tiba kat sekolah pagi ingatkan aku nak hantar je dan terus balik. Tapi bila masuk kat dalam sekolah tengok ada perhimpunan. so aku tunggu lah kejap. Dengarlah jugak cikgu berucap. terkejut jap bila cikgu tu cakap ' bila kamu nak ke tandas, jangan lah balik ke rumah..' pelik lak.. rupanya ada kes pelajar yang balik rumah nak ke tandas, maklumlah rumah nye memang depan sekolah!
dan makluman akhir dari cikgu ialah 'Mohon kerjasama ibubapa agar tidak mengiringi anak-anak ke kelas..' hah, cikgu dah sound dah.. so lepas anak aku masuk kelas, aku pun blah.
tengahari aku datang ambil, masa dalam kereta dia tunjukkan kertas yang cikgu bagi.. maknanya dah belajar dah tu. oklah. bagus!
petangnya bila sampai kat sekolah petang dan nak turun kereta, anakku tanya 'mami ngan papa tungu adik kat kelas ye' Aku cakap 'mana boleh, nanti cikgu marah... nanti mami datang balik lah..' terus je dia menangis. heran lak aku.. so terpaksa lah iring masuk kelas.
sampai kat kelas dia tak nak lepaskan tanganku lagi.. jadi terpaksa lah duduk kat dalam kelas tu sementara tunggu cikgu datang. Bila cikgu datang aku pun bangun nak keluar. Anakku menangis lagi. Memang heran betul aku, semalam elok-elok je.. Masa bersembang ngan kak Marina (dia pun hantar anak kat sekolah pagi dan petang yang sama) barulah aku tahu. Rupanya masa waktu rehat kat sekolah pagi tadi, dia sorang-sorang. Dia tengok kat kantin ada mak bapak yang temankan anak, jadi diapun tercari-carilah.. bila tak de, sebak lah dia. Lagilak disebabkan ramai orang kat kantin tu, dah tak ade tempat duduk, jadi dia tak makan pun bekal. kesian anak aku. memang aku dah bagitau 'waktu rehat nanti mami ngan papa tak ada'. Aku lak, bila tau anak tak makan bekal, rasa sedih betul. Satu, sebab dia tak dapat makan. Dua sebab punya la awal aku bangun masak nasi lemak pagi tu, dia tak sempat makan. Sedih jap aku.
so, bila tangisan dah berenti, aku pun nak lah keluar dari kelas tu, tup tup dia menangis lagi. Tapi cikgunye lak tak ada pun tunjukkan inisiatif nak mula mengajar ke.. asyik kira duit yuran,. So aku pegi tanya, 'hari ni boleh dapat jadual ngan buku teks tak?' Katanya, 'nanti sempat boleh dapat hari ni, kalau tak sempat Isnin nanti'. Masa aku pergi ke luar kelas, nampaklah kelas depan tu.. kelas tu dah ada buku teks dah atas meja cikgu, tunggu nak diagihkan kat pelajar je. Cikgunye pun dah mula mengajar alif ba ta.. budak pun dah mula menulis. Cikgu kelas ni pulak, tak habis-habis lagi dok kira duit. Sampailah waktu rehat, pukul 3.30 ptg. Habis rehat, aku ngan ibu-ibu yang lain naik ke kelas, tengok2 cikgu tu masih lagi tak setel kira duit.
Dah letih berdiri, aku ngan sorang ibu tu (pregnant lagi) turun bawah kat kantin. Sambil tunggu tu kami sembang2lah.. dah nak sampai waktu balik kat pukul 5.20 ptg kami naik semula ke atas. Bila pergi tengok kat kelas tu, ya Allah, cikgu tu masih lagi dok kira duit! Kami ni tengsheng giler.. kelas lain dah dapat buku teks, dia masih lagi tak habis-habis kira duit. Ada sorang ibu tu bagitahu, dia duduk kat kelas dari masa rehat sampai sekarang. Katanya cikgu tu langsung tak peduli pelajar kat dalam kelas. budak nak berlari ke nak apa ke dia tak kisah langsung. Ada pelajar siap berguling dan bermain kat belakang kelas lagi. Pun dia tak kisah. Menurut ibu tu lagi, ada pelajar yang pegang gunting sambil bermain ngan pelajar lain. Ibu tu risau betul, tapi cikgu tu langsung tak heran pun. Asyik ngan kira duit lagi.
2 orang ibu tadi tu guru sekolah jugak, mereka pun naik heran bagaimana cikgu tu boleh biarkan kelas lepas tu tak peduli keadaan pelajar. Aku ngan yang lain masih lagi tak faham, kenapa la lama benor cikgu tu dok kira duit.. kenapa cikgu kelas lain dah siap boleh bagi buku teks, dah boleh siap mengajar tapi cikgu nih masih lagi dok kira duit yuran. Aku cuba faham tapi memang memang tak dapat memahami perkara ni sampai sekarang!
Bila nampak aku kat situ anak aku pun terus angkat beg keluar dari kelas. Diikuti dengan pelajar lain. Masalahnya cikgu tu tak kata apa-apa pun, entah-ntah dia tak sedar pun budak dah keluar, sebab nya kami tengok dia masih lagi duduk kat meja tu, kira duit. Mungkin jugak dia susun duit ikut nombor siri kot!
Aku bagi tau kat suami nak pindahkan ke kelas lain.. kata suamiku, sebagaimana nama kelas tu lah.. 'sabar..sabar..' so aku nak tengok minggu depan lak macamana...
No comments:
Post a Comment