Wednesday, January 14, 2015

Kerana computer games.. suami ceraikan isteri..

Mengurut dada kejap bila akak baca citer mengenai suami yang gila main online game... sampai tak hiraukan keluarga.. anak isteri langsung tak peduli.. bila isteri bising boleh pulak diceraikan isteri.. hmm.. apa la punya orang..

Sampai taksub main game.. sanggup bersengkang mata tak tidur sebab nak habiskan level game ni..

Seingat akak la.. mula-mula kita ada smart phone kan.. masa tulah ada game angry bird.. mula-mula keluar game yang paling popular.. hah.. sejak dari tu lepas satu satu game baru keluar kat pasaran...

Dan aplikasi buat game pun dan banyak sekarang ni.. semua orang dah boleh buat game sendiri.. akak pun tau nak buat game.. ala.. game yang kutip bintang tu.. atau makan epal.. dapat kutip bintang atau epal dapatlah markah... senang ke nak buat nyer.. ha.. dah buat game sekarang ni kita boleh share kat google playstore tu.. boleh buat duit lagi.. sebab semua orang sekarang pandai guna masa.. dah tak buang masa.. pantang ada masa terluang je mesti kita ambik tepon kita.. tengok tepon kita.. kalu takde message ke missed call ke.. dah puas bersosial kat situ mesti kita nak jugak main game kan.. ha.. sebab tu lah permintaan utk game ni sentiasa ada..

Ok berbalik kepada mereka yang taksub main game ni.. tak taulah bak cakap apa..

Cuma mungkin boleh merenung sejenak kehidupan.. apa sebenarnya yang kita inginkan.. apa yang penting bagi kita.. kepuasan diri sendiri penting.. tapi keluarga, anak, suami isteri sama penting.

Sama-sama kita pikir-pikirkan.. untuk kebahagiaan kita bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!