Monday, January 12, 2015

Bunyi gegaran yang sangat kuat.. apakah itu...

12 Jan 2015

Pagi tadi lebih kurang pukul 9 pagi, akak sedang bersiap nak keluar rumah dah.. kemudian tiba-tiba terdengar bunyi yang sangggaaaattt kuat.. bunyi macam kena bom gitu.. memang akak boleh rasa rumah bergegar... dan akak siap tengok kipas siling bergoyang-goyang.. wah..masyaAllah.. mengucap akak..

Tak tahu apa yg sedang berlaku.. akak berkejar ke depan pintu nak tengok kot-kot ada apa-apa yang sedang berlaku di sekeliling.. tak de apa..

Cuma bunyi kena bom tu sangat kuat.. dan lepas tu macam bunyi jet je..

Tapi masih lagi tak tahu apa yang berlaku.

Mencari info di internet membawa kepada perkhabaran tanda-tanda kehancuran dunia... memang kita manusia kena bersedia dengan segala kemungkinan.. ajal maut di tangan Tuhan.. bila-bila masa Tuhan nak panggil kita kembali kepadaNya kita pasti kembali.. kena bom ke kena tsunami ke.. kena sakit jantung ke.. tersepak lalang ke.. itu hanyalah sebab musabab nya.. Allah Maha Berkuasa..

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Sama-sama memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah dengan beribadah dengan penuh tanggungjawab. Kadang-kadang kita ni hamba yang mudah lupa.. mudah alpa..

Ya Allah, dekatkanlah hati kami kepadaMu supaya kami sentiasa mengingatiMu sepanjang masa selagi kami bernafas di bumiMu ini.

Ya Allah, pimpinlah kami ke jalan kebenaran yang bawa kami ke syurgaMu.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!