Showing posts with label Refleksi Kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Kemanusiaan. Show all posts

Tuesday, March 12, 2019

Kenangan kereta MyV

Mac 4, 2019

Kisahnya, adik kak izang pinjam kereta. Nak hantar kawannya naik bas pulang ke Kelantan. Adik kak izang sorang lagi pun ikut sekali menemani.

Dipendekkan cerita...kat highway menghala ke Paka.. mereka terbabit dalam kemalangan. Kereta yang dipandu adik hilang kawalan. Berlanggar dengan divider tengah jalanraya. Hentakan sangat kuat sehinggakan airbag keluar...

Syukur syukur syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Allah melindungi mereka. Syukur alhamdulillah. Cumanya adik yang duduk kat belakang memang tak pakai seatbelt.. jadi beliau mengalami pendarahan di kepala..ditahan di wad sehari dan dibenarkan pulang.

Apa pun, syukur alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segala urusan yang berkenaan dan berkaitan dengan keperluan yang perlu diuruskan.

Terima kasih juga kepada pengguna jalanraya yang sudi menghulurkan bantuan menemani mereka bertiga dari awal sehingga ambulan datang. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan pahala dan keberkatanNya.

Bagi kak izang, di atas ketiadaan kereta MyV yang dialami dan dirasai ketika ini, semoga Allah menggantikannya dengan kemudahan yang lebih baik. InsyaAllah Amin.


Inilah gambar kereta yang sempat dirakam di tempat kejadian.














Friday, September 28, 2018

Hanya untuk lelaki: Panduan kekal muda dan bertenaga!

Bulan Oktober ni Shaklee mulakan promonya dengan penekanan terhadap kesihatan lelaki.

Lelaki wajib baca!

Dan isteri yang prihatin dengan kesihatan suami tersayang, boleh lihat keperluan kesihatan suami. Pastikan suami ambil suplemen ye.

sumber: Shaklee Malaysia





Tahun 2013 dulu ada artikel dalam majalah iSihat paparkan pasal suplemen zinc complex.


Sekarang ni Shaklee dah menambahbaik suplemen zinc complex tu. Sekarang namanya jadi Zinc Plus.



Nantikan update selanjutnya ye.


Wednesday, September 26, 2018

Wanita Berkerja vs Surirumah

Kak izang memang dah berkira-kira nak pencen 4 tahun lagi. Jadi sekarang ni dah mula lakukan tindakan-tindakan yang perlu untuk memastikan dapat pencen cepat seperti yang diharapkan.

Nak dok kat rumah lah pulak. Nak fokus aspek lain dalam kehidupan.

Dan, dalam jurnal yang kak izang baca tadi, ada beberapa perkara yang menarik yang perlu diberi perhatian oleh kita semua wanita terutama isteri:





Sumber:

‘Adawiyah Ismail & Salasiah Hanin Hamjah, Kefahaman Terhadap Kedudukan Wanita Bekerjaya menurut Islam, Jurnal al-Hikmah, 4, (2012): 3-14
http://journalarticle.ukm.my/6752/1/14-65-2-PB.pdf



Monday, September 24, 2018

Bila anak dah mula masuk universiti, ibubapa pun kena belikan kereta. Ye ke gitu?

hahaha.. ni kalau student yang baca ni mesti melompat kegumbiraan..

Sabar.. sabar..


Jom kita tengok apa kata mak ayah..




Mak ayah lain,, macamana? Setuju?




Tuesday, September 18, 2018

Kanser Tiroid: Punca Wanita Sedang Hamil Ini Meninggal Dunia

Semalam dikejutkan dengan berita kematian seorang isteri yang sedang mengandung 3 bulan, anak sulung.. telah meninggal dunia akibat kanser tiroid. Sebelum ni tak ada sakit apa.. tapi akhirnya bila doktor check, kanser dah merebak banyak.. dah tahap kritikal dah.. akhirnya membawa maut.




Kita turut berdukacita. Semoga Allah mengampunkan dan menempatkan arwah di dalam golongan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.


Masa akak mula-mula check tiroid kat hospital, doktor ada bagitau, jika tidak dirawat, pesakit tiroid berkemungkinan mendapat kanser tiroid. Memang menakutkan.. kanser kot.. kita dengar kan.. kanser ni .. sel-sel kanser kejap je membiak.. merebak.. sedar sedar.. dah rosak semua sel..


Apakah Kanser Tiroid


  • Kanser tiroid bermula apabila sel kelenjar tiroid menjadi tidak normal, membesar tanpa kawalan, dan membentuk jisim tisu yang dinamai ketumbuhan atau tumor.
Disenaraikan di bawah ini adalah beberapa faktor yang mungkin meningkatkan risiko kanser tiroid, namun tiada siapa yang tahu akan penyebab sebenar kanser tiroid.
  • Terdedah kepada sinaran: Individu yang terdedah kepada aras sinaran yang tinggi dijangka lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid daripada individu lain. Satu sumber sinaran yang penting ialah rawatan yang menggunakan sinar-X. Misalnya, seseorang yang selalu menggunakan sinar-X secara diagnostik walaupun dengan dos sinaran yang rendah, meningkatkan risiko mengalami kanser tiroid.
  • Jantina: Perempuan lebih terjejas dengan kanser tiroid daripada lelaki. Di Semenanjung Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Statistik Kanser Malaysia - Data dan Angka, Semenanjung Malaysia, 2006, perempuan adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid berbanding lelaki.
  • Keturunan: Jenis kanser tiroid tertentu mungkin diwarisi.
  • Umur: Kanser tiroid boleh berlaku pada mana-mana kumpulan umur, tetapi lebih cenderung selepas usia 30 tahun, dan risiko meningkat pada individu yang lebih tua.
  • Iodin tidak mencukupi dalam diet: Kelenjar tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Kita boleh mengurangkan risiko jika iodin dijadikan salah satu daripada ramuan makanan kita. Makanan laut ialah contoh makanan yang mengandungi iodin.
  • Sejarah goiter pada diri atau keluarga: Goiter ialah nodul benigna (tumor bukan-kanser) tiroid. Individu yang mengalami goiter berkemungkinan mengalami kanser tiroid.
Jika seseorang mempunyai satu faktor risiko atau lebih, ini tidak bermakna bahawa dia akan mendapat kanser tiroid. Kebanyakan individu yang mempunyai beberapa faktor risiko tidak mengalami kanser tiroid. Walau bagaimanapun, yang jelasnya ialah kanser tiroid tidak berjangkit.
Simptom 

Sumber Sumber
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;
  • Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
  • Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
  • Nodus limfa bengkak terutama di leher.
  • Sukar menelan atau bernafas
  • Sakit pada tekak atau leher.
Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.


Akak pun dah buat rawatan buang tiroid ni. Akak ada hypotiroid. Dan sekarang ni bergantung sepenuhnya dengan sintetik hormon tiroid. 

Yang penting sekarang ni kan.. kita wanita kan.. kena pergi buat medical checkup. Kalau ada yang tak pernah buat tu, pergilah buat.. baru boleh tahu apa-apa yang tak kena dalam sistem badan kita.




Yang sedang mencari rawatan alternatif untuk kanser, boleh usahakan dengan amalkan Vivix Shaklee. Antioksidan dalam Vivix mampu menghalang sel kanser dari merebak.



Berusahalah demi kesihatan yang lebih baik supaya kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih tenang. Dengan kesihatan yang lebih baik, insyaAllah kita dapat beribadah dengan lebih sempurna.

019-9695787


Friday, September 14, 2018

Kesan dari rawatan jaundice kepada bayi. Ibu-ibu perlu bertindak dari sekarang!

Bila bercakap pasal jaundice atau bayi demam kuning ni, akak selalu rasa trauma. Kenapa?

Sebab akak ada pengalaman. Bayi demam kuning, ditahan dalam wad untuk rawatan di dalam pemerhatian jururawat dan doktor.

Tapi kesannya... bekas cucukan sana sini di tangan bayi.. yang mana sehingga kini masih ada parutnya!

Tak dapat bayangkan masa bayi tu,.. bagaimana raungan bayi kecil dalam kesakitan bila dicucuk jarum berkali-kali... aduhai...

Ini akak bawakan testimoni ibu-ibu yang berkongsi kisah bayi baru lahir yang didapati mengalami jaundice. Ada yang berpanjangan sehingga 2 bulan. Dan, ada yang 3 bulan!.

Untuk membaca sumber asal, sila lawati laman web yang tertera bagi setiap imej di bawah. 

KISAH 1

Sumber: www.mommyshahab.com


KISAH 2

Sumber: www.irrayan.com



KISAH 3

Sumber: umikalsomyusof.blogspot.com


Ibu-ibu, tengoklah.. tangan sekecil itu.. terpaksa menahan kesakitan cucukan demi cucukan jarum.. ada yang diambil darah hampir setiap hari. Bagaimana cara diambil darah kat tangan tu ye? Imej di bawah akak perolehi hasil dari Google.



Tak kesian ke? Aduhai..

Ibu-ibu tau tak kesan dari semua cucukan jarum tu... ni dia.



Kesannya sapai sekarang!

Ibu-ibu, tolonglah prihatin. Demi anak tersayang. Cegahlah perkara ni dari berlaku.

Jaga pemakanan semasa mengandung!

Dengarlah nasihat ibu-ibu lain.





Jadi ibu-ibu, ambil suplemen prenatal sepanjang mengandung. Pakar perbidanan Prof Hamid Arshat pun nasihatkan ibu-ibu mengandung makan suplemen.








Bulan September 2018, Shaklee ada tawaran hebat.



Ibu-ibu, dah tau kebaikan suplemen kan. Bukan sahaja untuk manfaat ibu tu sendiri, tapi juga untuk manfaat bayi dalam kandungan. Kenapa masih tak nak amalkan? Berkorbanlah ibu-ibu. Sebagai ibu, memang kita perlu berkorban. Berdoa supaya Allah kurniakan kekuatan dan kelapangan supaya dapat mengamalkan pemakanan yang baik ni. InsyaAllah.







Monday, September 10, 2018

Bagaimana akhirnya saya buka kelas bimbingan untuk bantu anak-anak jiran di kampung. Bagaimana Anda boleh bantu saya.

Kisahnya...

Saya pernah menghadiri Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS (saya lupa dah tahun bila.. males pulak nak menggugel.. hehe..) yang diadakan di UiTM Kampus Dungun.

Ada banyak penyertaan dari kanak-kanak berumur 5-6 tahun dalam pelbagai acara.. ada pidato.. ada storytelling.. ada drama.. tarian.. nyanyian..


Kredit imej: KEMAS

Dan secara peribadinya, saya sangat seronok melihat bakat dan kemahiran yang ada pada kanak-kanak sekecil tu. Memang cikgu-cikgu KEMAS betul-betul berjaya mengeluarkan potensi hebat dari diri kanak-kanak ni. Terima kasih cikgu-cikgu yang begitu banyak berusaha menggilap bakat-bakat mereka ni. Bukan kerja senang.. yelah.. kanak-kanak kot.. penuh dengan emosi.

Akak seorang pendidik. Berjiwa pendidik. Akan terus mendidik.

Duduk kat kampung ni, macam-macam ragam anak-anak, pelajar-pelajar sekolah yang kuta dapat lihat. Mereka ni generasi pelapis masa depan. Jadi perlukan suntikan semangat yang berterusan untuk meraih kejayaan!

Jadi, semenjak hampir 2 tahun berpindah menetap kat kampung asal ni, akak pun bercadang lah nak buat Hari Potensi Kanak-kanak kampung. Dalam skala kecik la. So nak la rancang 1 hari untuk buat event ni. Bajet sendiri lah.. pakat dengan ahli keluarga..

Akak pun buat la promosi.. sebagai satu sesi persediaan kanak-kanak untuk event Hari Potensi Kampung. 


Kenapa perlu promosi ni? Sebab nak tengok berapa ramai ibubapa yang betul-betul prihatin nak bantu kejayaan anak-anak. Kita tak paksa. Yang berminat sahaja.

Jadi, ada ibubapa yang menunjukkan minat yang sangat bagus. Akak maklumkan program ni hanya untuk 3 bulan je, bermula 1 Julai hingga 30 September 2018. Lepas tu akak akan adakan event Hari Potensi tu. Akan ada makan-makan. Akan ada hadiah. Dan akak juga caj RM10 untuk dapatkan komitmen ibubapa. Dan juga supaya ibubapa pun ada sumbangan dalam projek kecil ni.

Akak hanya ambil pelajar sekolah rendah sahaja. Tak lebih 10 orang. Sebab kekangan tempat.

Pada hari yang dijanjikan, kelas pun bermula. Kelas ni memang untuk Bahasa Inggeris. Sebab tujuannya nanti nak latih pelajar untuk Hari Potensi tu.


Namun....

Apa yang berlaku ialah... rupanya ada pelajar-pelajar ni yang masih belum mahir membaca. Ada yang dah Tahun 3. Masih belum mahir membaca. Ada yang dalam Tahun 4, tapi masih belum lancar menulis.

Sumber imej

Aduhai... macamana nak teruskan dengan program Hari Potensi tu? Mencabar nih.

Jadinya, setelah perbincangan dilakukan, akhirnya pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 untuk pelajar yang masih lemah dalam pembacaan, dan satu lagi kumpulan 2, yang sudah boleh meneruskan sesi pemantapan. 

Bagi Kumpulan 1, akan diajar oleh adik akak, Ayu yang sememangnya seorang guru KEMAS. Manakala Kumpulan 2 akak yang ajar.

Ketika ini kelas sudah pun dilaksanakan. Namun Hari Potensi yang akak rancang terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang lebih sesuai. Apabila anak-anak dalam Kumpulan 1 dah mahir membaca. 

Tapi akak ada menjanjikan sesuatu kepada kesemua anak didik akak ni. Bulan 12 nanti, insyaAllah akan diadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Kuala Terengganu dan juga ke sebuah lokasi badan beruniform yang belum diputuskan lagi. Kesemuanya dalam negeri Terengganu ni.

Bila dimaklumkan tentang rancangan lawatan ni, bukan main seronok lagi pelajar-pelajar ni. Siap balik bercerita kat ibubapa lagi. Malah ada tu yang setiap kali datang kelas, ditanya bila tarikh kita nak pergi lawatan tu. Sesuatu yang mengujakan mereka.


Gambar di atas adalah anak-anak yang hadir kelas pada minggu pertama. Sehingga kini akak ada 13 orang anak didik.

Tapi tulah.. sekarang ni kami kena rancang untuk program lawatan bulan Disember ni. Kena buat bajet dengan terperinci. Kalau kos mahal, ibubapa kena top-up. Bimbang nanti ibubapa tak mampu bayar, dan harapan anak-anak untuk turut serta dalam lawatan ni akan berkecai. Aduhai.. 

Jadi, nak kena risik-risik kos untuk sewa bas. Sewa bas satu hari dah hampir RM 1000 kan. Nak kena pikir jugak kos bayaran masuk ke Pusat Sains tu. Mungkin kos minima secara berkumpulan, tapi masih lagi kos yang perlu dibayar. Kos makanan lagi...

Pusat Sains Kuala Terengganu

Aktiviti untuk kanak-kanak

Hah.. begitu banyak kos.. tak payah lah nak buat sangat lawatan ni. Owh.. Tak boleh! Kena usahakan jugak. Sebab melihat keterujaan kanak-kanak ni dan manfaat yang mereka akan dapat dalam kehidupan mereka, kita akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan program Lawatan Sambil Belajar ni.

Ibubapa kampung.. tahu-tau je lah kan.. bukannya kerja best.. tapi akak respect, ibubapa ni prihatin dengan anak-anak.

Jadi, ada sesiapa yang nak bantu?

Mereka yang nak bantu, akak letakkan cara berikut sebagai cara yang adil. Win-win. Menang-menang.

Pernah dengar tak beli satu barang, sebahagian keuntungan akan disalurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan?

Akak pun nak usahakan macam tu lah. Harap sangat dapat dana yang mencukupi.

Pembaca yang berminat nak bantu kanak-kanak ni gi Lawatan Sambil Belajar fully-sponsored untuk pelajar-pelajar, hanya beli Ostematrix melalui akak. Akak dapat bonus nanti, boleh akak bantu merealisasikan impian mereka.

Hanya beli Ostematrix Shaklee.



Semua tahu kan kepentingan Kalsium bagi menyokong kekuatan tulang kita. Selain Kalsium, tulang kita perlukan nutrien lain seperti Magnesium, Boron, Vitamin D, Kuprum, Zink dan Mangan. Sila baca penerangan di dalam gambar di bawah.



Siapa yang perlukan nutrien untuk tulang ni? SEMUA GOLONGAN sebenarnya. Sebab semua orang ada tulang kan.
Tapi keperluan nutrien ni bertambah bagi golongan berikut:

  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Ibu yang pernah lahirkan anak
  • Wanita yang senggugut
  • Mereka yang mengalami sakit sendi
  • Mereka yang tak minum susu




Jadi, semua orang perlukan nutrien untuk tulang kan. Dan nutrien ni ada dalam Ostematrix Shaklee.

Harga biasa sebotol Ostematrix ialah RM61.25 (tak termasuk pos). Bulan September ni Shaklee ada buat tawaran yang bagus. Beli 3 Ostematrix, dapat 5% diskaun. 

Jadi, harga termasuk pos ialah RM 185.




Akak alu-alukan inisiatif korang yang nak bantu merealisasikan impian kumpulan kanak-kanak ni untuk pergi Lawatan Sambil Belajar fully-sponsored. Sumbangan anda akan menjadi sangat bermakna buat mereka ni.

Yang berminat dan nak beli Ostematrix, boleh hubungi akak terus 019-9695787.

Semoga sumbangan ikhlas anda ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada kesihatan anda tetapi juga kepada menambah kegembiraan kepada pelajar-pelajar ini. InsyaAllah.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...