HarianMetro 21/1/2015
Ada banyak sebab kenapa seseorang tu keracunan makanan. Sebabnya ialah aspek penyediaan makanan.
Terdapat banyak mikroorganisma dalam makanan yang menyebabkan makanan tercemar. Makanan yang dicemari bakteria ini akan mengganggu sistem imunisasi yang sedia lemah terutamanya kanak-kanak, wanita mengandung dan warga tua.
Jadi amat tidak digalakkan sekiranya kita melakukan perkara berikut:
- panas nasi goreng yang dimasak semalam
- makan daging berger yang tidak dimasak dengan sempurna
- makan dari makanan dalam tin yang rosak, kemek atau berkarat
- makan tanpa membasuh tangan
Akibatnya, simptom penyakit yang mungkin dihidapi ialah:
- muntah berterusan sehingga 48 jam
- cirit birit yang boleh berterusan sehingga 3 hari. Ada yg berdarah.
- demam
- ada yang tidak berupaya menggerakkan badan, hilang upaya untuk bernafas yang boleh membawa maut.
Hmm.. kita kadangkala ambil mudah kan.. jadi jom kita ambik cakna.
No comments:
Post a Comment