Saturday, February 8, 2014

Apabila tangan dan kaki kebas serta mudah nak kena muscle cramp...

2-3 hari ni tangan dan kaki akak rasa kebas sana sini..



dan hari ni tadi masa breakfast tadi tiba-tiba je kaki kiri kena muscle cramp jap.. mujo lah cepat2 akak luruskan dan urut betis.. kurang la sket sakit..

Mungkin ada pembaca yang belum tahu yang akak sebelum ni pernah buat operation buang kelenjar tiroid. Dan bagi mereka yang pernah buang kelenjar ni, kesannya ialah pesakit mudah mengalami kebas-kebas tangan.

Sebelum tu, jom kita baca sket maklumat berkaitan kebas-kebas ni..(sumber, sumber, sumber, sumber)


Apa yang menyebabkan terjadinya kebas ni?

Punca terjadinya kebas :

  • tekanan pada system saraf pusat
  • jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster
  • kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau gumpalan darah beku di dalam darah.
  • Carpal Tunnel Syndrom yang berlaku disebabkan oleh penyempitan saraf median.
  • Saraf yang bengkak yang menghalang kelancaran peredaran darah
  • Kencing manis
  • Ketidakseimbangan kalsium, potassium dan sodium dalam tubuh
  • Kekurangan vitamin B12 dan vitamin lain
  • Terlalu gemuk
  • Wanita putus haid 
 
Langkah penyelesaian

  • lakukan ujian gula dalam tubuh
  • ambil suplemen tambahan seperti kalsium
  • lakukan ujian CT-scan, X-ray, ultrasound ataupun MRI di hospital
  • lakukan senaman-senaman rigan bagi melancarkan lagi system darah anda
  • makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • kurangkan makanan berlemak
 
Siapa yang biasanya mengalami kebas-kebas anggota badan ni?


Bagi pesakit tiroid, symptom rasa kebas berlaku disebabkan kekurangan kalsium atau dikenali sebagai hypocalcemia. Kebiasaannya rasa kebas akan hilang dalam masa setengah jam setelah pengambilan kalsium. Hypocalcemia selalunya akan hilang dalam masa 7-10 hari. Namun begitu, jika keadaan ini masih lagi berterusan, ada kemungkinan pesakit mengalami hypoparathyroidism, dan rawatannya adalah pengambilan kalsium dan vitamin D seumur hidup.


Adakah symptom kekurangan kalsium (hypocalcemia) ni hanya sementara atau kekal?

Dianggarkan 5% pesakit mengalami kekurangan kalsium sementara sahaja selepas pembedahan, namun 1% pesakit berkemungkinan mengalami kekurangan kalsium secara kekal. Hanya 1 kelenjar parathyroid yang diperlukan oleh badan, jadi kebarangkalian kesemua 4 kelenjar tidak berfungsi adalah sangat rendah (sumber).
 
 
Bulan lepas masa followup ngan Dr Lee, akak bagitau pasal kebas-kebas tangan dan kaki ni. Dr Lee bagitau kalau rasa nak kebas tu, terus ambik suplemen kalsium. 

Menurut Dr Lee, hormon parathyroids akak masih lagi belum berfungsi sepenuhnya. Hormon parathyroids ni tugasnya ialah mengawal kalsium dalam darah. Kalsium diperlukan memandangkan kalsium ialah elemen yang membolehkan pengaliran arus electric yang normal di sepanjang saraf. Kalsium adalah elemen utama yang menyebabkan pengecutan otot-otot. Sekiranya tahap kalsium di dalam darah adalah rendah iaitu di abwah paras normal, ini akan menyebabkan rasa kebas yang menyucuk di otot-otot. 


ohhh begituuuu...

So akak teruskan pengambilan suplemen Ostematrix untuk keperluan kalsium akak. Sebelum tido akak ambik terus 4 biji tablet. Jadi bila bangun tido kurang la sakit-sakit kebas-kebas badan bila nak bangun esoknya.


Tapi akak tak ambik setiap hari la.. kalau rasa kebas je ambik. Macam sekarang ni akak rasa kebas-kebas, so akak ambik la 2-3 hari berturut-turit.. pastu berenti jap... kalau kebas lagi ambik lagi.. macam tu lah..

Kenapa? Sebab kang terlebih kalsium nanti masalah jugak. Terlebih kalsium boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati, boleh menyebabkan strok, batu karang, osteoporosis dan juga kanser payudara (sumber). hmmm... terkurang kalsium pun susah.. terlebih kalsium pun susah kan...

Anyway, bagi yang ada masalah kebas-kebas tangan, kaki atau anggota badan yang lain, pergilah berjumpa doctor. Kalau susah nak jumpa doctor, cubalah ambil suplemen kalsium dulu untuk lihat samada hilang ataupun tidak kebas tu. 


Dan, semestinya akak syorkan suplemen kalsium Shaklee iaitu Ostematrix.




Jangan biarkan rasa kebas berpanjangan! Dapatkan Ostematrix segera!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!