Hari ni hari pertama dalam tahun 2015.
Sempena kita dah berada di tahun baru ni semestinya kita pun kena buat banyak perancangan supaya tahun 2015 ni menjanjikan seribu macam ruang dan peluang buat kita.
Tahun 2014 telah pergi meninggalkan kita dengan seribu macam pengajaran dan peringatan buat kita.
Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur di atas peluang yang telah Allah berikan kepada kita hari ni di tahun baru ini. Sama-sama kita ambil peluang mendekatkan diri kepada Allah, muhasabah diri dan bersihkan hati kerana hidup ini milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh memanggil kita kembali kepadaNya.
Sama-sama kita meneruskan kehidupan seharian kita dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam sedaya upaya mungkin, semoga segala amalan kita diterima Allah dan dijanjikan pahala yang membawa ke syurgaNya. Amin.
No comments:
Post a Comment