 8, 2014

Gulai ayam kampung...

Masa balik kampung minggu lepas mak tanya nak makan ayam kampung tak.. hhmm.. abe nik apa lagi. ssukaa ssangattt la.. kata mak ayam dah siap dikurung dah.. ada 3 ekor..

Jadi pagi sabtu abe nik ngan amer sembelih la 3 ekor ayam tu.. tapi rupanya kecik je alahai ayam tu.. sebelum tu pun mak dah offer ayam mak sekor lagi.. sebelum mak buka reban ayam tu.. mak offer kot kot la tak cukup 3 ekor tu..

Akak tak tau la besar mana ayam tu.. tak tengok pun.. bila akak tanya abe nik abe nik kata cukup la.. hmm. Maunye cukup kalu dah ayam kecik..hehe..

Abe nik kalu ngan ayam kampung dia nye bahagian dah sekor dah..

Baru la nak nyesal sebab tak ambik sekor lagi.. nyesal tak ambik mak dah offer sebelum tu.. hehe..

Sunday, December 7, 2014

Oo rupanya mereka makan GLA.. patutla..

Balik kampung itu ari, sembang2 ngan adik2 akak.. bakal2 mak buyung... rupanya ada citer..

Mereka ni makan GLA.. tu yang cepat lekat tu.. mulanya adik ipar akak yg oder GLA tu.. pastu adik akak yang sorang lagi ambik full set set pregnant.. kemudian bila adik ipar akak pregant dan bgtau kat adik sorang lagi ni pasal GLA tu terus dia start makan.. dan alhamdulillah.. dengan izin Allah mereka berjaya pregnant... yang bestnya diaorang ni.. sorang tgh pegnen 5 bulan.. sorang 3 bulan..dan sorang lagi 1 bulan..

Memang banyak testimoni pasal GLA ni.. mampu memperbaiki masalah dalaman wanita.. jadi kalau ada wanita di luar sana yg masih mencuba mendapatkan zuriat dan masih belum mencuba GLA ni..mungkin perlu bagi peluang kepada GLA ni ye.. manalah tahu kan.. dengan izin Allah dapat pregnant.

Kalau tak cuba memang tak akan dapat kesannya kan.. kalau dah cuba tapi belum lagi berhasil jangan bimbang. Allah masih memberi pahala di atas usaha yang telah dilakukan. Yang pasti kena teruskan mencuba ye.

Saturday, December 6, 2014

Balik kampung terapi minda.. kat hiway..

On the way balik dari kampung abe nik berenti kat hentian kat hiway bukit besi.

Sementara menunggu abe nik menyelesaikan urusan kat tandas hehe... akak dok la dalam kete..

Akak nampak ada couple ni.. ngan sorang anak perempuan yg umur dalam 3 tahun.. maknya tengah pregnant.. dalam 8 bulan kot gitu..

Akak nampak la yg ayahnya pegang pampers.. mungkin nak tukar pampers anak.. so nampak la dia cari bilik salin pampers tapi bilik tu berkunci.. mungkin belum siap kemudahannya kot..

Jadi ayahnya kemudian baringkan anak perempuannya kat atas bangku tempat lalu lalang tu dan tukarkan pampers anaknya kat situ.. hmmm.. sebenarnya lagi elok kalu tukar pampers anak kat dalam kete.. lapik la dulu kan utk jaga kebersihan dlm kete.. sebab kat tempat lalu lalang. Semua mata memandang.. malu anak..kan..

Akak rasa kan.... bila berjalan jauh.. on the go.. mungkin lepas ni mak ayah pikirkan utk cari pampers yg jenis pant.. senang nak sarungkan.. lebih mudah.. senang utk semua kan..

Sekadar nasihat dan pandangan.

Friday, December 5, 2014

Syukur.. insyaAllah tahun 2015 dapat 3 anak sedara

InsyaAllah.. tahun 2015 akak dapat 3 orang anak sedara.. dan akak berdoa kepada Allah supaya ketiga-tiganya perempuan..kenapa? Sebab selain dari anak sedara pompuan kat melaka, bila balik kampung hanya jumpa anak sedara lelaki.. ada 5 orang anak sedara lelaki termasuk sorang kat melaka..

Jadi kiranya kat tranung ni anak akak je la sorang cucu perempuan mak.. dan kami pun sebenarnya tak sabar nak timang anak sedara perempuan.. yang boleh pakai baju-baju gaun yang cantik.. dan riben-riben rambut yang berwarna-warni tu.. hmm tak sabo rasanya..

Dan mak-mak nya sekarang tengah dok pikirkan nama-nama yang sesuai.. best jugak kan.. nama-nama anak pun lebih kurang sama.. best gitu..

Tuesday, December 2, 2014

Kaligrafi unik..

Tempohari abe nik ada dapat cenderahati.. tulisan kaligrafi.. yang diletakkan dalam frame kaca..

first time tengok kami tak tau apa maksudnya.. akak ngan abe nik letak je lah atas meja..

pastu bila durra balik dari hostel, dia tengoklah kat atas meja.. kata durra. "mami kenapa letak atas meja ni.. " akak bagitau akak tak tau apa maksudnya..

cepat je durra bagitau, "mami.. kalau mami nak tau.. tulisan ni maksudnya Allah dan Muhammad.."

La.. ye ke.. masyaAllah.. terus akak ambil dan letak kat atas almari, bertepatan dengan kedudukan yang tertinggi..

Allahhu Akbar!


Monday, December 1, 2014

Sakit gigi.. dan cabut gigi..

Semalam akak g check gigi sebab malam sebelumnya sakit giles..

Bila jumpa dr, dr bgtau gigi akak dah serpih dah.. mesti termakan mende keras ni kata dr.

Mulanya akak ingat nak tampal je.. tapi dah doktor cakap serpih.. Sudahnya dicabut lah.. tamatlah sudah riwayat gigi geraham ku.. huhuhu..

Jadi semua kat luar sana.. jangan ambil mudah bab penjagaan gigi ye..

Kalau dah xde gigi geraham camne nam makan dengan hebatnya weh..  kena makan bubur la gitu.. ok gak.. buleh kurus cepat kot hehe.

Sunday, November 30, 2014

Makan-makan ngan best friend

Semalam 29 hb akak ngan zah, best pren akak makan kat kuala dungun.. zah beria ajak sebab katanya nak belanja akak sekeluarga..

so kami 2 keluarga menjamu selera kat medan ikan bakar.. kata je ikan bakar tapi malam tadi ikan bakar tak de.. kata adik tu rempah ikan bakar habis.. mak ai.. boleh lak habis.. tapi menu lain ada la.. ikan masak 4 rasa.. masak stim.. sotong goreng.. semua ada..

Alhamdulillah.. tqtq zah dan riyad. Semoga Allah menambah rezeki dan mempermudahkan segala urusan.. amin.

Saturday, November 29, 2014

Kisah kete myvi ku..

Hmm.. dah kete kuning kena rawat sekarang ni makanya kena la cari kete lain nak bawak g keje.. kata pomen tu.. maunya makan sebulan nih.. nak tggu claim insuran segala.. alahai..

Mujo ayu bagi pinjam kete myvi putihnya.. dan dia pulak pinjam kete lain.. aduhai...tq adikku...

Friday, November 28, 2014

Lembu nye pasal..

Aduhai.. ari ni on the way balik dari kampung.. akak xcident.. langgar lembu .. kat pulau kerengga marang.. dah la kawasan tu xde lampu.. pastu pulak lembu yg melintas tu warna hitam lak tu..

Akak dah nampak lembu tu nak seberang jalan.. dah bgtau abe nik.. tapi yelah.. sebab terlalu cepat sangat kan.. tak sempat nak mengelak.. brek je terus .. berdentum bunyi.. dah langgar lembu dah..

So abe nik pandu ke tepi.. kami keluar kete tengok apa yg dah jadi.. lampu pecah.. bonet depan kemek.. lembu terbaring..

Lembu tu pulak.. kejap pastu siap boleh bangun dan berjalan.. rupanya dia pengsan je tadi..huhu..

Abe nik sampai terketarketar tangan.. yelah.. memang trauma jap.. durra pun sama.. kami sama-sama dalam keadaan terkejut..

Dipendekkan citer, pomen datang dan bgtau boleh teruskan perjalanan.. so abe nik pandu pelan-pelan.. alhamdulillah.. selamat sampai ke dungun..

Mende dah nak jadi.. apa pun syukur kerana kami selamat.. apa jua kejadian hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Thursday, November 27, 2014

Dari melaka ke tranung

Alhamdulillah.. selamat sampai tranung..

Tadi bertolak dari melaka kul 9.30 pagi.. berenti kejap kat muadzam.. berenti kat hentian plaza tol jabor waktu zohor jadi terus jamak..

Pastu berenti makan kat mesra mall... durra siap beli novel.. tajuk novel jujurlah nikahi aku.. mulanya durra nak beli novel suami aku ustaz tapi sebab dah baca separuh jalan kat melaka novel sepupu dia... so akak bgtau beli novel lain la dulu..

Musim cuti sekoloh.. shah alam yoo

On the way ke shah alam..

Berenti kat hentian temerloh.. mak ai... parking full.. punya la ramai yg nak menghala ke sana...

Dengan bas pun kemain lagi banyak..

Sampai leh jumpa orang yg kita kenal.. hehe..

Itu satu..

Yg keduanya.. nak cari hotel kat shah alam.. mak ai.. memang susah wo.. fully booked.. lupa la plok musim stud konvo.. dari seksyen 7 semua hotel penuh.. pastu ke bluewave.. full.. pastu g kat seksyen 9.. ada one last room.. bilik premier.. reganya mak ai.. akak tak nak..

Pastu staf tu check skali lagi.. ada 1 bilik biasa.. ada org cancel booking.. hmm.. nasib lah.. syukur alhamdulillah..

Tulah.. sapa suruh tak book dulu..hmm tak pasal2 kena tahan telinga ngan abe nik.. tak tahan wooo..

Wednesday, November 26, 2014

Dari shah alam ke melaka

Dari shah alam kami ke melaka.. abe nik nak makang ikang bako.. ikang bako kat melaka sedap.. dok sama ngan ikang bako tranung.. hehe

Pada masa yg sama g jenguk anak sedara.. cuti skoloh ni lah yg buleh g tengok pung.. masa lain xdang g..

Monday, November 24, 2014

Pembedahan plastik muka - alternatif untuk cantik...

Sumber: Harian Metro 24 Nov 2014

Dikabarkan wanita china suka ubahsuai muka.. memang cantik la jadinya.. dulu mata sepet sekarang tak lagi.. dah jadi wajah artis dah..

Patut kalu tengok artis korea memang sepesen je muka...korea ni tempat pakar plastik surgery..

Dan trend ni pun dah lama menular kat negara lain.. malaysia tak terkecuali.. dulu tengok muka artis kita lain.. sekarang kemain lagi gebu semacam.. memang nampak la kesan botox tu kata orang.. ntah.. kita ni mana la tau pasal botox ni kan.. tapi memang boleh nampak perbezaan la..

Tapi kan... itu orang lain tau.. maksud orang lain ialah orang bukan Islam..

Kalau orang Islam memang tak boleh buat ubahsuai muka ni.. sebab dikira sebagai mengubah kejadian Allah. Wallahu'alam.

Sunday, November 23, 2014

Kawan punya pasal... kisah student..

Pagi-pagi lagi akak dapat call dari student.. rupanya nk bagitau dia tak dapat datang kelas akak sebab kena gi balai polis buat report.. hah.. akak terkejut badak le jap..

Rupanya.. dia buat laporan polis sebab kawan sebiliknya curi duit dia.. curi dompet dia.. bukan sikit.. pastu siap ambik duit dari bank dia guna kad bank.. ada la seribu lebih.. banyak tuh.

Bila akak tanya student akak tu camana kawan dia tau nombor pin bank.. katanya kawannya tu biasa la.. kadang2 pegi sekali cucuk duit kat bank.. jadi mungkin dah tengok.. dah tau nombor pin tu.. hmm

Yang herannya.. kata student akak ni.. kawan dia tu datang dari keluarga yang berada.. bukan orang susah.. hmm

Itukah.. akak dengar banyak gak citer dari staf yg uruskan halehwal pelajar ni.. katanya.. pelajar datang dari keluarg yg kaya tapi tak tau kenapa suka mencuri.. bila ditnya tak de jawapan..

Ntahlah..

Saturday, November 22, 2014

Dah cuti sekolah ni...

Hai...dah cuti sekolah ni... anak-anak apa lagi... semua dok qada tido la kan..hmmm

Pahtu berebut remote astro...

Tapi ada satu je channel yg semua orang tak berebut.. nak tau apa?

Bila ada Running Man.. perghhh.. running man nye penangan.. memang kalah la running mum..

Friday, November 21, 2014

Main tarik tali... bila dah janji.. apa nak buat..

Kalu ikutkan plan akak, minggu depan akak ke melaka. Ada majlis tunang anak sedara. Jadi masa majlis tu nanti nk bincang lah urusan2 yang patut.. yelah.. anak sedara tu dah takde mak.. jadi mak sedara la kena ambik tau...

Tup-tup ari ni abg ipar tepon... bengang je.. dia bgtau yg majlis mggu depan tak jadi sebab pihak lelaki mintak tangguh ke tarikh lain.. katanya mak lelaki tu tak sihat.. hmmm.. abih tu nak wak camana kan.. cumanya kita ni sbb dah janji kan.. pastu kami ni lak bukan dekat.. jauh jugak la perjalanannya..

Ntah lah.. apa pun masalahnya, semoga Allah mempermudahkan.

Thursday, November 20, 2014

Yea.. cuti sekolah dah tiba.. musim mak ayah angkut mengangkut..

Ari ni semua pelajar mulai balik dari asrama.. jadi hari ni mak ayah dah mula lah operasi angkut mengangkut nih.. termasuklah akak.. hehe..

Minggu lepas masa g jumpa durra akak dah bgtau dah supaya kemaskan brg-brg yg mana dah tak digunakan tu.. boleh dibawak balik dulu.. tapi mggu lepas 1 beg je yg dibawak pulang..

Ari ni bila akak sampai kat asrama.. masyaAllah.. terkejut akak bila tengok dia nye barang2 tu dah beratur cantik dah.. ada lah kat 2 depa tangan kot.. hampir nak pitam jap akak dibuatnya.. bukan apa.. dah la bwk kete myv, adui dui... dari baldi ke kasut ke selipar..bantal.. semua bwk balik... yelah... dah arahan kena bwk balik semua brg..

tapi nk wak caner kan.. kena la sumbat jugak.. eh.. lupa lak nak snap gambo brg2 yg disumbat dlm kete tadi.. memang yg tak nak kita lihat lah..

Ni yg akak snap sebahagiannya masa dah upload ke dlm rumah..

Tapi sebenarnya ada lagi mak ayah yg lagi pening kepala tadi.. apa taknya.. ada 2 org anak yg dok kat imtiaz ni.. jadi bayangkan byk mana barang2 tu.. dua-dua perempuan.. anak pompuan ni brg2 memang la banyakkk ngat..

Dan lagi, sebelum datang ambik anak kat imtiaz ni, mak ayah ni pergi ambik sorang lagi anak yg dok kat kuantan.. ha.. bayangkan betapa migrainnya ayahnya nak susun barang dalam kereta tadi.. nampak kete innova nya tadi pun berat bonet dah.. memang menggeleng kepala la ayahnya.. hehe..

Wednesday, November 19, 2014

Bila pekerja am drive mercedes...

Tadi nk balik ofis terjumpa kak mah kat tempat parking.. kak mah ni pekerja am.. perkhidmatan pembersihan kawasan.. biasanya dia bawak kete proton arwah suami dia dulu.. kete pun memang boleh nampak la banyak berjasa.. proton saga yg first kuar tu..

So tadi akak nampak kak mah ni baru masuk kete.. kete mercedes ko.. mercedes lama jugak la.. tapi biasa mercedes tu tokey je pakai..

Akak ni biasa la peramah kan.. dah biasa gurau2 dan sembang2 ngan kak mah ni...so bila kak mah nmpak akak, dia keluar dari kereta dan akak pun apa lagi.. terus bagitau.."wah.. bwk mercedes tu... ai kak mah.. tak yah keje lah.. dok rumah je.. kalu org nampak bwk merc tu maknanya dah byk duit.. hehe"

Dia ketawa je.. katanya tu kete pinjam.. pinjam kete suami.. (kak mah dah kawin lain).. akak difahamkan yg suami skrg ni seorang kontraktor.. haaaa..

Tapi sebab kak mah ni dah biasa keje, anak2 pun dah besar jadinya dia tak betah dok kat rumah..

Kak mah ni kalu bercakap lemah lembut orangnya.. baik.. semoga Allah sentiasa memberikan rahmatNya kepada kak mah sekeluarga.

Tuesday, November 18, 2014

Buku baru ku...

Akak dan rakan-rakan ada tulis buku pasal algorithm.. skrg ni tgh dlm proses final draft editing author ngan publisher.

So semalam akak terima final draft tu.. sebab excited sangat nak cepat publishkan buku tu so akak spend masa dari petang lepas akak balik keje.. sambung malamnya.. sampai ke pagi kul 3. Tak tengok tv pun.. dengar thr gegar je..hehehe.. memang pulun betul lah..

So ari ni dah courier balik kat publisher.. lega rasanya.. yes...

Monday, November 17, 2014

Kisah budu ngan cendol

Tadi abe nik citer.. dan citer ni citer benar.. fakta dan bukan auta..

Kata abe nik, ada kisah dua kanak-kanak mati selepas makan budu dan makan cendol.. masa tu maknya keluar rumah jap.. tapi dah sediakan nasi dan ada lauk budu.. balik je maknya tengok kedua-dua anaknya dah terlentang.. berbuih mulut.. jadi maknya bingung.. tak tau apa sebenarnya berlaku..

Bila maknya periksa.. tengok kat dalam  peti ais, cendol dah luak.. maknanya anaknya dah makan cendol tu.. jadi maknya test la. Dia ambik budu.. gaulkan ngan nasi... pastu campurkan nasi tu ngan cendol. Kemudian dia bagi ayam makan.. kejap lepas tu ayam menggelupur dan dot dot dot..

Kemudian bila diberitahu kpd orang lain, ada yg mengakui perkara ni..

Apa sebabnya ye.. ikutkan budu takde bahan lain kan selain dari ikan dan garam..

Cendol pulak dibuat dari beras pulut dan ada letak kapur.. mungkinkah kapur penyebab keracunan pada makanan tu?..

Sunday, November 16, 2014

Kisah amah lagi...

Dah banyak citer kita dengar pasal amah ni kan.. banyak sangat... macam-macam citer negatif pasal amah ni..

Ni citer amah yang tidak jujur yang menipu dan mencuri barang kemas majikan.. paling tak sangka ialah bila amah ni dahlah curi barang majikan, siap posing sakan dan pamerkan kat orang lain..aduhai..

Kata majikannya, amah ni bukan cekap buat kerja pun.. tapi majikannya terpaksa pejam sebelah mata sebab yelah.. susah nak dapat amah.. dah la kena bayar ribu riban lagi..

Tapi tulah.. kalau tak leh buat kerja buat apa ambik kan.. kedian-kedian mesti dia akan menyusahkan..

Rasanya diaorang ni pun kan, niat sebenar memang bukan nak kerja sebagai amah.. mungkin dijanjikan agen dengan pekerjaan lain ke..kot kot la kan.. ntah lah..

Akak masih lagi trauma bila masih terbayang-bayang visual amah yang lambung bayi dulu tu.. nauzubillah..

Saturday, November 15, 2014

Kisah Sang Belalang di dalam Balang...

Masa bersembang ngan mr g ituhari ada la mr bagi kiasan citer belalang ni..

Kiasan ni mr g keluarkan bila dia cadangkan akak jogging naik bukit bauk tu..hehehe.. akak cakap la yg akak tak bersedia.. tak tau larat ke tidak naik sampai ke puncak tuh..hehe.. memikirkan panjat bukit yang cantik bertar sampai ke atas tu pun akak dah mengeluh.. usahkan nak suruh panjat bukit.. memang no no la kan... hehehe.. yelah sebab tak pernah naik bukit bauk sebelum ni kan.. so macam-macam alasan la bagi hehe..

Bila dengar alasan akak tu yg terus mr g bagi kiasan citer belalang tu..

Bukan citer nujum pak belalang ye..

Citer mr g,.. jeng jeng jeng..

Ada seekor belalang ni.. kena tangkap dan dikurung dlm sebuah balang. Balang tu kemudiannya ditutup.. jadinya.. belalang kan memang suka lompat-lompat.. dah namanya pun grasshopper kan... so belalang tu pun melompat-lompat la sebab nak keluar.. tapi setiap kali lompat memang tak lepas la.. hanya sampai kat penutup balang tu je.. dah boleh bayang kan..

Kemudian penutup balang tu dibuka.. supaya belalang tu dapat keluar.. tapi kali ni, belalang tu lompat cumanya tinggi lompatan tu hanyalah sampai ke tudung balang.. sebab sebelum ni belalang ni lompat pada ketinggian yang sama.. jadi sebab dah biasa, belalang ni pun lompat macam biasa la.. hanya sampai kat penutup balang.. walaupun penutup balang dah tak ada..

Akak faham.. mr g nak bagitau akak pasal orang kita kita ni yg sentiasa ada "limiting belief". Jadinya bila kita dah dalam keadaan zon selesa dan dah biasa dalam keadaan tu, kita tak akan keluar dari zon selesa tu.. kita tidak akan mahu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa tu..

Hmm. Got it?

Friday, November 14, 2014

Aduhai wanita....

Ari ni akak terima satu imej dari group whatsapp..

Imej ni menunjukkan sorang wanita sedang membonceng motosikal..

Yang tak sedap mata memandang ialah wanita tu.. bahagian belakangnya.. bahagian bawah lak tu.. memang jelas kelihatan.. memang nampak laa.. hmm..

Ini berkemungkinan besar disebabkan wanita ni pakai seluar jeans.. yang saiznya tidak sesuai dengannya.. jadi memanglah kalau kita duduk.. akan nampak lah bahagian punggung tu..

So.. jom sama-sama muhasabah diri..  kalau pakaian tak sesuai untuk membonceng.. maka pakai pakaian yang lebih sesuai kan.. nanti kita jugak yg malu..

Thursday, November 13, 2014

Antara Tupperware ngan Shaklee

Tanpa niat negatif ye.. bukan tujuan akak nak banding-bandingkan antara kedua-dua syarikat pengeluar sebab produk mereka pun berbeza dan kegunaan produk pun berbeza.. tanpa ada prejudis ye..

Cumanya akak melihat kepada ketaksuban sesetengah wanita yang suka tengok katalog tupperware dan beli produk bukan main lagi.. sampai kena beli almari baru utk display tupperware tu.. yang sedia ada dlm almari tu pun belum lagi rasmi digunakan... dah bertambah koleksi.. akak geleng kepala..

Bagi akak lebih baik la bajet yg ada digunakan utk melabur ke dalam produk kesihatan.. kita pun sihat.. lebih baik makan produk kesihatan seperti shaklee kerana memang dah terbukti produk shaklee mampu meningkatkan kesihatan diri dalam jangkamasa panjang.. memang memberi kelebihan kpd diri sendiri..

Asyik dok beli tupperware je setiap bulan.. bukan guna pun kan... tapi sebab nak pastikan ada semua koleksi tu.. nak jugak beli... hmmm... tak ke membazir tu...

cuba la beli vitalea- multivitamin dari shaklee.. makan setiap hari.. kesihatan pun insyaAllah akan bertambah baik.. ada bajet lebih boleh beli vitamin tambahan lain.. vitamin c ke.. esp ke..

Mula berfikir untuk manfaat diri sendiri.. pentingkan kesihatan diri dari kepuasan hati... diri kita tanggungjawab kita.. kalau bukan kita yang jaga diri kita, siapa lagi?

Sama-sama muhasabah diri..

Wednesday, November 12, 2014

Dia dah kurus belum?

OMG... tadi ada rakan bagitau yg rakan lama tanya kabar mengenai akak.. dan yang tak tahan nye rakan lama tu boleh tanya samada akak dah KURUS ke belum.. oh... big g r..GRRRRRR..

Then dengan perasaan yang sangat bercampur gaul I masuk ofis.. on my way to my room, akak jumpa Mr G. Mr G ni memang banyak cakap.. jadi kalau kita tengah sibuk kejar masa makanya dinasihatkan elakkan dari bertembung ngan mr g... hehe.. kalau dah mula cakap ngan mr g memang lama lah...

So citernya.. tadi masa akak nak masuk ofis tu akak nampak mr g.. masa tu lak dah dekat ngan waktu kelas akak.. so dalam hati akak mintak la mr g tak nampak akak.. sebab time tu mr g tengah dok play around with his  phone so dia tunduk.. so oklah.. selamat.. dengan cepatnya akak langkahkan kaki menuju ke ofis akak... dan secepat itulah jugak mr g angkat kepala dan terus nampak akak... kwang kwang kwang..

Jadinya, akak ni kan mesra alam.. so tanya la kabar kan.. dan mr g macam biasa suka keluarkan ayat ni kat akak , " u were much slimmer when i first met u.. " and that was 10 years back.. huhuhu..

dan lepas tu perbualan kami berkisar kepada kaedah penurunan berat badan.. ouchh.. sebab akak bgtau skrg ni dah susah nak turunkan berat.. siap mr g bagi maklumat yang banyaaaakkkk sangat..  so dia citer pasal BMI... errr korang tau tak apa BMI tu? Body mass index.. ada formula nak kira bmi ni.. bmi bgtau kat kita berapa berat ideal yg kita perlu untuk kekal sihat.. tapi kata mr g, ignore the bmi... aiikkk... setakat tahu pasal bmi tapi tak leh turunkan berat pun tak guna gak.. hmmm? Akak pun konpius..

Pastu mr g terus bgtau pasal BMR.. katanya kita kena lebih fokus pasal bmr.. apa dia bmr ni? Body metabolism rate.. jadi kalau metabolism tinggi lebih mudah nak turunkan berat badan.. hmmm ok..

And he talks and talks and talks.. and i was patiently waiting for his pause, time for him to catch his breath..

And finally i got it.. quickly i excused myself, saying that i got to attend my class .. and so we ended our meeting.. fuuhhh..

On the other aspect, mr g has always been a wonderful friend.. he is very knowledgable almost a working dictionary to us.. always a very positive person.. he inspires many of us here..
Thank u mr g.

Tuesday, November 11, 2014

Kisah teladan.. pertukaran jabatan

Akak berpikir jauh bila dengar berita ni...

Ada satu orang ni yang dipindahkan kr jabatan lain.. pangkat masih sama.. pangkat tertinggi dalam jabatan.. so  bila ditukarkan ke agensi lain pangkatnya masih lagi sama..

Dan dikabarkan juga bahawa sepanjang pemerintahannya ramai sangat staf yg tidak puas hati dengan pentadbirannya yang mengamalkan sikap pilih bulu dan tidak konsisten dan tidak adil dalam membuat keputusan.. kebanyakan keputusannya dipertikaikan oleh staf kerana tidak mengambilkira kebajikan staf..

Dan dikabarkan juga yang beliau naik ke jawatan tertinggi itupun disebabkan campurtangan politik yang hebat.. dengan kehebatannya mencantas peluang orang lain... hmmm..

Jadi apabila dimaklumkan beliau akan ditukarkan ke agensi lain, maka beliau telah membuat keputusan drastik dengan turut menukarkan staf di bawah pentdbirannya ke bahagian lain.. dengan harapan keadaan akan jadi kucar kacir apabila staf yang tahu mengendalikan tugas telah ditukarkan ke bahagian lain...

Hmm... amatlah sedih bila akak dengar kisah ni... semua pembaca dah boleh agak betapa keladaknya hati orang macam ni.. nilah dikatakan perjuangan peribadi kan.. biar puas hati sendiri.. tanpa memikirkan akibat dan kemungkinan lain kepada keseluruhan pencapaian organisasi..

Malulah kan.. patutnya sebagai pemimpin beliau mempamerkan sikap penuh tanggungjawab.. berintegriti tinggi.. namun sungguh sayang..

Bukan senang nak jadi pemimpin yang dihormati dan disegani atas sikap kepimpinan yang bertanggungjawab kan...

Sama-sama muhasabah diri..

Monday, November 10, 2014

Alahai anak-anak gadis sekelian...

Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis akak sempat la dengar THR gegar pantai timur.. hehe rasanya memang dah lama dah tak dengar siaran radio lain.. dulu-dulu ada jugak dengar sinar fm ke.. sebab boleh layan jugak la lagu retro dia tu.. tapi bila dah banyak sangat iklan jual ni jual tu hmm dah akak pun tukar la ke thr.. ni pun sekarang ni iklan dan mula nak menguasai carta hit dah..hehe... jadi dah jarang dengar radio skrg ni sebab terganggu ngan iklan..

Citernya pagi tadi ada makcik ni tepon mengadu pasal anak gadisnya.. alahai makcik.. dah satu dunia tahu apa anak makcik buat.. tapi baguslah.. biar jadi pengajaran kpd orang lain kan..

Makcik ni bagitau kisah anak gadisnya belum balik-balik lagi ke rumah.. sepatutnya dia dah setuju nak ambik anaknya lepas kelas.. tapi anaknya takde.. bila telefon lak tak angkat.. jadi punya la risau gila makcik ni.. yelah ibu mana tak risau kan.. bila anak tak tau dok kat mana.. mulalah pikir banyak kemungkinan..

So makcik ni balik rumah.. masih lagi runsing.. nak report polis belum lagi 24 jam.. jadi memang tak dapat buat apa la..

Tup-tup kul 10 malam, anak gadisnya balik ke rumah.. tanpa rasa bersalah.. dia bagitau yg dia pergi rumah kawan..

Alahai.. kok ye pun.. telepon la mak bagitau.. pakai tepon canggih-manggih tapi tak gunakan utk mak.. rugi rugi.. tak dpt pahala.. kesian mak kat rumah..

Kekadang kita ni kan bila nak buat sesuatu tu tak nak bagitau mak ayah.. tapi tau tak? Bila dah susah barulah cari mak ayah.. kesian mak ayah..

Sebenarnya kalu kita bagitau keberadaan kita kat mak ayah, mereka berdua pastinya akan mendoakan keselamatan kita di mana saja kita berada.. so apa lagi yg kita cari? Masih lagi nak sembunyikan dari mak ayah? Sanggup buat mak ayah bimbang? Pikir-pikirkan.. wahai anak-anak muda sekelian, esok korang pun insyaAllah akan jadi mak ayah..  cuba pikirkan apa perasaannya bila perkara sama jadi kat korang..

Sayangi mak ayah selagi mereka masih ada dengan kita...

Sunday, November 9, 2014

Kenapa perlu bersikap begitu.. kita dah tahu kan..

Ari ni  akak terkejut dengan perangai makcik ni... makcik ni kerja kat bangunan yg sama ngan akak.. dah berumur dah.. rasanya dalam lingkungan 52 tahun gitu..

Citernya, akak ondeway nak ke tandas masa tu dan nampak la makcik2 ni bersembang.. pagi ni cuaca agak baik.. tapi semalam hujan lebat.. biasalah.. hujung2 tahun ni kalu pantai timur memang musim tengkujuh...hari hujan lebih banyak dari hari tak hujan.. kita dah tahu iklimnya dan maklum akan kekuasaan Allah.. segala kejadian alam ni Allah lah yang berkuasa menjadikan apa saja yang Allah kehendaki..

Berbalik kpd citer makcik ni, yang buat akak terkejut ialah bila masa tu keadaan cuaca macam nak bertukar kepada hujan la sket.. boleh nampak la awan hitam tu...

Yang mengejutkan akak ialah bila makcik tadi dengan kuatnya cakap "eh.. jangan hujan.. biar panas sampai.ke petang.. kelmarin kan dah hujan.."

Ayat yang keluar tu memang menyebabkan akak tersentak.. eh makcik.. sapa la kita ni nak mengarah-arah macam tu... tu kan kerja Tuhan.. Tuhan berkuasa menjadikan panas ke.. hujan ke.. tu kuasa Tuhan.. masya Allah..

Pulak tu dengan suara kuat lak tu.. eh mana boleh macam tu makcik.. patutnya kalu ye pun makcik tak nak hujan turun makcik patutnya berdoa dengan penuh kehambaan "Ya Allah, janganlah Engkau turunkan hujan hari ni.. kami mengharapkan nikmat cuaca yang baik untuk kami sepanjang hari ni..".. kang lebih baik berkata macam tu.. daripada bertempik-tempik kan...

Dan sebenarnya apa yang Allah jadikan adalah terbaik bagi kita.. apa jua yg kita alami ketika saat ni adalah yang terbaik bagi kita.. terima dan redha dengan ketentuan Allah.. kerana kita tidak mampu melawan takdir Allah..

Sama-sama muhasabah diri.

Saturday, November 8, 2014

Pelanggan kedai versus pelayan kedai...

Semalam akak sekeluarga pegi breakfast kat satu kedai makan ni.. kecik je kedainya.. ada lebih kurang 6 biji meja je..

Sampai kat satu meja tu abe nik duduk.. jadi kami pun turut la sekali kag meja tu.. meja tu pulak kotor la sket.. so abe nik pun panggil la pelayan mintak pelayan lap. Kata abe nik , "tolong lap meja ni jap."

Dan akak dengar la pelayan tu jawab, "sabo sabo.."..

Abe nik pulak bila dengar jawapan macam tu yg padanya agak kurang ajar mula la dia bising kat situ.. dengan kuatnya dia cakap, "aku paling tak suka macam ni.. "

Akak yg baru nak duduk tak jadi duduk.. akak tanya abe nik, "so? Nak makan kat kat sini ke tak?" Bukan apa.. malas nk kepoh-kepoh.. abe nik bg isyarat duduk.. oklah..

Tapi memang betul la.. kalau pelayan cakap "sabo sabo.." nampak la yg pelanggan kena tunggu sampai pelayan datang baru boleh mintak itu ini kan..

Satu lagi.. kalau ye pun pelayan anggap pelanggan cerewet janganlah pulak cakap "sabo sabo" tu.. kekadang manusia ni buleh hilang sabo.. kan..

Ada baiknya pelayan belajar berkomunikasi dengan lebih baik.. jadi dalam kes di atas akak rasa abe nik takkan terasa sakit hati sangat bila pelayan tu gunakan ayat yg lebih berhemah seperti "tunggu kejap bang ye..". Kang lebih lembut bunyinya.. daripada ayat "sabo sabo" yg kedengaran kasar bunyinya..

Anyway, pelanggan adalah raja.. tanpa pelanggan kedai tak akan beroperasi kan... boleh tutup kedai kalu pelanggan lari kan..

Thursday, November 6, 2014

Kisah mistik di Sekayu

Akak ucapkan takziah kepada keluarga arwah adik Rafikin yang telah ditemui meninggal dunia selepas hampir 4 hari hilang di hutan lipur Sekayu.

Akak juga ada melihat gambar whatsapp yg menunjukkan tempat arwah ditemui iaitu di celah-celah batu.. hanya tangan arwah sahaja yg kelihatan manakala badan arwah berada di dalam air.. sangat menghibakan..

Arwah merupakan pelajar pintar harapan sekolah. Kakak ipar akak pernah mengajar arwah masa kat sekolah rendah dan kakak ipar bagitau yg arwah adalah bekas ketua pelajar..

Allah sayangkan arwah dan telah memanggil arwah pulang ke tempatNya terlebih dulu... alFatihah utk arwah adik Rafikin. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat arwah.

Berbalik kpd citer hutan ni, tak dpt dinafikan wujud banyak citer-citer mistik.. kisah misteri yang tak dapat difahami .. tak dapat terungkai misterinya..

Kisah-kisah mistik seperti manusia berjumpa dengan orang bunian.. atau makhluk halus yang lain sering kali kita dengar.. ada sesetengah dari kita yang diberi anugerah oleh Allah seperti  mampu berkomunikasi secara langsung dgn makhluk halus ni..

Seterusnya kita dinasihatkan utk sentiasa berhati-hati dalam perbuatan dan percakapan apabila berada di dalam hutan kerana hutan ada hidupannya tersendiri.. ibaratnya kita masuk kampung orang lain lah.. jadi kena jaga tingkah-laku dan kata-kata..

Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kpd arwah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

apa pun semua yang ada di langit dan bumi ni adalah makhluk Allah. Allah yang menjadikan segalanya, justeru hanya kepada Allah tempat kita memohon segala sesuatu. Ada perkara yang Allah ingin sampaikan kpd kita. Sama-sama kita muhasabah diri.

Wednesday, November 5, 2014

Kepada kita yang masih hidup...

Belek suratkhabar macam2 berita yang ada.. politik..sukan...ekonomi..sosial.. kisah kehidupan masyarakat.. kisah kemanusiaan..

Kisah kematian.. betapa hidup dan mati itu rahsia Allah.. hanya Dia yang Maha Mengetahui bila masanya kita akan pergi meninggalkan dunia ini..

Semoga kita masih diberi hidayah oleh Allah untuk sentiasa mengingati mati.. kerana hidup ini akan berakhir pada satu saat.. dan kita perlu bersedia dengan pengetahuan dan juga menyediakan bekalan apa yg perlu...

Ya Allah. Ampunkan dosa kami.

Tuesday, November 4, 2014

Memancing... hobi baru untuk jimat belanja?

Ari ni akak bersembang ngan sorang student lelaki yg duduk menyewa ngan rakan2..

Katanya, sejak 2 minggu lepas dia ada hobi baru.. memancing ikan..

Katanya lagi.. bila gi mancing dan dapat ikan seronoknya ialah mereka akan masak lepas tu.. jimat belanja dapur..

Memang betul.. abe nik pun pernah bagitau akak yang dia selalu tengok student.. ramai yg duk mancing.. dpt ikan memang dia org bawak balil masak..

yang tak tahannya ialah.. kata abe nik.. kisah 3 hari lepas yang membuatkan abe nik rasa jeles tahap gaban..

Kisahnya abe nik gi mancing guna umpan udang..

Pastu kat sebelahnya ada mamat tu mancing guna umpan tiruan.. gewang..

Yg pakai umpan tiruan dapat ikan kakap besar giles.. kat 4 kilo gitus.. tersentap la member yg pakai umpan hidup ni.. hehehe.. esoknya abe nik pun apa lagi... terus gi beli umpan gewang.. warna pun sama..hehe.. yelah.. kot2 ikan kat situ hanya makan umpan gewang warna tu je kan.. hahaha

Monday, November 3, 2014

Puasa sunat..

Semalam akak ada kelas petang ngan student.. ikutkan habis kul 6.20 petang tapi kul 6 tu ada student pompuan tanya samada boleh balik awal tak.. so akak tanya la kenapa nak balik awal.. jawabnya "Kami puasa hari ni madam".

Puasa sunat 10 Muharam.

Hmm.. sejuk hati mak ayah mendengar..

Jadinya akak pertimbangkan diaorng dan akak habis awal semalam.. so student yang puasa ada masa yang cukup untuk buat persiapan berbuka puasa..

Kebetulan pulak maghrib awal sekarang.. beberapa minit sebelum kul 7..

Semoga kita masih terus mendapat rahmat kasih sayang Allah dan terus berusaha meningkatkan amal ibadah kita buat bekalan di sana nanti.

Sunday, November 2, 2014

Doa ikhlas memang didengari...

Pagi ni akak jumpa ngan T, rakan sekerja yg baru balik menunaikan haji.

Sebelum T berangkat menunaikan haji, akak berdoa depan T semoga Allah mempermudahkan segala urusan melakukan ibadat dan ibadat yang dilakukan T adalah yg sangat sempurna.

Dan semasa T berada di sana pun akak tak putus-putus berdoa semoga T suami isteri beribadat dengan sempurna dan segala urusan dipermudahkan dan haji mereka haji yang mabrur. Bila teringat pada T memang akak akan doakan sedemikian.

Dan ari ni T bagitau akak.. dia mimpikan akak masa kat sana.. kata T, lepas dia mimpi akak terus hatinya berkata akak sedang mendoakannya.. ya.. mendengarkan T bercerita pasal mimpinya dah menbuatkan akak sebak dan terharu..

Tiada siapa yang tahu siapa yang kita doakan.. dan Allah Maha Kuasa.. Allah Maha Mengetahui..Dia Amat Mengetahui.. dan dikabarkan kepada orang yg kita doakan hanya melalui mimpi.. doa ikhlas memang Allah Dengar..

Saturday, November 1, 2014

Kenapa yang baik mati dulu...

Pagi tadi akak ngan abe nik breakfast kat kedai makan teluk lipat.. abe nik makan feberet dia nasi sup.. akak makan nasi lemak..

Sambil2 makan tu akak tak dapat la jugak menahan diri dari mendengar perbualan meja belakang.. dah tentu dengar kan.. sebab mereka pun cakap bukan main kuat lagi.. jadi akak pun leh tergelak sorang-sorang.. abe nik pun hairan hehe..

Kisahnya kat meja belakang tu.. ada pakcik tu citer kat kawan dia macam ni..

"Tahun 2014 ni tahun sedih buat saya.. pak sedara saya meninggal.. cucu sedara meninggal.. anak sedara meninggal.. dan paling saya sedih abang saya yang paling saya sayang meninggal... abang tu yang paling baik lah tu.. yang baik dah takde.. tinggal abang yang jahat.."

Bab ayat kedian tu yg membuatkan akak gelak tu..

Maksudnya pakcik ni ada abang yang dia tak suka yang dia gelarkan sebagai jahat.. dasat jugak tahap tak suka tu ye.. sebab kalau adik-beradik kan.. kita tak kan kata adik beradik kita jahat kan..

Jadi sama-sama kita refleksi dan koreksi diri.. kalau selama ni tak tegur adik-beradik.. kalau selama ni gaduh adik-beradik maka mungkin boleh muhasabah diri.. mula semaikan balik kasih sayang dan hubungkan balik ikatan persaudaraan tu.. demi mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Friday, October 31, 2014

Citer Barbie... fanatiknya peminat..

Tadi kat berita ada bagitahu.. hotel ala barbie telah diwujudkan kat Buenos Aires.. semuanya ala-ala barbie.. katil barbie.. bilik ala barbie.. semuanya sebijik sama macam koleksi barbie yang ada kat market..

Dan dimaklumkan bahawa hotel barbie tu habis ditempah sepanjang tahun..

Wah.. dasat tu penangan barbie ni kan..

Thursday, October 30, 2014

Apa ada pada nama..

Dalam kelas akak ada beberapa orang pelajar yang mempunyai nama yang sama.. sampaikan akak pun konfius.. apa taknya... kalau ada 3-4 orang pelajar yg sama nama.. mau tak konfius..

Nama-nama yang pernah mengkonfiuskan akak ada banyak.. yg biasa adalah:

Amira, Amirah
Amirul
Liyana, Liana
Syafika

So memang kami cikgu2 kena guna teknik visualisasi tersendiri untuk membezakan para pelajar ni.. contohnya nama ikut warna kulit.. ikut bentuk muka dan sebagainya.. kelako kan..

Jadi ibu-ibu.. bagi nama yg unik kat anak-anak ye.. tapi jangan la sampai kami cikgu susah nak sebut pulak.. hehe..

Tuesday, October 28, 2014

Generasi Y...

Generasi y dikatakan amat cekap dalam mencari dan mendapatkan maklumat.. dan mereka juga sangat bagus dalam bab2 teknologi nih..

Malangnya mereka dikatakan hanya tau mencari maklumat namun tidak tahu menyimpan dan menggunakan maklumat tu.. alatah lagi menganalisa maklumat..

Dan dikatakan juga generasi ni tak suka membaca teks.. maksudnya tak suka baca buku la.. mereka lebih suka tengok gambar... mereka lebih sukakan visual..

Jadi kalu payah nak baca buku camana nak jawab periksa ye.. inilah yang sangat membimbangkan warga pendidik sekarang nih..

Tapi memang ye.. banyak sangat gangguan.. internet la.. media sosial yang pelbagai.. facebook.. instagram... tv.. telefon yang canggih manggih.. yang menuntut perhatian kita lebih daripada menuntut ilmu melalui pembacaan... camana nk baca buku.. baru belek selai mukasurat dah menguap-nguap dah... caner.. caner...

Monday, October 27, 2014

Clean House

Sifat pembersih dan sukakan kekemasan sepatutnya ada dalam diri setiap orang..

Dan sifat sukakan kebersihan dan kekemasan ni bukannya datang sekelip mata.. ianya perlu dipupuk sejak kecik lagi..

Jadi kalau dah dari kecik lagi sukakan kebersihan jadi tak de masalah..

Masalahnya bagi mereka yg tak suka kemas-kemas barang nih..

Lama kelamaan jadi tak terkawal.. sampai nak lalu lalang dalam rumah pun sesak dan susah..

Penyelesaiannya.. kena mintak bantuan.. macam Clean House.. jadi krew datang... buang apa2 patut.. tukar baru barang lama.. hasilnya.. tara.. dengan adanya Clean House.. Deko bersama Eric memang penyelamat la..

So rasanya satu bentuk perniagaan yg menguntungkan ialah perkhidmatan membersih rumah.. memang confirm akan dapat sambutan hebat dari golongan ibu berkerja yg tak dang masa kemas rumah..

Macam akak la jugak.. akak guna khidmat pembantu seminggu sekali yg akan datang bersihkan rumah.. sama-sama tolong kan..

Sunday, October 26, 2014

Citer tamil... kenapa akak suka tengok citer tamil...

Akak ngan abe nik peminat fanatik citer tamil.. hero kami of course vijay.. hehe..

Tadi ada citer.. pasal sorang peguam yg dilakonkan oleh vijay.. peguam ni nama surya.

Citernya ialah bagaimana peguam surya ni memberikan kesedaran kpd masyarakat betapa ketidakadilan dan ketidaktelusan yg berlaku di dalam aspek pentadbiran agensi kerajaan dapat diperbetulkan apabila setiap orang sedar fungsi masing-masing..

Paling penting setiap anggota masyarakat perlu celik undang-undang.. jadi bila dah celik undang-undang dan tahu peraturan dan perjalanan setiap proses maka rakyat lebih mudah utk mengadu kpd pihak berwajib..

Hanya kesedaran sahaja yang boleh memberikan hasilnya kerana dengan kesedaranlah akan membolehkan kita bertindak.. dan hanya dengan bertindak sahaja kita dapat hasilnya.. bukan hanya bercakap sahaja..

Saturday, October 25, 2014

Balik kampung ... terapi minda.

Minggu ni balik kampung.. jumpa mak.. jumpa adik beradik.. jumpa anak sedara.. alhamdulillah terima kasih ya Allah di atas segala kurniaan dan rahmat kasih sayangMu yang telah Kau berikan kepada kami.

Friday, October 24, 2014

Arnel Pineda.. u rock

Akak berkesempatan tengok dokumentari pasal arnel pineda, lead singer utk kumpulan rock n roll america- journey.

Sebelum ni akak pernah tengok arnel ni dalam oprah talk show... berapa tahun lepas.. dah lama dah.. akak tengok memang bakatnya sangat luarbiasa..

Dan dalam dokumentari tu ada Arnel bagitau.. sebelum ni orang tak pandang pun bakat dia.. dia ngan bandnya susah sangat cari makan.. ngan masalah melibatkan penyalahgunaan dadah lagi.. macam2 masalah.. sampai dia ada masalah suara..

Kemudian dia mula sedar.. dan dalam masa 6 bulan suaranya dah kembali baik.. dan dia banyak muhasabah diri.. katanya apa yang penting ialah sebuah keluarga... dan dia sudah bijak mengawal dirinya..

Persembahan arnel di pentas yg diuploadkan ke youtube telah menarik perhatian anggota kumpulan Journey yang sedang mencari penyanyi utama...

Dan arnel telah ditawarkan ujibakat... dan.. selepasnya adalah sejarah..

Memang hebat persona arnel ni.. Lagu hebat kumpulan ni ialah Dont stop believin'.. terbaik!

Wednesday, October 22, 2014

Selamat hari deepavali

Ari ni cuti.. cuti kelepasan am.. sempena deepavali.

Jadi selamat hari deepavali kepada semua penganut agama hindu di bumi malaysia khasnya.

Semoga kita semua rakyat malaysia akan terus bersama menyokong satu sama lain dan terus bersama mengekalkan keharmonian masyarakat dan negara malaysia tercinta.

Monday, October 20, 2014

Bahayanya demam...

Rasanya dah kat seminggu akak demam.. demam dah kebah dah tapi akak masih batuk lagi.. jadi badan pun dokrrok (tak larat).

Tadi abe nik tanya kot2 ada rasa nk muntah ke.. sbb takut demam denggi ke.. kalu rasa nk muntah abe nik kata nk kena bwk sepital terus.. akak lak bila dengar je spital hmm terus terdiam.. mak aiii..spital ni kalu tak tunggu 3-4 jam.. memang bukan spital la namanya.. tak larat lah nk tggu.. buat terbako hati je...

Sunday, October 19, 2014

Citer Ubat batuk

Biasanya untuk batuk, ada 2 jenis ubat batuk yg klinik bagi.. dalam bentuk cecair dan dalam bentuk tablet..

Rasanya hampir semua orang dah boleh bayangkan caner rasa minum ubat batuk klinik tu.. urgghh.. pahit dah tentunya kan..

Jadi apa kata kita berenti mendera diri... hehehe... dah tahu tak suka makan ubat batuk pahit maka dah tiba masanya utk ambik ubat batuk yg tak pahit... ha.. ada madu lagi.. manis..

Jom carilah ubat batuk hurix dengan madu.. memang membantu melegakan batuk..

Friday, October 17, 2014

Dengar ubat je dah muntahhh... uwekkk..

Bila dah sakit... dah gi jumpa doktor.. dah bawak balik ubat... dah kena makan ubat.. barulah tahu apa perasaannya..

Tadi akak sampai dah termuntah bila abe nik tanya ,"dah makan ubat belum?"

Dengar je ubat, ntahlah... terus naik loya yang amat.. terus muntah.. sebab apa? Sebab dah boleh rasa ubat-ubatan tu... pahitnya camana.. eyakkk.... kita yg tua ni pun dah tak lalu nak telan ubat-ubat pahit tu.. hmmm.. apatah lagi anak-anak.. kan.. kesian diaorg kan..

Kalu ada ubat yg manis takpe la jugak kan..

Jadi sapa-sapa yg tak lalu makan ubat tu kan... akak faham..

Apa kata kita minum air mineral banyak-banyak... itu adalah ubat paling mujarab. Akak pun sedang mendisiplinkan diri minum air mineral byk-byk..

Raja dan rakyat.... apa citer

Ekoran dari tindakan Tengku Mahkota Johor (tmj) menendang tiang bendera di penjuru padang malam semalam sebagai meraikan kemenangan perlawanan bolasepak di antara johor dan terengganu, ramai pihak terkejut dengan sikap tersebut.

Action speaks louder than words!

Bagilah berjuta-juta alasan pun .. tapi ramai melihat tindakan tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang dapat mempengaruhi kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin. Kata rakyat biasa, seorang pemimpin seorang raja perlu bersifat tenang dalam menerima apa jua keputusan yang datang. Walaupun nak meraikan kemenangan...

Ntahlah.. mende dah jadi.. semua orang kena ambik iktibar..

Walaupun ada banyak citer tertutup pasal dunia bolasepak yg kita rakyat biasa tak tau, yg pasti rakyat juga mahukan ketelusan dan keadilan bagi semua pihak..  setakat kes hanya 100 tiket je dikhaskan buat penyokong terengganu semasa perlawanan baru-baru ning, tidaklah menjadi kehairanan kerana perlawanan disiarkan kat tv secara langsung.. cuma.. itulah.. daripada beribu-ribu.. 30 ribu.. tempat kat stadium tu hanya 100 tiket je bagi kat ore ganu.. itulah yg dikabarkan.. ye ke..

Kalaulah semua orang boleh bersifat professional dan rasional dan bukannya emosional..

Apa yg boleh diharapkan rakyat ialah supaya institusi beraja prihatin dengan kesan ekoran dari tindakan yg dapat menimbulkan bibit-bibit ketidakpuasan hati sesama rakyat..

Anpuan tuanku!

Thursday, October 16, 2014

Telur separuh masak power

Mggu lepas akak ngan abe nik breakfast kat kedai makan kat jalan besar.. batu 50 kot... kat dungun la.. of course..

So yg special kat kedai ni ialah telur power.. telur separuh masak yg dicampur ngan rempah asli tersendiri..

Bila minum memang boleh berpeluh la satu badan.. jd bagi org yg tengah demam kira baguslah..

Cubalah.

Wednesday, October 15, 2014

Demam dan demam...

Memanglah..

Kata orang demam boleh berjangkit... memang betul.. abe nik lum lagi baik demam, dah akak pulak kena demam.. adui... sakit tekak, batuk, selsema dan demam..

Itu pun sakit tekak dah kurang sebab awal-awal lagi masa tekak dan perit tu akak berkumur ngan air garam.. memang cepat la hilang perit tekak..

Bila klinik macam biasalah bawak balik ubat mak ai.. memang nak termuntah la tengok ubat yg banyak tu..

Tapi akak perasan minum air penyejuk badan cap badak, air 100+, performance drink shaklee, memang dapat mempercepatkan penyembuhan demam.. dengan izin Allah.

Air memang kena banyak minum sebab nak sejukkan badan dan nak pastikan badan cukup air.. jadi minum banyak air.

Tuesday, October 14, 2014

Western food pilihan orang demam..

Ari ni akak temankan abe nik makan western food kat mama chop papa grill dungun.

Akak pilih menu ayam berkeju dan abe nik pilih ayam blackpepper. Boleh tahan la rasanya.

Pastu kami ode sup cendawan.. abe nik punye le suka sup cendawan tu.. sampai tak pandang kiri kanan.. yelah.. ore deme ke... (orang demam kan...)

Monday, October 13, 2014

Pejabat tanah dan galian Dungun.. telefon nye pasal

Akak cuma nak luahkan ketidakpuasanhati di atas perkhidmatan pejabat tanah dan galian dungun..

Dah la line teponnye 1 je - 098481851, bila dail engage memanjang.. bila cuba dail lagi time dah dapat line tu takde pulak yg jawab telefon.. aduhai... dah la tu.. 1 line tu la yg digunakan utk komunikasi 3 buah daerah - dungun, kemaman dan marang..

Nilah yg rakyat bengang sangat... dahla line telefon se je, staf yg incharge 3 kawasan tu pun sorang je.. kalu staf tu cuti atau gi kursus memang kena tunggu sampai staf tu balik lah jawabnya... aduhai... mendahulukan rakyat la sangat..

JADI AKAK TAK HERAN LA KALU MEDIA BAGITAU TANAH PUSAKA ORANG MELAYU BERBILION BILION TAK DAPAT DIURUSKAN SEBAIKNYA.. SALAH SATU SEBABNYA MACAM NILAH...

ORANG TELEFON NAK TANYA STATUS PERMOHONAN.. TAPI NAK TANYA PUN TAK BOLEH.. SEBAB PERKHIDMATAN LINE TELEFON MASIH LAGI DITAKUK LAMA..

kesian rakyat... terpaksa bersabar..
(Dan tak kurang juga menyumpah dalam hati...)

Sunday, October 12, 2014

Terima kasih kepada kalian semua..

Akak mewakili keluarga akak mengambil kesempatan ni nak ucapkan terima kasih kepada mereka di atas kerjasama, bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada adik akak yg terlibat dalam kemalangan hari kamis malam jumaat lepas di hiway LPT2..

Terima kasih kepada:

1. Pengguna hiway yg telah menalipon pihak ambulan ketika kejadian berlaku

2. Pengguna hiway yg menolong adik akak dan kawannya semasa sedang menunggu bantuan tiba

3. Kakitangan hospital hulu trg yg memberikan rawatan kecemasan

4. Doktor Anuar - Pengarah Kesihatan Negeri Trg yg berada di hospital yg sgt prihatin dan menyegerakan proses yg berkaitan terutamanya perpindahan ke HSNZ

5. Pemandu ambulan yg cekap ( hanya 20 min sahaja dari hospital hulu ke hsnz)

6. Kakitangan perubatan di hsnz yg memberikan rawatan

7. Rakan-rakan adik akak yg sanggup datang melawat beliau ( walaupun ada yg dtg malam dgn menyewa kereta.. dan mereka ni adalah pelajar..)

8. Semua yg telah memberikan sokongan dan bantuan secara langsung atau tidak langsung

Semoga Allah menggandakan pahala kalian semua dan Allah sahaja yg mampu membalas jasabaik dan bantuan yg telah kalian semua berikan.

Saturday, October 11, 2014

Kasih sayang keluarga di saat kita kecemasan...

Masa kat sepital Hulu Terengganu, adik lelaki akak yg accident tu dah dibawa masuk ke dalam wad kecemasan dah.. yg menemaninya adalah 3 org lagi adik akak iaitu 2 perempuan dan sorang lelaki.

Kedua-dua adik perempuan dah menangis dah.. yelah adik bongsu... cuma masa malam kejadian tu kami belum maklumkan kepada mak. Kebetulan masa tu mak belum balik dari surau jadi.. dah pesan kat adik yg jaga rumah.. bagitau yg adik hanya jatuh motor sket je.. bukan apa.. takut jugak kalau mak terkejut ke.. sakit jantung ke.. pengsan ke.. lagi haru..

Pagi esoknya barulah bgtau perkara sebenar kat mak.. itupun bila adik dah dipindahkan ke hospital HSNZ... matanya banyak berdarah jadi dihantar ke HSNZ supaya pakar mata dapat jahit...aduhai..

Ari ni akak balik tengok adik.. matanya memang alahai ngeri la jugak tengok.. dan dia pulak dok risau pasal final ni... lepas deepavali ni student poli final..

Kami risau la jugak sbb skrg ni dia tak boleh baca tulisan kecik.. alahai..

Esok akak nak call penasihat akademik beliau.. tanya SOP..

Cumanya akak bersyukur kerana adik beradik saling membantu dan memberi sokongan yg tak berbelah bagi.. syukur ya Allah.

Friday, October 10, 2014

Kemalangan jalan raya... di hiway yang dikatakan...

Semalam akak dapat berita sedih dari adik akak memberitahu perihal kemalangan yang dialami oleh adik lelaki akak.. adik lelaki akak ni sedang dalam perjalanan balik ke rumah.. dari kemaman.. dan melalui hiway yg baru siap...

Adik akak tumpang kereta kawannya.. kawannya yg pandu kereta..

Masa kejadian tu adik akak sedang tidur.. sedar2 dah terhantuk..

Dan diceritakan yg mereka memotong sebuah kereta dan memasuki lorong sebelum merempuh belakang lori... aduiii...

Dan di tempat yg lebih kurang sama juga dikatakan sentiasa berlaku kemalangan.. tak tau lah..

Kawannya agak teruk jugak.. patah sana sini.. aduhai.. dan adik akak lak matanya bermasalah.. tak taulah.. mungkin kena kaca ke.. aduhai.
Tadi masa berjalan pun dia terhoyong hayang.. tak tau lah..  doktor akan buat followup checkup nak check kepala lagi.. aduuii..

Nak wak macamana.. kena redha.. di semua ketentuan Allah.. syukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan beramal di dunia ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!