Tuesday, April 30, 2013

Mary Kay.. betul2 berkesan ke..

Produk zai beauty akak masih ada lagi.. tapi sebab memang suka menerai produk2 kosmetik ni rasa macam nak la pulak try Mary Kay.. itu pun kalau produk tu bagus dan dari natural resources... tapi macam mahal je ek.. 1 set produk dah kat 2 ribu tu.. ye ke..

Yang Luarbiasa.. manusia dan haiwan

Menonton citer "Dolphine Tale" membuatkan akak tersentuh hati..

Citernya pasal ikan dolfin ... er ikan paus ke ikan yu.. ikan yu. Ye. Ye.. so ikan yu ni ekornya kena potong.. so camne nak berenang kan.. kisahnya yu ni sebab keadaan dia mcm tu.. so kena duk dalam kolam dan 24 jam kena ada orang yg pegang dia dan gerakkan badan dia .. macam kita ajar budak naik basikal la... kita pegang takut jatuh kan..

Dan tempat tinggal yu tu pulak nak kena dijual sebab banyak masalah.. binatang lain boleh jual tapi ikan yu ni tak de yg nak la kan sebab keadaan dia tak sempurna kan.. dan ada cadangan nak bunuh ikan yu ni..

So ada doktor ni hasilkan ekor elastik khas yg boleh disarungkan kat ekor yu ni.. jadinya ikan yu tu akhirnya dah boleh berenang macam biasa tanpa bantuan.. dan ikan yu ni lak dah jadi tarikan kat tempat tu

Itu kisah SEekor binatang.. cuba pikir pasal manusia lak.. ada antara kita yg kurang bernasib baik kan.. andaikata golongan ini dibantu pastinya mereka mampu memberikan sumbangan yg lebih besar kan...

teringat dulu kisah ada abang oku kat Kuala Terengganu yg cacat kedua kaki.. lepas tu dengan semangat dan motivasi serta jatidiri yg jitu beliau jadi atlet renang paralimpik yg terkenal.. skrg beliau adalah seorang usahawan.. bayangkan... kuasa motivasi dan keyakinan diri mampu mengubah destini manusia kan.

Sunday, April 28, 2013

Teringat masa mengundi masa PRU 2008

Hihihi.. akak mengundi first time masa tahun 2008 kat shah alam dulu.. tak pernah ngundi kan.. pastu tengok poster banyak yg pangkah je.. ingatkan biasa je lah..

Masa masuk kat dalam dewan tu nasib la ada akak tu bagitau "pangkah tau.. jangan buat tanda rait (/) lak.. oo.. nasib betul la akak tu ingtkn.. kalu tk memang jadi undi rosak la..

Yess.. tranung kiteee..

Friday, April 26, 2013

Thesis writing.. read this first!

I get emails regarding my statement on the previous post - complete thesis within 7 days.. waittt..don't get me wrong.. i know some of u r frowning at me..

The truth is.. i have completed 40% of my thesis prior to that.. well.. it was unorganized as some if u could imagine... cut and paste here and there.. as a result..in the end the content went over board.. overflow.. so u need to get back in shape.. and it was hard.. really..

I went to google.. and found several links that helped me go back to my focus... that.. i tell u.. was eye opening.. and i did it in a week.

Thursday, April 25, 2013

Errr.. kalau masa period terlalu panjang.. apa nak buat

Semenjak lepas pembedahan tiroid ituhari, akak wajib ambil ubat hormon sintetik tiroksin tu setiap hari sepanjang hayat.. nak dijadikan citer.. akak ada gak terlupa ambik.. lepas tu la sibuk buat reminder kat tepon.. hehe..

Itu satu.. satu hal lagi.. ha.. lepas tu period cycle dah jadi lain.. melebihi 15 hari.. bila google dapatlah info ni.. jom kita share..

1. Kalau lebih 15 hari 15 malam maka namanya darah penyakit.. darah istihadah.. jadi kena sucikan diri.. kena solat macam biasa.. tapi solat pakai pad la ye..

2. Ada yg lebih lama lagi.. jadi kena jugak pegi jumpa doktor.. takut2 fibroid ke..akak dah pegi jumpa dah..  so pegi scan.. alhamdulillah.. tak de fibroid tu.. cuma doktor kata ni pasal hormon ni.. gangguan hormon.. so bg yang buat operation tiroid tu no salah satu gangguan la..

3. Ada info bgtau.. kalau period biasa tu darah tu datangnya dari dinding rahim..
Kalau darah penyakit datangnya dari urat.. err.. ni yg suspen n..kalau darah urat.. maknanya ada urat yg putus ke kat dalam.. ye tak ye jugak kan.. memang suspen..

4. Ada info dari sudut perubatan islam yg kata "darah penyakit ni mainan syaitan".. eerr.. lagi suspen ni..

So doktor akan bagi ubat tahan darah.. biasalah kan.. kalau muntah.. doktor bagi ubat tahan muntah.. kalau gatal.. ada ubat tahan gatal kan..

Cuma dari satu segi.. akak ada share perkara ni dgn bidan nama kak ida tu (yg akak citer itu ari).. kata2 kak ida mbuatkan akak terpikir banyak pikir..katanya " banyakkan bersabar.. Allah nak uji kita tu.. bersangka baik kepada Allah..kita tak tau.. mungkin lepas ni Allah bagi zuriat ke.."..ehmmm.. memang la kan.  Kena banyak sabar.. dan redha..semua urusan Allah kan.. Allah yg mengatur segala urusan kita kat dunia ni..

Refleksi Tanah Kubur: Balasan ibu yg selalu pukul anak

Anak permata dunia akhirat.. dan bukan semua orang diberi peluang oleh Allah untuk mendapat permata ni. Tapi kdg2 sebagai manusia.. kita alpa dengan amanah yg Allah dah bagi kat kita.. disebabkan kedangkalan ilmu keibubapaan kita selalu marah anak secara keterlaluan..

Akak pun selalu gak naik semput ngan perangai anak..  tapi semua tu ujian sebenarnya Allah nak bagi kat kita.. macam ujian kita kat sekolah.. lepas ujian kan dapat markah... berapa la markah kita ye.. ya Allah.. ampunkanlah segala dosa hambaMu ini..

Berbalik kpd kisah teladan ni.. disebabkan selalu pukul anak dan pilih kasih.. akhir hayat ibu ni sangatlah menyedihkan.. tangannya bengkok.. matanya terbuka..  hanya selepas anaknya tu bagitahu yg dia dah maafkan ibunya barulah tangan yg bengkok jadi lurus..dan mata yg terbuka tu tertutup..

Walaupun kita boleh kata yg "alahh tu citer je tu.. bukan betul pun..".. tapi apa salahnya kita ambil iktibar dan sentiasa berdoa supaya hujung nyawa kita segala urusan dipermudahkan Allah.. dan kita tinggalkan dunia dalam keadaan beriman.. dalam keadaan yang baik..

Wahai ibu2.. marilah kita perbaiki diri ke arah kebaikan..

Reset Minda bersama Prof Muhaya

Alhamdulillah.. berpeluang muhasabah diri lagi.. betapa rasa kerdilnya diri.. merenung kelemahan diri..

Kata prof, ada 5 aspek penting yng perlu kita sedar sebagai seorang hamba Allah.

1. Islam
2. Iman
3. Ihsan
4. Taqwa
5. Syukur

Bila kita dah mencapai kelima2 perkara di atas maka kita akan merasa bahagia. Hanya orang bahagia saja yg boleh membahagiakan orang lain. Masya Allah.

About thesis writing.. how to complete it within days

Uffhh...(sigh).. all this while. I've been promising myself that i would complete my thesis by a certain due date.. and tell u what.. I failed to deliver what i promised.. date after date after date.. months to years.. yes.. been years now.

But now i just know what to do.. and more importantly how to do it the Right way..

By the way, wonder how can i complete my thesis writing within a week? Yes.. i repeat... IN A WEEK! I did it.

I'll share in my next post.

Wednesday, April 24, 2013

Penangan botoks dan tua semulajadi.. apa bezanya ye..

Ada yang takut tua.. yelah.. muka berkedut-kedut.. ada garis situ sini.. uban situ sini.. memang tak cantik la kan..

So ada yang berusaha untuk mengekalkan keremajaan.. yang hakikatnya memang la meloyakan orang2 yang akur tentang peraturan hidup ni..

Tengok apa yang jadi....

Rock tetap hebat.. otai kilauan emas..

Wah.. wah.. akak sebenarnya x sabo jugak nak nengok siaran kilauan emas nanti.. sure gempak la.. tengok gelagat warga2 mas... ada yg dah sampai usia mas dah.. ada yg baru umur 40 an.

Semalam akak tengok peserta rock ni.. nyanyi lagu 'isi dan kulit'. Dalam maknanya tu.. yelah.. jangan menilai kulit je tau.. tengok durian.. kulit berduri.. bau memang mak aii.. tapi isi best. Siap digelar raja buah lagi..  akak agaklah.. sebenarnya dia nak bagitau ' jangan pandang orang sebelah mata..' tengok rock kan main lagi.. bawak lagu fuhhh.. boleh nangis penyanyi asal lagu tu..  rock oooo.

Monday, April 22, 2013

Kilauan emas yang menyilaukan.. seyess terbaik..

Wah.. hebat bangat suara diaorng nih.. tapi yg akak tabik ni pasal kakak dari kelate nih.. anak 9 org.. umur baru 45 cucu dah sorang.. suara punye lah mak aii.. siap juri pun tabik wooo

Yang Berkhidmat Yang Berkudrat Yang Larat

Dalam demam PRU 13 ni memang apa saja yang menarik hati akan terus dibaca.....

Tertarik dengan Tuk Mun.. yang bertanding sebagai calon di KTrg.

Rasanya kalau ikut logik akal memang rakyat tidak akan sanggup mengambil risiko dengan mengundi TukMun. Kenapa? Sebab terlalu banyaaaaak sebab. Dengan umur 93 tahun rasanya biarlah TukMun teruskan kehidupan beliau dalam penuh ketenangan. Tak payah la nak peningkan kepala dok pikir pasal politik nih. Lebih baik TukMun teruskan berniaga kain.

Tapi jujurnya kita pun sebenarnya nak sangat tau apa cerita di sebalik kisah TukMun ni. Nanti kita selongkar2 dan kita bongkar2. Apa motif politik kepada pihak2 berkepentingan ni ye.. takpe.. kita tunggu..

Kepada semua rakyat Malaysia, undilah calon yng mampu memberikan kemajuan yang seimbang dalam banyak hal. Kestabilan kerajaan yang memerintah amatlah penting. Jangan tukar kerajaan macam tukar baju. Dibuatnya baju tu je la satu2 nye yang kita ada.. kalau buang baju kat badan kita alamaknya hilang maruah kita. Andaikata baju kita yang satu tu koyak sikit.. tampal la mana tempat yg koyak tu kan.. mana yg boleh jahit kita jahit..

Mungkin orang kata "aii.. baju dah buruk... buang je lah.. pakai la yg baru..".. yelah kan.. mungkin orang nak bagi baju sutera emas kat kita.. tapi bila kita dah buang baju buruk dia kata "tak jadilah nak bagi.. baju tu masih boleh pakai lagi kan.." ataupun "errr.. baju sutera emas yg kami janji nak bagi tu masih lagi tak siap lah.. boleh tak u pakai baju kain kapas ni dulu?" Mcm2 boleh jadi kan?

Baju lama yg sedang dipakai skrg diberikan oleh datuk nenek kita dulu.. ni je lah yg mengingatkan kita kepada mereka.. hargailah..

Jangan sebab " marahkan nyamuk kelambu di bakar". Kesian.. disebabkan kita yang marah kat nyamuk yang bising kat telinga kita.. kita bakar kelambu.. kesian anak bini.. dah tak ada kelambu.. lagi seronok la nyamuk..

Teringat kata zainal abidin penyanyi lagu 'hijaau.. hijau..'.. kalau kita tebang pokok yg ada sekarang ni yg kononnya sakit.. boleh tak kita pastikan pokok yang tumbuh nanti akan lebih kuat akarnya spt mana pokok sebelum ni?  Jadinya.. kalau buah yg rosak.. makanya kita cari racun serangga untuk pokok ke kan.. tanya je kat peladang.. macam2 kaedah penyelesaian mereka ada..

Ingat! Hargai apa yg ada.. Jangan dinanti apa yng tiada.. hargai masa sekarang!

Saturday, April 20, 2013

P Ramlee Dipulaukan dan Dihina: Kisah Permata Yang Hilang

Siapa tak kenal P Ramlee?



Seniman tersohor negara.. yang sumbangannya terhadap dunia seni tanahair bukan calang2nya.. dan tiada galang gantinya sehingga ini.. dengan pelbagai bakat yang dimilikinya tiada siapa lagi mampu menandingi kehebatan luarbiasa P Ramlee ini..

Akak tersentuh sangat bila baca berita dalam akhbar Metro 18 April 2013



Akak tak dapat lari dari rasa ingin tahu sangat "KENAPA P RAMLEE DIHINA? KENAPA MEREKA MELAYAN P RAMLEE SEBEGITU RUPA?".

Akak google, dapat info dari sini dan sini.. Ni yang diceritakan..


Wednesday, February 16, 2011


P.Ramlee : Genius Yang Tragik.

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan anything underhand. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee - hidupnya - keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan 'sia-sia', saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya 'bikin filem' ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

"A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my son except my name!"

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar 'filem Melayu', beliau telah mencuri 'Api Syurga' yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri 'Fire of Heaven' dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah 'makan hati.' Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

"The pain passes; but the beauty remains."


P.Ramlee dijatuhkan oleh orang yang dengki dengan kebolehan dimilikinya..semasa disaat akhir hayatnya..beliau seolah sudah dilupakan dan tidak dihargai langsung sehinggakan ada yang benci melihat muka beliau..tetapi selepas beliau pergi..barulah mereka tersentak dan tersedar diri siapakah orang yang mereka hina itu sebenarnya seorang seniman agung yang sudah terlalu banyak menyumbang di dalam bidang musik dan perfileman tanahair kita

Sedihnya, saat2 akhir sebelum pemergian, beliau seolah dipulaukan oleh peminat dan orang industri hiburan sendiri, sehinggakan semasa menemankan Saloma menjayakan rancangan HMI, P Ramlee hanya menunggu Saloma di kantin. lepas show Saloma pergi ke kantin, lampu sudah dipadamkan, P Ramlee masih ada di situ menunggu.. kalau masuk auditorium kena booo... ikut pengalaman sebelum ni.

Walaupun di saat-saat akhir hayatnya dikatakan beliau berada dalam kesedihan.. tetapi beliau tetap SENYUM masa Dato' Ahmad Nawab ziarahi jenazahnya. Ini tanda orang dikasihi Allah. Al-Fatihah...



Kata P Ramlee, "Seni adalah salah satu kerja Tuhan.."

dan apa yang dikesalkan ialah hasil kerja seni P Ramlee itu dimanipulasikan oleh golongan tertentu..
"Rupa-rupanya royalti untuk filem-filem lakonan P. Ramlee berjumlah jutaan ringgit setahun. Yang kayanya bukan waris P. Ramlee, tetapi syarikat Shaw Brothers yang menerbitkan hampir kesemua filem P. Ramlee. Sedih pun ada jugak apabila terbaca kisah keluarga P. Ramlee yang hidup merempat sambil Shaw Brothers menerima jutaan ringgit setiap tahun." Rujukan


Pandangan di bawah memberikan satu aspek tersendiri bagi kita ahli pemikir semua..

" On the day he died, there was no rice in his house. And Saloma had no money for his funeral. The man and legend, P. Ramlee paid a very heavy price returning to Malaysia. The country just did not have the infrastructure, manpower and expertise to accommodate his enormous talent. He would have been better off in Singapore even with the unions there. He would not have gone broke in the club and wedding scene there and perhaps Singapore TV could have given him a break as compared to our own RTM. All the belated accolades and titles were a waste of time as far as the man himself was concerned. He died hopelessly broke and broken.
In retrospect P. Ramlee, with no formal education but was able to compose more than 360 songs and 66 movies, probably returned to a society that was not developed nor had the brain power and skills to match up to his vision. In short he was just surrounded with a whole lot of officials and journalists with serious hang-ups who were not interested in the industry itself. There was no driving force like another Shaw Brothers. " Rujukan



P Ramlee telah membuktikan bahawa "Biarlah apa orang nak kata.. Nanti kebenaran akan diketahui juga.. Semestinya beliau berpegang kepada prinsipnya yang tersendiri." Walaupun dihina dengan begitu hebat, amat tidak adil sekiranya dilabelkan beliau sebagai orang yang gagal. Kenapa? seperti yang dikatakan oleh Robert F. Kennedy "Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly". Tengoklah sekarang.. beliau diagung-agungkan.. tapi sayangnya selepas beliau tiada.

Seorang artis rock Itali yang hebat, Luciano Ligabue, di tanya "Apakah harta kepunyaan yang paling berharga bagi anda?" Jawapannya ialah "Semua hasil penulisan saya - artikel dan 32 buah buku." Pelik bukan? Akak kira P Ramlee pun macam tu jugak. Kenapa? Jawapannya semudah apa yang diberikan oleh Robin Sharma, "Greatness comes when you create something with your life that is not only bigger than you but outlasts you!"

Hari ini walaupun P Ramlee sudah lama pergi meninggalkan kita, legasi seni yang ditinggalkannya telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang manusia yang luarbiasa.


"Yang menghina orang yang berbudi adalah sebenarnya yang paling hina.. Siapa kita untuk menghina sesama manusia?"

by
Norizan Mohamad
20 Ogos 2013




Thursday, April 18, 2013

Menu ketupat sotong mabeles

Hari ni menu makan tengahari - tupak sutung.. best giless.. sebab lama dok makang tupak sutung..

Misteri: Mencari Logika

Banyak misteri alam yang masih belum dirungkai sepenuhnya... penyelesaian yg belum mampu diterima oleh logik akal..

Dan dengan menggunakan kecanggihan teknologi terkini seperti penggunaan kamera beresolusi tinggi memungkinkan kita melihat objek2 misteri dengan mata kasar..

Kebelakangan ni banyak dokumentari memaparkan  kisah misteri ni..

Jalan2 menyusuri pantai dungungg

Menterjemahkan keindahan bumi ciptaan Tuhan.

Wednesday, April 17, 2013

Wahai wanita.. meh kita berhati2 dengan produk yang satu ni...

Macam2 kisah penderitaan penyakit akibat produk2 khas untuk wanita.. dari produk kosmetik sampailah ke produk kebersihan diri...

Jom.. kita berhati-hati..

YB Yang Berkhidmat...Yang bagus.. yang tak bagus...

Pedoman untuk kita semua yang memberikan khidmat demi mencari sesuap nasi yang mengenyangkan..

Senyum... senyum.. walau dalam hati siapa yang tahu kan.. teruskan berkhidmat dengan penuh senyuman!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!