Friday, January 23, 2015

Apabila kaki dah kena potong...

Masa akak pergi jaga exam seorang student kat hospital hsnz ituhari, akak ada sembang ngan ibu student tu.. katanya selama 5 hari beliau duduk kat wad tu, dah ramai yg beliau tengok ada masalah kencing manis yang akan dipotong kaki.. Allahuakbar.

Bayangkan..

Selama beliau duduk 5 hari kat situ dah beberapa orang dah dipotong kaki..

Jadinya, kalau sebulan dah berapa orang dipotong kaki sebab kencing manis? Kalau 2 bulan? Kalau setahun?

Dan bayangkan, apa jadi kat masyarakat kita nanti.. masyarakat yang berkerusi roda.. Allahuakbar...

Bayangkan.. apabila nanti kita ada cucu-cucu... macamana nak bermain-main bergurau senda ...macamana nak dukung mereka.. kalau kita tidak berupaya kan..

Kepada kita yang masih diberi peluang memiliki kesempurnaan fizikal kurniaan Allah, marilah kita mula serius menjaga hak Allah ini.

Mari kita jaga pemakanan kita demi kesihatan dan masa depan yang baik untuk keluarga kita. Ambil suplemen. Ambik vitamin.

Sama-sama kita muhasabah diri sendiri. Kesihatan kita tanggungjawab kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!