Pagi ni akak berkesempatan bersembang dengan kak azmah. Sembang pasal kehidupan.. sentuh pasal tragedi banjir besar yang baru lepas.. dan keluarga kak azmah ada yg terperangkap dlm banjir besar di manik urai.. memang simpati kami menggunung buat penduduk yang berhadapan dengan bencana banjir ni.. mendengar cerita-cerita berdasarkan pengalaman mereka yang terbabit secara langsung sangat menyentuh hati dan perasaan.
Perbualan kami kemudiannya berpindah kepada topik anak-anak.. memang tak dapat lari lah topik ni.. topik feberet kaum ibu. Dan akak sedaya mungkin cuba belajar dari pengalaman kak azmah memandangkan kak azmah ada anak-anak yang dah besar dan berjaya dalam akademik masing-masing. Jadi kami berkongsi kisah dan karenah anak..
Dan hasil dari perbincangan kami.. dapat dirumuskan perkara berikut:
"Kita sebagai ibubapa cuba lakukan yang terbaik. Paling penting, di samping ilmu akademik, kita kena sediakan mereka dengan ilmu alquran yang secukupnya. Kerana alquran yang akan menjaga mereka... menjadikan mereka bersedia untuk berhadapan dengan kehidupan mereka. Sebagai seorang doktor, mereka adalah doktor yang hafiz. Yang menghafaz quran. Sebagai seorang pilot, mereka adalah pilot yang hafiz.. pendek kata dalam apa jua pekerjaan dan kerjaya mereka kita inginkan generasi yang celik quran.
Jadi.. Kita kena sediakan generasi itu.. mulai sekarang.."
Sebagai ibubapa, apa yang kita inginkan dari anak-anak kita? Apa yang kita mahu mereka jadi nanti? Apa harapan kita terhadap mereka?
Ya Allah, berilah kami para ibubapa panduan mendidik anak kami mengikut jalanMu supaya mereka ditunjukkan jalan kebenaran yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga kami sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangMu. Amin.
No comments:
Post a Comment