Showing posts with label Refleksi Majlis. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Majlis. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Main tarik tali... bila dah janji.. apa nak buat..

Kalu ikutkan plan akak, minggu depan akak ke melaka. Ada majlis tunang anak sedara. Jadi masa majlis tu nanti nk bincang lah urusan2 yang patut.. yelah.. anak sedara tu dah takde mak.. jadi mak sedara la kena ambik tau...

Tup-tup ari ni abg ipar tepon... bengang je.. dia bgtau yg majlis mggu depan tak jadi sebab pihak lelaki mintak tangguh ke tarikh lain.. katanya mak lelaki tu tak sihat.. hmmm.. abih tu nak wak camana kan.. cumanya kita ni sbb dah janji kan.. pastu kami ni lak bukan dekat.. jauh jugak la perjalanannya..

Ntah lah.. apa pun masalahnya, semoga Allah mempermudahkan.

Saturday, August 30, 2014

Kenduri kendara.. Selamat Pengantin Baru

Hari ni 30-8-2014 ada jemputan kawin. Satu dari kaksu, kawinkan anak pompuannya.. dan satu lagi dari keluarga adik ipar akak, majlis sambut menantu.

Org2 jaman sekarang inih amboi2.. memang happening bagai.. macam2 ada.. ada guestbook lah.. ada momen momen lah.. akak dang la sain kat guestbook tu.. first person la kiranya yg merasmikan guestbook tuh hehe..

Dan ni gambo momen2 yg sempat akak melaram kat situ hehe..

Friday, August 22, 2014

Majlis bertunang anak sedara

Hari raya ke 4, ada majlis pertunangan anak sedara sarafina. dan tunangannya pulak sebenarnya berjiran ngan sarafina.. memang dekat sangat la rumahnya.. 

bila time keluarga sebelah lelaki dan sedia nak datang, siap guna bahasa isyarat je.. takyah pakai tepon calling calling.. hehe..

alhamdulillah, majlis berlangsung dengan selamat dan lancar seperti dirancang..

akak dapatlah jumpa member lama masa sekolah dulu, namanya Dah.. alahai.. lupa la plok nak bergambo berdua dengan Dah.. huhuhu.. Dah ni pulak kawin ngan adik kepada abang ipar abe nik.. ha.. mesti pening kan.. kiranya Dah ngan kakak abe nik ni biras lah..

ok ok.. jom layan gambo.. ni gambo durra ngan sepupunya kak sarafina..


dan ni pulak gambo mama dan mak sedara bakal pengantin.. teka mana satu akak.. barisan belakang 2 dari kanan.. itulah akak... hehe.


Thursday, August 21, 2014

sesi bergambo di pagi raya 2014

Bergambo di pagi raya di rumah mak.. akak ngan durra pakai jubah.. ni kes baju raya tak siap la...tema pun tema bebas.. hehe..



bagi yang mengenali kami, mesti ada yang tak sayang mulut terus kata "tiga-tiga membesar dengan sihat.." ala...janji sihat kan..hehe

weii korang ingat senang ke nak kuruskan badan? ohhh bukan mudah tau.. kita kena belajar dan kenal diri dulu tau..  lepas ni akak nak kena buat research pasal kesihatan diri sendiri.. yes.. go izang..

Monday, August 18, 2014

Otai masih berbisa yezzzz

Kali ni akak nak share pasal abe nik.. abe nik ni memang suka nyanyi..suara boleh la tahan.. tapi time nyanyi tu macam biasa lah... kalu cikgu siti hajar ada tentu menjerit-jerit jugak suruh jaga pitching..hehe..

kisahnya masa pegi kenduri kawin noren kat melaka 7 Jun lepas, ada la ruang untuk berkaraoke kat situ.. abe nik pun apa lagi.. tunjuk skill lah.. lagu2 THR gegar pantai timur lak tuh.. memang otai masih berbisa gituuuu..

Wednesday, December 25, 2013

Happy birthday durraku sayang

25 Dis 2013

Ari ni beday anaknda durra. 


Biasanya akak buat majlis beday kat kampung.. sebab apa kat kampung? Sebab budak2 ramai kat kg. Seronok tgk.

Alhamdulillah setakat ni setiap tahun mmg buat majlis kesyukuran sempena beday durra..
Majlis hari ini dimulakan dgn bacaan doa oleh abe nik. 



Selain kek, menu kali ni ialah nasi kuning, gulai ikan tongkol (ikang aye) dan ayam goreng. Err lupa plok nak snap gambo.. Lokasinya di depan rumah sewa akak.. tapi penyewa dah pindah dah.. tu yang buat kat situ..


Alang-alang dah buat housekeeping handphone jadi akak imbas balik lah gambar majlis beday yang lepas-lepas yg ada dalam handphone akak..

Gambar kat bawah ni buat tahun awal tahun 2013 sebab masa beday durra tu 25 hb Dis 2012 tengah banjir besar kat Kuala Berang. Jadi buat sekali la bulan Jan, sekali dengan Adam, Matpiq dan Matziq.



Ni lak gambar tahun 2009. Tahun ni special sket sebab masa 25hb Dis tu durra dah sambut beday.. dah buat majlis kesyukuran siang harinya.. tapi malamnya buat lagi majlis khas untuk sepupu durra dari melaka.. so ada 2 kek lah.. so yang baju kurung tu masa siang, baju tido tu yang malamnya..



Alhamdulillah.. selamat semuanya.. Terima kasih yang tak terhingga kepada mak akak yang masak lauk2 dibantu oleh makcik Lah, kepada adik-beradik akak semua terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang sentiasa diberikan. InsyaAllah dengan izin Allah, kami buat majlis keyukuran lagi.

Monday, December 9, 2013

Temuduga mrsm 2013 - sesi temuduga dan ujian



9 Dis 2013

Kalau ikutkan jadual yang diberi pagi tadi ujian bertulis kat dewan patutnya selesai pukul 11.30 pg. Jadi akak pun datang la balik dekat pukul 11.30 gitu.. rupanya belum selesai lagi.. so terpaksa la menunggu kat luar dewan tu bersama-sama ngan parents yg lain.. sambil-sambil tu sembang-menyembang la kan.. maklumkan akak ngan abe nik peramah gitus.. ahaks..

 

bagi pelajar yang datang temuduga untuk sesi ke 2 (pukul 10-1.30 tgh) jadinya mereka ni pun kena tunggu jugak la kat luar dewan sebelum giliran mereka untuk sesi ujian bertulis tu..


kebetulan la bawak matpiq anak sedara akak jadi masa tgh sembang2 tu matpiq nak gi tandas.. so akak bawak la gi tandas.. sebab tandas lelaki sebelah sana dewan so akak tanpa rasa bersalah bawak la matpiq masuk tandas pompuan.. dah budak tu dah nak u-uk kan.. mana leh tunggu.. ha.. tau tak pe..

 
masa lalu nak gi tandas tu kebetulan pintu dewan terbuka.. jadi akak ambil la peluang snap gambo.. nah dia.. dapat pun..


aii.. punya la lama tunggu.. akak sampai dok kat pintu besar dewan tu dah.. dok mengintai apa yg dibuat sampai lama sangat tuh.. apa yg dijawabnya.. susah sangat ke soklannya? adoi la..

bila pintu tu terbukak sket, akak intai la jugak.. kebetulan dapat tengok anaknda dok kat tepi dewan nun.. sempat la jugak akak snap gambo.. hehehe.. masa tu anaknda dah selesai dah tunggu nak keluar dewan tu..


so bila tengok barisan kat tepi tu bangun dan keluar ikut depan sana, terus akak pegi ke hujung dewan.. snap gambo lagi.. hehe.. dah maknya suka ambik gambo.. nak wak camana kan hehe...

fuh.. nampak sangat anaknda keluar dewan dengan penuh bergaya gitus.. lega la tu sebab dah selesai semua dah.. bab camana jawab ujian tu kita tawakkal je lah kan.


 Bila tanya pasal temuduga tu kan, anaknda bgtau, 10 orang satu kumpulan akan dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga tu.. tapi tak de pulak la ditanya pasal MARA ke.. mungkin sebab ramai sangat kot.. dan mungkin diaorng dah tau budak2 ni mesti dah hafal semua pasal MARA.. mesti semua dapat jawab kot kalau tanya pasal MARA kan.. so kena la tanya soklan lain sket..  tadi pun akak rasa ada lebih kurang 400 orang pelajar yg datang temuduga.. so diaorng pun nak cepat kot.. ok ok.. back to the interview ye. sabo sabo.. yang ditanya adalah "ceritakan pasal diri", "minat apa". Semua tu speaking tau.. humm.. lupa la pulak bab ni.. patutnya dah latih tubi dalam English biar ayat yang keluar tersusun cantik gitu.. tawakal la anaknda ku.. pastu diminta untuk sambung ayat Quran. Itulah saje yang diberitau oleh anaknda akak yang ditanya kepadanya.

So MRSM dah.. tunggu nak gi temuduga IMTIAZ lak nih.. cari pengalaman dan pendedahan kpd anaknda pasal temuduga.. Keputusan temuduga tu lain kira.. kan kan..

SATU LAGI akak nak pesan kat mak ayah.. walaupun masa temuduga dah dicatat kul 9 pagi, akak nasihatkan mak ayah datang la awal. Pastikan kul 8 dah ada kat tempat temuduga tu. Kenapa? Sebab

1. Datang awal mudahkan cari parking.
2. Senang nak dapatkan info dari mereka yang berkenaan - tak perlu bersesak-sesak
3. Kemungkinan besar pelajar dah disuruh beratur untuk sesi pendaftaran.

Jadi datang awal elakkan kesesakan.

Bukannya apa.. semalam masa dah hantar anaknda, nasib la hantar awal jadi anaknda masuk kat dalam tu pun awal.. so lepas dah setel urusan anaknda, kami pergi la makan pagi.. kat kedai makan ada la jumpa mak ayah ngan pelajar yang belum pergi daftar.. sedangkan masa tu pelajar sedang beratur dan menunggu giliran untuk ditemuduga. Jawapan yang diberikan ialah, masa yang ditulis dalam dokumen temuduga ialah pukul 9. hmmm.


  

Temuduga mrsm - reunion geng sekolah

Masa tengah tunggu anaknda selesai ujian kat dewan,  tiba2 ada la jumpa member2 dari zaman sekolah dulu.. dah lama sangat dah.. ada yang rambut hitam dah tuko putih dah.. hihihi..
Kami hasben n wife ada jumpa geng2 yg kami saling kenal. Camne kenal? Kami dulu 1 sekolah menengah.. cinta monyet la dulu .hahahaa. kwang kwang kwang....
Dah rezeki ari ni kami jumpa ngan abu talib, kak ha dan suzie. Semua masa zaman dok kat asrama yayasan dulu.

Sunday, April 7, 2013

Macam-macam ragam manusia: faking death

Dalam keterujaan nak mengalami pengalaman penamat hujung nyawa ada jugak yg buat ritual macam ni..  manusia sememangnya teramat kompleks.. dan unik.. dan mungkin salah satu keunikan manusia ialah untuk berfikir bagaimana alam satu lagi.. alam barzah.. alam kekal abadi.. jadi ada segolongan manusia yg nak buat persiapan.. walaupun sekadar lakonan..yelah.. kita semua pelakon.kat dunia ni.. semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita semua.

Saturday, March 23, 2013

Musim jemputan kenduri kawin

Hari ni akak ada 4 jemputan kawin..  alhamdulillah. Pegi semua tempat tapi makan 2 tmpt je.. x muat masuk dalam perut dah..

Cakap pasal jemputan kawin memang tak lari dari topik kad kawin.. hmm akak seronok kalu dapat kd kawin sebab suka tengok variasi kreativiti pihak pengantin..macam2 rekabentuk..

Dan selari ngan perkembangan teknologi skrg ni ramai yg amik peluang menjemput secara maya melalui facebook contohnya..

Tapi akak masih lagi suka dapat kad lagi.. ada personal touch gitu..

Thursday, March 14, 2013

Letua (LeTour 2013)

27 Feb 2013
 
Pasal LeTua itu hari.. yang lalu kat Dungun.. akak sempat la tengok.. hajatnya lepas kelas terus nak keluar gi makan.. sampai je kat simpang nak masuk ke hotel uitm tersekat kat situ..  jam kejap sebab menunggu ketibaan pasukan LeTua.. sempat snap gambar.. jauh je dari dalam kete..hehe..
 
 

Friday, February 1, 2013

Birthday 2013

Tahun 2012 x buat bday untuk durra sebab masa tu mummy kat sepital wak operation tiroid. Jadi untuk tahun ni kita wak sekali bday utk budak2 ni durra, adam, apiq ngan aziq. Next year pun sama la kot... buat sekali kan senang. Meriah pun meriah.. sambut awal gitu...

Friday, January 18, 2013

Nak panggil apa ek

Tunangan Ana ni sama umur ngan Ana. Tapi maknya pulak baru umur 43. Aku lak muda 2 tahun dari maknya. Memang kena pggil maknya akak la kan. Huhuhu

Kisah adik bertunang

19 Jan 2013
Hari ni Ana bertunang. Ngan orang Duyong. Hmmmm. Dah nasihat mntak tangguh dulu hajat bertunang tu. Biar kerja dulu. Tapi katanya pihak lelaki nak jugak bertunang cepat. Hmmm. Tak taulah..
So hari ni 15 buah kereta pihak lelaki dtg.
Kami jamu ngan gulai ayam kampung.

Wednesday, July 13, 2011

pertandingan seni khat pekan budaya dungun




petang tadi pegi teman durra masuk bertanding seni khat kat pekan budaya dungun.

yg aku bengang giles ialah penganjur mcm x plan langsung acara ni. kelam kabut sesangat. ada sebahagian budak2 disediakan meja ngan kerusi. yg lain lak dok kat atas lantai. pastu kertas pun kena bawak sendiri. dah la tu, sorang je ajk yg dok uruskan 100org pelajar tu.

nampak sgt main tangkap muat je. x de perancangan.

ikutkan hati yg panas ni mau je aku ajak durra balik tp pk kan anak nak merasai pengalaman masuk bertanding khat ni aku tunggu je lah. tapi aku tggalkan durra kat situ aku gi melencong kat kedai jual pokok orkid. tengok pokok bunga barulah tenang sket hati nih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...