Sunday, January 11, 2015

Di saat diri kehilangan punca..

Dalam hidup ada kala kita diuji dengan ujian, cabaran yang kita rasakan sangat sulit.. hinggakan kita hampir berputus asa.. putus harap.. merasakan Allah tidak sayang kepada kita.. merasa kita ini terlalu lemah dibandingkan dengan hamba Allah yang lain..

Kekadang kita merasa kenapa kita diuji sebegini hebat sedangkan rakan-rakan kita, orang lain sedang bergembira.. seperti tiada dilanda masalah..

Mereka kata bila Allah uji maksudnya Allah sayang kita. Allah nak tengok bagaimana kita berusaha dan bagaimana caranya kita ingat kepadaNya... kadangkala kita alpa.. jadi Allah cuit sedikit.. makanya kita lah yang kena sedar..

Apa jua cabaran apa jua kesulitan yang kita hadapi apa saja perbuatan yg kita lakukan ada ganjarannya.. ganjaran baik atau tidak baik.. ganjaran pahala atau dosa..

Apa saja yg berlaku ada hikmahnya yg tersembunyi.. kita kena terima dengan redha.. terima dan berkata pada diri inilah yang terbaik.. apa jua yg terjadi yang berlaku kpd diri kita itulah yg terbaik kerana semuanya datang dari Allah. Kita hanya hambaNya.

Berhenti sejenak. Tarik nafas. Kembali mengingati Allah. Dan berdoa kepada Allah supaya diberikan kpd kita jalan keluar dari apa jua kesulitan yg dialami dan diberikan petunjuk ke jalan kebenaran.. dalam apa jua yg kita lakukan.

La Tahzan. Usah bersedih. InsyaAllah ada jalannya.. berserah kepada Allah dan mari kita mohon bantuanNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!