Intipati pengajaran dari Juz 15, Surah al-Isra ayat 16.
Ada sebab dan tujuannya Allah menjadikan seseorang itu kaya atau miskin. Orang yang kaya sangat besar tanggungjawabnya kerana Allah memberikannya kekayaan supaya dapat dikongsi bersama dengan orang-orang miskin dan membantu mereka yang memerlukan. Barulah orang kaya itu mendapat pahala di atas perbuatannya berbuat kebajikan.
Dan orang miskin juga mempunyai tanggungjawabnya yang tertentu. Setiap perbuatan dan usaha merubah nasib kepada kehidupan yang lebih baik diberi ganjaran pahala oleh Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Namun, samada kaya atau miskin seseorang itu, ianya bukanlah kayu pengukur keimanan seseorang. Yang membezakan kita nanti ialah banyak mana pahala yang dikumpulkan sebagai bekalan ke sana nanti. Sayangnya pahala ini tidak dapat kita lihat dengan mata kasar hatta mata halus sekalipun. Kalaulah manusia boleh melihat banyak mana pahala yang dikumpul setakat ini sepertimana manusia mengumpul wang berjuta pastinya berebut-rebut manusia mengerjakan kebajikan. Namun Allah jua yang Maha Mengetahui. Allah berikan petunjuk hanya kepada mereka yang berfikir dan faham akan kewujudan noktah perjalanan mereka nanti. Hanya bagi mereka yang mengetahui.
Semoga kita termasuk di dalam golongan mereka yang sentiasa mengingati Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment