Sunday, January 18, 2015

Sepaktakraw dan Anugerah Juara Lagu...

Malam ni kat tv ada 2 events yg menarik perhatian akak dan abe nik.. perlawanan akhir sepaktakraw dan AJL.. so nak tengok yg mana?

Of course la... hehe.. agak-agaknya..

Tentulah tengok sepaktakraw beb..

Itu adalah sukan tradisional tanahair tau.. hanya penduduk di kepulauan melayu je yg tahu main sepaktakraw tu.. dulu panggil sepakraga kan..

Ingat tak dulu dikatakan ada yg mampu main bola sepakraga ni sepenanak nasi lamanya.. lama mana? Sepenanak nasi. Mesti korang tak tau kan.. haha.. sepananak nasi tu maksudnya masa yang diambil untuk tunggu nasi masak. Jadi dulu ada yang boleh main lambung bola sepakraga tu lama sangat.. hebat tu kan..

So back tu sepaktakraw.

Akak dan abe nik suka tengok game ni sebab nak tengok pemain buat stunt ala-ala akrobatik gitu. Siap lipat-lipat badan.. pusing lagi.. memang hebat la..

Kami sokong malaysia.. tapi kami tak mampu melahirkan kekaguman bila pemain thailand main... memang tangkas betul la..

Dan sekarang ni bukan setakat kita je yg main sepaktakraw, korea jepun pun dah boleh main dah.. even mat saleh pun dah boleh lipat-lipat badan main sepaktakraw ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!