Semalam akak dapat perkhabaran.. mengenai seorang pembantu guru tadika yang telah meninggal dunia. Arwah baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan anak yg ke lima.
Diceritakan bahawa selepas menyusukan anak, arwah berehat sebentar dan tertidur. Tidur yang tidak bangun-bangun lagi... innalillah..
aduhai.. kesiannya.. anaknya yang baru lahir baru berumur 2 bulan.. dan yg sulung dikabarkan baru memasuki tingkatan 1... semoga mereka sekeluarga tabah dan redha.. Kau permudahkan segala urusan keluarga ini dan tambahkan rahmat kasih sayang kepada mereka sekeluarga. Semoga keluarga ini berada di dalam kebahagiaan dan ketenangan. Amin.
Ya Allah, Kami ini hambaMu dan milikMu. Engkau yang menjadikan kami. Engkau yg Berkuasa ke atas kami. Bila-bila masa sahaja Engkau berhak memanggil kami datang kepadaMu. Andai waktu kami sudah tiba, Kau permudahkanlah pengakhiran hidup kami agar kami berada di dalam keadaan husnul khatimah. Dan Kau permudahkanlah segala urusan mereka yang kami tinggalkan yang masih bergantung harap kepada kami. Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment