Ari ni pegi ambik durra dari hostel.. mggu ni boleh balik.. padahal baru minggu lepas anto.. hehe.. tapi sebab dalam kalendar sekolah tu memang minggu ni pelajar dibenarkan balik jadi memang pelajar pun apa lagi ambil peluang balik la kan.. lagi pun kalau nak diikutkan sepatutnya sekolah dah 2 minggu start kan.. cumanya dianjakkan seminggu sebab mengambilkira faktor banjir yang berlaku bulan Disember lepas.
So ok. Sebenarnya akak nak citer pasal satu kedai makan ni.
Kedai ni kat kawasan RTC Durian Mas.. ala.. pusat transformasi daerah tu.. so ada la sebuah kedai makan ala ala kopitiam gitu.. kami selalu jugak makan kat situ.. tapi ari ni punyalah nak dijadikan citer.. jeng jeng jeng.. biar suspen sket hehe..
Masa kami duduk sebelum ada orang datang ambik order ada la gap lebih kurang 4-5 minit. Oklah.. Masa ambik order oklah.. setel.. so dalam 10 minit gitu sampai minuman.. sambil-sambil tu kami satu famili sembang.. tanya durra camana keadaannya kat sekolah.. rupanya mereka kena pindah naik ke tingkat 3 semula.. dan memandangkan almari kat tingkat 3 masih tak ada, maka pelajar-pelajar disuruh mengangkat sendiri almari bawak naik ke tingkat atas.. geramnya akak dengar.. apa punya vangang la pengurusan wak keje.. perancangan dam pengurusan ke laut.... hancus..
Dan durra bagitau tangannya yang sebelah kiri bengkak dan tak dapat digerakkan selepas tu.. akak tanya kenapa tak bagitau cikgu. Katanya, " cikgu akan buat tak layan je..".. adus dus.. so akak pesan balik kat durra... lain kali apa jadi sekalipun bagitau cikgu masalah yang dihadapi.. terutama masalah kesihatan.. kesakitan yang dialami.. jangan diam.. sebab kalau ada apa-apa sapa susah kan.. kalau cikgu tak layan bagitau mak ayah.. nanti mak ayah pegi jumpa. Bab-bab sakit pening jangan la ko buat main-main wei.. prihatin sket.. kenapa? Supaya nanti anak awak pun nanti orang prihatin... what u give u get back.. kan kan..
Dan durra ni.. ada masalah sket kat tangan dia.. masa umur dia 3 hari dia masih ditahan di wad sebab kuning sket.. jadi misi ni nak cucuk ambik darah kat tangan.. tapi itulah.. tangan baby ni kecik kan.. sudahnya sampai lebam tangan anak akak kena cucuk.. dan sekarang tangan durra sebelah kiri memang masih lekuk.. tak de isi banyak kat situ... kadang-kadang durra mengadu sakit.. aduhai.. kesiannya anak mami.. jadinya akak memang geram tahap gaban la bila pelajar disuruh angkat sendiri almari.. eeii.. tak tau lah nak cakap camana..
Cumanya akak pikir positif.. mende dah jadi.. dan apa saja yang terjadi ada hikmahnya.. ada kebaikannya.. Allah sahaja yang tahu.
Cumanya itulah.. kita kan ibubapa kan.. dah tentulah kita kesian kat anak kita kan..
Ok.. eh.. dah panjang la pulak citer nye.. asalnya nak citer pasal kedai makan je.. er nak sambung ke nak stop ni.. hmmm.. ok k. Akak sambung..hehe..
Berbalik kepada kedai makan tadi, lepas dapat minuman..lepas sembang..dan sembang dan sembang.. setengah jam dah berlalu.. dan yg geramnya orang sebelah yang baru sampai dah dapat dah makanan dia..
Dan white coffee yg akak ode sampai dah sejuk.. so akak bagitau abe nik.. 5 minit lagi tak sampai kita angkat punggung bayar air je.. dan budak yg ambik ode tadi dah tak de dah. Habis syif..
Ok. So akak dah ambik handbag dah nak bangun dah, kemudian baru la sampai makanan.. tapi akak sound budak yg hantar tu, "nasib baik awak hantar, kalau tak akak dah nak bangun dah.."
Dan ada 2 lagi menu yg ode tapi sampaai kesudah tak sampai.. so akak panggil dan tanya waiter sorang tu.. tau tak apa jawapannya? " eh tak de ode pun".. so akak apa lagi.. memang aku naik hangin la..
So time nak bayar, masa kat kaunter tu akak tanya cashier perempuan tu, "awak tokey ke".. dia angguk dan bagitau, "ya.. saya share dengan dia.." ditunjukkan kepada kawan dia..
Yang vangangnya, mereka 2 orang duduk kat belakang akak je mejanya.. masa kami bising-bising tak de la pulak nak ambik inisiatif tengok ode pelanggan kenapa lama sangat belum sampai makanannya.. tapi boleh duduk buat bodoh je.. alahai.. manager kategori mana la..hmm..
So akak sound cashier tu, " awak kena banyak perbaiki.. customer service.. confirm order.."..pastu, akak bagitau, "service sangat lambat..akak bagitau supaya awak perbaiki servis. Bisnes bukan nak sehari dua kan.." kata tokey tu chef sebelumnya dah berenti.. so chef baru.. tak kisah lah baru ke lama ke.. seharusnya ada satu sistem pengurusan yg efisyen kan dari masa ambik ode sehingga ode sampai ke meja pelanggan kan..
Dia akui.. dan mohon maaf kepada kami..
Adakah akak akan pergi lagi ke kedai tu? Of course la.. pergi lagi... hehe.. aik.. napa lak nak pergi lagi? Sebab akak nak tengok samada ada penambahbaikan ke tidak. Kalu tak pergi nanti tak tahu kan.. ha.. tau tak pe.. lepas ni kalu tak de jugak improvement, memang kedai tu tak lama la.. akan bertukar owner la... hmm.. akak ni penyokong tegar bangsa sendiri.. jadi kalau bisnes bangsa sendiri maju dan efisyen makanya bangsa kita cemerlang kan.. sama-sama sokong menyokong untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment