Sebagai seorang manusia, apabila diuji dengan sesuatu penyakit atau kesakitan maka kenalah kita berusaha untuk mencari penawarnya. Sembuh ke tak sembuh penyakit kita tu hanya Allah yang Menentukannya. Namun andai selepas kita berusaha masih belum sembuh ketahuilah bahawa usaha kita itu pun telah mendapat pahala.
Kemampuan untuk mencari penawar kepada penyakit ada pelbagai.. ada yang mampu pergi berubat dengan pakar sehingga mampu ke luar negara.. ada yang berubat hanya dengan air jampi... ada yang amalkan terapi penyembuhan dengan ayat AlQuran.. ada yang hanya amalkan makan ulam-ulaman sahaja.. ada yang yakin dengan vitamin dan suplemen.. ada yang yakin dengan hanya minum madu sesudu setiap pagi.. ada yang beramal dengan makan habatussauda setiap pagi dan malam.
Pendek kata, ada banyak cara dan kaedah penyembuhan di dunia ni.. dari yang mahal kepada yang murah.. tunggu pilih dan amalkan saja. Apa pun kuasa penyembuhan hanyalah milik Allah.
Berbalik kepada habbatussauda, akak tertarik dengan perkongsian dari laman Drzubaidi. Beliau menyarankan habbatussauda kepada mereka yang mempunyai masalah athritis.. atau sakit sendi. Akak pun amalkan makan habbatussauda di samping makan vitamin shaklee.
Kesannya? Kenalah alami sendiri. Cubalah.
No comments:
Post a Comment