Friday, January 23, 2015

Girls' outing day.. makang ikang sutung cendawang celup tepung kat Teluk Ketapang kat lapangang terbang

Ari ni kami adik beradik perempuan dah rancang untuk pergi menziarahi mak ayah abe nik, mak ayah poknih dan mak sedara syirah. Perempuan je pergi sebab masa tu dah lewat dah.. kami bertolak dari rumah mak dah kat pukul 12 dah so kaum lelaki dah bersedia nak sembahyang jumaat. So lebih senang kaum perempuan je pergi... hehe.. so alhamdulillah hari ni akak adik beradik berjaya menziarahi 3 rumah seperti yang dirancang, merapatkan tali kekeluargaan dan silatulrahim, InsyaAllah.

Seronok pergi konvoi ni (walaupun 2 kete je hehe)... kami memang tak bagi tahu tuan rumah nak pergi tu sebab tak nak susahkan tuan rumah..memang dah tau tuan rumah akan masak itu ini jadi senang citer wak surprise je la.. satu lagi sebab kami dah plan nak makan-makan kat pantai hehe..

So kami ke Teluk Ketapang.. makan ikang celup tepung yang femes kat situ.. semua ada kat situ.. kepok goreng, pisang goreng, cendawan goreng, ikan, sotong, udang.. nasi goreng ada.. ABC pun ada.. hmm.. sendawa beb.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!