Saturday, April 20, 2013

P Ramlee Dipulaukan dan Dihina: Kisah Permata Yang Hilang

Siapa tak kenal P Ramlee?



Seniman tersohor negara.. yang sumbangannya terhadap dunia seni tanahair bukan calang2nya.. dan tiada galang gantinya sehingga ini.. dengan pelbagai bakat yang dimilikinya tiada siapa lagi mampu menandingi kehebatan luarbiasa P Ramlee ini..

Akak tersentuh sangat bila baca berita dalam akhbar Metro 18 April 2013



Akak tak dapat lari dari rasa ingin tahu sangat "KENAPA P RAMLEE DIHINA? KENAPA MEREKA MELAYAN P RAMLEE SEBEGITU RUPA?".

Akak google, dapat info dari sini dan sini.. Ni yang diceritakan..


Wednesday, February 16, 2011


P.Ramlee : Genius Yang Tragik.

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan anything underhand. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee - hidupnya - keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan 'sia-sia', saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya 'bikin filem' ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

"A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my son except my name!"

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar 'filem Melayu', beliau telah mencuri 'Api Syurga' yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri 'Fire of Heaven' dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah 'makan hati.' Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

"The pain passes; but the beauty remains."


P.Ramlee dijatuhkan oleh orang yang dengki dengan kebolehan dimilikinya..semasa disaat akhir hayatnya..beliau seolah sudah dilupakan dan tidak dihargai langsung sehinggakan ada yang benci melihat muka beliau..tetapi selepas beliau pergi..barulah mereka tersentak dan tersedar diri siapakah orang yang mereka hina itu sebenarnya seorang seniman agung yang sudah terlalu banyak menyumbang di dalam bidang musik dan perfileman tanahair kita

Sedihnya, saat2 akhir sebelum pemergian, beliau seolah dipulaukan oleh peminat dan orang industri hiburan sendiri, sehinggakan semasa menemankan Saloma menjayakan rancangan HMI, P Ramlee hanya menunggu Saloma di kantin. lepas show Saloma pergi ke kantin, lampu sudah dipadamkan, P Ramlee masih ada di situ menunggu.. kalau masuk auditorium kena booo... ikut pengalaman sebelum ni.

Walaupun di saat-saat akhir hayatnya dikatakan beliau berada dalam kesedihan.. tetapi beliau tetap SENYUM masa Dato' Ahmad Nawab ziarahi jenazahnya. Ini tanda orang dikasihi Allah. Al-Fatihah...



Kata P Ramlee, "Seni adalah salah satu kerja Tuhan.."

dan apa yang dikesalkan ialah hasil kerja seni P Ramlee itu dimanipulasikan oleh golongan tertentu..
"Rupa-rupanya royalti untuk filem-filem lakonan P. Ramlee berjumlah jutaan ringgit setahun. Yang kayanya bukan waris P. Ramlee, tetapi syarikat Shaw Brothers yang menerbitkan hampir kesemua filem P. Ramlee. Sedih pun ada jugak apabila terbaca kisah keluarga P. Ramlee yang hidup merempat sambil Shaw Brothers menerima jutaan ringgit setiap tahun." Rujukan


Pandangan di bawah memberikan satu aspek tersendiri bagi kita ahli pemikir semua..

" On the day he died, there was no rice in his house. And Saloma had no money for his funeral. The man and legend, P. Ramlee paid a very heavy price returning to Malaysia. The country just did not have the infrastructure, manpower and expertise to accommodate his enormous talent. He would have been better off in Singapore even with the unions there. He would not have gone broke in the club and wedding scene there and perhaps Singapore TV could have given him a break as compared to our own RTM. All the belated accolades and titles were a waste of time as far as the man himself was concerned. He died hopelessly broke and broken.
In retrospect P. Ramlee, with no formal education but was able to compose more than 360 songs and 66 movies, probably returned to a society that was not developed nor had the brain power and skills to match up to his vision. In short he was just surrounded with a whole lot of officials and journalists with serious hang-ups who were not interested in the industry itself. There was no driving force like another Shaw Brothers. " Rujukan



P Ramlee telah membuktikan bahawa "Biarlah apa orang nak kata.. Nanti kebenaran akan diketahui juga.. Semestinya beliau berpegang kepada prinsipnya yang tersendiri." Walaupun dihina dengan begitu hebat, amat tidak adil sekiranya dilabelkan beliau sebagai orang yang gagal. Kenapa? seperti yang dikatakan oleh Robert F. Kennedy "Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly". Tengoklah sekarang.. beliau diagung-agungkan.. tapi sayangnya selepas beliau tiada.

Seorang artis rock Itali yang hebat, Luciano Ligabue, di tanya "Apakah harta kepunyaan yang paling berharga bagi anda?" Jawapannya ialah "Semua hasil penulisan saya - artikel dan 32 buah buku." Pelik bukan? Akak kira P Ramlee pun macam tu jugak. Kenapa? Jawapannya semudah apa yang diberikan oleh Robin Sharma, "Greatness comes when you create something with your life that is not only bigger than you but outlasts you!"

Hari ini walaupun P Ramlee sudah lama pergi meninggalkan kita, legasi seni yang ditinggalkannya telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang manusia yang luarbiasa.


"Yang menghina orang yang berbudi adalah sebenarnya yang paling hina.. Siapa kita untuk menghina sesama manusia?"

by
Norizan Mohamad
20 Ogos 2013




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!