Sekarang ni time student exam. Ari ni akak diarahkan jaga exam kat sepital HSNZ. Ada sorang student perempuan accident. Patah kaki. Dah 5 hari duduk kat sepital.
Masa sampai tu akak nampak student tu dah bersedia.. duduk atas kerusi sorong ditolak kakaknya. Kakaknya cuti 2 hari temankan student ni. Kakaknya lah yg bersusah payah balik ambik nota utk adiknya study kat hospital. Maknya memang berada di sisi student ni sepanjang masa. Anak bongsu. Tadi masa bersembang ngan makcik ni, beliau sebak sangat.. yelah mak mana yg sanggup tengok anaknya sakit kan. Sampai akak pun naik sebak sama..
Apa pun, alhamdulillah. Pelajar telahpun selamat menduduki exam. Semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan aktiviti kehidupan seperti biasa. Dan semoga beliau memperolehi kejayaan cemerlang hasil dari ketekunan dan kekuatan dirinya. Amin.
No comments:
Post a Comment