Tuesday, January 27, 2015

Domino pizza...

Ari ni akak ngan abe nik g makan pizza kat Domino's pizza Dungun. Sebenarnya first time makan pizza kat domino ni. Biasa makan kat pizza hut. Tapi ari ni nak try camana rasa pizza domino nih.

Sistem dia berbeza sket.

Mula-mula order kat kaunter. Lepas tu kita akan diberi satu tag yg kita pegang nanti senang mereka nak hantar pizza. Tapi air minuman kena bawak sendiri. Maksudnya bukan bawak dari luar tapi kita tunggu mereka siapkan minuman tu dan kita akan angkat sendiri ke meja masing-masing.. hmm..

Tapi domino ni tak de hot drink. Semua air gas.. so yg paling sesuai ngan akak ialah lemon tea... tapi tupun masih lagi jauh dari taste akak.. huhu..

Ok. Pasal pizza pulak. Hmm.. akak sebab dah biasa makan pizza ngan sos cili yanh banyak kan.. jadi bila tak de sos rasa macam kureng la pulak.. bayangkan kat domino tu kita hanya diberi cili kering je.. so memang tak kena la ngan taste akak lagi..huhu.. itulah.. sebab dah biasa dimanjakan dengan banyak kelebihan kan.. bila ada kekurangan maka banyakla komennya..

Jadinya.. kata abe nik.. pizza hut masih di hati la.. setuju setuju hehe..

Paling tidak, kat pizza hut ada banyak variety of menu.. ada lasagna.. spagheti.. minuman pun ada pelbagai.. yes.. i vote for pizza hut.

Tapi pizza hut kena la tingkatkan kualiti makanannya kan.. sebab akak pernah order untuk delivery..bila dapat pizza rasa sedih lak.. napa? Sebab indah khabar dari rupa.. dan kami buat kesimpulan mudah, "jangan order yg promosi punye.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!