Tuesday, February 18, 2014

Menu berpantang lepas pembedahan - ayam panggang halia

Kata abe nik, dah 3 minggu lepas operate ni, dah boring dah makan
  • nasi himpit
  • ikan haruan panggang
  • belut panggang
  • sup ikan
  • sup belut
  • nestum
Jadinya abe nik tanya boleh tak makan ayam..
err... sejujurnya akak memang tak berani nak kata ye.. sebab orang kata jangan makan ayam masa berpantang. Tapi ada yang kata jangan makan ayam bandar, boleh makan ayam kampung. Alasannya ialah ayam bandar ni banyak cucuk-cucuk... pastu makanan yang dimakan oleh ayam bandar ni pun makanan diproses. Jadi tak elok lah. oo patut la Rita (Indian) yang akak jumpa masa kat sepital KTS tu bagitau dia makan ayam kampung masa berpantang..ooo..

hmm.. abih tu, ayam kampung tak de ni.. so ayam bandar pun ayam bandar lah..kita test tengok.. hehe.. leh main test2 lak nih..anyway, jom kita buat ayam panggang halia.

Resepi Ayam Panggang Halia Cara Izang
  • ayam secukupnya (suka hati la banyak mana nak makan) - potong kecil
  • halia ditumbuk (suka hati banyak mana nak guna - akak guna bannyyyyaakk)
  • serbuk kunyit secukup rasa
  • garam secukup rasa (akak suka masin sket)
  • bahan2 tambahan kalau suka: bawang putih (ditumbuk), lada hitam (ditumbuk)

Caranya:
  1. Selepas dibersihkan, gaul ayam bersama2 dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.Kalau suka bawang putih dan lada hitam boleh gaul sekali.
  2. Masukkan halia dan gaul rata.
  3. Ambil aluminium foil dan susun ayam di atasnya. Tutup ayam sepenuhnya dengan aluminium foil tu (macam bungkus kentang).
  4. Letakkan dalam pemanggang ajaib.
  5. Masak di atas api yang sederhana.
  6. Lepas 20 minit ke, balikkan pemanggang ajaib tu dan masak lagi.

Kot2 la ada yang tak tahu aluminium foil ngan pemanggang ajaib tu kan, meh akak tunjuk gambonye. Napa guna aluminium foil? Tak guna tak boleh ke? ok je.



Inilah hasilnya. Sememangnya SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA. Kalau makan ngan nasi, pastikan makan masa ayam masih panas.. memang maveles gitus.

 

Yang paling best adalah halia tu.. perghh... rasa memang best sangat makan ngan nasi masa panas-panas.. tak caya? Cubalah.. pastu share ngan akak camana korang rasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!