Friday, February 21, 2014

Kesan parut pembedahan lepas buang batu karang dalam hempedu

Nak tahu camana parut kesan pembedahan? Meh akak nak tunjuk parut kat perut abe nik selepas pembedahan buang batu dari hempedu. Takde niat nak menunjuk-nunjuk perut abe nik yang sangat gebus gitus.. tapi sekadar perkongsian maklumat kepada mereka yang ingin tahu. 

Hari pertama memang tak nampak la perut tu sebab lepas operation doktor letak plaster putih... ala macam dalam gambo ni



akak boleh lupa lak nak ambik gambo masa lepas operation tu, sebab abe nik pakai baju hijau masa tu jadi sebab takut abe nik sakit kat perut jadi memang tak sentuh langsung bahagian perut, jadinya baju operate tu memang tukar selepas 2 hari.

Ni gambo hari pertama pembedahan - 21 Jan 2014.


Pastu, hari ke 3 operate, 24 Jan 2014, doktor buang plaster putih tu dan sembur minyak kat tempat jahitan untuk elakkan dari terkena air.

 

ni gambo kesan parut tu. errr.. abaikan yang akak tulis hari 1, hari 7 tu, rupanya akak silap kira.. maklumlah dah senjes gitus.. ahaks..

ikutkan kiraan hari yang betulnya ialah:
21 Jan 2014 - hari pertama sejurus selepas operation
23 Jan 2014 - hari 3
29 Jan 2014 - hari 9
30 Jan 2014 - hari 10
 9 Feb 2014 - hari 19
 
 

Kira-kira begitulah parut pembedahan abe nik. Nampak dah ok kat luar kan, tapi abe nik masih lagi mengadu sakit kat dalam perut.. mungkin kat dalam belum sembuh sepenuhnya lagi kot. hmm lama juga kena berpantang makan ni. Abe nik target nak berpantang 2 bulan untuk tengok kesannya. Bagus tu, akak sokong. so setakat ni abe nik masih lagi amalkan pemakanan suplemen seperti vitamin c shaklee dan gamogen untuk percepatkan proses penyembuhan.

Dan akak suka sekarang ni abe nik dah tak bergelar perokok lagi! abe nik sudah insaf gitus hahaha... suka suka.. so nak bagi medal la kat abe nik, hihihi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!