Saturday, January 10, 2015

Lapor diri masuk sekolah tingkatan 2 imtiaz

Ari ni pelajar imtiaz lapor diri untuk kemasukan pelajar lama.

Jadi kami bertolak dari dungun kul 9.30. Gi breakfast dulu kat teluk lipat.  Masa breakfast tu durra bgtau kawan dia ada yg dah sampai. Bila check nama rupanya mereka satu dorm. Jadi dah pesan kat kwnnya suruh tanda katil.. hehe..

Jadi dekat kul 11 sampai kat imtiaz kemaman. Pendaftaran kiranya berjalan lancar lah..

Cumanya pengalaman ngerinya ialah bila masuk ke dorm tu.. dah le tingkat 3.. punye la lenguh bawak barang-barang yg alahai punyalah banyak.. akak bila dah naik tak larat dah nak turun.. so duraa ngan abe nik la yg turun naik angkut barang.. masalahnya bila masuk dlm dorm tu tengok-tengok katil je ada.. dan almari tak de.. tengok tandas pun aduhai... rupanya bilik tu tak pernah diduduki pun.. aduhai..

Jadi camana.. takkan akak nak tggalkan anak dengan keadaan macam tu kan.. so akak bincang ngan abe nik. Kami tanya pekerja yang ada kat situ.. bila dah dpt contact person nye kami dimaklumkan disuruh pindah ke tingkat 2, tukar bilik.. hah.. jadi kami pun mula beransur-ansur angkut barang sekali lagi..

Kemudian ada parent lain yg datang hantar barang anaknya yg duduk sekali dalam dorm tu.. jadi kami bincang pasal perkara ni.. kata parent tu dia ada tanya ngan staf admin dan diberitahu yg almari akan sampai kemudian.. 25 hb. Hah? 25 hb? Habis tu camana pelajar nak letak pakaian semua? Aduhai.. abe nik dah bengang giles dah.. yelah... punye la kurang sistematiknya planning bahagian pengurusan penempatan pelajar..hmmm..

So akak tepon kawan akak cikgu yang mengajar kat sekolah tu.. dan kawan akak rujuk kepada warden.. so akhirnya warden bgtau pindah ke tingkat bawah. Cuma akak mintak jasabaik pihak sekolah supaya tak dipindahkan lagi pelajar ke dorm lain sebab kesian pelajar.. anak akak sampai mengadu sakit pinggang.. jadi mohon pihak sekolah pertimbangkan keadaan ni supaya kebajikan dan emosi pelajar terjaga. Harap pihak pengurusan dapat merancang aspek ni dengan lebih baik pada masa akan datang.

Jadinya kami pun teruskan kerja angkut mengangkut ni.. dan alhamdulillah selesai..

Semoga semua pelajar kembali tenang emosinya dan dapat belajar dengan penuh kesungguhan dan mencapai kejayaan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!