Friday, February 28, 2014

Yes Pretty Woman

Hmm. Tengah-tengah lapangkan jiwa raga waktu petang ni kebetulan la pulak Astro Fox channel 433 ada citer favourite akak, Pretty Woman. 

Citer ni mula2 kuar kalu x silap hujung tahun 1992. Ala masa ni tengah femes lakonan Julia Robert ngan Richard Gere.

Tapi pasal citer akak xnak komen la. Hmm. Cuma suka ssanggattt tengok julia robert masa mudos dulus, ngan richard gere kononnya kegilaan ramai la time tu kan. Haha.



Julia Roberts memorably went searching for a dress for a night out in ...

Hmm. Macam tengok citer P Ramlee. Akak suka ssangaat citer Musang Berjanggut. Suka tengok seniman p ramlee ngan seniwati saadiah.


Musang Berjanggut (1959)

disesuaikan dari artikel saya yang tersiar di Intrend September 2005 ...


Dan jugak akak suka sssaangat tengok citer Kuch Kuch Hota Hai.. dulu suka tengok Dilwale Dulhani Le Jayenge.. ala.. masa mula2 citer hindi glamer dulu.. mula2 tengok shahrukkhan ngan kajol..

Kuch kuch hota hai- Birşeyler oluyor Srkajol hint filmi

Kuch Kuch Hota Hai ( Bir şeyler Oluyor!)

Mungkin ada yang kata tengok filem tengok tv tengok citer ni buang masa kan.. memang la kalu dok mengadap tv 24 jam kan.. kalau sekali sekala namanya dah lain.. nama dah jadi - terapi minda. kan kan.. 

Bagus kan. bagi pelakon2 lak.. mereka ni kan ada sesuatu utk dikenang oleh generasi akan datang .. anak cucu cicit pun bole tengok camana rupa nenek moyang miut kiut. . .ye kan.

jadinya, kita semua kena rajin ambik gambo.. simpan gambo dan archive kan gambo.. supaya anak cucu ciut piut boleh tengok wajah ayu nenek moyang diaorng kan.. kan.. kan..


kredit gambar : carian google

Thursday, February 27, 2014

Angin dalam badan? Gastrik? Cara terbaik nak keluarkan angin dari badan

Rasa sakit perut berpanjangan? dah gi klinik? dah gi sepital? doctor bagitau "ni angin ni".."gastrik ni"?

Berhati-hati.
Ada kemungkinan angin dalam badan ni setakat angin je, sebab pemakanan.. tapi ada jugak orang yang sakit batu karang, appendix di salah diagnos sebagai "sebab angin je ni". dan ada jugak yang kena angin, tapi silap diagnos sebagai pesakit baru karang... macam-macam hal perubatan ni sebenarnya.

Sumber- mingguan wanita, 21-27 dis 2012
 


Tanda-tanda angin dalam badan ialah apabila
  • sendawa atau terkentut
  • sakit/senak dalam perut

 
Jadi nak buat apa ye untuk buang angin dari badan?
Banyak cara. Jom tengok satu-satu.

Sapu minyak kat perut

 






Bertungku
Makan bawang putih bakar
 



Makan halia








Minum Eno



Minum madu dan susu kambing




 Minum Milo







 Makan Ginger Peppermint


Shaklee Peppermint-Ginger Plus


Sebelum makan ubat-ubatan kimia yang macam-macam untuk hilangkan angin, cubalah cara di atas dulu ye.


Semoga membantu.



Sumber gambar: carian google dan koleksi peribadi
 




Wednesday, February 26, 2014

Bila aku kaya.. hari-hari hari raya... yang kaya raya di Malaysia

Sumber- HarianMetro 21-2-2014

10 Terkaya di Malaysia

Bila dah kaya jangan lupakan golongan miskin ye. Sebab Allah bagi kekayaan tu ada tujuannya. Supaya orang kaya menolong orang miskin.

Orang miskin lak sebenarnya membantu orang kaya. aikk camana nak bantu kalau miskin? Bila dah orang kaya bantu orang miskin dari sudut yang boleh meringankan beban kewangan atau kesulitan orang miskin ni, maka nanti orang miskin ni akan berdoa semoga Allah memberi rahmat kepada orang kaya ni. Barulah orang kaya dapat pahala. Bukan ke lagi banyak pahala lagi bagus sebagai jaminan masuk syurga?

Bagi orang kaya yang sentiasa membantu orang miskin, Allah jualah yang mampu membalas segala kebaikan mereka.
 

Tuesday, February 25, 2014

Ilmu itu penting untuk membezakan yang boleh dan tak boleh

Sumber- HarianMetro 23 Feb 2014
 
 
Apa yang korang tengok dari gambar kat atas? Seorang wanita menjadi imam kepada sekumpulan makmum lelaki. Di mana? di Amerika.
 
Soalnya bukanlah pasal TEMPAT. Sebabnya, baik di Amerika, di India, di China ataupun di Malaysia, memang TAK BOLEH wanita jadi imam.
 
Kenapa TAK BOLEH? Sebab dah HUKUM kata tak boleh.
 
Tapi BOLEH sekiranya wanita itu menjadi imam kepada sekumpulan wanita lain.
 
Jadi kita kena berbalik kepada AlQuran dan Hadis untuk rujukan. Bukan boleh main ikut perasaan je kan. Ditakuti nanti sesat dan lari akidah. Nauzubillah.
 
 

Monday, February 24, 2014

Trend seluar dedah punggung - cantik tak ....?

Bukan main dasyat nye budak2 skrg ni ye.
 
Sumber- HarianMetro 23 Feb 2014
 
Dah tak tahu dah apa yg boleh pakai apa yg tak boleh pakai.. suka2 hati je pakai kan..
 
kita nak nasihatkan apa ye? camana kita nak nasihatkan kalu mak ayah diaorng pun tak larang?
 
Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah supaya dapat mendidik anak dan keturunan kita dari apa jua perkara yang dilarang Allah. Amin. 
 
Dan sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk-Nya kepada kita semua. 
 
Selepas baca artikel kat atas, difahamkan lelaki pun ada pakai seluar singkat kat punggung so kalau duduk boleh nmpak spender lan.. dah kantoi ada lelaki yg pakai g-string.. ouchhhhh!
 

Sunday, February 23, 2014

Rumah makin mahal, takde tempat tinggal, Hidup dalam sangkar?

Sumber: HarianMetro 15 Feb 2014

Di Hong Kong beginilah keadaannya kini. Golongan kurang mampu terpaksa tinggal dalam sangkar. 

Bukan free tapi masih jugak kena bayar sewa pada kadar HK$1500 @RM646. Sewa sebuah apartmen ialah HK$16000 @RM6800 sebulan. Wow! Mahalnya.

Itu kira negara maju tu.. kita kat Malaysia macamana la nanti ye kita esok-esok dah tua .. nak tumpang anak2 takut nanti membebankan diaorng kan.. jadi camana ye. banyak dah kisah anak2 tak nak jaga mak ayah bila mak ayah dah tua..

 

So apa mak ayah kena buat sekarang ni ye? kena bersedia. Mak ayah kena beli 1 rumah khas untuk cadangan hari tua nanti. Kalau mampu beli banyak rumah, nanti kalau anak dah besar kalau diaorng nak duduk rumah tu mintak diaorng bayar sewa kan kan.. er kejam tak kejam tak.. hihi

Jadi bagi mak ayah yang masih lagi menyewa tapi mampu beli rumah sendiri, maka carilah rumah. kecik pun takpe.. janji rumah sendiri. bukan rumah sewa. sekarang ni kita segar dan kuat lagi bolehlah kerja.. cari duit nak bayar sewa rumah.. esok-esok bila dah sakit, sewa rumah pun takboleh bayar macamana kan.. nanti kena halau tuan rumah.. mana lagi nak pergi.. kalau rumah sendiri takde sapa boleh halau kan.

sekarang ni pun kerajaan dah macam-macam usahakan agar semua golongan ada rumah kan.. jadi kena tanya-tanya kan agensi2 yg berkenaan bagi yang sedang berusaha dapatkan rumah.

Jom kita ambik iktibar!

Saturday, February 22, 2014

Jom belajar bahasa malaysia: Kata sendi nama - yang betul dan yang salah

Hari ni 14 Feb 2014 akak ada bengkel DBP. Bengkel pendedahan tulis buku.

Menariknya ialah akak dan kawan2 belajar yang budak sekolah rendah belajar. Akak tahu budak darjah 6 kena fasih pasal ni sebab masuk periksa upsr kan. 

tapi kan, kami ni golongan makbapak, kalu kena ambik upsr subjek bahasa malaysia pun gamaknya ramai yang kecundang dan sembunyikan result takut anak tahu..hehe..

tak caya? cuba tengok kat bawah.. yang salah dan yang betul... kekadang kita ni memang tak abis2 konpius kan..

 

Jom sama-sama belajar!

Friday, February 21, 2014

Kesan parut pembedahan lepas buang batu karang dalam hempedu

Nak tahu camana parut kesan pembedahan? Meh akak nak tunjuk parut kat perut abe nik selepas pembedahan buang batu dari hempedu. Takde niat nak menunjuk-nunjuk perut abe nik yang sangat gebus gitus.. tapi sekadar perkongsian maklumat kepada mereka yang ingin tahu. 

Hari pertama memang tak nampak la perut tu sebab lepas operation doktor letak plaster putih... ala macam dalam gambo ni



akak boleh lupa lak nak ambik gambo masa lepas operation tu, sebab abe nik pakai baju hijau masa tu jadi sebab takut abe nik sakit kat perut jadi memang tak sentuh langsung bahagian perut, jadinya baju operate tu memang tukar selepas 2 hari.

Ni gambo hari pertama pembedahan - 21 Jan 2014.


Pastu, hari ke 3 operate, 24 Jan 2014, doktor buang plaster putih tu dan sembur minyak kat tempat jahitan untuk elakkan dari terkena air.

 

ni gambo kesan parut tu. errr.. abaikan yang akak tulis hari 1, hari 7 tu, rupanya akak silap kira.. maklumlah dah senjes gitus.. ahaks..

ikutkan kiraan hari yang betulnya ialah:
21 Jan 2014 - hari pertama sejurus selepas operation
23 Jan 2014 - hari 3
29 Jan 2014 - hari 9
30 Jan 2014 - hari 10
 9 Feb 2014 - hari 19
 
 

Kira-kira begitulah parut pembedahan abe nik. Nampak dah ok kat luar kan, tapi abe nik masih lagi mengadu sakit kat dalam perut.. mungkin kat dalam belum sembuh sepenuhnya lagi kot. hmm lama juga kena berpantang makan ni. Abe nik target nak berpantang 2 bulan untuk tengok kesannya. Bagus tu, akak sokong. so setakat ni abe nik masih lagi amalkan pemakanan suplemen seperti vitamin c shaklee dan gamogen untuk percepatkan proses penyembuhan.

Dan akak suka sekarang ni abe nik dah tak bergelar perokok lagi! abe nik sudah insaf gitus hahaha... suka suka.. so nak bagi medal la kat abe nik, hihihi


Thursday, February 20, 2014

Menu berpantang selepas pembedahan - sup belut

Dulu akak pernah share citer pasal kelebihan belut yang mampu menajamkan akal pikiran anak dalam kandungan. Jadi ibu-ibu bolehlah mula pikir-pikirkan samada nak makan belut ke tidak..hmmm... ada yang muntah terus ni kan.. sabo sabo..
 

Ni dia sup belut. Yang ni akak beli kat kedai sup belut kat tempat dekat ngan kampung akak. Kalau ada yang suka ssangatttt makan sup belut ni boleh gi ke kedai makan kat jalan Paya Besar, Kuala Berang. Tak tau kat mane? ala.. sampai kuala berang kang korang tanya la kat ane paya besar tu.. pastu korang boleh la menikmati keindahan kampung sambil2 cari kedai ni. tak tau kat ane kuala berang? er.. leh tanya pakcik google ye..

 

Bagi penggemar sup belut kat kampung akak, dikatakan kat kedai tu setakat ni terbaek lah. err.. akak tak makan belut, tapi ada la akak try sup dia.. memang best! aik, boleh lak tak makan belut tapi makan sup? eh nape tak boleh lak.. boleh je kan.. cuma bab fearfactor ni bab makan belut je hehe.

Belut ni dianye khasiat punye la banyak. Ni akak ambik maklumat dari sini.

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat. 
 
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.


Abe ni bila makan sup belut ni memang tak hingat dunia.. takpelah, bagi can la.. orang sakit kan.. biarkan.. biarkan..

Cumanya belut ni tak boleh dimakan selalu sangat. Kalau 1-2 kali seminggu tak pe lah.. kalu korang makan setiap hari tu memang langsung tak digalakkan. Kenapa? Sebab belut ni mengandungi kandungan kolestrol yang sangat tinggi. Ye ke? Ye. Sebab adik lelaki akak pun ada bagitau akak, dia gi makan sup belut kat kedai tu hampir setiap hari dan nak dijadikan citer, satu hari tu badannya rasa sakit dan kaki terasa bengkak. Panik jap kot2 gout ke.. so bila 1 minggu dia tak makan sup belut tu, sakitnya dah hilang. Kaki pun dah tak bengkak lagi.. hmm.. jadi kena makan sekali sekala je ye..

Dan ini maklumat pasal kolestrol dari sini. Cuba tengok bawah sekali. Belut - paling tinggi kadar kolestrolnya!


 Harap sedikit sebanyak dapat memberi maklumat kepada pembaca semua.

Menu berpantang selepas pembedahan - sup ikan selar

Bagi yang sedang mencari-cari menu makan untuk orang yang baru je lepas operate atau lepas pembedahan bolehlah tambah 1 lagi menu - sup ikan. Tak kisah la ikan apa yg jadi pilihan, janji ikan yang 'tak bisa' kata orang tua.

So apa ikan yang bisa, apa ikan yang tak bisa? Yang ni akak lum habis khatam lagi menuntut ilmu, nanti dah cukup maklumat akak kumpul kang akak share ngan korang ye. Tapi kalau ikutkan mak ayah akak, kalu berpantang, boleh makan ikan selar ngan ikan selayang. Ikan selain dari tu diaorng kata tunggu je la ko baik, nanti semua ko boleh makan...kwang kwang kwang... adus bisa gitus ayat tus.

So ni sup ikan selar untuk abe nik... akak tau mesti kalu korang tengok gambo macam tak best je kan.. tapi percayalah, untuk orang yang berpantang kan, ni dah kira macam nikmat dunia dah ni.. hihihi..

 

Resepinya sangat mudah. Ada ikan selar, ada bawang merah sket, bawang putih sket, ada halia, pastu tambah air, letak je atas dapur. Nak pedas sket tambah la lada hitam. Ssenanggggg sangat kan!

Wednesday, February 19, 2014

Makan untuk hidup ke hidup untuk makan?

Ahli filosofi terkenal Socrates berkata,


Worthless people live only to eat and drink; people of worth eat and drink only to live.

Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/s/socrates385762.html#p5yxE12aFYZo7WB6.99

Worthless people live only to eat and drink; people of worth eat and drink only to live.

Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/s/socrates385762.html#p5yxE12aFYZo7WB6.99
"Worthless people live only to eat and drink; people of worth eat and drink only to live."


live only to eat and drink; people of worth eat and drink only to live.
Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/s/socrates385762.html#p5yxE12aFYZo7WB6.99
Kalau akak alihbahasa dalam bahasa yang lebih sopan, ianya akan jadi,


"Orang biasa hidup untuk makan, orang luarbiasa makan untuk hidup."


Nape tiba-tiba akak cakap pasal makan ni? aii biasalah.. kita hidup kena makan kan.. jadi alang-alang makan biar la makan yang terbaik gitus.. 

masalahnya, banyak makan pun tak sihat gak kan... selain dari boleh menyebabkan gemuk, banyak makan pun boleh menyebabkan penyakit.. weii sapa nak sakit kan... biarlah sihat sokmo kan..

Dalam pencarian maklumat kesihatan yang sentiasa berterusan, akak terjumpa buku ni kat library.

Toksin Masuk Toksin Keluar, Dr Yasmeen Farouk Mohamed, Alaf 21, 2011



Dr Yasmen ni ada PhD dalam Sains Biologi dari universiti di New Zealand dan beliau seorang pakar pemakanan. Membaca buku Toksin Masuk Toksin Keluar menyebabkan akak lebih menghargai kesihatan dan berikrar pada diri sendiri untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan sihat. tapi alahai.. semalam baru je beli aiskrim simpan kat lam peti tu.. huhuhu.. sihat le ssanggattttt..hihihi.

Kata Dr Yasmeen,

"Biar makanan anda menjadi ubat anda dan ubat anda menjadi makanan anda."

Banyak sangat ilmu dari buku ni. Dan ada jugak penemuan yang sangat mengejutkan. Kita selalu mengambilnya tanpa sedar ia memberi kesan buruk dan boleh memendekkan usia kita!

Sharing is caring. Nanti akak share lagi.

Tuesday, February 18, 2014

Menu berpantang lepas pembedahan - ayam panggang halia

Kata abe nik, dah 3 minggu lepas operate ni, dah boring dah makan
  • nasi himpit
  • ikan haruan panggang
  • belut panggang
  • sup ikan
  • sup belut
  • nestum
Jadinya abe nik tanya boleh tak makan ayam..
err... sejujurnya akak memang tak berani nak kata ye.. sebab orang kata jangan makan ayam masa berpantang. Tapi ada yang kata jangan makan ayam bandar, boleh makan ayam kampung. Alasannya ialah ayam bandar ni banyak cucuk-cucuk... pastu makanan yang dimakan oleh ayam bandar ni pun makanan diproses. Jadi tak elok lah. oo patut la Rita (Indian) yang akak jumpa masa kat sepital KTS tu bagitau dia makan ayam kampung masa berpantang..ooo..

hmm.. abih tu, ayam kampung tak de ni.. so ayam bandar pun ayam bandar lah..kita test tengok.. hehe.. leh main test2 lak nih..anyway, jom kita buat ayam panggang halia.

Resepi Ayam Panggang Halia Cara Izang
  • ayam secukupnya (suka hati la banyak mana nak makan) - potong kecil
  • halia ditumbuk (suka hati banyak mana nak guna - akak guna bannyyyyaakk)
  • serbuk kunyit secukup rasa
  • garam secukup rasa (akak suka masin sket)
  • bahan2 tambahan kalau suka: bawang putih (ditumbuk), lada hitam (ditumbuk)

Caranya:
  1. Selepas dibersihkan, gaul ayam bersama2 dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.Kalau suka bawang putih dan lada hitam boleh gaul sekali.
  2. Masukkan halia dan gaul rata.
  3. Ambil aluminium foil dan susun ayam di atasnya. Tutup ayam sepenuhnya dengan aluminium foil tu (macam bungkus kentang).
  4. Letakkan dalam pemanggang ajaib.
  5. Masak di atas api yang sederhana.
  6. Lepas 20 minit ke, balikkan pemanggang ajaib tu dan masak lagi.

Kot2 la ada yang tak tahu aluminium foil ngan pemanggang ajaib tu kan, meh akak tunjuk gambonye. Napa guna aluminium foil? Tak guna tak boleh ke? ok je.



Inilah hasilnya. Sememangnya SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA. Kalau makan ngan nasi, pastikan makan masa ayam masih panas.. memang maveles gitus.

 

Yang paling best adalah halia tu.. perghh... rasa memang best sangat makan ngan nasi masa panas-panas.. tak caya? Cubalah.. pastu share ngan akak camana korang rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!