Wednesday, December 29, 2010

Astro dan Bola


Petang tadi mamat tu datang tukar decoder Astro beyond..

YANG AKU LUPA ialah

MALAM NI BOLA MALAYSIA LAWAN INDONESIA

Abe nik pun tanya, "ni tukar-tukar decoder nih, malam ni kul 8 saya nak tengok bola ni.. pasti ke x tergendala?"..

aku pun tergamam jap.. tanya mamat yg pasang tu..

kata mamat tu "48 jam baru ok".. ALAMAK... mampus...

apa lagi.. bising le abe nik.. siap disuruhnya mamat tu tukar balik dish yg dah siap tukar tuh.. aiyoooo...

last2 mamat tu cakap" tunggu dulu.. JANGAN MECHOK.." (mechok=mengamuk?).. pastu mamat tu tepon Astro.. sampai sudah macam susah dapat je.. ntah..

dah sudahnya.... sehinggalah ke pukul 8 mlm....



kerana kurang keyakinan dengan hasil pemasangan tu akan ok sblm kul 8 mlm, dan dengan penuh perasaan geram yang amat,

maka abe nik pun memulakan OPERASI DARURATnya..
dan
INILAH HASILNYA....................


dipasangnya arial kat tepi bumbung rumah..
maka dapatlah abe nik tengok perlawanan bolasepak tuh.. (kebetulan ada TV spare yang khas Durra buat tengok video.. yg asyik diulang2 citer - Anak mami.. otai..dunia baru the movie..)

hmm... oklah tu.. setel problem... kalau x sungguh hebat rasa bersalah aku.... hehe

Monday, December 27, 2010

yang ni ke yang tu...

semalam pegi cari handbag baru.. durra ikut sekali.. masa pilih2 tu aku dah filter dah.. tapi ada 1 beg tu durra tengok je dia dah berkenan.."mami, ambik yg nilah.. yg ni cantik.." aku tengok ok gak.. tapi paten nye aku cam kureng sket.. ada 1 beg warna hitam yg lebih menarik perhatian ku.. so aku tunjuk kat durra.. "x cantik la yg tu.. yg ni lagi cantik.." ditunjukkan beg yg dipilihnya.. aku tanya lak adik promoter tu.. katanya yg anakku pegang lebih cantik.. cantiklah gak 2-2 tu.. tapi mataku lebih berkenan yg warna hitam berbanding warna putih..

ikutkan dari perspektif sejarah, aku x pernah guna beg yg berwarna selain dari warna hitam.. bila aku citer gak durra, terus dia cakap, "so memang patut lah skrg ni mami ambik beg ni.. asyik pakai hitam je.. kena tukar la pulak.."

hmm.. dilema lah pulak aku ni.. pk punye pk dh habis pk last2 aku buat keputusan ambik yg durra pilih.. punye le happy dia..

on the way balik rumah, aku cakap kat durra, "mami mcm x puas hati lah.. rasa nak tukar je lah ngan beg hitam tu.." fuh, durra pun apa lagi.. katanya, "dah, kalu mcm tu lain kali x payah lah nak tanya lagi..bla..bla..bla.."

bila aku pakai beg ni, rasa kelako la sket.. janggal pun ada.. tapi aku pakai je lah.. kena pk back to basic.. tujuan beg ni ialah nak simpan barang je kan.. oklah tu..

budaya lama yg perlu diperbaharui...

dah jadi budaya orang kita, bila ada jiran2 yg baru mendapat cahayamata maka kita pun pergilah bertandang kat umah diaorng, semata-mata nak meraikan kedatangan orang baru.. baby shower party lah kata org putih..

dah zaman pun berubah.. duk kat kg lain.. org datang bertandang bertali arus.. kekadang tu ari ni dtg esok dtg lagi, saje nak sembang2..

skrg ni orang dah bekerja.. dah makin sibuk.. bersalin kat kg, lepas abis cuti balik lah, nak masuk keje.. sementara anak besar sket bwk mak dari kampung mintak jaga dulu..

dah jiran baru dpt baby, x pegi tengok kan rasa x kena lak.. apatah lg bila abe nik berkali-kali tanya, "x g tengok baby ke?".. kalau ikutkan jiran, x de lah mesra sgt, cuma hai hai bai bai je lah.. tgok pun senyum2 je.. alah, kita pun maklum org sume sibuk, nak sembang2 buang masa kan..

so ari tu aku ngan durra pun pegi lah... x bwk hadiah pun, bwk duit je sepuluh inggit. sampai kat luar pagar tu aku ngan durra bg salam.. berkali2 la jugak... akhirnya makcik tu pun kuar.. yg paling syahdu bila makcik tu bertanya dari dalam umah, "ye, nak apa?".. rasanya nak jugak aku patah balik time2 tu gak.. tp aku control.."nak tengok baby makcik.." oo.. barulah makcik dtg bukak pintu..

yg paling aku heran ialah, takkanlah makcik ni x perasan aku yg dok depan umah? aku lak kalau x disebabkan semangat kejiranan yg masih menebal dalam diri ni, takkan mau nye aku nak terhegeh2 pegi tengok anak orang.. musykil gak aku.. takkanlah makcik ni x perasan aku dok slalu kuar situ sini.. siram pokok bunga ke.. aku punye la besar cam gini pun boleh dia x perasan.. itu aku besar, kalu aku kecik lagilahhhh x nampak..

konklusinya... kita TAK KAN TAHU kalau kita bersikap TAK AMBIK TAHU.. dan KALAU DAH TAHU janganlah pulak BUAT-BUAT TAK TAHU..

bila dah masing2 bersikap x nak ambik tahu, rugilah.. patutnya kena mengeratkan silatulrahim lah...

Tuesday, December 21, 2010

makanan segera... mati segera...

dulu-dulu...
zaman nenek kita bila time diaorg masak mana ada letak ajinomoto ke, kiub ayam ke.. kiub daging ke.. sesedap rasa ke.. mana ada... sume ORI.. betul2 air tangan lah yg menjadikan makanan sumer tu sesedap rasa..

sekarang..
dah namanya peredaran zaman... semuanya nak kena segera.. pau segera, tomyam segera.. ayam goreng segera.. dan sumer2 makanan tu sememangnya dah disebatikan ngan segala jenis perasa..

ada plak kata, kalau makan makanan segera leh mati segera.. la ada pulak macam tu.. sumer orang mati.. apa maksud segera tu.. adakah lepas makan tu terus mati? atau pendek umur? sumer tu ajal kat tangan Tuhan..

tetapi sedikit sebanyak wujud kebenaran yg ingin ditidakkan.. kita ni byk makan makanan segera.. yg mengandungi banyak bahan2 yg telah diproses.. yg diakui tak bagus utk kesihatan..
tapi kita kena makan sebab nak cepat kan..

abih tu, apa lagi pilihan yg kita ada?

anak2 lepasan UPSR

result UPSR dah lama diumumkan.. dan makayah lah yg paling sibuk uruskan penempatan anak2 utk kemasukan ke sekolah2 pilihan.. perbualan biasa kita dengar ialah "so anak u masuk sekolah mana?.."

kalau anak dapat 5A tak lah sangat merunsingkan kepala mak ayah.. for sure nye senang nak masuk sekolah berasrama penuh ke.. sekolah elite ke.. premier ke..

yg tak dapat 5A lah yg kesian.. nak masuk sekolah cemerlang dah tentu x dapat.. nak masuk sekolah agama lak, paling tidak kena ada 3A ke, 4A.. so, kesimpulannya kena cari sekolah biasa.. apa maksud sekolah biasa? adakah ianya sekolah kokak? sekolah untuk pelajar lemah? sekolah mana yg dikategorikan sbg sekolah biasa?

kalau sekolah dah dikategorikan sbg sekolah biasa, so guru pun sama la kan.. mestilah mereka ni guru sekolah biasa.. berbeza dgn guru sekolah elite... so ADAKAH WUJUD PERBEZAAN TERSEBUT?

kalau benar wujud perbezaan, maka alangkah sayangnya..

yg cemerlang tu memang patut dihantar ke tempat2 yg cemerlang persekitarannya..

persoalan utama ialah.. habis yg kurang cemerlang ni nak hantar kat mana?

ada kes benar di mana mak ayah marahkan anak yg kurang cemerlang sebab x boleh masuk sekolah yg cemerlang.. laaaa..

yg kurang cemerlang ni SEPATUTNYA perlu digilap lagi supaya mereka boleh mengenalpasti kelemahan mereka dan akhirnya bangkit mencari kekuatan...

dapatkah mereka mencari kekuatan sedemikian apabila berada di sekolah2 'biasa'? KENAPA TIDAK? Yang paling penting ialah BAGAIMANA GURU2 di sekolah 'biasa' perlu lakukan TRANSFORMASI utk menjadikan pelajar2 ini lebih CEMERLANG...

lebih cemerlang kepada apa? ni memang subjektif..

CEMERLANG dari segi pencapaian akademik yang berorientasikan peperiksaan?
CEMERLANG dari segi peningkatan kerohanian dan spiritual yang mampu membangkitkan kekuatan dalaman?
CEMERLANG dari segi apa?

yang penting ke arah yg lebih positif la kan..


Sunday, December 12, 2010

hobi kanak2: dulu dan sekarang

DULU

kita tanya: APA HOBI ADIK MASA LAPANG YE?
dia jawab: baca buku, main badminton, kumpul setem

SEKARANG

kita tanya: APA HOBI ADIK MASA LAPANG YE?
dia jawab: baca emel, main facebook, kumpul kawan

AKAN DATANG???? x tau lah...

sedih tengok pokok layu..

sedih la pulak tengok pokok kat atas tu.. hidup segan mati x mau je..
so sebagai salah 1 usaha memanjangkan hayat pokok ning aku cuba gunakan HB-101 kat bawah.. nantilah.. aku bagi masa 1 bulan je.. tengok camana.. hai pokok, janganlah kau mati.. sedih nengok daun2 kering nih..


what the heck...


dah berkali2 menenyeh mata.. kot2 lah mata yg silap tengok.. rupanya memang silap. camana astro leh silap nih..


so apa citer?..

macam ni.. waktu skrg dah kul 2.51 pm.. macamana jam utk iqraa tv tu boleh tunjukkan dari pukul 2 ke pukul 1? musykil... musykil..

lecehnya dapatkan rawatan kat sepital awam


masa kat kg tempohari, anakku demam.. dah bawak gi klinik swasta tapi x kebas jugak.. so mak cakap pegilah kat sepital kerajaan lak..biasanya dari sepital awam ke swasta tapi ni kes unik.. so citernya, kamipun pegilah kat sepital kerajaan yg berdekatan.. sepital daerah.. so kira besarlah kan..
yg mendidihkan darah muda aku ialah, kami datang kul 9 pagi, pastu kul 11.20 pagi baru dipanggil masuk.. aku paham, para petugas ni utamakan kes kecemasan.. tapi aku pandang jugak kat piagam pelanggan tu.. sebelah nya ada tertulis 'kanak2.." antara golongan yg diutamakan jugak..
xpelah.. aku sabarkan hati mendidih aku tu..dah masuk kat dalam bilik rawatan tu, petugas tu tanya.. "sakit apa".. aku bagitau "Demam".. pastu disebabkan anakku ada macam bintik2 kecil aku pun tanya la petugas tu.." saya nak tanya, simpton denggi macamana ye cik?".. padahal aku tahu.. aku bukan bodoh pun.. cuma aku nak tanya kaedah rawatan yg dijalankan.. nak tahu apa petugas tu cakap? "akak rasa macamana simpton2 tu?" itu memang lah JAWAPAN PALING BODOH YG AKU PERNAH DENGAR DARI SEORANG PETUGAS YANG BERTUGAS DI HOSPITAL KERAJAAN..
lepas tu nak tahu? kebetulan suami aku ada bersama... terus suamiku potong, "KITA TANYA DIA DIA PULAK TANYA KITA..AWAK TAK MENJAWAB SOALAN" suamiku dah bengang giler dah..
pastu barulah petugas tu bagi penerangan.. tupun aku agak lah.. memang dia ni kurang lagi pengetahuan.. memang x membantulah..
aku mintak periksa darah.. so petuugas tu mintak anakku baring kat katil kat tepi tu.. hampir 45 minit barulah ada nurse yg datang nak ambik darah.. pastu anakku rasa ngantuk.. nak tido.. so aku tanya kat mana boleh aku temankan anak aku tido.. kebetulan ada tempat.. so aku keluar temankan anakku tido kat dalam bilik dlm gambar kat atas..
waktu dah pukul 12 lebih dah..hari tu ari jumaat, suamiku nak gi sembahyang jumaat lagi.. so disebabkan lambat sgt nak dapatkan result ujian darah tu, aku mintak balik dulu.. bila dah dapat result kang tepon je lah..
petang tu sepital tepon bgtau darah ok je.. x de apa2.. oklah..
TAPI YG AKU MUSYKIL, TAK BOLEH KE MASA MENUNGGU DIKURANGKAN? pesakit dah le SAKIT, lagi nak mintak orang sakit SABAR.. pesakit boleh hilang sabar bila tengok petugas dok asyik sembang2 sesama sendiri..
ni bukan sekali dua rungutan mengenai perkhidmatan awam dari orang ramai yg kita dengar.. berlambak2 lagi..
contohnya, kalu kat sepital dungun tu memang dah terkenal dengan misi yg x layan ibu2 nak beranak.. layanan diberi sambil lewa je..
masing2 sepital ada citer dan trademark masing2 di mata rakyat..
harapnya perkhidmatan sepital awam boleh dipertingkatkan..

Friday, December 10, 2010

kenduri kawin... penambahbaikan

ari ni pegi jamuan kawin.. ari jumaat so sume orang datang sebelum solat jumaat ah.. paling awal pun agak2 lepas lauk masak kul 10 pagi.. so kami gi kat kul 12 tghari, memang masa orang tgh ramai lah.. tapi aku agak, lepas jumaat mesti lagi ramai.. so yg dekat ni datang awal la.. yg orang jauh tu mesti diaorg datang lepas jumaat..

so anyway,.. dah selesai ambik lauk ni terpaksa lah pulak cari tempat duduk.. yg sayunya tempat duduk lak tak cukup.. orang ramai tp kerusi x cukup kesian ah tetamu.. ada 4 baris meja je.. 2 utk lelaki dan 2 untuk pompuan..

kalau dah orang datang mestilah sekali ngan famili.. ada anak2 lagi.. so kena lah sediakan tempat duduk yg mencukupi.. ni org yg tgh makan pun x selesa sebab orang yg tgh berdiri cari tempat dok asyik pandang2.. gamaknya mesti tgh kata ,"eii lambat lagi ke diaorg nak makan nih.." nak makan pun jd x best kan kan..

Thursday, December 9, 2010

setelah 30 tahun....

Akhirnya setelah 30 tahun berpisah, aku bertemu juga dengan classmate ku Su.. kami 1 sekolah di Sek Ren Tg Ampuan Intan, Kuala Berang.

Kebetulan Su duduk kat Shah Alam jadi semasa aku ke Shah Alam tempohari kami sempat membuat temujanji... akhirnya berjumpa.. banyak yg kami bualkan, yelah dah 30 tahun x jumpa kan..

kami juga amat berharap dapat berjumpa dgn kawan2 yg lain..


Tuesday, November 23, 2010

Info tiroid

Source:
http://www.biovco.com/mkd/tiroid-bukan-sekadar-bengkak-pada-leher.php
http://teratakhoneyz.blogspot.com/2010/05/kenali-penyakit-tiroid.html

Rupanya tiroid ada 2 jenis: hipertiroid dan hipotiroid

Symptom "Hipertiroidisme":--
  • Bengkak di leher
  • Cirit Beret
  • Degupan Jantung bertambah -sentiasa berdebar2
  • Gementar dan gelisah, terketar2
  • Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang Otot
  • Oesteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walau selera naik
  • Lemah

"Hipotiroidism" merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan.

Symptom "Hipotiroidism":--
  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman
  • Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor Genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus
  • Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi
  • Masalah capal dan tendonitis.
Kalau melihat kepada symptom2 kat atas, aku agak aku termasuk dalam hipotiroid.

Laaaa patut lah... no wonder... sebab tulah berat badan aku naik.. rupanya susah turunkan berat badan.. oooo, patutlah mcm2 aku cuba, jusmate lah.. SDII lah.. umaira lah.. sumer x berjaya...

dan jawapan kepada kegagalan menurunkan berat badan ku adalah hormon tiroid!

tapi camana nak cure tiroid ni ye...

Aku dan tiroid

source: www.clivir.com/lessons/show/thyr...sis.html

aku dah lama perasan yg aku ada tiroid.. tapi sebab x rasa sakit jadi x buat apa lah.. so itu ari mak cakap yg tiroid aku dah bertambah besar.. menyebabkan aku jadik suspen..

macamana boleh ada tiroid? dari keturunan.. kebetulan mak pun ada tiroid, tapi sebab mak rajin cari ubat jadi tiroid mak dah jadik kecik..

so atas saranan mak, aku pun pegi lah jumpa pengamal perubatan tradisional kat kampung.. aku panggil cik de.. cik de pun pegang leher aku.. urut leher aku.. dan cik de kata, " ni dah lama ni.. napa lah dibiarkan lama cam ni.. tengok.. urat dah keras dah pegi ke bawah sampai dada dah.. kalau dibiarkan memang boleh jadi bongkok nih.." HAH? biar betul.. tapi memang betul..

lepas tu aku pegi cek kat klinik.. nak tahu tahap keseriusan tiroid aku nih.. ari ni pegi ambil darah je.. mggu depan baru dpt result.

sehingga aku dapat result tu memang aku dalam suspen tahap gaban nih..

citer lipan, kayu dan toki

masa kat kampung itu hari aku dikejutkan dengan penemuan seekor lipan yang bagi aku saiznya memang mega.. dah musim hujan ni memang kawasan pun agak lembap, so memang lipan2 ni suka la ..

tapi yang x puas hatinya, lipan tu boleh hilang x dapat dikesan dan x dapat dibunuh.. tido dalam suspen gak lah malam tu..

so esoknya aku dan adik lelaki pun mulakan operasi.. rumah kampung kan, so bawah rumah memang banyak lah barang2 berharga.. jadik stor lak.. yg banyaknya kayu2 lah.. kayu2 tu pulak dibawa dari rumah arwah nenek, masih elok lagi, so letak la kat situ.. nak dibuang sayang..

kalau ikutkan kita, dah boleh buang dah kayu2 tu.. kalu nak guna balik pun kena potong situ potong sini. tapi yelah orang tua sayang nak buang cam tu je.. ada 1 tiang tu dah berlubang situ sini, tapi mak nak simpan gak..

rupanya ada citer.. kata mak, toki aku dulu bawak balik kayu dari dalam hutan guna kerbau.. kayu besar tu dipotong lak nak jadi tiang.. oooooo rupanya cam tu.. ada sentimental value.. patutlah mak sayang beno ngan kayu2 tu sumer..

tulah, dulu nak dapat mende memang susah.. kena gi buat sendiri.. sekarang apa nak sume ada.. senang dapat.. ada duit boleh beli.. jadi penghayatan dan penghargaan terhadap barang yg diperolehi tu cuma berjangkamasa pendek je.. nak citer pun kejap je, "ni aku beli masa aku gi London.." satu baris ayat je.. kalau yg buat sendiri memerlukan penceritaan bersulam emosi, "aku nak buat mende ni punyalah susah.. kena masuk hutan nak cari kayu sebesar ni.. bukan boleh cari sebarang pokok kayu, mesti cari yg betul2 sesuai nye.. pastu.. pastu.."

moralnya? dulu lain sekarang lain.. hehe

Saturday, November 20, 2010

Hari penyampaian hadiah sekolah ...

16 hb lepas hari penyampaian hadiah kat sekolah durra.. yg aku nak citer nya bukan pasal hadiah.. tapi pasal pengurusan masa majlis penyampaian hadiah tu..

dalam buku aturcara majlis dah nampak macam x pro.. nama2 pelajar ada yg salah taip... nape la x check betul2..pastu tulis kat situ majlis mula kul 9 pagi, x hadkan betul2 masa untuk guru besar berucap, utk pegawai PPD, utk wakil PIBG.. x leh lah macam tu... kena lah ikut masa.. kena tetapkan masa, setengah jam ke.. ni x.. boleh lak bercakap dekat 2 jam.. mana mak ayah nak tunggu lama macam tu... semua mak ayah bising pasal tu..

pastu yg mak ayah bengang sket bila guru besar sentuh pasal kutipan derma.. katanya cikgu sasarkan sejumlah kutipan tapi x tercapai sebab mak bapak x beri kerjasama.. bila aku congak2 cikgu mengharapkan sorang pelajar boleh bagi $10, barulah dapat capai sasaran kutipan tu.. laa... cikgu pun kena pk gak.. kalau mak bapak ada anak 4 orang kat sekolah tu, mesti kena bayar $40.. tu kalau nak bantu sekolah capai sasaran.. masalahnya ramai jugak mak bapak yg memang x mampu... walaupun mungkin kita katakan segelintir sahaja tapi yelah, dah namanya DERMA kan... suka hati mak bapak la nak kasi berapa kan... aku tau ada mak bapak yg kasi $2 je walhal kita tengok dia punye la berkemampuan.. tapi itulah.. sekali lagi.. dah namanya derma jangan lah kita harapkan semua orang jutawan... eh, jutawan pun belum tentu bagi $$$ banyak.. orang kata lagi banyak duit orang tu, biasanya lagi berkira $$$ yg dia ada.. x taulah..

harapnya pihak sekolah boleh gunakan saluran dan pendekatan yg lebih sesuai untuk menyampaikan mesej kepada para ibubapa..

di sini juga aku nak ucapkan terima kasih berbanyak2 kepada semua guru yg telah banyak memberikan didikan dan ilmu kepada anak bangsa...

Sunday, November 14, 2010

Waja dan cermin tingkapnya




Ni kali kedua berlaku.. cermin tingkap kete waja aku kat driver's seat x leh naik..dahlah tingkap auto, so x leh lah pulas2 mcm tingkap manual.. turunkan cermin boleh tapi bila nak dinaikkan punya lah dasat bunyi nya.. suspen la jugak.. takut2 cermin tu bleh pecah ke..

kali pertama dan baiki dah.. abis la gak rm 250 .. baiki kat dungun

ni kali kedua jadi gak.. kebetulan kat KT lak tu.. baiki lagi.. kena lak rm 200.. hai. bab tingkap kete je dah kat rm 500.. kata mamt yg baiki tu. "kete waja ni memang x de rosak lain.. asyik cermin tingkap je.." ooo, memang ada flaw ke dari kilang.. hmmm..

tapi aku tengok memang se-eh jugak le mamat tu buat..

Air oh Air

balik kampung tempohari memang betul2 mencabar kewarasan.. apa tidaknya, nak mandi pun susah betul.. ni semua sebab air..

entah kat mana silapnya, hari tu air paipnya betul2 mengerikan..
dan SATU-SATU nya pihak berkuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya ialah SATU..
dan SATU-SATUnya harapan kami penduduk negeri Teranung ialah mendapatkan bekalan air yang BERSIH dan perkhidmatan yang BERKUALITI..
dan SATU perkara yang kami kesalkan ialah bekalan air yang tercemar ini telah berulang-kali berlaku.. bukan SATU kali.. banyak kali..


Wednesday, November 3, 2010

kelas tuisyen vs e-tuisyen vs online tuisyen

tuisyen?.. tuition?.. sememangnya amat diperlukan oleh pelajar2 sekolah.. x kiralah tahun berapa.. tahun 1 hingga tahun 6 utk prepare for UPSR.. Form 1-4 utk prepare for PMR, form 4-5 utk prepare for SPM.. kalau x de tuition x leh ke? sapa cakap x boleh.. boleh aje.. tapi yg gi tuition tu dapat banyak kelebihan.. apa yg cikgu ajar kat kelas dapat diperkukuhkan lagi kat kelas tuition tu..

so skrg ni aku tgh mencari2 jugak lah kelas tuition utk durra.. antara faktor yg kena dipertimbangkan ialah lokasi, kepakaran guru dan imej pusat tuition tu.. ada yg petang saje.. ada yg malam saje.. ada yg weekend je..

akhirnya

AKU JUMPA YG LEBIH BAIK DARIPADA tu semua

SKOR A programme

boleh buat tuition kat umah je..

kelebihannya:
1- parent boleh pantau
2- program yg terbukti berkesan - ada testimoni banyak
3- yuran yg murah terutamanya yg ada anak ramai..

dan banyak lagi..

so ari ni gak AKU JOIN SKOR A!

sapa2 nak join? contact me

Tuesday, November 2, 2010

Tupperware

dah lama mencari bekas besar isi air minuman.. dah ada 1 kat rumah. yg sekali dengan air panas tu, tapi nak cari yg khas unutk isi air bio aura..





memang tau kalau nak bekas yg berkualiti dan tahan lama kena la cari kat Tupperware..





so pegilah kat Tupperware tadi, dah berkenan dan terus rembat bekas ni..





dulu beli tupperware pakai orang nye, pk punye pk tadi buat keputusan masuk jadi ahli.. sebab apa, sebab produk tupperware ni ada lifetime warranty.. kalau barang rosak ke boleh ganti.. so apa nak runsing.. mana ada lagi kedai kat dunia ni yg jual barang boleh tukar suka sama suka.. tak de kan..

walaupun reganya adalah mahal sket, tapi aku yakin, berbaloi-baloi..

yg menariknya, macam biasalah ada skim2.. macam MLM tu.. ada pasang kaki-kaki.. ni yg lomah ni.. bab2 carik org ni memang males betul aku..

aku beli utk diri sendiri je.. tapi kalo ada sapa2 berminat boleh je masuk line aku..

kena wak promosi lah sket kan..

Wednesday, October 27, 2010

citer pokok bunga lak

aku suka sangat tengok pokok bunga yg subur gitu.. so kalau ada pokok bunga aku yg macam hidup segan mati x mau, sedih lak rasanya..

kata orang, tanam pokok bunga ni ada seni nya.. byk pulak la aku kena belajar seni tanam pokok bunga nih..



ni koleksi pokok bunga kat umah aku..


ni antara pokok kesayangan aku.. money plant.. pokok ong!



pokok rendah macam ni memang cantik.. tapi aku pun tak taulah.. skrg ni mcm dah layu la sket.. sedihnya..

ni antara pokok yg senang idup.. tapi sakit la pulak.. daunnya dah kering..

time-time tensheng, setiap hari aku belek pokok bunga nih.. sempat bercakap lagi.. haha... terapi minda..



Tuesday, October 26, 2010

bila rumah dekat2

kalau kat kampung, lot tanah nya besar.. 1 rumah ngan rumah yg lain agak jauh.. kalau ada rumah yg dekat2 pun mesti rumah sedara mara...

skrg ni, trend nya orang duk rumah teres.. maksudnya rumah memang dekat2.. orang kata nak ngumpat pun kena berjaga2.. takut terdengar jiran sebelah..

masalah timbul bila ada yg tak reti nak jaga langsung... bila nak marah, memang 1 taman leh dengar suara dia.. tak kira siang malam lah..

sumer orang ada perasaan amarah.. tu normal lah.. dah namanya manusia..

tapi agak-agak lah sket.. kok ye pun nak marah, kena lah tengok keadaannya.. kalau dok kat hutan ke, atas bukit ke boleh la nak terpekik kuat2... ni kat taman.. ko angkat suara tinggi sket pun orang dah boleh dengar..

cuma orang malas nak ambik tau je...

1 je... ko maki hamun kat suami, walaupun ye diam je... x bermakna dia x ada maruah.. kena lah jaga maruah suami...

bukan niat nak burukkan sesiapa.. cuma nak nasihatkan pada semua dan juga diri sendiri, isteri tempatnya di sisi suami.. suami redha akan isteri pasti barakahnya ada..

Dato ustazah nor bahiyah selalu cakap hubungan suami isteri perlu ada tolak ansur.. kena percaya dan ikhlas pada diri pasangan.. kena ada hormat menghormati..

kalau dah maki hamun suami, hormatkah dia? ntah lah..

sume orang ada cabaran masing2.. dalam rumahtangga ada cabarannya.. kata p ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. ironinya, bila tergigit lidah, sakitnya cuma kejap je... bukan lama pun.. pastu back 2 normal lah.. cuma dalam bab kemanusiaan ni, banyak aspek perlu di beri perhatian.. manusia ni memang abstract.. unik.. jadi penyelesaianya jugak unik.. apa pun, penyesuaiannya kena dibuat berdasarkan kepada keperluan pasangan tu..

ada yg ambik jalan mudah untuk berpisah. kalau dah berpisah lebih baik untuk SEMUA yang terlibat, memang satu jalan penyelesaian.. kalau berpisah cuma baik utk 1 pihak je.. x boleh jugak..

apa pun, nak buat keputusan bukan mudah.. jadi untuk dipermudahkan urusan membuat keputusan, seharusnya kita mendapatkan pertolongan Allah SWT. sembahyang istikarah salah 1 nye.. tapi kalau kita terus meletakkan Allah sebagai nombor 1 dalam segala urusan, pasti mudah kerana jawapannya dah ada.

"Ya Allah, dekatkan aku kepada segala kebaikan dan jauhkanlah aku dari segala kejahatan. Amin"

alahai anak omak

setengah jam je lagi aku nak gi naik bas nak gi shah alam.. hubby hantar ke bus station kat kuala dungun.

on the way tu, durra tepon dari tempat transit..

durra: mami, ari ni adik kuar awal dari kelas agama tadi.. adik x mengaji..

aku: Napa lak

durra: kawan2 adik kata adik datang 'haid'.

hah,???? aku blur jap.. aku bgtau kat abe nik..

abe nik: eh, camana nih.. saya x tau nak wak apa nih.. jangan gi shah alam dulu lah..

hah??? aku blur lagi.. KABUR terus... memikirkan penyelesaian...

abe nik: tak yah naik bas pagi ni.. kita gi shah alam petang kang... skrg kita gi ambik anak dulu..

ooo ok... so aku x jadi naik bas pagi tu..

dah ambik durra, sampai kat rumah, aku cek spender ye.... ooo...

RUPANYA spender tu memang asalnya dah ada tanda stain kuning... fuhhhhhhh.... kiranya false alarm lah..

sebenarnya, x tau lah nak cakap apa dalam bab ni... cuma aku ralat jugak lah.. anakku baru darjah 3... biasanya budak pompuan datang bulan seawal darjah 6.. ada yg masa form1, form 2.. tadi belah abe nik, ada anak sedara yg dah datang masa darjah 3..

boleh x jangan datang lagi skrg ni.. datang la masa durra dah besar sket.. darjah 6 pun ok.. form 1 ke.. at least dia dah matang...

suka-suka hati kan... kan.. kan..

citer pasal aircond

minggu lepas aku ke shah alam.. 1 family le pegi (anakku terpaksa le 'ehm..ponteng' sekolah.. minta maaf cikgu ye.. sama2 meneruskan perjuangan.. harap cikgu faham)..

lepas urusan kerja ku selesai, kami kemudian berangkat ke melaka.. nak gi jenguk kakak kat melaka pastu nak gi makan ikan bakar.. pegi tengahari tu balik malamnya..

dan lusanya kami balik semula ke dungun... dan jeng.. jeng...jeng...

BILA AKU BUKAK JE PINTU RUMAH....

PUNYE LA SEJUK GILER...
jalan atas lantai macam jalan atas kiub ais lak..

rupanya selama 4 hari tu AIRCOND bilik Durra x ditutup... mau meraung aku jap.. bukan apa..

TERKENANGKAN BIL ELEKTRIK nanti nih...

seingat aku rasanya dah tutup aircond tu.. rupanya, aircond tu kena tekan off button tu 2 kali.. kali pertama nak off kan cooler dia.. kali ke 2 nak off kan aircond tu.. pelik bin ajaib gak.. tapi aircond tu baru dibeli.. siap ada tanda jimat tenaga lagi..20% jimat..

Dah jadi macam ni aku x tau kat mana nak jimat nya.. naik takut lak nak tengok bile lektrik bulan ni nih

so, atas dasar penuh tanggungjawab (yelah, laki aku salahkan aku lah.. ) aku pun surf tenet nak cari produk utk jimat tenaga.. dan aku jumpa ni , nanti lah aku beli.

Wednesday, October 13, 2010

Lagu Insya Allah - Maher Zain

makin di dengar makin best lak lagu nih..

dan ramai kawan2 yg mengatakan kalau mereka tengah sedih, bila dengar lagu nih gerenti hilang sedih.. macam lagu motivasi gitu

http://beemp3.com/download.php?file=8359635&song=InshaAllah

biar mati anak jangan mati adat?

biasa kan kita dengar peribahasa di atas kan.. maksudnya, adat kena sentiasa jaga.. jangan biarkan anak mematikan adat.. eh, betul ka.. betullah tu..

tapi peribahasa tu dah tersangatlah TAK RELEVAN..

macamana kita nak teruskan adat kalau anak dah mati? dah tak de anak so sapa nak teruskan kesinambungan adat sumer tuh?

patutnya biar ADAT YANG MATI.. yelah, ada adat yg x boleh diguna pakai pun zaman skrg ni.. contohnya apa ekkk..

ADAT PENGANTIN MANDI BERSIRAM.. dulu aku pernah juga la berpeluang tengok, pengantin laki dan pompuan duduk atas 'korang' (alat kukur nyiur(kelapa)).. tu dah x sesuai kot..

apa lagi ekk..

terima kasih sahabat

berada di shah alam kali ni, aku sempat berjumpa sahabat lama, Z.. dulu sebelum Z berpindah ke shah alam memang kami selalu makan bersama.. kira AJK tetap biro makan.. bila Z pindah ke shah alam kebetulan lak aku pun sambung belajar masa kat shah alam masa tu.. so dah x jumpa dah Z.

Z ni memang sahabat yang tak kedekut.. suka menolong. aku teringat masa aku pakai kete kancil dulu, kebetulan mak dan ayah mertua ajak husband gi shah alam, ada hal.. so nak pinjam kete adik beradik lain diaorng pun ada kerja... bila aku luahkan kat Z, dengan mudahnya Z cakap, "u guna kete i je lah.." so akhirnya aku pinjam kete Z. tukar kancil ngan wira jap..

tu citer dulu.. skrg ni bila Z tahu yg aku dtg shah alam ngan bas, pastu sukar nak bergerak ke sana sini, Z buat tawaran lagi..." u guna kete i lah"... kebetulan Z ada kete 1 lagi jarang guna.. tapi pk kan yg aku pun bukannya nak g jalan mana2 pun, ye lah datang pun sorang, x best lah.. setakat nak gi masuk kampus tu boleh naik bas.. cuma letih sket la nak kena tggu bas, nak kena berebut naik bas lagi.. tapi alah.. small matter tu..

aku memang berterima kasih kat Z sebab memang Z ni baik sangat.. memang susah nak cari sahabat macam Z ni.. kadang tu adik beradik sendiri pun berkira.. belum lagi nak mintak pinjam kete, kalau bgtau nak pinjam topi keledar pun maunya muncung.. haha..

Wednesday, October 6, 2010

walaupun bayinya hanya hidup untuk 7 hari

pagi tadi berkesempatan berbual dengan su rakan sekerja.. kebetulan su menghantar rakan pulang ke rumah yang mana secara kebetulannya pulak terletak di sebelah rumahku..

punyala lama x jumpa, so punya la lama sembang..

rupanya su ada anak baru.. tapi dah meninggal.. cuma 7 hari je melihat dunia.. dan lahirnya pula pada usia 6 bulan.. cukup sedih mendengar cerita su.. tapi su memang tabah, beliau reda kerana beliau tahu apa yang diberikan oleh Allah pada setiap hambaNya adalah yang terbaik.. setiap manusia akan diduga.. dan dugaan datang bermacam2 tak sama anara satu dengan yang lain.. dugaan tu pulak tak lain tak bukan tujuannya adalah untuk meningkatkan kekuatan iman kita... kita hanya redha dengan ketentuan Tuhan..

Seperti kata su, dalam melihat kepada dugaan yang dihadapi seharusnya kita melihat ke sekeliling.. tengok jugak dugaan orang lain.. ada lagi yang lebih hebat dugaannya daripada kita.. dan itu akan membuatkan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

walaupun betapa runsing dan betapa dukacitanya kita apabila berhadapan dengan situasi yang tidak disukai, itu semua hanyalah ujian untuk mendekatkan diri kepadaNya.. macam aku ni,.. dah letih dah dok asyik buat program yang padaku amatlah memeningkan kepala.. dan selalu gak menangis bila program tak jadi.. tapi itulah... kita hanyalah hambaNya yang mencari ilmu hanya sedikit .. umpama setitik air di dalam lautan... namun, pasrah dengan kekurangan diri dan redha dengan ketentuan Tuhan dan yakin akan rahmat Tuhan yang pasti datang.. membuatkan aku lebih dekat denganNya.. tiada jua tempat mengadu selain Allah.

udang.. dan sambal belacan.. dan....

sambil2 wak keje, aku layan surfing... sampailah aku kat sini... http://halalharamjs.blogspot.com/2010/04/kerana-udang-geragau-umat-islam-terus.html

bila tengok gambo2 ni membuatkan aku rasa nak muntah lah pulak... tapi tulah, semalam baru makan sambal belacan kat Restoran Pattaya.. purgh.. memang best lah sambal belacan dia.. tapi harapnya udang tu bukan dari sini..yeark arghhhhh..


MAJALAH KUNTUM.. masihkah No 1 di Malaysia?

Majalah Kuntum sememangnya popular di kalangan murid sekolah.. isinya padat dan penuh dengan aktiviti pengukuhan pemahaman bagi hampir kesemua subjek yang diajar di sekolah..

tapi nak langgan kuntum ni punyelah ngok.. aku jadi bosan tahap gaban dah.. mula2 dok tunggu kuntum kat kedai, punya le lama, lum sampai2 gak.. bukannya apa, nak isi borang langganan kat dalam majalah tu... dah le cari cara kat web nak langgan x jumpa2.. website pun x de.. so kira rezeki lah bila terjumpa majalah kuntum bulan Mei 2010.. ada borang langganan dalam tu.. tertulis kat situ kalau langganan 1 tahuan (11 keluaran) kena bayar RM 21, kalay 2 tahun 22 keluaran RM40. so oklah..

tapi memandangkan pos malaysia pun dah naikkan kos setem ni sekali ganda, aku pk ada baiknya aku tepon Unit Edaran Majalah Kuntum dulu, nak tanya kot2 ada perubahan kat kos langganan.. aku call 03-79671777 3-4 kali asyik mesin yg jawab.. call tollfree 1800-88-7827 cam orang bodoh lak.. aku check calendar kot2 selangor cuti, tak dak cuti lak.. heran lak aku..

hai, susah benor nak langgan kuntum ni ye.. majalah bagus tapi tulah, dalam bagus pengurusan lak mcm tu..

aku pos je lah guna kos yg tertera..

Sunday, October 3, 2010

chop! ada lagi versi Dayang dan Awang.. ni fakta punye

Sumber: http://ubd.academia.edu/YabitAlas/Following

hasil penyelidikan oleh Dr Yabit Alas, Dr Hj Azmi bin Abdullah, dan Prof Madya Ampuan Dr Hj Brahim Ampuan Hj Tengah dari Universiti Brunei Darussalam

Penemuan kajian dihebahkan di dalam "Sejarah Gelaran Awang dan Abang Dalam Konteks Brunei Darussalam dan Sarawak", Published in FASS Journal 2009

Dilaporkan bahawa:

Gelaran Awang dan Dayang berpusat di istana. Gelaran Awang diberikan kepada pekerja2 lelaki istana manakala Dayang pula pekerja2 wanita istana.

so untuk lebih memahami penggunaan nama gelaran Dayang dan Awang dalam konteks yang diperlukan silalah rujuk link di atas.

Sekadar mencari jawapan kepada kemusykilan di fikiran.

asal usul gelaran Dayang

Sumber:
http://www.carigold.com/portal/forums/printthread.php?t=55685&pp=10&page=7


Dayang
Asalnya Sir Charles Brooke yang memrintah Sarawak bagi nama Dayang kat anak2 pompuan dia.. so jadilah Dayang Leonora Margaretii, Dayang Nancy Valerie, Dayang Elizabeth.. so sampailah kat anak cucu dia..
so kiranya keturunan Charles Brooke jugak lah ye Dayang ni..

Tapi kat anak pompuan je letak nama Dayang, kat anak lelaki lak tak de letak nama Awang ke.. so dari mana asal-usul Awang lak ye..

asal usual nama gelaran Wan, Dayang

Sumber: http://monofar.multiply.com/journal/item/165

WAN:
1) Kat KEDAH
asalnya dari keturunan PAHLAWAN.. sebagai menghargai jasa pahlawan negeri Kedah semasa Perang Siam-Kedah dulu, terus digelar Wan. Kira keturunan hebat2 ni.. dari sinilah datangnya Wan Muhamad Saman yang mula2 membina terusan.. juga ada Wan Mat Deris.. sapa dia ni? ala yg kawin ngan Mahsuri tu..

2) Kat KELANTAN
asalnya dari Raja Patani.. kemudian diteruskan kesinambungan kegemilangan gelaran pada zaman Cik Siti Wan Kembang..

3) eh ada lak yang cakap Wan ni dari keturunan Raja Kumar.. hah? Kot2 dulu Kerajaan India datang berdagang rempah ada la Raja Kumar (bukannya Raj Kumar!) yng suka negeri Kelantan ning.. tapi camne leh jadi Sultan eh? Sumber dari http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=147690&rpid=12774791&ordertype=0&page=8#pid12774791


4) tapi yang paling 'convincing' pasal susur galur Wan ngan Nik ni ialah di sini http://www.facebook.com/note.php?note_id=113751088644599&id=107470385958117&ref=mf. Ada fakta2 lengkap gitu..

5) Wah.. hebat nih.. Wan ngan Nik ni rupanya dari keturunan WALI SONGO..
http://berandamadina.wordpress.com/2010/02/17/276/. Berkait jugak ngan Sultan Brunei ngan Sultan Kelantan skrg.. so leh lah ngaku SEDARA..

Lagi asal usul Nik

oo rupanya banyak versi asal usul keturunan Nik ni

1) Asalnya gelaran Nik diberikan kepada anak angkat Raja yang diambil dari buluh betong dan sorang lagi dari mulut ikan sebelah.. kiranya keturunan dari tumbuhan dan ikan lah yek.. so dpercayai keturunan Nik TIDAK boleh menikmati ikan sebelah.. macamana rupanya ikan sebelah tu ye..

2) Nik berasal dari keturunan Tengku sekitar kurun ke 18-19.



Sumber:
http://monofar.multiply.com/journal/item/165

Saturday, October 2, 2010

Gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dan Wan

Dipetik dari http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/02/kisah-raja-perempuan-kelantan.html

Tertanya-tanya apa maksud nama gelaran seperti Nik, Wan, Tuan, Ku...

Rupa-rupanya mereka2 ini berketurunan Raja Jembal..

SAPA ITU RAJA JEMBAL?

Raja Jembal atau Raja Sakti merupakan pemerintah daerah Jembal di Negeri Kelantan satu ketika dulu. Diceritakan bahawa Putri Saadong juga berasal dari keturunan Raja Jembal.. so kira hebatlah tu..

So mana2 pewaris Raja Jembal yang sedang bergaduh rasanya perlulah hentikan perbalahan mereka sebab mereka ni datang dari keturunan yang sama kan.. tapi apa nak heran, adik beradik pun boleh gaduh kan.. raja pun gaduh jugak..a a lah.. keRAJAan kelantan pun skrg ni asyik kuar paper je.. ntah lah..

Selain dari nama2 gelaran di atas, ada lagi nama2 lain spt Megat, Che Ku.. Megat bukan dari keturunan Kelantan tapi seharusnya datang dari sebelah Terengganu..

KENAPA?

sebab kita ada MEGAT PANJI ALAM..

Monday, September 27, 2010

Durra sakit gigi

semalam kul 1 ptg Durra tepon mengadu sakit gigi.. sampai menangis-nangis lagi..so kami pun berkejar la ke sekolah.. g masuk ofis sekolah tulis kat buku rekod nak ambik anak bawak gi klinik gigi.. pk-pk sebelum gi cabut gigi better makan dulu.. so balik rumah dulu.. ingatkan kul 2.30 nak gi la ke klinik gigi, alih2 tengok si Durra dah tido.. gi kejutkan, rasa badan panas lak.. rupanya demam.. so biarkan Durra tido.. ingat malam nanti la nak gi klinik gigi.. kalu x cabut kang nanti sakit balik..

malamnya, pegi ke klinik norlela.. ramai gak orang.. ada 5 orang yg tengah menunggu.. masuk klinik kul 8.30 pm.. kul 10.40 pm baru boleh masuk.. tensheng giler dah aku dok kat situ.. si Durra lak dok mengadu sakit kepala.. yelah, demam kan.. cuma nak buang gigi susu je.. dah goyang2 kata Durra.. so tunggu la lagi.. tapi...

YANG PALING MENCABAR KEWARASAN MINDA AKU IALAH...

BILA MASUK JUMPA DOKTOR, DOKTOR check.. pastu doktor kata

" gigi ni belum goyang banyak lagi nih.. kalau nak cabut kena inject sket.."

apa lagi si Durra pun terus bangun dan meraung "MAMI, TAK MBOH INJECT.. SAKIT.."

aku tenangkan Durra.. "tak sakit lah.. nak cabut ke tak nak? kalau x cabut esok sakit lagi.."

DOKTOR memainkan peranannya, "macam nilah.. boleh tunggu gigi ni goyang banyak sket baru senang cabut.. nak tunggu goyang banyak sket ke macamana?"

Si Durra pun terus jawab, "a ha.. nak tunggu goyang banyak lah.."

dan AKU PUN DENGAN ANGIN ANAKONDANYA BEREDAR..

dah le tunggu terpacak kat situ 2 JAM LEBIH, pastu TAK JADI CABUT.. memang membuang masa aku betul lah..

moral of the story? ntah... JANGAN GI KLINIK GIGI WAKTU MALAM kot..

Thursday, September 23, 2010

rupanya macam nilah cara proses udang geragau....



penyakit apa lah pulak yang datang nih

ntah apa lah nasib.. dahlah tensheng tahap gaban.. skrg ning rasa mcm ada penyakit la pulak.. macam ada ketulan besar kat bahagian paru2 yg bergerak-gerak.. sebelah kanan je..

nak kata aku pegnen x.
nak kata kemungkinan sebab aku gemuk so lemak2 yg berkumpul mula seronok nak jalan2.. x mungkin kot... rasanya x de la byk sgt lemak tu..

so aku musykil.. lum pegi check doktor lagi ni, suspen gak aku.. kekadang tu lebih baik x tahu apa2 dari tahu perkara yg menyedihkan..

aku ni, penyakit tiroid pun lum hilang lagi takkan la penyakit lain nak datang jugak kot.. tolonglah..

aku bgtau kat husband, katanya, "tu memang angin tu.. saya pernah kena dulu..." eh ye ke.. angin leh bergerak2 ke dalam badan kita? janganlah bagi aku naik angin.

apa pun, kena g tanya doktor nih.. suspen betul aku.

Wednesday, September 22, 2010

tensheng tahap gaban

bila perasaan tensheng datang melanda memang apa dibuat jadi x kena.. nak ngadap komputer pun mood x de.. tensheng betul bila asyik dok wak keje yg sama jeh.. macam dalam circle.. dah naik muak.. rasa nak termuntah2 pun ada.. org kata take a break..dah byk kali tekan break dah, dah rasa malas nak 'start engine' balik.. hari2 dok pk mende yg sama.. macamana nak selesaikan pun x tahu.. orng pun x leh tolong.. hai... apa nak buat..

"Ya Allah, janganlah Engkau bebankan daku dengan apa yang tidak mampu aku tanggung.. tolonglah tunjukkan jalan keluar dari apa yang sedang aku lalui ini. Amin."

nak langgan majalah kuntum

ari ni call unit langganan karangkraf sebab ingat nak langgan majalah Nur ngan e-baca.. pastu teringat kat majalah kuntum.. semalam suruh hubby g beli majalah kuntum tapi tak de lah pulak.. godek2 kat tenet tak dak info utk buat langganan.. so, ari ni kena gi cari lagi majalah kuntum nih..

biasa2 beli kat kedai je..tapi tulah kekadang termiss.. lagi senang langgan.. tunggu sampai kat umah je.. setakat ni dah langgan ana muslim ngan sayang muslim..ok, anak pun happy.. sebab sampai package atas namanya sendiri..

Monday, September 20, 2010

apa itu nuffnang

sekarang ni tengah hebat bloggers mempromosikan blog mereka dengan nuffnang ni.. memang boleh buat duit, kata mereka.. so kalau dah boleh buat duit rasanya semua orang patut mencuba nuffnang ning..

so, jom kita belajo pasal nuffnang..

ksah nenek

Aku masih lagi mempunyai nenek, ibu kepada arwah ayah.. masih sihat dan tutur katanya masih seperti dulu (x nyanyuk).. hari raya yg lepas aku berkesempatan menziarahi nenek yg ku panggil tok. Paling tak tahan bila tok mula bercerita pasal arwah ayah.. sedih la kan..

tok masih duduk di rumahnya.. tapi rumahnya memang berdekatan ngan rumah anaknya (ibu saudaraku).. jadi kalau ada apa2 hal memang ibu saudara tu lah yg dicari.. kebetulan ada cucu2 tok yg tinggal bersama tok, buat menemani tok.. jadi tak perlu gusar tentang keperluan tok...

cuma aku mendapat berita dari jiran di situ yg memberitahu, tok tidak dilayan sebaiknya oleh cucunya.. aku tumpang sedih tapi bila pk2 balik mungkin ke layanan yg tok terima disebabkan satu ketika dulu tok tak telus dan adil dalam layanannya terhadap anak2 dan cucu2 yg lain? ntahlah..

kisah raya 2: geram bila tetamu....

aku cukup geram bila tetamu datang umah..

1- dan anak2nya lak dtg umah orng macam dtg taman permainan..pastu x reti nak ajar anak2 dok diam.. boleh lak lari sana sini sampai rumah orang dah jadi macam rumah dia.. masuk bilik org suka2 hati tok nenek je..mak bapak lak buat dek je.. eiii terbakar betul hati.. kok ye pun, ajar la anak2 diam sket ke.. ni x de langsung nak tegur anak2.. sampai jatuh frame gambo pun masih leh diam. je.. aku lak yg naik rimas..

2- ajar anak2 mintak duit raya.. siap bisik2 lagi.. ni memang mak ayah yg memang lebih sudu dari kuah.. dia lak yg seronok lebih sebab nanti leh paw duit anak2.. meriah collection tuh..

3- datang rumah waktu tengahari.. waktu orang sibuk2 dok kat dapur nak masak.. dah lah x tepon.. tepon lah dulu kok ye pun ko nak datang.. boleh la gak masak lebih ke.. ni tak.. main terjah je.. dalam Islam pun tak digalakkan bertandang waktu tengahari.. alasan yg munasabah ialah bimbang tuan rumah tak ada makanan nak di offer.. yg ada pun cukup2 untuk family tuan rumah.. dah kasi kat tetamu abih tu yg kat rumah nak makan apa? aku punya prinsip, nak kasi kat org lain, pastikan anak kita cukup keperluannya dulu..

memanglah melayan tetamu mendapat pahala dan berkat.. aku memang suka pun tetamu datang rumah.. merapatkan silatulrahim.. tapi aku memang x suka kalau ada tetamu yg jenis ambil kesempatan nih.. ingat, lain kali nak datang tepon dulu.. especially kalau korang datang ramai2.. kalu time raya boleh lah faham,, kalau hari2 biasa tu ... cuba2 lah faham..

kisah raya 1: alahai anak omak

satu citer yg patut dijadikan iktibar.

sorang ibu sedih dan terkilan sebab sorang anaknya yg dok jauh x de nak menalipon bertanya kabar.. dah zaman teknologi canggih guna tepon masih ada yg x reti memanfaatkan kemudahan tepon nih.. takkanlah susah benar nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA MAK".. ataupun "SELAMAT HARI RAYA MAK".. ni langsung x de kabar berita.. yelah, dah dewasa kan, dah x perlukan orang tua.. so, nanti bila anaknya dah dewasa barulah dia tau macamana rasanya bila dah tak diperlukan..

Sunday, August 29, 2010

Ujian Tuhan

Hujung mggu yg lepas kami berbuka posa kat kampung.. malam sabtu tu aku dapat call dari adik bagitau pak sedara kat kuala por masuk sepital.. heart attack. so tghari nye kami sempat la melawat ayah we kat sepital HNZ. ayah we masuk icu.. tp masa aku g jumpa tu ayah we dah stabil dah.. boleh bercakap bersembang..rupanya ayah we dok asyik memikirkan pasal keluarga sampai kena tekanan perasaan..

keluar dari tengok ayah we, aku tepon anak ayah we yg aku panggil adik.. rupanya adik dok kat tingkat 2, melawat org kampung yg masuk wad jugak.. aku pun turun ke tgkt 2 utk jumpa adik.. aku tanya la sapa yg sakit.. rupa orng yg aku kenal jugak.. accident, moto ngan van.. aku pun pergilah melawat.. paling mengejutkan jugak bila anak ayah we pun terbabit accident sekali. cuma sebagai pasakit luar.. aku sempat pesan kat sepupu2 aku tu..jgn bagitau ayah we.. kang kena heart attack lagi.. kesian la..

on the way balik dari sepital kami dikejutkan lagi dgn berita - rakan sekerja husband, cik mat - accident dan skrg ada kat emergency unit.. so lepas anto aku ngan anak balik ke losong, husband pergi melawat..

dan tghari ni husband dikejutkan lagi ngan berita pemergian cik mat.. innalillah.. Allah lebih menyayanginya.. cuma yg menyedihkan kami, ayah cik mat pun baru meninggal.. x sampai sebulan lagi.. Semoga roh cik mat dicucuri rahmat.. Amin.

kisah microwave

kisahnya, disebabkan teruja nak buat biskut raya, maklumlah first time, so aku pun pegi la cari microwave.. dah survey2 barulah tau, rupanya m/w ni ada mcm2 jenis.. ada yg boleh bakar je.. ada yg panaskan je.. ada yg combo yg boleh wak semua.. selepas bincang ngan hubby, kami sepakat nak yg ada multifunction. tp bila tengok reganya.. fuh.. dlm lingkungan seribu gak tuh.. mak ai.. bila tengok kami berdua bincang sambil bisik2.. tokei kedai tu offer m/w yg dia guna utk display..samsung C139STF.. harga rm999 tapi sebab dah lama buat display dia offer 500 inggit.. bagi aku dah kira murah lah tu.. sebab m/w tu boleh buat multifunction.. nak reheat, defrost, grill, bake semua boleh buat.. last2 kami dapat la 480.. oklah tu..

bila dah bakar biskut, first attempt biskut tu hangit kat tengah2.. xtau lah .. second attempt guna kertas biskut, terbakar lak kertas tu.. aku dah nak giveup dah.. tapi melihatkan kesungguhan durra menyebabkan aku bertahan.. apatah lagi bila durra selalu kata ," mami, sabo la mami.. biasa lah. mula2 kita wak dok kan ye jadi slalu.." oklah.. mujo ada penenang hati..

lepas tu study manual.. barulah tahu.. rupanya kalau nak bake cookies kena guna convection mode.. ooooo.. patutlah hangit...

pasni boleh cuba lagi.. cuba dan cuba lagi mesti berjaya kan..

cubaan pertama buat biskut raya

hah... nak citer kat sini pun rasa malu..

cubaan pertama buat biskut raya amatlah mendukacitakan.. dari 50 keping biskut tu, yg boleh dikatakan macam biskut hanyalah >< 20 keping je..yg lain hangus.. hitam beletung..tapi x pe, kata orang learning process.. kita belajar lagi..

rupanya cara bakar biskut pun ada caranya.. aku main letak je.. patut lah..

Monday, August 23, 2010

kuih raya emping jagung

so.. buat pertama kalinya dalam sejarah... semalam aku dan anakku Durra buat kuih raya

Wednesday, August 11, 2010

citer kuih raya

tadi aku call Zam wak tempahan kuih raya.. kebetulan anakku Durra ada kat sebelah.. so kata Durra, "mami kata nak wak biskut raya.. tu apasal tempah?".. dia tak tau seumur idup aku manalah pernah aku buat kuh raya nih.. sekali je pernah buat, x jadi.. pastu kirim salam lah.. aku pun lupa bila masa aku pernah janji nak wak kuih raya nih... aku rasa mesti husband aku yg slalu dok kata "kang mami boleh wak kuih raya ngan adik nanti..".. memang lah dia..

so memandangkan Durra pun dah besar dan mungkin dia nak merasa pengalaman buat kuih, aku pun ambil keputusan mengikut kehendak Durra.. so tadi pergilah beli alat2 dan brg keperluan wak kuih.. itupun aku tanya kakak tu, "kak, saya ni baru nak belajo buat kuih dgn anak saya.. saya perlukan brg2 keperluan buat kuih yg paling mudah dan ringkas".. aku respect nagn akak ni, dia x terkejut pun.. agaknya dah ramai kot yg mengalami situasi sama ngan aku.. akak tu siap bagi resepi lagi.. bagus.. bagus..

ni barang2 dah ada.. ntah bila nak stat ni..

ada apa kat watson dungun

tempohari aku ke watson dungun mencari foundation.. letih mencari foundation water-based maybelline yg sama mcm yg aku beli sebelum ni.. rupanya dah x ada.. yg ada dalam bentuk packaging lain.. so oklah..

dah selesai urusan kat watson, kami pun pulang. Dalam kereta husbandku tanya, "perasaan x budak pompuan 2 orang kat dalam watson tadi".. manalah aku perasan.. memang ramai orang.. husband aku citer lagi..rupanya budak2 pompuan tu cari kondom. haa? a ha, betul. Kebetulan suamiku ada di line rak yg sama so boleh nampak dgn jelas. Yang paling mengharukan ialah umur budak2 pompuan tu adalah dlm lingkungan 12-14 tahun.. hmmm... apa nak jadi nih...

nak salahkan sapa ni.. nak salahkan watson sebab jual kondom? something needs to be done!

hari pertama sahur

semalam masuk tido kul 11 mlm..sebelum tido punyalah suspen, dok pk macamanalah kalu pagi nanti aku x terbangun untuk masak sahur nanti.. kesian kat anak aku.. laki aku mesti bising punye.. punyalah banyak kali tepuk bantal..

alhamdulillah, kul 4 pagi terbangun ngan sendirinya, tanpa bantuan alarm.. seronok rasanya.. so memang sempatlah masak..

dah nekad kat dalam hati, lepas subuh x nak tido.. nak siapkan keje.. hampeh.. tengok sume dah tido, aku pun secara otomatik terlelap sama.. xleh jadi.. memang lepas ni kena pastikan betul2, x leh tido lepas subuh. habis2 leh kurus badan boleh naik badan lak jadinya..

Wednesday, July 28, 2010

yg jarang2 kita dengar

dah lama nak tulis citer ni tapi tadi baru teringat...

biasa kita dengar adik-beradik bergaduh berebut harta.. kalau harta banyak oklah tapi kalau tanah yg sekangkang kera tu pun nak gaduh, buang masa je.. tapi tulah yg selalu kita dengar.. sampai gaduh berebut pinggan mangkuk lah.. berebut kain batik lah.. haha..

yg amat2 jarang kita dengar.. adik-beradik sepakat dan muafakat.. sampai kalau salah sorang nak buat rumah, siap adik-beradik yg lain tolong hulurkan duit.. pernah dengar x? ni kali kedua aku dengar.. punyalah bagus.. tak de perasaan iri hati.. penuh kasih sayang kekeluargaan.. bagus kan..

tu yg luarbiasa kita dengar.. macamana kita nak didik diri kita dan keluarga supaya ada kasih sayang sebegitu rupa ye.. sekurang2nya kalau x sampai boleh hulur duit nak bantu buat rumah pun, cukuplah kalau kita x de perasaan iri hati. dengki sesama adik-beradik..

Monday, July 26, 2010

flu flu..asthma attack!

minggu ni kena asma.. mula2 sok sek sok sek.. biasalah, selsema dulu pastu asma lak.. sebenarnya aku dah boring amik ubat lelah ni.. lagi lak dah lama x lelah.. rasanya dah 2 tahun kot.. tup-tup minggu ni kena lak.. aku agak mesti pasal office dah banyak abuk.. nasib lah..

orang kata kalau masa kecik kena lelah bila dewasa lelah tu leh hilang.. kalau kena lelah masa dewasa alamatnya bawa ke hujung nyawalah.. tapi tak de lah pulak kaitan dari segi saintific pasal hypotheses ni..

redha je lah.. kang ke penyakit tu ujian.. supaya kita ni kena sentiasa ingat.. INGATLAH WAKTU SIHATMU SEBELUM WAKTU SAKIT.. WAKTU MUDA SEBELUM TUA..

Tuesday, July 20, 2010

citer ustazah yg tak ntah apa2 ntah

hidup ni perjuangan dan perjuangan apabila sentiasa diberikan sokongan dan galakan yg positif akan memberikan satu perjalanan yang indah.. dan sebaliknya apabila dilontarkan dengan kata negatif yg melemahkan tentunya akan menyebabkan hidup itu bukan lagi indah..

lebih2 lagi budak sekolah seusia 9 tahun.. masih lagi kecil untuk berhadapan dengan situasi yang begitu janggal.. hatta orang dewasa pun apabila berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan akan mudah terganggu emosinya, ni kan pula budak sekolah..

kisahnya, anakku kekadang ponteng sekolah agama... sememangnya banyak alasan aku boleh berikan.. pertamanya anakku x suka ustazah tu.. suka 'debok' budak... (debok= tepuk belakang). mulanya aku buat x dengar je tapi lama-kelamaan anakku macam dah nyata menunjukkan perasaan x suka tu.. so mulalah bangun lambat, alasan ni lah.. tulah.. aku lak x de lah nak paksa sampai tahap ambil air jirus muka kat atas katil.. nak buat apa.. basah tilam kang aku gak susah..

jadinya, ari tu anak aku x gi sekolah.. dah bila anakku jump kwn2 yg pergi kelas agama sekali, tau apa kwn2 nye bagitau? "Durra, tau tak ustazah marah awak x gi kelas.. ye kata x mboh layan doh awak.. x mboh panggil doh nama awak.. ye kata jangan kawan ngah awak lagi.. ye nak buang nama awak.." apa lagi, menangis lah anak aku.. dalam keadaan teresak2 tu durra tepon papanya bgtau.. papanya tepon aku bgtau citer nih.. tensheng la jap aku..

yg paling aku bengang- yg cakap tu ustazah.. boleh lak cakap macam tu.. tapi tulah kan... setakat ko mengajo agama sket orang terus panggil ustaz, panggil ustazah.. sedangkan golongan ustaz ustazah pun ada skandal macam2.. aku akur, kita ni manusia biasa.. aku ada kenal ustazah yg main golf.. janggal bukan.. sekali lagi aku akur, kita manusia biasa..

TETAPI bukanlah lebih elok sekiranya ustazah tu bercakap dengan nada yg lain.. paling kurang pun dia boleh kata ," kenapa ye durra x dtg kelas.. dia ada masalah apa ye.. sapa tau apa masalah durra? " ada x tanya macam tu? XDE..

kepada ustazah2, cikgu2 sekolah, kalau pelajar x dtg sekolah, x payah lah nak memburukkan lagi keadaan.. maksudnya x payah bercakap kasar, memulaukan pelajar.. bukan itu penyelesaiannya.. apa kata, bagitau, "cikgu sayang korang semua bila korang datang kelas.. memang anak2 murid cikgu ni anak2 murid yang cukup berwawasan tinggi, berilmu dan berakhlak baik.. tak ada murid lain lagi setakat ning yang lebih baik dari anak murid cikgu ari ni.." cakap je macam tu.. bukankah manis? semua hati senang. .. janganlah cakap," kenapa x dtg sekolah.. ingat sekolah ni bapak ko punye? lantak lah ko.. kalau nak cerdik datang la.. kalau x pegi mampu lah.." la, bukan ke sakit jiwa semua orang yg mendengarnya?

cikgu2 semua, bila anak murid datang sekolah, hargailah mereka.. kalau diaorng x dtg sekolah maknanya mereka ada masalah sendiri.. kita x tahu apa masalah orang.. walau macamana sekali kita kata kita faham pun , sememangnya kita tak akan dapat menyelami perasaan sebenar mereka yang berhadapan dengan permasalahan ni..

rasanya kita kena ingat.. x de murid, maka x ada lah kerje kita sebagai cikgu.. sebagai ustaz/zah, sebagai pensyarah.. betapa besarnya kebergantungan hidup kita terhadap mereka.. betapa tingginya nilai mereka ni... jadi START TREASURING THEM..

citer bayi lagi

semalam menonton TV9.. ada program bualbicara bersama sorang ustaz yg mengendalikan pusat asuhan akhlak.

sungguh sedih bila mendengar sendiri citer ustaz.. kata ustaz ni, paling tragis ada 1 kisah masa dia dlm perjalanan ke masjid.. dia dengar macam bunyi kucing mengiau.. tapi pelik semacam je.. bila ustaz ni pergi dekat rupanya dia tengok sorang bayi dalam keadaan tidak berpakaian, masih lagi bertali pusat.. telah dicampakkan dekat tong sampah.. mengucap panjang ustaz ni.. beitu kejam manusia.. apakan tidak, ustaz ni lihat bayi ni menangis mungkin kerana kesakitan dihurungi semut dan binatang kecil.. ustaz pun angkat bayi ni tetapi kuasa Allah.. terlucut bayi ni dari tangan ustaz..kerana apa? kerana terlalu banyak semut2 yg menggigit.. bayangkanlah kalau dah ustaz pun terasa sakit digit semut2 tu semua, apatah lagi bayi yg usianya 1 hari..

ada jugak kisah bayi yg dipam ke dlm lubang tandas.. bayangkan bagaimana bayi yg masih hidup tu diluncurkan melalui lubang tandas dan terus masuk ke dalam takungan najis..

semoga Allah sahaja yg memberi hidayah kepada mereka yg membuang bayi ni.. dan tidak sukar untuk kita lihat dan mengambil iktibar.. masa kecil korang buang bayi nanti masa ko tua (kalau sempat la tua) nanti ko pun terbuang.. apa kata orang .. gelandangan lah jadinya..

so kalu kita nampak org tua yg hidupnya tak terurus dan cari makan kat tepi tong sampah, mungkin ada kaitan ngan kisah hidupnya.. kesian? memang kesian tetapi kita kena percaya dengan hukum KARMA. sebagai manusia, kita perlu menjalani hidup mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan.. jom, kita ingatkan kepada diri kita sendiri supaya hidup kita sentiasa dengan Allah dan bertunjangkan Islam.

Kebebasan tanpa ada sempadan had hanya menyebabkan kelalaian.. lalai kepada perintah Allah, lalai kepada kepatuhan keluarga, lalai kepada kemampuan dan kebolehan diri sendiri..

Hebatnya cabaran umat Nabi Muhammad di akhir2 zaman ni... Semoga Allah melindungi kita semua dan mohon dijauhkan dari azab seksa dunia dan akhirat. AMIN

Sunday, June 20, 2010

Mujo dan Ganu kite

I read this from http://cakrobus.blogspot.com/2006_03_01_archive.html and I find it very interesting that I would like to share with my readers here.

Enjoy reading...

Mujo or mujur in Standard Bahasa means "fortunate" or "lucky". In Terengganu it means more than that.
Mujo is an attitude, a testament to the optimism of the Terengganu folks. I believe that Terengganunese are optimistic.
Mujo encapsulate a philosophy in itself. It means one should thank God that it is not worse.

Time for an illustration.(Cut to a scene of 3 village ladies in their kemban washing clothes by the village well)

Mok Long Selamoh: Guane doh adik mung Mek?(How is your brother Mek?)

Mok Teh Som : Bakpe pulok adik die?(What happened to her brother?)

Mok Long Selamoh: Laaa! Mung dok tau ke Som?(You don't know Som?)

Mok Teh Som : Dok tau setarang kite.(I don't know anything)

Mok Long Selamoh: Adik Mek ni kene langgor loghi kemareng.(Mek's brother was knocked down by a lorry yesterday)

Mek Beso : Bukang loghi Mok Long, beng ikang!(It wasn't a lorry Mok Long, it was a fish van)

Mok Long Selamoh : Mujo bukang lori!(Lucky it wasn't a lorry)

Mok Teh Som : Pah tu? Teghok ke?(Then? Was he seriously injured?)

Mek Beso : Kaki patoh sebeloh......(One leg was broken)

Mok Teh Som : Mujo dok patoh due due(Lucky both legs weren't broken)

Mok Long Selamoh: Tu pong mujo dreba beng dang bghek.(It was lucky that the van driver braked in time)

Mek Beso : Mujo beng tu dok laju..(Lucky the van wasn't going fast..)

(Fade to black)
If both legs were broken, the response would be "Mujo dok pecoh pale"(Lucky the head wasn't cracked).

If the head WAS cracked, the response would be "Mujo dok mapuh"(Lucky he didn't die).

If the worst happened and the brother died, the mujo would still surface. "Mujo lah bukang adik kite"(Lucky it wasn't my brother).

You get the drift.....??? Mujo. A nice word. Adopt it. Embrace it. It will preserve your sanity...

Terengganu dan ICT

bercakap pasal ICT di Terengganu ni memang nampak kepesatan pembangunan ICT dari bandar hinggalah ke pedalaman.. kalau dulu hanya orang kat bandar je yg selalu dok sebut pasal komputer, pasal Internet, sekarang kat kampung aku orang seusia Nenek Wook pun pandai sebut Internet.. bukan setakat sebut je, malah mereka ni memang tahu apa yg dimaksudkan dgn Internet tu.. memang aku bangga betul lah..

2-3 hari lepas aku bersembang dengan suami pasal ICT nilah.. kata suami, ada kawannya dari luar Terengganu bagitau, "Terengganu memang terkenal dengan ICT.. memang hebatlah.. negeri lain tak leh lawan." aku pun heran.. kalau pasal ICT, ikutkan negeri Terengganu memanglah hebat tapi nak dibandingkan dengan negeri Selangor ke pada pandangan aku memang statement tu agak mengelirukan.. aku tanya kat husband, "ai, betul ke.." Dalam sengih sempat lagi suamiku berseloroh, "memang kita ni hebat ngan ICT.. tak caya?"

Rupanya ICT yang dimaksudkan tu ialah IKAN CELUP TEPUNG... wakakakkaka

Wednesday, June 16, 2010

Penderaan bayi -- bukan kat Malaysia je.. kat luar negara pun sama


Membaca 1 paper yg berkaitan dengan researchku membuatkan aku terkejut.. terkejut sebab dalam paper tu ada ditunjukkan gambar seorang nenek MENENDANG seorang bayi.. dasat giler tuh.. memang sakit mental la tu kot nenek tuh..
rasanya nenek tu tgh berangan main bola kot.. ntah2 piala dunia kot masa tu.. ishhh.. dasat betul lah.. hmm.. tulah, tak semestinya lagi berumur lagi banyak pengalaman lagi matang lagi BAGUS.. ada yg lagi hancusss..
papernya aku lupa lah pulak tapi nama author nya Shijie Zhang. boleh surf web kalau nak baca paper tuh..


Friday, June 4, 2010

Cadangan penyelesaian gejala pembuangan bayi, anak luar nikah

dipetik dari (http://pembina.com.my/)

Cadangan Jalan Penyelesaiannya

Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya.

1-Peranan ibubapa
Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Para ibu bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk meraka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi menjadi bubur.

2-Peranan Remaja
Remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.

3-Peranan Masyarakat Awam
Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.

4-Peranan NGO
NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghala-tujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.

5-Peranan Guru dan Sekolah
Guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa aka datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.

6-Peranan Kementerian Pelajaran
Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (GPPKRSK) dengan peruntukan RM 20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi mempastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu-bapa memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya. Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan remaja.

7-Peranan Media
Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Remaja negitu terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar Negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.

8-Peranan Parlimen
Permasalahan salah laku seksual remaja dan belia kini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Isu ini mestilah dibincangkan secara serius di peringkat parlimen tanpa memandang kepada mana-mana latar belakang parti politik. Ahli politik dan ahli parlimen mestilah mengenepikan pandangan peribadi dan kepartian bagi menangani isu nasional ini. Permasalahan remaja dan belia ini adalah agenda bersama yang mesti diperjuangkan oleh semua pihak.

Apa punca terjadinya pembuangan bayi

Punca-punca Kejadian (dipetik dari http://pembina.com.my)

Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media.

Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah.

Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan.

Ada yang menyalahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.

Ada yang mengatakan gejala pembuangan bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja.

Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggung-jawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

Salah siapa












Sungguh sedih kan.. nyawa yg Allah anugerahkan ditamatkan sewenang2nya oleh kudrat manusia.
tapi Tuhan Maha Adil.. Tuhan Maha Kaya.. balasan Allah akan tiba juga. Semoga pelaku2 ini bersedia dengan azab Allah. Orang kata zaman sekarang ni Allah bagi dengan 'segera'.. sesuai dengan zaman kita, semua nak segera.. Nauzubillahi min zalik..

statistik membimbangkan

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010.

Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dipetik daripada: http://pembinakl.com

Thursday, June 3, 2010

umat akhir zaman

kalaulah Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup, baginda tentunya merasa amat kecewa dengan umat baginda di zaman ini.. pelbagai kisah negatif yang berlaku di dalam masyarakat Islam ketika ini..Betapa tidak, setiap hari di dada akhbar, di TV dipaparkan gejala sosial.. kisah bunuh bayi.. anak bunuh mak ayah.. bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit.. setiap hari seramai 83 orang bayi luar nikah dilahirkan.. (rujukan: http://pembina.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=383:83-anak-luar-nikah-setiap-hari-di-malaysia&catid=11:isu-semasa&Itemid=45#comment-459)

sedih.. sungguh sedih.. masa sekolah dulu aku ingat lagi ustaz bagitau.. anak luar nikah tak boleh jadi imam.. kena cari orang lain yg lebih layak.. anak luar nikah tak boleh dapat harta.. anak luar nikah boleh kawin ngan bapa sendiri... tapi semua ajaran2 tu masyarakat skrg dah tak pandang..

kalau dibiarkan memang boleh rosak binasa umat Islam. hilang generasi pelapis ilmuan Islam yang betul2 mengamalkan cara hidup Islam..

Ada jalan penyelesaian ke? Cadangan dari Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin, Timbalan Dekan International Medical UniversitySeremban (dalam link di atas) menyebut banyak pihak terlibat yg dapat membantu menangani perkara ni.

Harapnya kita orang Islam mengambil iktibar dari apa yg berlaku.. bimbang sebab bila dah dewasa anak luar nikah ni akan berkeluarga.. dah stigma dalam masyarakat kita.. apa yg berlaku di luar ajaran agama Islam susah untuk diterima.. tentunya semua ibubapa tidak mahu bermenantukan anak luar nikah.. jadi di sinilah nanti berlaku satu kelompok umat Islam yg mungkin disisihkan... salah siapa? nak salahkan masyarakat ke? salah mak bapak?

Semog Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada orang2 Islam yang sedang berada di dalam situasi menyedihkan ini. AMIN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!