Semalam abe nik makan sup ikan tenggiri sebab ye teringin sangat makan. Sebelum tu gi survey kat blogger lain nak tengok samada boleh makan tak ikan tenggiri ni. Ada yang kata boleh. Tu yang try.. tapi kan, kebanyakkannya menu berpntang untuk orang lepas bersalin. xpe xpe.. try je.
Kalau ada yang tak tahu camana rupa isi ikan tenggiri, ni ada gambo akak salin dari sini, sini hasil dari bantuan pakcik google.
Nak dijadikan citer, lepas makan sup ikan tenggiri ni, abe nik mengalami sakit kat dalam bahagian perut yang kena bedah tu. Kata abe nik, rasa nyilu gitu.hmmmm suspen jugak kan.
Tapi kalu tanya doktor hasnan, lepas bedah boleh je makan semua. hhhmmm..
Ada kemungkinan ke kat dalam bahagian perut tu belum sembuh sepenuhnya? Yelah kan, secara logiknya, perut kita ada banyak lapis kan. Jadi ada kemungkinan lapisan paling dalam tu belum sembuh lagi.
Bukanlah akak nak bagitau jangan makan ikan tenggiri selepas pembedahan. Sebab ramai orang lain tak de masalah pun kan. Cumanya mungkin secara kebetulan abe nik tak leh makan ikan tenggiri ke, atau ikan tenggiri yang dibeli tak berapa segar.. mungkin la kan..
Nanti akak share lagi.
No comments:
Post a Comment